| Iklan |

Aku jarang ada di blog. Boleh klik GA untuk progress membacaku.

Ada jual buku terpakai. Klik sini untuk lihat. Macehh.. :))

Rabu, 10 November 2010

Pulang


JUDUL: PULANG
PENULIS: ABDUL RAHIM AWANG
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD



~ Rasaku… ~

Bila membaca novel ini aku tak dapat mengelak daripada terkenang kembali kisah pembunuhan seorang eksekutif pemasaran yang mendapat liputan meluas suatu ketika dulu. Terdapat beberapa persamaan antara cerita dalam novel ini dengan kes pembunuhan tersebut.

Norazlin gadis yang cantik. Namun sayangnya dia sudah salah dalam percaturan hidupnya. Menggunakan kecantikannya sebagai aset untuk menjerat lelaki-lelaki kaya. Bukan kasih sayang yang diingininya tetapi dia cuma mahukan wang ringgit. Walaupun berpendidikan tinggi dan berkerjaya tetapi hatinya tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Dia mahukan kekayaan yang tiada taranya.

Liku-liku hidupnya memang penuh ranjau. Mungkin itu dugaannya kerana dirinya yang memilih hidup yang sebegitu. Pertemuannya dengan Farouk membuatkan hati yang beku kembali mencair. Dia rasa kesunyian. Apa gunanya harta berguni kalau hidupnya tiada erti? Dia sudah pandai merindu. Sudah pandai merayu. Mahukan Farouk tetapi malangnya lelaki itu sudah pun berkeluarga.

Norazlin ingin kembali pada fitrahnya. Tetapi rupa-rupanya amat payah untuk dia kembali ke pangkal jalan. Ada banyak duri yang menghalang langkahnya. Sehebat mana tipu daya Norazlin dalam memancing semua Datuk dan Tan Sri yang terkulai di pelukannya, sehebat itulah juga liku-liku yang harus ditempuhinya. Demi perjalanan untuk mencari kebenaran, nyawanya yang dipertaruhkan.

Novel ini menggunakan empat fragmen yang berbeza. Ada Norazlin, ?, Farouk dan Suhaila. Tanda '?' itu kerana aku sendiri tak pasti siapa gerangannya. Sepertimana kesudahan cerita ini. Ianya dibiarkan menjadi teka-teki. Siapa sebenarnya dalang pembunuhan Norazlin? Mungkin ramai bekas kekasihnya mahu dia itu mati, tetapi siapa?

Novel yang berunsurkan pembunuhan dan penyiasatan ini memang menjadi trend ARA sejak dari dulu lagi. Secara keseluruhannya, karya ini memang tidak mengecewakan dan pada aku, kiranya tak rugi untuk dijadikan koleksi.

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

Pei Pan berkata...

Klise tak jalan ceritanya? Saya sudah lama tak baca cerita begini selepas kecewa dengan novel Ramlee Awang Murshid. Berminat juga hendak mencari novel ini.

airina berkata...

Pei Pan,
Jalan cerita memang agak biasa.
Yalah, orang yang dah tersesat jauh dan mahu ke pangkal jalan. Pastinya intipati ceritanya lebih kurang sama saja.
Yang lainnya kerana ia diceritakan melalui 4 fragmen yang berbeza, jadi rentaknya sedikit berbeza.

Tanpa Nama berkata...

PULANG..TERBAIKKK!!! PLEASEEEE!!! ADAPTASIKN KE DRAMA!!!!

airina berkata...

Tanpa Nama,
Hihi..semangatnya dia! :D

Label

#prayforGaza Abby Gaines Abdul Latip Talib Abdul Rahim Awang Acik Lana Adah Hamidah Adaptasi Novel Addi Adib Zaini Affifudin Omar Afifah Aidil Ryzal Aifa Batrisya Aimi Ainis Aina Emir Ainin Naufal Airisz Aisha Hamza Aisya Sofea Alaf 21 Aleya Aneesa Alice Clayton Aliesha Kirana Alifah Juhaida Alina Haizar Aloy Paradoks Amal Amanda Berry Amirul Johari Amiza Anaz Amoi Ana Sofiya Andrew Matthews Andrew McMeel Publishing angelseptember Anis Ayuni Anita Aruszi Anjell Anna Lee Anne Gracie Annur Shanana Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian Aqram Ar Risalah Ariela Sahimi Arman Jazee Arsha Wee Asmar Shah Athool Atikah Yusof Attokz Dikulgai Ay Yusof Ayob Kelubi Ayu Emelda Ayumi Syafiqah Azra Aryriesa Badrul Hisham Shari Bahruddin Bekri Ballantine Books Balqissy Bayyinat Berkley Sensation Bidayatul H Big Bad Wolf Bikash Nur Idris blogpke Blook Bozu BraderLeplep Brigham Young Bukan Penggoda Buku Fixi Buku Prima BukuBlog Bulanhijau C.J. Charmichael Cabaran 50 Novel Carmen Falcone CAT Cerita KLIBF Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam Christine Merrill Cik Ian Citahrudin Cob Nobbler Comei Creative Ct Zuraimi Cucuratap Damya Hanna Dayang Noor Dewan Bahasa dan Pustaka Dhiya Zafira Diane Gaston Dihsar Ludba Haqifa Diya Nordin Dr Amida Abdul Hamid Dr Shah Ibrahim DuBook Ceritera DuBook Press e-book e-cerpen E-man Sufi e-novel e-Sentral Eka Faraha Elee Mardiana Elena Reeney Eliyyah Ellis Gee Emma Maizura Emy Roberto Entangled Publishing Evelyn Rose Fadhli Hamdan Fadzlieo Faisal Tehrani Faizal Sulaiman Faizal Tukimin Fajar Pakeer Farah Husain Fatimah Busu Fatimah Syarha Fatin Nabila Fatrim Syah Fauziah Ashari Faziela Fazley Yaakob Fdaus Ahmad Feeza Fikri Kacak Fikri Misti Fitri Hussin Fixi Retro GA Quotes Galeri Ilmu Gallery Books Gina Yap Lai Yoong GR 2012 GR 2013 GR 2014 Grup Buku Karangkraf H.M. Tuah Iskandar Habiburrahman El Shirazy Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 Hafizah Iszahanid Hafizul Osman Hana Qistina Hani Fazuha Hanie Hanina Abdullah Hannah Dhaniyah Hanni Ramsul Hanny Esandra Harlequin Books Haryani Kamilan Hasrul Rizwan Haswida Abu Bakar Hellioz Herna Diana Hezzy Azra Hidayatus Hilal Asyraf Hlovate Hodder Stoughton I F I Enterprise Ian Juliana iBook Publication Ida Farisya Idea Kreatif Publication Ika Madera Ilham Bestari Publication Ilya Abdullah Imaen Iman Nizrina Iman Xara Imani Hatta Immaz Huda Imran Azmi Indah Iskandar Intens Media Iqbal Syarie Iris Ixora Irma Hasmie Ismi Fa Ismail ITBM Jat Jemari Seni Jennifer Probst Jo Johanna Lindsey John Norafizan JS Adiwarna Ju Asu Ra Jualan Gudang Julie Anne Julie James Kad Mutiara Minda Kaki Novel Karangkraf KarnaDya Karnival Buku Online Karnival Karangkraf KaryaSeni Kaz Ishak Kele Moon Keputusan C50B Khairul Nizam Khairani Khairulnizam Bakeri Khairyn Othman King International Prize 2010 KLIBF 2011 KLIBF 2012 KLIBF 2013 KLWRF Kumprinx Kusyi Hirdan Lang Leav Leeya Myra Lejen Press Levis Delisya Liana Afiera Malik Lila Vee Liyana Zahim Liza Mior Rashdi Loose Id LLC Lord Zara Louise Allen Lovenovel Luc Abdullah Lya Zara Lynn Allyna Lynn Dayana M Faridzuan Majid Ma Lee Chuswan Maisey Yates Mak Su Manjlara Maria Kajiwa Marissa Marita Conlon-Mckenna Marwati Wahab Masy Mat Luthfi Maya Banks Maya Iris Mazni Aznita Mazni Darwisya Mcjust.lol Meen Zulaikha Melati Publisher Melur Jelita Mesbo Miazal Zahra Michelle Willingham Mimie Afinie Mimie Candycane Mini Novella Mirachantek miss eurydice Mona Yanty MPH Mr.K Mrflowermanstudio Muhamad Fazrin Muhammad Fatrim Murni Aqila Nadia Khan Nadra Yasmina Nami Cob Nobbler Nasiroh Abdul Rahman Nasron Sira Rahim Nass Alina Noah Nasz Naurah Iman Nazawati Nazri M. Annuar Nazurah Aishah NB Kara NHF Media NI Publication Nina Croft Nir Nirrosette Nisah Haron Nisyah Nizam Sani Nok Wafdi Nik Jaafar Noor Azzahra Noor Suraya Noorfadzillah Nora Ismail Noraz Ikha Norhanisamila Norhayati Abd Malek Norhayati Berahim Norisah A. Bakar Nota Airina Notis Pembetulan Novel Fiksyen Sejarah Novel Grafik Novel Nur Novel Terpakai Nueen Nur Ezzah Amirah Nuraqilah Syuhaida Nurassyi Rashid Nureen Mirza Nurul Syahida O'Brien Press Omnific Publishing Owen Slot P. Ramlee Pameran Buku Paradoks Production Pekan Ilmu PELIT Pena Senja Penerbit Republika Penerbitan Angkatan Baru Penulis.Sahaja Penulisan Enterprise Penulisan2u Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 Pesta Buku Pesta Buku Kelantan Pesta Buku Selangor Pingu Toha Pitak Popular Printing Problem Promosi PTS PTS BookCafe PTS Fortuna PTS Islamika PTS Litera PTS Millennia PTS One PTS Pop PTS Syok-Hallyu Wave Puteri Andalas Qaseh Qaisara Qaseh Qistina Que Sera Sera Rabihah Nur Ridhuan Rahimin RAID Studio Raja Faisal Ramlah Abdul Rasid Ramlah Muhamad Ramlah Rashid Ramlee Awang Murshid Read Malaysia Reen Rehan Makhtar Ridhwan [Ridh-One] Ridhwan Saidi Ridhya Iman Rizai Reeani Rizque Publishing Robin Bielman Roman Rose Harissa Rozita Abd. Wahab Ruby Hazri Rynsa Saidatul Saffa Saifullizan Tahir Salina Ibrahim Salina Salleh Salleh Kausari Sania Yasmin Sara Aisha Sarah Mayberry Sarnia Yahya SeaShell Publishers Sha Ibrahim Shafaza Zara Syed Yusof Shahir Shahirah Khairudin Sham Hashim Shamsiah Mohd Nor Shaz Johar Si Manis 17 Silhouette Books Sinaganaga Sindiket Sol-Jah Siti Hazneza Abdul Hamid Siti Jasmina Ibrahim Siti Nur Dhuha Siti Rosmizah Small Cow Productions Soltura Sophie Kinsella Suzana Sulaiman Syafie Mahyani Syafiq Aizat Syah Shah Syahirah Ibrahim Syaihan Syafiq Syamnuriezmil Syarikat Muda Osman Syasyaja Syud Syuqri Mustaqim Szalies Teja Irzara Telaga Biru Teratak Kasih Tere Liye Terjemahan DBP Terri Brisbin Thanks Note The Dial Press TheBentPencil Tok Rimau Top 10 Tulip Ungu Ulii Azman Umi Azrini Umi Kalsom Umie Nadzimah Usia GA Ust Amran Md Yusoff Ustaz Azhar Idrus Vanny Chrisma W. Wan Rohayu Wann Azlan Wise Words Publishing Wordless Wednesday Xarine Yusnida Tajuddin Zabrina A. Bakar Zaharah Nawawi Zahazan Mohamed Zamri Mohamad Zamri Zainal Abidin Zara Aluwi Zaradgreat Zarith Zuraidah Othman