Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)
Memaparkan catatan dengan label e-novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label e-novel. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Mac 2014

Buah Hati Meera

9:29 PG 0 Comments
Buah Hati Meera
Aina Emir

ISBN: 978967114800
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: -
Harga: -

~ Rasaku… ~

Lama tak baca karya penulis senior ni. Dan bila meneliti ruangan di GR, banyak bukunya yang aku tak update. Confirmed, lepas ni kena ulang baca karyanya.

Yang aku suka:-
1. Ini bukan kisah cinta. Tidak. Secara ringkas, ini kisah anak-anak yang dianggap ‘the invisible kids’. Ok, kalau kisah anak-anak comel yang dibuang sebegini, aku memang mudah rasa kasihan.
2. Dhameera [Meera] -- watak utama yang biasa-biasa. Tapi kerjanya bukan yang biasa-biasa, dia pekerja sukarela, membantu kanak-kanak yang terabai.
3. Gaya bahasa dan alur ceritanya mudah dan ringkas. Tak akan pening kepala dengan konflik berebut cinta lelaki atau khianat teman baik. Fokusnya hanya pada Meera dan ‘buah hatinya’ saja.

Dan ya, ada sebab kenapa Meera memilih menjadi ahli sukarela. Nak tahu kenapa? Sila-sila baca sendiri.

Kemunculan Mak Datin dan Zamil tu sebenarnya buat aku rasa teruja. Tapiiii... kenapa ada titik tergantung [?]. Adoiii.. penamatnya itu dibiarkan sebegitu buat aku rasa tak puas hati *wink*

Dan masalah e-sentral yang selalu hang tu buat aku naik angin nak baca. Haihh...

Happy reading (^-<)

Jumaat, 15 Februari 2013

Bukan Lelaki Syurga

9:08 PG 10 Comments
Bukan Lelaki Syurga
Iqbal Syarie

ISBN: - 
Penerbit: http://iqbalsyarie.blogspot.com/
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 373
Harga: - 
 

~ Rasaku… ~

Seorang ibu sanggup berdegil dengan berlapar, agar anak-anaknya kenyang.
Seorang ibu sanggup berdegil dengan kesusahan, agar anak-anaknya nanti akan senang.
Seorang ibu sanggup berdegil dengan keletihan, agar anak-anaknya tidur dengan tenang. [page 315] 
 
Pertamanya aku tak mahu kata ianya cerita islamik kerana penulis sudah menyisipkan pandangannya tentang cerita islamik. Mahu tahu? Ha, sila download! ;))

Ini kisah Razif [Ajib] yang memasuki fasa perubahan. Ya, memang agak klise bunyinya. Tetapi dek kerana di awal babnya, ia membawa kita mengenali si comel Nuruddin yang menjumpai sekeping gambar dan kemudiannya sibuk bertanyakan uminya siapa gerangan orang jahat di sebelah nenek dan uminya. Permulaan yang baik aku kira kerana di sini lah nanti kisah BLS ini bermula.

Ajib anak muda biasa. Bertemankan Syed Arman [Arman] yang biasa-biasa juga tetapi punya sahsiah peribadi yang cukup tinggi. Seorang cikgu Matematik yang petah berbicara tentang Islam dan sejarahnya. Ajib sangat menghormati Arman akan kepintarannya berhujah walau ada juga sesekali rasa menyampah dengan Arman yang suka mengajaknya solat berjemaah di surau.

Namun hubungan persahabatan itu tak pernah goyah. Walaupun ketikanya pinangan Arman untuk Murni ditolak sebaliknya Murni mahukan Ajib, hubungan itu masih kekal utuh. Wah! Ini bukan kisah cinta tiga segi ya.

Eh! Tentang fasa perubahan hidup Ajib tu aku tak perlu cerita. Boleh baca saja. Tak seronok lah nak cerita semua. Walaupun aku kira ianya cerita klise, tetapi ianya masih menarik. Aku suka dengan isi-isi di setiap halaman. Ada tentang isu poligami, pengharaman rokok, syiah dan penerangan soal solat Jamak & Qasar. Jangan tak tahu isu Lynas pun ada. Ada beberapa lagi pandangan dan nasihat yang dilontarkan. Tinggal kamu yang hanya perlu pilih mahu kutip pandangan itu atau tidak.

Seperti karya online lain, BLS juga tak boleh lari daripada masalah ejaan dan beberapa kali tertukar nama Ibu Suri dengan Ibu Murni. Hmm, ada masanya novel bercetak pun ada masalah yang sama. Jadi, aku pejam mata sajalah *wink*

Happy reading (^-<)

Rabu, 28 November 2012

Isnin, 5 November 2012

Untuk Dia

2:54 PTG 4 Comments
Untuk Dia
Rehan Makhtar

ISBN: -
Penerbit: http://wrehan.blogspot.com
Tarikh Terbit: Julai 2012
Halaman: 20 Bab
Harga: -


~ Rasaku… ~

Ini kali pertama baca karya RM. Ramai rupanya peminat penulis ni dan harus diakui walau kali pertama membaca karya bersirinya aku sudah terpikat *wink* Menurut kata Hajar, RM penulis air mata. Mujur kisah UD yang aku habiskan ini cerita cinta romantik komedi ;P

Zafrin & Haqmi. Aku suka gandingannya. Dua-dua anak muda yang baru nak naik. Si Haqmi yang bergaya ala tomboy tapi ada hati dalam taman. Si Zafrin singa lapar tu pun sebenarnya ada hati dalam taman hahaha5

Pertemuan pertama mereka memang tak berapa menarik. Terlanggar sesama lain, dengan motorsikal pula tu. Mulut Haqmi dan Zafrin pun boleh tahan. Memasing asyik panas je. Tapi tak tahu pula yang dalam hati Haqmi sebenarnya dan berdetak kencang. Tergoda rupanya dengan panahan dan senyuman manis si Zafrin tu.

Zafrin ni pula memang jenis sengal *wink* Di hati kata lain, di mulut bukan main lagi bahasanya. Memang jenis tak reti nak romantic-de-amor langsung lah. Main aci redah je, mentang-mentanglah gadis yang dipujanya tak ada gaya macam perempuan Melayu terakhir. Jadi, layan pun kasar semedang. Mana lah si Haqmi nak faham. Mujur ada dayang-dayang istana yang sering beri sokongan. Anaresa dan Aziana penyokong setia Haqmi yang tak tahu nak mengungkap rasa. Begitu juga dengan Aunty yang selamba gila panggil Haqmi anak menantu. Wah! Bukan main keluarga Zafrin ni. Supportive gila.

Kisahnya mudah saja. Tiada konflik yang memeningkan. Memang sesuai sangat untuk aku yang nak release tension di pejabat ni. Tapi berminggu-minggu juga aku nak habiskan kih5 Rasanya aku memang tak sesuai sangat duduk depan komputer kot, menghidu dan memegang buku bercetak lebih mengujakan hee ;)) Apa pun, aku suka satu titipan daripada penulis tentang mengejar cinta dan cita-cita. Yang mana kepentingan anda? Shhh… sila jawab sendiri *wink*

"Jangan cium anak  dara orang!" [Bab 2]

Jeritan Aunty ni memang aku tak boleh lupa. Gila lah! kih5 ;P


Happy reading (^-<)

Selasa, 17 Julai 2012

Bittersweet

10:21 PG 0 Comments
Bittersweet
angelseptember

ISBN: -
Penerbit: http://secretsoflifetime.wordpress.com
Tarikh Terbit: 2012
Halaman: 9 bab [termasuk ending]
Harga: -

~ Rasaku… ~

Lama kan aku tak review any online stories? Bukan apa, ketiadaan masa dan ruang [eceh, alasan! hee ;P].

Cerita ini aku pilih kerana episodnya yang tak sampai sepuluh pun. Cepat sikit la nak habiskan. Lagipun lagi mudah pilih cerita yang ringkas-ringkas sebab nak duduk depan komputer lama-lama takut mata makin kelabu kih5 :P

Jazlan dan Jasmine, sweet couple even though ada adegan-adegan mesra mereka itu mungkin terlebih. Atau mungkin kerana pengantin baru, makanya ia ditunjukkan sebegitu, supaya nampak lebih real. Mereka berdua kenal di kedai bakery. Alahai! Sweet! Langsung mengingatkan aku pada novel SI, tak sama tetapi pertemuan di bakery itu saja yang lebih kurang serupa.

Jazlan ni sebenarnya frust dengan Fazura, kekasih hati ketika mereka di alam universiti lagi. Tetapi dek kerana Fazura ini gadis yang high class kononnya, maka ditinggalkan si Jazlan yang ketika itu masih bergelar office boy. Lima tahun kemudian, mereka bertemu semula di majlis perkahwinan abang angkat Jazlan, Waleed & Widad. Di saat itu, Fazura mula mengejar Jazlan kerana sekarang Jazlan dah up sikit dari office boy.

Namun Jazlan ni dah serik. Lagipun dia dah terjatuh hati pada Jasmine, gadis yang bekerja di bakery Widad. Kebetulan ketika Fazura merayu-rayu nak kembali pada Jazlan, si Jazlan ni menarik Jasmine dan mengaku yang dia cintakan Jasmine. Jasmine yang terkedu, tak berkata apa-apa sedangkan hatinya mengaku dia pun sudah menyukai Jazlan. And the rest... kena baca sendiri lah! Bukan susah pun, klik saja blog Cik Angelseptember ;)

Aku suka cara penulis yang menceritakan [baca: menulis] kisah ini dengan santai dan laras bahasa yang mudah. Simple. Memikat. Tak terlalu banyak perincian, tak meleret-leret, tetapi cukup seadanya. Memudahkan para pembacanya menikmati kisah ini dengan tenang dan senyuman yang pastinya tak akan hilang walau sudah sampai di penghujungnya. Bittersweet! I like it :D

Mungkin lepas ni aku akan start baca kisah Waleed & Widad pula.... tajuknya catchy!

Happy reading (^-<)

Rabu, 21 Mac 2012

Ada Di Hati

9:56 PG 0 Comments
Ada Di HatiAdah Hamidah

ISBN: -
Penerbit: http://adahhamidah.blogspot.com/
Tarikh Terbit: 2012
Halaman: 560
Harga: -


~ Rasaku… ~

Dah lama kot aku tak baca novel cinta, novel yang pure 100% cinta. Kalau tengok review sebelum ni pun, berderet review Buku Fixi kih5
Safiah Aisyah [Safi] dilakarkan sebagai gadis yang biasa-biasa saja. Hidupnya aman sehinggalah dia ditakdirkan bertemu dengan Zafril Adli [Zafril] di kejadian Safi dikejar anjing ketika jogging di pagi hari. Pertemuan yang tak best itu membuatkan Safi menyampah dengan cara Zafril yang bajet bagus tu. Apatah lagi Safi sering saja melihat Zafril yang silih-berganti pasangannya. Memang sangat-sangat annoying.

Safi terang-terangan tak sukakan Zafril hingga menyamakan sikap Zafril itu dengan 'buaya tembaga'. Mujur juga tak lama dia berkenalan dengan Zafril, Safi melanjutkan pelajarannya ke universiti. Hidupnya kembali tenang tanpa perlu melihat atau pun bertemu dengan Zafril.

6 tahun sesudah itu, Safi bertemu lagi dengan Zafril. Dia sendiri tak menyangka majikan barunya itu adalah si 'buaya tembaga' yang paling dibencinya. Namun apa yang paling tak diduga, si Zafril itu rupanya menaruh hati padanya. Safi buntu. Zafril bukanlah lelaki yang mudah mengalah. Pelbagai cara diatur dalam misinya memikat Safi. Apatah lagi Safi yang bekerja sebagai setiausahanya umpama tiket bonus untuk Zafril sentiasa mendampingi Safi.

Daripada menyampah timbul rasa rindu. Dalam membenci ada rasa cinta yang terselit. Safi akur. Hatinya juga telah dicuri tanpa ada amaran. Namun dalam menyulam bahagia mengapa ada yang menghalang? Takdir meletakkan Shania; adik sepupu angkatnya sebagai adik sepupu Zafril yang hilang. Itu membuatkan Safi dalam dilema. Mengejar cinta atau membahagiakan adik sepupunya yang turut menyintai Zafril? Apa yang sebenarnya ada di hati Safi? Mari baca e-novel ini. Boleh download di sini ya!

Penulis nampaknya begitu berhati-hati dalam melengkapkan kisah cinta Safi-Zafril. Tidak terlalu tergesa-gesa, dan tidak juga terlalu meleleh-leleh. Ada keseimbangan yang jelas antara saat-saat bahagia dan duka lara. Konflik yang tidak terlalu berat, yang sememangnya amat sesuai untuk bacaan e-novel. Santai dan memikat. Itu rasa yang membuaiku sepanjang membaca kisah ini. Nampaknya aku perlu mencari novel Kak Adah lepas ni. Hm, mungkin boleh bermula dengan cerita Cinta Dari Istana :)

Happy reading (^-<)

Khamis, 14 Julai 2011

Cerita Crushed

10:19 PG 2 Comments
Cerita Crushed
Nir

ISBN: -
Penerbit: http://cintafinespun.blogspot.com/
Tarikh Terbit: 01 Disember 2009
Halaman: ~ Pt 8 [including intro]
Harga: -

~ Rasaku… ~

Apa itu crushed? Tersangkut? Tersuka? Terjatuh hati? Terlanggar? hahaha :P Bunyinya agak lucu bila diterjemahkan ke BM tetapi rasanya dah sedia maklum kan maksudnya :D

Mengisahkan hubungan Shereen Khuzaimah Yusuf [Sky] dan Akmal Ikmalshah [Ikmal] yang sekadar pandang-pandang, jeling-jeling sedangkan di hati ada rasa. Mereka berdua sekadar memuja dari jauh walaupun tinggal di satu kawasan kejiranan yang sama. Sky bukannya tak pernah cuba mendekati cuma yalah, perasaan sukanya itu mungkin sekadar kisah fairytale. Lagipun tak mudah untuk seorang gadis sunti menyampaikan rasa hati sedangkan lelaki itu pun tayang muka selamba badak :P

Ikmal pula rupanya tersalah faham mengenai hubungan Sky dan Faiz. Dia ingatkan mereka berdua ni couple. Patutlah si Ikmal boleh tayang muka tak berperasaan begitu. Jadi apa sudahnya kisah crushed mereka ni? Ha, cepat pergi klik kat laman blog si adik manis ni :))

CC cerita yang mudah dan manis untuk golongan remaja. Cuma padaku ia terlalu straight forward. In fact, the ending was so predictable. Mungkin juga kerana ia cerita pendek, jadi setiap watak tidak dikembangkan dengan baik. Atau mungkin juga sebelum ini aku membaca Cerita Kaseh yang menampakkan kematangan penulisnya sedangkan CC merupakan cerita sebelumnya.

Tapi kan, if somebody saying this to me. Sah, aku ter-crushed juga [crush bukan cinta ok kih5 :P]

Ahmad IkmalshahIf ever you look back, I’ll be here. I’ll be waiting. Percayalah Shereen, Ikmal loves you. I truly. Madly. Deeply. Do. [Pt 8]

Ha, cair tak? Tak pun rasa sweet kan? Don’t laugh! Sebab aku memang cair dah ni hik3 lalala5 :P [gatal, sila abaikan :P]

Ps: Tahniah Nir kerana bakal bergelar penulis [novel bakal terbit bulan Ogos kan?] tidak lama lagi :)

Happy reading (^-<)

Selasa, 27 Julai 2010

Istana

1:20 PTG 11 Comments

JUDUL: ISTANA
PENULIS: CUCURATAP
TERBITAN:
http://cucuratap.blogspot.com/



~ Rasaku… ~

Kali ni cerita Cik Cucur yang dah berkurun dah aku rasa. Cuma aku je yang selalu je lambat, ketinggalan nak baca hahaha

Permulaan ceritanya menarik. Ya lah, boleh pula ada gadis yang nak bertunang semata-mata kerana idamkan sebuah i-Pod Touch. Nasib baik ada Wawa, maka Ana tak lah mengarut sangat. Tapi apa pun kedua-dua sahabat ni memang sekepala, sama-sama geng masuk air. Wawa ni layan je idea yang entah apa-apa yang keluar daripada mulut Ana hahaha

Perbualan mereka di Delifrance rupanya didengari oleh Ikram. Dan memang tak disangka ada pula proposal untuk Ana. Ikram bagi cadangan yang memang tak masuk dek akal. Dia mahu belikan Ana i-Pod tu dengan syarat Ana akan menjadi isterinya. Kiranya kahwin! Gila lah! Kalau aku lah jadi Ana dah memang cabut lari punya. Dah lah tak kenal, tiba-tiba datang depan kita dan ajak kita kahwin.

Tetapi rupanya Ikram tak pernah berbohong. Pertemuan kedua diaturkan. Di saat itu Ikram mencadangkan agar mereka berkawan dulu. Belajar bercinta lebih kurang untuk sama mengenali antara satu sama lain. Ana gadis yang sering saja blur tak mampu nak kata tidak. Jadi bermulalah episod cinta Ana dan Ikram.

Kalau nak tahu Ikram ni somebody tau. Sebab tu Ana rasa macam tak padan je. Tak akan lah senang-senang je boleh suka kat dia yang biasa-biasa tu. Tapi apa pun Ikram memang sweet talker. Mudah je dia panggil Ana tu Love. Kiranya mudah juga lah hati Ana tu cair :)

Cuma kemunculan Awalludin menyebabkan dunia cinta Ana yang indah itu bertukar kelam. Kata-kata Awalludin yang juga sepupu kepada Ikram pahit untuk ditelan. Kenyataan kah itu? Penjelasan dicari tetapi salah faham juga yang muncul. Ana menghilangkan diri dan Ikram gagal untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Apa kesudahan cerita cinta antara dua darjat ini?

Kisah garapan ini nampak comel dan mudah dihadam. Apatah lagi susunan ayat yang teratur. Cuma rasanya cerita ini seperti terlalu cepat ke klimaksnya. Mungkin ia terlalu terburu-buru dinoktahkan. Andainya cerita ini diperkembangkan lagi ia akan jadi lebih menarik. Walau apa pun hasil tulisan penulis ini memang tak pernah mengecewakan. Aku cukup terhibur :))

Ps: Moga manuskrip 'Kamu Indah' dapat dijadikan kenyataan. Selamat berkarya :D

Happy reading (^-<)

Rabu, 2 Jun 2010

Bicara Buat Ikhlas

4:30 PTG 2 Comments

JUDUL: BICARA BUAT IKLHAS
PENULIS: CIK IAN
TERBITAN:
http://kotakcintahati.blogspot.com/

~ Rasaku… ~

Cerita ini aku perolehi semasa menjelajah blog Adik Zatie. Aku teringin membaca cerita online tetapi tak mahu yang panjang-panjang. Alihnya ini yang jadi perhatian. Dan terima kasih untuk sebuah coretan yang hebat ini. Mengimbau banyak kenangan yang pernah hadir dalam hidupku.

Permulaan cerita yang memancarkan rasa sedih yang tak bertepi. Kehilangan seseorang itu memang melukakan, amat menyakitkan. Apatah lagi insan itu antara yang teristimewa di hati. Pemergian Ikhlas Hairadi sungguh menyiksakan jiwa Akmal Firdausi. Biarpun dia sendiri sudah arif benar akan masa hayat temannya itu.

Dan lewat episod seterusnya mengisahkan bagaimana resahnya jiwa lelaki bernama Akmal Firdausi itu. Bagaimana dia cuba menghadapi hari-hari dengan bertemankan memori yang ditinggalkan. Sedikit ternganga dengan kisah sebenar hidup Akmal Firdausi sebelum ini. Pandai sungguh penulis mempotretkan klimaksnya di penghujung cerita.

Kehadiran Akhril Mukhlis sedikit sebanyak ada cerianya. Seorang lagi teman yang cuba mengheret Akmal Firdausi supaya bangkit daripada sisi kesedihannya. Bagus kalau kamu ada teman seperti ini. Watak Hafeezah Nur Ain juga mewarnakan lagi cerita ini. Kemunculannya yang tak diduga di beberapa plot sebenarnya ada banyak kesannya. Ada pelbagai persoalan yang ada di fikiran waktu aku melewati watak gadis ini. Kalaulah pembangunan wataknya lebih diperincikan, ia akan nampak lebih menarik.

Tahniah buat Cik Ian atas karya yang cukup perisanya. Mungkin saja aku bukan gadis cengeng yang bisa mengalirkan air mata tapi rasa yang cuba disampaikan sudah cukup menusuk di kalbu :))

Dan buat kamu sahabatku yang jauh di sana... terima kasih atas persahabatanmu. Terima kasih atas kenangan itu. Sungguh aku rindu pada kamu! Al-Fatihah.

Akmal Firdausi - Aku hanya mampu menjadi pelangi, Ikhlas. Aku hanya hadir di kala kau sedang melabuhkan tirai [Ep. 1]

Ps: Satu-satunya yang buat aku lelah meneliti tiap baris ayat adalah saiz tulisannya. Sungguh mencabar anak mataku yang sememangnya tidak begitu sempurna sifatnya hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Isnin, 31 Mei 2010

Train_Wreck

10:45 PG 2 Comments

JUDUL: TRAIN_WRECK
PENULIS: ADDI
TERBITAN: http://ini-blog-addistry.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Ini cerita anak sekolah. Dah macam trend pula bila aku duduk membelek cerita budak-budak sekolah hahaha Tapi bukan apa, senang nak dihadam cerita macam ni. Sebab selalunya tak banyak konflik dan disampaikan dengan santai je.

Permulaan cerita di mana Sara berlanggar dengan Yusoff Adli [Adli]. Pertemuan yang tak berapa nak indah itu diselesaikan dengan cara basketball battle. Best pula membayangkan perempuan berbaju kurung main bola keranjang dengan budak lelaki. It’s sweet to imagine! Comel juga bila Sara digelar ‘Makcik Jalan Gostan’ hahaha Bermula dari saat itu Sara dah mula bersahabat dengan teman-teman Adli. Ada Zairi, Syah dan Lukman dan tak lupa Dila; rakan baik Sara.

Ketika Hari Guru, Sara dan Adli ditugaskan untuk buat persembahan nyanyian bersama. Duet tau! Berjela-jela senarai lagu yang teman-teman mereka ni bagi, tapi semuanya lagu jiwang. Siap ada lagu ‘Seiring Sejalan’ lagi hahaha Tak tahu la pula lepas tu si Sara ni ada peminat. Muncul Reed di tengah-tengah yang membangkitkan rasa cemburu di hati Adli.

Hubungan Sara dan Adli macam angin je. Sekejap ok sekejap macam ditiup angin taufan. Bila Adli ditugaskan menjadi mentor Sara dalam subjek Fizik, memang dah tak boleh elak. Tapi apa pun mereka boleh je serasi. Banyak cerita yang dikongsi. Suka masa Adli dan Sara saling beri teka-teki. Tetapi yang tak seronoknya, penulis ni meninggalkan para pembacanya dengan ending yang tergantung. Sungguh lah! Aku tak tahu apa sudahnya cerita ini. Harap-harap Addi ada alasan terbaiknya untuk karyanya ini.

Jalan cerita yang mudah dan terlalu simple. Terima kasih kerana mengembalikan ingatanku pada teori-teori fizik dan kimia yang dah lama aku tinggalkan. Cuma sedikit ingatan, rasanya lebih elok kalau menulis dengan perkataan yang penuh. Elakkan meringkaskan perkataan seperti 'nak', 'lagi', dan 'yang'.

Kalau nak tahu cerita ni lama gila pending sebab aku asyik lupa nak habiskan. Bila teringat nak baca aku kena mulakan dari episod 1 balik. Dan hari tu masa berbual dengan Bulanhijau baru aku teringat yang aku masih belum habiskan cerita ni hik3 lalala5 :P Teruk betul perangai.

Ps: Addi; lagu Oh Fizik versi Yuna tu sangat comel :P

Happy reading (^-<)

Khamis, 6 Mei 2010

Hot N Cold

12:40 PTG 11 Comments

JUDUL: HOT N COLD
PENULIS: ZARITH
TERBITAN:
http://zarithnatasha.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Aku perasan kewujudan cerita ni dari Zatie's Link. Teringin cari e-novel yang best dan yang senang dihadam. Jadi terjumpa la cerita anak-anak sekolah yang comel ni sebab nama judulnya yang agak catchy. Seronok juga baca walaupun memang jenuh [hampir semput sebenarnya] la juga aku nak cecah episod last. Ada la beberapa hari duk menghadap komputer hik3 lalala5 ;P

Permulaan cerita dihiasi dengan kisah Putri Aryana Danila [Aryana] yang berebutkan buku Kimia dengan Carl Ezairy [Carl]. Ganas sungguh Aryana, boleh selamba je mencekik kolar kemeja Carl hahaha Kan dah tak pasal-pasal kena denda dengan PK HEM. Jadi dari saat itu, mereka dah memang tak sebulu. Ada saja kes-kes yang buat Aryana berang. Carl ni pun antara yang heartless, cold semacam je.

Namun ada satu kisah mereka jadi ala kamceng, walaupun tak serapat mana tapi mesti terkejut kan bila dengan berita mereka berdua ni couple? Ha, nak tau bagaimana mereka boleh jadi pasangan tu kena baca cerita ni. But somehow the hot and cold cannot be together. Dengan satu tragedi semuanya berakhir. Aryana pula kecewa sebab dalam hati dia memang macam dah rasa suka dengan mamat bajet cool tu. Oh, ya! Kisah mereka di alam sekolah ni panjang sangat. Hampir ¾ daripada ceritanya berkisar tentang kisah budak sekolah.

Kisah mereka menginjak dewasa hanya bermula di episod ke 48. Aryana dibawa oleh ibunya ke rumah teman rapat ibunya dan dia dikenalkan dengan Ikhwan. Hasrat kedua-dua ibu itu tak kesampaian sebab dua-dua anak mereka lebih senang berkawan. Tetapi mana la tau kan Ikhwan ni rupanya sepupu pada Carl. Elak punya elak, Aryana bertemu juga dengan Mr. Cold.

Pertemuan kali kedua mengundang pelbagai rasa. Dalam benci ada rasa suka yang terselit. Namun luka yang ditinggalkan oleh Carl terlalu sukar untuk dilupakan. Jadi, apa yang berlaku bila Aryana dipinang oleh Carl? Kena baca sendiri untuk tahu kesudahannya.

Cerita anak sekolah ni disampaikan dengan teratur, kemas susunan plotnya walaupun ada ketikanya aku rasakan sedikit meleret. Namun sebagai permulaan bagi seorang penulis baru, ia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Selamat berkaya :))

Ps: Actually ‘Thalia Taliban’ seems nice name hahaha ;P

Happy reading (^-<)

Rabu, 28 April 2010

Cerita Kaseh

3:30 PTG 4 Comments
JUDUL: CERITA KASEH
PENULIS: NIR
TERBITAN:
http://cintafinespun.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Adam Khalis - Life has its thorn too [Intro]

Aku setuju sangat. Hidup ada macam-macam. Yang baik yang buruk semuanya bercampur aduk. Dan dalam karya Nir kali ini, ada cerita tentang bagaimana seseorang itu cuba berubah untuk jadi yang lebih baik. Kata coretan penulis, ia diadaptasikan daripada kisah benar seorang rakannya.

Cerita tentang Kaseh Kaisara [Kaseh], gadis ini agak liar juga lah. Anak orang kaya yang ada segala-galanya tetapi sayang, dia miskin kasih sayang. Walaupun hidup ni memerlukan duit tetapi tak semuanya boleh dibeli. Cinta dan kasih sayang misalnya bukanlah sesuatu yang boleh dibeli di jalanan.

Di universiti, Kaseh teruja untuk berkenalan dengan Adam Khalis [Adam], jejaka yang sukar sekali untuk didekati. Profail diri Kaseh yang tak berapa nak baik itu macam satu tembok besar yang menghalangnya dari merapati Adam. Namun kalau hati dah berkenan, apa syarat pun akan cuba diusahakan.

Mengikut syarat Adam, hubungan mereka akan dimulakan sebagai kawan. Dalam tempoh tiga bulan, andainya ada keserasian barulah boleh ke level seterusnya. Ewah-ewah macam bagus je hik3 lalala5 ;P Selain itu, Kaseh kena jadi seperti orang biasa, macam ikut Adam naik MRT. Sanggup ke Kaseh nak tukar ganti Rolls Royce dengan public transport? Tetapi demi Adam, Kaseh turutkan.

Hubungan dengan Adam berjalan lancar. Adam dalam diam rupanya sukakan Kaseh yang sedikit naif tu. Daripada Adam, Kaseh belajar banyak perkara. Adam berjaya melenturkan hati Kaseh. Bagus Adam ni, ajak anak dara orang pergi masjid. Hati Kaseh kini bukan saja dilimpah dengan cinta Adam, yang lebih utama cinta pada Yang Maha Esa. Kasihan Kaseh kerana dalam keluarganya, perkara itu tak dititikberatkan. Syukur juga sebab kehadiran Adam membawa dia ke satu dimensi yang baru.

Ending? Sila baca ;D Baru dua karya yang aku baca dan aku rasa ini antara karya terbaiknya. Penulis muda yang berasal daripada tanah Singapura ini sudah semakin matang seiring dengan usianya. Moga-moga kamu akan terus menulis :))

Ps: Suka dengan template Nir, comel sungguh ;D

Happy reading (^-<)

Isnin, 26 April 2010

Color

3:56 PTG 2 Comments

JUDUL: COLOR
PENULIS: BULANHIJAU
TERBITAN: http://bulan-hijau.blogspot.com/



~ Rasaku… ~

Karya baru penulis muda ini membawa aku berkenalan dengan Ain Natasya [Ain], gadis pingitan yang secara tak sengaja terjumpa Daniel Isyraq [Daniel]; mamat KL yang tercampak di Lorong Kubur. Tak tahu mengapa dia tak begitu selesa dengan kehadiran Daniel yang menumpang sewa di rumah Tok Wannya.

Jadi selalu lah hamba Allah berdua ni bertekak. Ain memang tak mahu kalah, Daniel pun ketegaq, ha memang padan lah tu. Namun, akhirnya lawan jadi kawan. Hubungan dah makin elok tetapi bila tahu Daniel dah bertunang, hati Ain terusik. Kenapa ada rasa yang tak enak bermukim di dada? Dah terang lagi bersuluh, Cik Ain yang keras tu dan jatuh hati. Jatuh hati pada mamat senteng yang digelarnya. Daniel pula memendam rasa. Di hati ada cinta tetapi memikirkan keadaannya, dia pasrah. Zulaikha; tunangnya itu juga yang dipilih.

Paling aku suka pastinya di Bab 14. Saat kedua-dua pasangan ini dinikahkan. Serentak pula tu, cuma berbeza pasangan je. Kalau Daniel memilih tunangnya, Ain menerima lamaran Abang Iqramnya. Actually Iqram was his cousin. Sayangnya watak Iqram dimatikan awal.

Suratan takdir memang tak mampu dielak. Mereka dipertemukan semula dalam satu keadaan yang cukup berbeza. Pertemuan enam tahun selepas itu rupanya membangkitkan semula rasa di jiwa. Ketika itu Daniel dah pun berpisah dengan Zulaikha. Hubungan Ilham dan Qaliesya mendekatkan kembali Daniel dengan Ain. Benarkah mereka memang sudah ditakdirkan untuk bersama?

Secara jujurnya aku lebih suka kalau penamat ceritanya diakhiri dengan sesuatu yang lebih manis. Mungkin kerana rentetan cerita cinta Ain & Daniel yang banyak rintangan itu buat aku mengharapkan happy ending. Kalau lah di hujung episod itu terdapat sekurang-kurangnya hanya pergerakan jari atau juraian air mata Daniel ia sudah cukup buat aku puas hati kerana tahu Daniel ada juga bertindak balas kepada Ain.

Membaca karya terbaru hasil penulisan Cik Bulanhijau ini buat aku tersenyum. Senang dengan peningkatan yang ditunjukkan. Penulis juga nampaknya sudah semakin matang dan cerita disampaikan sudah berubah rentaknya, penuh warna! Tahniah :))

Ps: Adik, macam mana buat layout jadi 3?

Happy reading (^-<)

Jumaat, 15 Januari 2010

E-mel Buat Daniel Idzmi

12:59 PTG 2 Comments

JUDUL: E-MEL BUAT DANIEL IDZMI
PENULIS: RIDHWAN [RIDH-ONE]
TERBITAN:
http://ridh-one.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Siri e-novel seorang ahli Kapa yang aku baca. Entah apa rahsia Enche Riri [curi panggilan manjanya di Kapa hik3 lalala5 ;P], aku tak boleh berganjak dari cerita ni. Bagai diletak gam UHU je. Nasib baik juga, sirinya tak panjang. Hanya ada 5 episod dan aku baca 1 lagi episod istimewa sebagai pelengkap ceritanya.

Episod 1 – 5 [Akhir]

Merujuk kepada kiriman e-mel dari Syafira buat lelaki pujaan hati; Daniel Idzmi. Syafira bercerita tentang rasa hatinya, rasa bahagia dan rasa terlukanya. Bahagia di saat dia dan Daniel Idzmi mula berhubungan. Persahabatan yang terjalin buat Syafira benar-benar bahagia. Terlukanya Syafira bila Daniel Idzmi menjauh. Tidak puas hati dan kecewa merantai diri. Alahai Syafira, mengapa perlu jadi 'perigi' mencari timba? Terlintas di fikiran, hebat sungguhkah Daniel Idzmi itu? hik3 lalala5 ;P

Syafira bercerita tentang Ilham; kawan baiknya. Ilham diceritakan kerana perwatakannya menyerupai Daniel Idzmi. Baik Ilham atau Daniel Idzmi, Syafira rasa selamat dengan mereka berdua. Rasa disayangi dan diterima dengan seikhlasnya. Namun akhirnya Syafira juga yang mengkhianati perasaan teman baiknya. Adilkah dengan kehadiran seorang lagi teman Ilham, Dayana buat Syafira melarikan diri? Memutuskan hubungan persahabatan yang dibina? Tidak adil sungguh!

Syafira bercerita tentang Hasmir dan Fareez, kenalan semasa di semester dua. Berteman dengan mereka dengan alasan untuk mengubati rindunya pada Ilham dan rasa terlukanya pada Daniel Idzmi. Namun seperti sebelumnya Syafira masih gagal untuk merasa bahagia. Mungkin tidak bila dia tak mampu untuk menghargai insan yang ada di sekelilingnya. Tapi aku tetap kasihan bila penceritaan Syafira itu ditulis dengan penuh perasaan kecewa bila cintanya tak disambut. Apatah lagi tiap e-mel yang dikirim pada Daniel Idzmi umpama merintih pilu. Kasihan juga bila Hasmir dan Daniel Idzmi sanggup mencuri baca diari Syafira.

Episod Istimewa – E-mel Balasan Buat Syafira

Jawapan dari tiap e-mel yang dikirim oleh Syafira dirangkum sekali dengan hanya 1 e-mel daripada Daniel Idzmi. Tak perlu aku bercerita panjang, tapi cukup dengan mengatakan aku memang tak sangka itu puncanya Daniel Idzmi menjauhkan diri daripada Syafira. Episod akhir yang buat aku rasa, "La... itu ke sebabnya?". Ending terbaik untuk cerita ini ;D

Syafira - E-mel ini adalah luahan hati saya. Semuanya saya coretkan di dalamnya. Saya mahu awak tahu, mahu awak mengerti, perasaan hati saya pada awak selama ini [Blurb e-novel]

Daniel Idzmi - Dalam dunia ini, kita perlu buat keputusan bukan berdasarkan hati semata-mata, harus ada logik akal juga. Jangan mudah menyerah pada perasaan kelak awak sendiri akan merana [Episod Istimewa]

Ps: Sesuka hati memanggil Ridhwan dengan Enche Riri, jangan ambil hati ya hik3 lalala5 ;P

Happy reading (^-<)

Rabu, 9 Disember 2009

Cerita Heartquake

11:19 PG 2 Comments
JUDUL: CERITA HEARTQUAKE
PENULIS: NIR
TERBITAN:
http://cintafinespun.blogspot.com/

~ Rasaku… ~

Tertarik dengan cerita ini selepas membaca review dari Cik Ulat Buku [Now she decided to close her collections...] Sememangnya cerita ini tak mengecewakan. Aku suka cerita ini. Selain cerita cinta-cintun, nampaknya masih ada penulis yang sudi bercerita tentang kasih sayang. So credit to her ;D

Nuraisyah Ilham [Ice] & Khairul Izwan [Kyle] – pasangan adik-beradik yang tidak seerat Ice dan Khairul Iqbal [Abang Iq]. Disebabkan kebijaksanaan Ice terasa dia dan Abang Iqnya selalu dipinggirkan dalam keluarga. Benar ayah dan ibunya bukanlah pilih kasih. Tetapi kerana Kyle sendiri punya piawaian kepandaian ditambah dengan status anak sulungnya, dia diangkat menjadi superhero dalam kamus tiga beradik ini.

Namun, itu bukanlah punca sebenar keretakan hubungan antara Ice dan Kyle. Ada banyak sebab mengapa si puteri bongsu ini menjarakkan diri. Apatah lagi ketika saat pemergian Abang Iqnya, Kyle tiada di sisi. Sikap endah tak endah Kyle buat Ice menjeruk rasa. Sukar dipadamkan, tetapi hakikatnya di hatinya dia cuma ada seorang abang bukannya dua.

Jazz – teman rapat Ice. Persahabatan antara mereka berdasarkan kasih sayang. Mungkin ada cinta tapi ia tak diceritakan di sini. Jazz adalah tempat Ice meluahkan rasa. Berkongsi cerita tentang kesedihan & ketidakupayaannya menerima kepulangan Kyle. Aku tertarik dengan perbualan dua sahabat ini.

“Who am I to you, eh?”

“Who would you like to me to be?”
[Pt 11]

Cerita ini bukannya happy ending. Tapi aku tetap sukakan penamatnya. Puas juga aku membelek blog cik penulis. Sebab siri e-novel yang hampir mencecah 35 hik3 lalala5 Walau dah terbiasa membaca cerita yang lebih tebal dari ini tetapi bila membacanya di skrin komputer, mata makin mengecil. Think that I should put-on specs... hahahaha ;P

IceI am your sister. Literally. Tapi Ice dah lama lupakan hakikat tu. We’re stranger now. And I like it better this way [Pt 10]

KyleI tried my best. But you are still cold. Kyle sampau da tatau apa nak buat dah. Kita dah jauh terpisah. And Kyle dah tak tahu macam mana nak rapatkan ruang antara kita lagi [Pt 16]

Ps: Masih mencari masa yang sesuai tuk membaca ceritanya yang lain. All the best Nir ;D

Happy reading (^-<)

Selasa, 8 Disember 2009

Ini Hati Aku Yang Punya

12:31 PTG 0 Comments

JUDUL: INI HATI AKU YANG PUNYA
PENULIS: CT ZURAIMI
TERBITAN:
http://pena2ku.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Ini adalah antara e-novel yang dah lama aku baca tapi sampai la ni aku tak buat apa-apa review hik3 lalala5 Cerita si penulis disampaikan dengan gaya yang cukup santai. Aku sangat suka itu tapi ada masanya aku jadi hilang sabar sebab tiap episod akan diakhiri dengan penuh dramatik. Antara saspen dan tertanya-tanya buat aku ternanti-nanti sambungan ceritanya.

Khairunnisa Shafiyyah [Nisa] & Yusuf Alhafiz [Hafiz] – pasangan yang dijodohkan? Erm, lebih tepat Encik Hafiz yang nak meminang Cik Nisa ;D Gila punya haru keluarga mereka ni! Baik mak ayah Hafiz mahupun Nisa, masing-masing punya cara yang sangat selamba... [Actually words yang digunakan tu selamba, itu rasanya salah satu penyebab kenapa aku terikat dengan IHAYP] *wink*

Namun, kisah pasangan pengantin baru ni tak seindah mana. Hafiz bagaikan tersepit antara menjadi sang suami tuk Nisa atau hanya menjadikan Nisa sebagai tempat dia melupakan bekas kekasihnya; Ema. Ini sangat tidak adil! Tapi Hafiz tak dapat nafikan dia sayangkan Nisa, ada masanya rasa sudah jatuh cinta. Cuma dia sendiri nak juga tahu apa perasaan Nisa sebenarnya.

Dari taman sepermainan, kawan-sahabat & suami-isteri; Nisa si heroin ni bagaikan tak percaya. ‘Anak gajah’nya tu dah jadi suami hahaha Sungguh luar biasa betul panggilan manja buat Hafiz ;P Tapi dalam pada itu dia tak nafikan setelah berkahwin dengan Hafiz, Nisa sedaya upaya cuba menjadi isteri buat suaminya. Cuma masalahnya timbul dengan kewujudan Ema. Hurm, menambahkan kekeliruan & ketakpercayaan dalam diri masing-masing.

Akhirnya? Ha tu kena baca sendiri. Don’t worry. Cuma ada 13 episod je termasuk bab pengenalan & penamat cerita ;D

A short intro here ;D

Yusuf Alhafiz [cool]: Ok la. Kau nak tau kenapa aku pinang kau? Ada tiga sebab.. Kau nak dengar sebab yang ke berapa dulu?

Khairunnisa Shafiyyah [buat-buat cool jugak]: Herm, belasah aje. Ketiga dulu pun takpe!

Yusuf Alhafiz [bersandar ke kerusi]: Ok, sebab yang ketiga.. Mak bapak aku berkenan dekat kau.

Khairunnisa Shafiyyah[laju bertanya]: Sebab kedua?

Yusuf Alhafiz [malas sebenarnya dia nak jawab] : Kedua.. Kalau kau dengar kau jangan terkejut pulak.

Khairunnisa Shafiyyah [gatal tangan nak belasah orang]: Bagitau je la…

Yusuf Alhafiz [buat-buat gugup pulak]: Kedua sebab..sebab aku dengar ada orang nak potong line aku..

Khairunnisa Shafiyyah [bengang and blur]: Hah? Potong line kau? Potong line yang macam mana tu? Ok la. Sebab pertama pulak. Apa dia?

Yusuf Alhafiz [gelak tertahan-tahan]: Sebab pertama.. Hmm, sebab kau la gadis paling comot yang pernah aku jumpa!

Khairunnisa Shafiyyah [naik tocang]: Kenapa, kalau aku tak comot?!!!

Ps: Kak, saya masih tak puas hati...takde ke sambungannya? :P

Happy reading (^-<)

Isnin, 9 November 2009

Kasih Alia

8:59 PG 0 Comments

JUDUL: KASIH ALIA
PENULIS: COMEI
TERBITAN: http://kisahcintacomei.blogspot.com/



~ Rasaku… ~

Akhirnya aku berjaya membaca e-novel ni. Warning! Siapa yang suka baca buku dari belakang tak boleh baca the last episod sebabnya nanti akan jadi cam aku yang sememangnya teramat suka buat spoiler! Mula membaca episod terakhir sebelum melangkah ke muka depan hik3 lalala5

Ia berkisar tentang Alia Zahra – gadis lewat 30an yang belum berkahwin. Gadis yang kalau diikutkan ceritanya, hanya gadis yang biasa-biasa. Tak cantik sangat, tak pandai sangat, kaya sangat pun tak. Cukuplah seadanya. Tapi gadis ini punya kedai coklatnya sendiri hasil usahasama dengan teman baiknya; Zuraida.

Alia tak pernah memikirkan tentang soal hidupnya. Apa yang dia tau kerja, kerja dan kerja hingga lupa yang usia makin meningkat naik. Di atas pertolongan Zuraida dia dikenalkan dengan seorang P.A. – Megat Qalif Izhan namanya. Seindah nama, Qalif adalah anak muda yang baru menginjak 25 tahun. Ha, anda pasti tau lepas ni mesti ada kuch-kuch ho ta hai kan-kan?

Hubungan mereka mekar tanpa perlu diatur walaupun pada mulanya semua itu adalah pelan ‘jahat’ Zuraida yang mahukan Alia terbias dengan cahaya cinta. Tapi itulah agaknya dah tertulis yang jodoh itu milik mereka.

Perhubungan mereka diuji dengan berbagai-bagai dugaan. Kisah hidup Alia yang penuh dengan masalah keluarga. Kisah si Qalif yang rupanya ada sejarah hitam dalam keluarganya. Konflik diri yang tiba-tiba datang menjengah ke dalam hidup Alia apabila dia tahu akan siapa ibunya yang sebenar. Semuanya satu twist yang menarik walaupun ada masanya ia agak klise.

Tapi aku suka sesuatu. Si comel Nur Aiman. Watak budak lelaki ini benar-benar mencuit hati. Si pengikat antara Papa Qalif dan Mama Alianya. Ia terus mengingatkan aku kepada cerita Kak Rose – MSC. Kan ada si comel Afi?

Ending? Pastinya happy ending! Buat penulis, elakkan meletakkan ke semua klimaks di sesuatu bab saja. Sebab nanti risau ada pembaca yang banyak songeh [macam Cik Airina] akan kehilangan mood untuk terus membaca. Kekalkan momentum sehingga penamat cerita anda. Good luck!

Alia dan Qalif, saling melengkapi… saling memerlukan. Tanpa Alia, hidup Qalif pastinya kelam kerana hanya bidadari secantik Alia Zahra yang bisa membawa syurga cinta di hati Megat Qalif Izhan [episod 40/end]

Happy reading (^-<)

Jumaat, 6 November 2009

Jauh

10:52 PG 2 Comments

JUDUL: JAUH
PENULIS: BULANHIJAU
TERBITAN:
http://bulan-hijau.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Akhirnya… aku berjaya menghabiskan cerita ni hik3 lalala5 Baca malam merdeka ni tau! Tapi baru hari ni aku berjaya menulis review *sheesh*

Jauh adalah cerita anak sekolah yang belajar membesar dan dewasa. Belajar membesar dengan menempuh segala bentuk cabaran dan belajar menjadi dewasa dengan mengadaptasikan tiap cabaran itu. Ia buat aku terkenang kembali kepada kata ibuku – kita akan menjadi dewasa bila kita belajar berubah!

Affisya Lee – gadis si anti lelaki. Kehidupan banyak mengajarnya tentang lelaki itu tak boleh dipercayai. Kasihan! Namun takdir menemukan dia dengan seseorang. Siapa lagi kalau enche Chip. I love them! Fish & Chip - dah macam nama makanan je hik3 lalala5

Aniq Eyman – dikenali sebagai Chip. Bermacam gaya dia cuba tuk memikat. Sampai lah ke satu tahap dia sudah pun memiliki Fish. Sayang la pula ada je si kacau daun. Bermula dengan si May, Rizz dan juga Luke tak termasuk si mak tiri Fish - Zaleha. Geram betul bila baca kes mak tiri Fish tu, memang lah stigma yang kekal dalam mindaku. Mak tiri mesti jahat! Tapi tak semua la, manusia kan lain-lain?

Dari mula cerita sampai kesudahan, aku suka dengan susun atur ayatnya. Simple je, tiada bunga-bunga yang terlebih. Barangkali sesuai dengan usia si penulis muda ni. Tapi, ada satu bahagian yang menyebabkan jantung aku sedikit terhenti. Oh, my… twist yang sangat menarik. Ramai yang tak sangka malah aku sendiri tak sangka yang ‘si dia’ itu begitu. Ending juga menarik. Menepati dengan kata-kata ‘kalau dah jodoh…’

Jadi pada kamu peminat setia e-novel, tak salah membaca karya-karya baru dari Cik Bulanhijau [review; Chenta & Twinkle] Cuba susuri hasil tulisannya. Kamu akan menyukainya dan pada yang tak suka tak apa sebab pastinya citarasa kita amat berbeza ;P

Fish – Hujan yang turun lewat semalam, menjadikan aku perindu pada lelaki ini, hadirnya penuh misteri mengubah persepsi aku tentang cinta [episod 30]

Ps: Adik, all the best in your exam!

Happy reading (^-<)

Isnin, 17 Ogos 2009

Chenta & Twinkle

12:55 PTG 1 Comments

JUDUL: CHENTA & TWINKLE
PENULIS: BULANHIJAU
TERBITAN:
http://bulan-hijau.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Terlalu banyak e-novel yang ada sampai aku dah tak terbaca hik3 lalala5 But this time, after finishing my last paper yesterday terus menghadap blog ni. Sebab dah janji dengan sis ni tuk baca e-novelnya. Siapakah tu? Nice nameCik bulanhijau.

Chenta
Cerita cinta antara Batrisya Insyierah (Trisy) & Carl Iskandar (Carl). Cinta yang diatur melalui keluarganya. Cinta yang hadir tanpa dipaksa. Mengingatkan aku pada kata seorang teman. ‘Cinta itu seharusnya hadir sendiri bukannya dicipta’ erk? Aku dah start jiwang hik3 lalala5

Trisy & Carl tetap berkahwin sebab nama pun aturan famili kan? So, mesti korang tau the next episode pasal apa… kahwin tanpa cinta! Mula2 baca terasa macam cerita Addin + Benz… mungkin sebab baru lepas review that novel. Tapi takpe, aku teruskan membaca.

Ada pelbagai watak yang muncul di antara mereka menyebabkan hubungan yang renggang semakin jauh. Ada cinta ada benci. Kasihan pada Trisy, cintanya itu terlalu banyak dugaanya. Carl? Aku rasa cam nak hempuk2 je dia ni. Ending? Sedih sikit sebab… shhh… baca sendiri hik3 lalala5

Twinkle
Cerita ni pasal anak Trisy & Carl hehehe Qaseh Nur Syafira. Adehla… panjangnya nama, cam susah je nak taip hik3 lalala5

Qaseh (Lala) seorang gadis yang agak agresif kalau dibaca la. Sangat2 tak suka dengan lelaki. Napa ya? The only guy yang dia percaya adalah Arel – her cousin. Lala ditunangkan dengan Fahmi. Bukan pilihan tetapi dia rela. Aiseyman, kalau dah tak suka tu cakap je la kan?

Tengku Zaim Mukhlis – the hero la… nasib baik dia yang hero, sebab rasanya Fahmi tu macam tak sesuai je. Tapi si Zaim ni pulak tersangat lah playboy. Tu la kot muka handsome, duit banyak mesti playboy hik3 lalala5

Ada sesuatu terjadi antara Lala & Zaim. Apakah tu? Pertunangan dengan Fahmi cam na lak? Si Ellina nak campak mana? Pastikan anda singgah di blog tuan rumah ni tuk membaca keseluruhan cerita ni.

Aku lebih suka Chenta dari Twinkle. Mungkin sebab cerita itu lebih tersusun, kemas dan diedit dengan baik. Bukanlah Twinkle tak bagus tetapi ada seperti something missing… erm, apa ya? Apa pun tahniah tuk penulis muda ni. Ada bakat yang boleh digilap. Agaknya kalau adalah e-editor, mungkin kesalahan ejaan dan grammar boleh diminimakan. All the best sis!

Ps:
~ Sedang cuba menghabiskan Jauh. Sambil2 menyelak juga laman Kasih Alia… adeh, banyaknya episod hik3 lalala5
~ Cik Bulanhijau & Cik Comei ni sebaya ke? Korang kawan baik ke?


Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)