Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9789831248935
Penerbit: Alaf 21 -
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 512
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Manusia... ramai
yang terlupa bahawa hidup ini mempunyai waktu, tapi mereka sengaja
mensia-siakan waktu itu. Hidup ini... bernyawa, Mikhail [pg 278]
RAM memang arif bila
perlu bermain dengan watak,
tempat dan laras waktu. Dan sebagai pembaca, semuanya perlu seiring ketika
sedang membelai naskhah ini kerana ceritanya tidak pernah mengikut susunan
waktu. Cuma kali ini, RAM banyak membantu dengan meletakkan satu hero di satu
bab. Lebih tersusun dan lebih mudah hadam sebenarnya.
Fenomena halo.
Antara percaya dengan tidak. Menongkah arus, merentas zaman. Memperlihatkan
lima hero RAM bertemu. Sunan, Mikhail, Carlos, Ryu-Watanabe dan Ejim si Tombirou.
Saling berjuang menegakkan keadilan. Saling bergelut dengan godaan dan jati diri.
Saat di mana kita semua sudah tiba di hujung-hujung waktu. Ya, ini cerita
tentang manusia di akhir zaman. Waktu sang Dajal saling memperdaya, saat Islam
kian hancur di tangan manusia itu sendiri.
Sejujurnya aku hanya
benar-benar mengenali Sunan dan Mikhail. Sedang tiga hero lagi itu aku hanya
kenal namanya lewat karya-karya RAM lalu. Tapi apa yang aku suka dalam novel
ni, pembaca akan tetap mendapat rentaknya. Tidaklah tertanya-tanya siapa dan
kenapa, kerana watak-wataknya diseimbangkan hampir sempurna.
Aku suka dengan
gandingan Sunan-Ejim. Si Sunan, sang pendekar purba dan Ejim, si pagan yang
mencari makna diri. Begitu juga dengan Mikhail dan Ryu-Watanabe. Dan Carlos
yang masih dihimpit dengan Bilal Piut. Aku kira penulisnya sudah berkerja keras
membahagikan fokusnya, supaya tiada watak yang lebih menonjol daripada yang lain.
Beliau mahu kesemuanya mendapat perhatian yang sewajarnya. Tapi mungkin kerana
karisma Sunan, hati lebih menjurus pada sang laksamana itu :))
Watak-watak lain yang
membantu cerita ini bergerak memang boleh tahan banyaknya. Baik si Tuan Turak
mahupun Cinnie. Tapi ya, aku amat tertarik dengan watak perempuan tua hodoh
berbongkok tiga yang mengekori langkah-langkah kesemua hero. Ada cerita di
sebaliknya. Dan itu semua akan terungkai di akhir-akhirnya. Perghh... memang
cukup menuntut kesabaran aku untuk mengetahui kebenarannya.
Sebagai penulis
senior, memang tak perlu dipersoalkan tentang gaya bahasa dan plot
penceritaannya. RAM nyata berada di kelasnya tersendiri. Cuma kali ini ada
beberapa frasa yang diulang-ulang. Tidak mencacatkan tapi terasa kehilangan RAM
di sini. Dan aku tersengih-sengih di beberapa halaman kerana melihat frasa –
‘ini kalilah’. Sinis. Pheww...
Aku sedikit kecewa
dengan penamatnya. Tu yang kurang satu bintang hahaha Tapi ya, pengakhirannya
yang ada Mikhail dan Ryu-Watanabe tu buat aku rasa yang ianya akan ada
kesinambungannya. Eh! Sesuka hati meneka.. tapi tak salah kan wahai tuan
penulis? hee :))
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan