Sayangku Merajuk
Ayu Emelda
ISBN: 9789831246481
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: 2012
Halaman: 506
Harga: RM21
Halaman: 506
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Balas hutang review. Ini bukan first review
di tahun baru ya!
Full review: 02/01/2014
Alkisah si heroin - Aireen namanya.
Berpisah dengan suaminya hampir lima tahun lamanya. Dan bila sang ‘bekas’ suami
datang memujuk, manakan dia mahu terima. Lima tahun tu! Bukan lima saat. Tapi
rupa-rupanya sang ‘bekas’ suami ada rahsia yang disimpan kemas. Dan Aireen
terkejut bukan kepalang, si dia itu masih lagi suami sahnya hingga kini. Jeng
jeng jeng...
Mana hati tak pedih bila ditinggal begitu
saja. Si Shahir pula bagai mahu tak mahu saja menerangkan hal yang sebenar.
Sebaliknya Shahir memilih untuk berahsia. Lagilah hati Aireen panas. Kalau
Shahir menganggap Aireen itu cinta matinya, si Aireen pula lebih rela
mengalihkan cintanya pada lelaki lain!
Pheww... Tarik nafas!
Aku baca novel ini
dengan persoalan ‘kenapa’, ‘kenapa’ dan ‘kenapa’ dalam kepala. Penat weii... hahaha :P
Semuanya kerana sikap si heroin yang memang
aku rasa nak tempeleng je! [Maaf, aku memang agak emo di sini]
Aku rasa kenapa perlu ada heroin yang
seperti Aireen? Tegar menyakiti diri sendiri dengan niat mahu membalas dendam
pada sang suami. Malah, aku sedikit terkilan kenapa perlu Aireen menidakkan
takdir yang dia sebenarnya masih bersuami? Tetapi tetap rela memahat cintanya
dengan lelaki lain.
Aku juga penat ‘lihat’ Shahir yang tak
henti-henti memujuk tetapi tidak pula berterus-terang dengan keadaannya yang
sebenar. KENAPA?
Dan kemudiannya aku terfikir sesuatu.
Mungkin inilah rahsianya. Rahsia si penulis mahu para pembacanya untuk terus
melekat dengan novel ini. Bagaimana isu komunikasi dengan pasangan dilakar
dengan cukup cantik, tapi seriously, aku mungkin bukan orang yang cukup sabar
*wink*
Aku rasa dua watak cilik - si kembar anak
Aireen & Shahir banyak menyelamatkan keadaan. Begitu juga dengan watak
Hanis; adik Aireen. Entahlah, aku rasa ketiga-tiga watak ini yang beri aku
jalan untuk terus baca dan baca. Malah tak keterlaluan kalau aku katakan, watak
Hanis paling menyerlah dengan sikap boyish-nya itu.
Walau apa pun, aku masih enjoy dengan gaya
bahasa yang santai dan agak gila-gila [untuk watak Hanis pastinya]. Selamat
terus berkarya!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan