Done! Pheww.. alhamdulillah berjaya habiskan. *senyumlebar*
Penutup tirai hujung tahun, aku senaraikan
10 buah novel yang menjadi pilihan :D
4. 13 Jam A380
6. MAGIS
7. Ilusaniti
10. Dendam Ratu Ular
Carta pilihan untuk koleksi bukan novel.
2. SMILE
4. Hlovatinta
Juga carta pilihan e-book [Hampir
kesemuanya buku berbahasa Inggeris hahaha :P]
Ini adalah carta peribadi GA. Yang mana
berkenan boleh join sekapal. Tak suka? Takpe.. hihihi
Dan aku suka nak ingatkan lagi. Tiap yang
aku tulis tiada kaitan dengan peribadi penulis. Aku hanya berkongsi rasa yang
hadir setelah menghadam sesuatu karya. Elok tak elok, aku cuba untuk jadi
se-natural mungkin supaya ia kelihatan adil dan telus. Tapi ada masa, sebagai manusia biasa mungkin aku bias kalau ianya kena dengan my cup of tea hahaha
Kalau lihat di GR, pernah je Kak Yati dapat
2*. Malah, Shah Johar yang aku bagi rating 1* pun dapat pujian untuk karya
Mental. Aku tahu percubaan pertama tak semestinya akan menghasilkan sesuatu
yang hebat. Macam orang yang baru belajar memasak. Sekali dua mungkin tak
menjadi. Tapi kalau hari-hari praktis, tak mustahil masakannya akan sehebat
chef.
Jadi aku suka kalau kita semua diberi
peluang yang sama rata. Sebab aku suka baca dan terus baca. Karya pertama tak
ok, takpe kerana kita ada dua, tiga dan empat. Kan? [aku rasa macam ulang balik
status kat GR pula haha]
Sama je keadaannya dengan aku. Kerana aku
bukannya penulis review yang bertauliah. Aku bukan pakar bahasa pun. Tapi
pengalaman mengajar kita banyak perkara. Satu per satu. Perbaiki setiap
kelemahan yang ada. Beri ruang untuk bernafas. InsyaAllah, kalau bukan
sekarang.. mungkin anda akan jadi penulis hebat di masa akan datang.
Percaya. Tuhan selalu punya rahsia.
Senyum... Alhamdulillah :))
Happy reading (^-<)
9 ulasan:
101 Rekreasi Hati: Buat Diriku Yang Mudah Lupa
ps: Hi-5 sesama! Suka buku ni...
:)
tak pernah cuba menyukai MPI. betul ke best?
c i k i a n,
Yay! Sama! Haah, suka dengan lukisan-lukisan comel yang ada dalam buku tu. Memang bagus!
Happy Mind,
Bukannya betul best, sebab kalau kata betul nanti semua orang ingat memang sah buku ni betul-betul best :))
Ikut citarasa la dik, bagi akak bukunya bagus bukan sebab pasangannya saja tetapi alur ceritanya. Tak kosong!
Wahhhhhhhhhh....rajin sungguh Cik Airina..rindu pula nak buat list sebegini tapi sungguh terhambat dengan waktu...
AimieAfifah,
Kakchik pun boleh! Yay! Ambil masa kakchik, kalau saya buat semuanya satu masa pun saya tak mampu.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit :))
Airini download ebook dkt mana?
Hidayah Yatt
Kalau untuk novel Inggeris:-
http://tuebl.ca/
Kalau novel Melayu biasanya ada di GR :))
Assalamualaikum Airina.
Baru teringat mahu google blog GA. Biasanya bertegur sapa di Goodreads sahaja :) Dalam senarai Airina saya ada Cintaku Luruh di Oxford sahaja. Sudah lama beli tapi peram dahulu. Haha..jadi tabiat agaknya. Buku best kena simpan lama sedikit ;)
Waalaikumsalam sis AdH,
Rajinnya google blog saya :)) Terima kasih!
CLDO tu kena baca pelan-pelan. Ada input yang bagus di sebalik kisah cinta hero-heroin tu. Moga terhibur ya :D
Catat Ulasan