Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)
Memaparkan catatan dengan label Buku Fixi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku Fixi. Papar semua catatan

Khamis, 28 September 2017

Comolot

10:02 PG 0 Comments
Comolot
Hilmi Lona

ISBN: 9789670954561
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Julai 2016
Halaman: 326
Harga: RM21.90

~ Rasaku… ~

Not so bad.
Lama tak baca buku keluaran Fixi, dan aku pilih ini kerana tajuknya. Teringat masa belajar dulu, kawan-kawan suka guna istilah comolot ni -- melambangkan betapa ‘geng’nya mereka.

Aku suka dengan idea penulis. Ingat senang nak gabung manusia dan segala jenis entiti paranormal lain? Bravo!

Plotnya mengisahkan dunia si manusia biasa, Kerabat Dia Pandora dan Puaka (makhluk alam ghaib). Dan, jangan lupa si Komolot. Eh, ni watak penting tau! Ketiga-tiganya dijalin dengan kemas walaupun ramai sangat karakter yang diketengahkan. Cuma, mungkin ada masanya keliru kerana terdapat selingan imbas kembali di antara bab.

Aku suka watak Che Baya tu. Lagi-lagi bila sampai dia dipanggil Nenek Kebayan. Laaaaaa *wink*. Kisah anak-anaknya pun menarik. Memang kena baca sampai habis. Cuma awal-awal tu, hmm… memang buku Fixi sangat. Nak buat bagaimana. Tapi aku kira kalau tiada pun, ianya tak mencacatkan cerita ini.

Tapi ya, ada beberapa persoalan yang aku musykil (atau ada yang aku terlepas pandang). Contohnya:-

  1. Anak Che Baya tu, aku rasa dia tak mati. Tapi mana?
  2. Kisah Fairuz [baca: Zee]. Wataknya ‘muncul’ tiba-tiba saja. Asal-usul tak diperinci dengan lebih jelas, terutama yang mana katanya benci sangat dengan kaum sejenis yang menjadikan dia begitu.
  3. Asal usul Kerabat Dia Pandora pun tak diceritakan sangat. Bagai manusia biasa, tapi ada kuasa luar biasa.
  4. Dendam Komolot. Ha, ni sebenarnya paling utama, kalau tak memang tiadalah cerita ni, kan?
  5. Watak Mak Emboh tu something sangat. Dia sangat membantu Delima, tapi yang ‘kejahatan’ dia tu... ya ampunnn!

Ending? Haihh.. kena sambung lagi ni. Twist yang buat tak senang duduk haha. Watak Leyla tak kan habis camtu je? Nak tahu juga punca kenapa dia jadi sampai begitu.


Happy reading (^-<)

Selasa, 14 Oktober 2014

MF2014: Antologi Cerpen Ebook Fixi

9:10 PG 2 Comments
MF2014: Antologi Cerpen Ebook Fixi
Adib Zaini, Anuar Shah, Dayang Noor, Faizal Sulaiman, Julie Anne, Khairi Mohd, Lokman Hakim, Nadia Khan, Saat Omar, Syaihan Syafiq, M. Faiz Syahmi

ISBN: 9789670750231
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: September 2014
Halaman: 113
Harga: -

~ Rasaku… ~

Sinikal.
Sarkastik.
Yang boleh menyakitkan hati seseorang.
Yang boleh menyebabkan sel-sel otak mula berhubung hahaha

Kalau mahu kisah cinta.
Ini. Bukan. Untuk. Kamu.
Tapi, kalau korang cari kisah yang fresh, makan dalam punya. Ha, sila-sila pilih e-book ni sebagai bahan bacaan terbaru. Nipis je. Kalau jenis yang baca non-stop rasanya sehari pun boleh habis, entah-entah sejam.

Yang mudah, kisah ni akan buat kau tergelak sumbing sambil tahan rasa pedih. Lagi-lagi bila ada nama Zil Faezrul Razin. What? Hahaha... sinis? Tapi aku suka. Kudos!

Hadiah hari jadi buat Malaysia.
Percuma saja. Sila download untuk bacaan lanjut.

Happy reading (^-<)

Isnin, 19 Mei 2014

Zombijaya

8:54 PG 0 Comments

Zombijaya
Adib Zaini

ISBN: 9789671038475
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: October 2011
Halaman: 307
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

Busy = no Fixi
Tu kena letak dalam otak hahaha. Tapi tuan penulis, aku lebih suka Ilusaniti *wink*

Full review: 16/05/2014

Gigitan anjing pada malam tahun baru punca si zombie [?]. Hmm... kalau benar ini puncanya Malaysia diserang zombi, aku takleh terima. Hahaha. Mungkin aku bukan peminat cerita bertemakan zombi. Dari dulu, filem zombi pun bo-layan. Jadi, sukar agaknya untuk aku terima cerita ni.

Tapi ada yang aku suka. Beberapa isu yang ditulis sekilas lalu. Kritikannya cukup sinis. Aku yang baca rasa macam nak buat high-5 dengan penulis *wink*

Aku suka ceritanya yang bergerak pantas tak makan dek tahun. Daripada permulaan hingga ke tengah, dicampur dengan konfliknya bagai, tetiba dah tamat! Perghh... formula Fixi memang begini agaknya. Padat dan laju.

Tolak semua penggunaan bahasa kasar [buku ni tak kena banned ya?] dan adegan terbukanya, cerita ni sebenarnya disampaikan dengan cukup bersahaja. Santai walaupun kesemua watak sudah berlari laju untuk menyelamatkan diri daripada zombi. Dan, aku memang suka watak Nipis tu. Hero yang bukan hero hahaha. Baca sendiri ya kawan-kawan!

Oh, ya! Sebut tentang watak, novel ni memang banyak benar wataknya. Tapi yang terselamat tak ramai.

Cuma ending tu, haihhh..geram! Walaupun selalu dihidangkan dengan penamat yang disimpulkan sendiri, tapi kali ni aku was-was mahu beri titik tamatnya. Diharapkan sesiapa boleh kongsi cerita penamat anda *wink*

Survival. Ini baru zombi. Bayangkan bila dajal menjelma. Bekalan apa yang kita ada ya?

Happy reading (^-<)

Khamis, 23 Januari 2014

Sitora Harimau Jadian

11:07 PG 2 Comments
Sitora Harimau Jadian
P. Ramlee

ISBN: 9789670374109
Penerbit: Penerbitan Angkatan Baru [tahun 1965], Buku Fixi - Fixi Retro
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 207
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

Terasa seperti P. Ramlee itu 'hidup'. Al Fatihah.

Full review: 22/01/2014

Secara ringkas, kisahnya tentang Sitora; harimau jadi-jadian yang mengganggu ketenteraman kampung. Ramai yang menjadi mangsanya. Si Tok Dukun ada banyak pula helahnya. Dr Effendi; doktor muda dari bandar datang membantu tetapi disumpah pula menjadi anak Sitora. Ha, apa kesudahannya? *wink*

Isi ceritanya mudah. Cukup mudah, malahan aku rasa anak-anak sekolah pun boleh memahaminya. Senang cakap, ianya disampaikan dengan straight forward. Malah, adegan thriller tidak cukup menyengat. Tak cukup untuk buat jantungku ‘berhenti’ sejenak.

Dari segi gaya bahasa pula, ianya biasa-biasa saja. Cuma pada siapa yang tak biasa dengan bahasa orang lama, akan rasa lame. Konon nak urban sangat kan? hahaha Sedangkan, aku suka dengan bahasa pujangga orang kita. Ingat senang nak reka peribahasa dan pantun bagai?

Tetapi mungkin kesederhanaan cerita ini yang mengikat aku. Thriller yang sederhana. Bahasa yang sederhana. Elemen cinta hero-heroin yang sekejap cuma. Semuanya serba sederhana. Memandangkan novelnya pun hanya setebal 207 halaman, jadi sudah nampak betapa sederhana sebenarnya novel ini.

Dek kerana ini karya epik, karya seorang tokoh yang aku senang sekali -- P. Ramlee. Makanya buku ini berhak dapat all my respect. Bias? hahaha Yup, aku akui kali ini aku bias ;))

Ps: Aku beli buku ni di nile.com hahaha Orang lain shopping baju, hang tak habis-habis dengan novel haihh… *wink*

Happy reading (^-<)

Rabu, 24 Julai 2013

Ajaib

3:19 PTG 0 Comments
Ajaib
Syafiq Aizat

ISBN: 9789670374352
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: May 2013
Halaman: 276
Harga: RM18.90

~ Rasaku… ~

2.5*

Full review: 15/07/2013

Aku cadangkan buku ini pada mereka yang mahu cuba buku Fixi. Ia kisah ringkas dan santai. Tak begitu mencabar sepertimana keluaran Fixi yang lain. Twist pun tak begitu ummph... agak klise sebenarnya.

Tapi aku suka premis cerita ini. Membawa aku kembali pada momen bergelar kanak-kanak. Tersengih-sengih sendiri bila baca cerita pertama kali datang bulan, bersunat, kem bina diri dan cinta monyet budak sekolah. Wah! Terasa sudah semakin tua pula aku ni hikhikhik

Ini kisah Izaq yang diberi kelebihan untuk melihat makhluk halus. Kelebihan itu dianggap bala buatnya. Manakan tidak, ke mana pergi dia bisa saja melihatnya. Kalau mukanya kacak dan lawa takpe juga, ini... ya ampun! Tapi cerita selanjutnya bukan pada kelebihan Izaq, lebih kepada kisah dia dan kawan-kawannya. Sayang, kisah kelebihan Izaq itu tidak dikembangkan dengan baik. Mungkinkah ada kesinambungannya?

Namun cerita ini masih enak dinikmati. Apatah lagi dengan gaya penceritaan yang cukup sempoi. Memang ini gaya Fixi kan. Jadi tiada masalah nak menghadamnya. Dan cerita ini boleh dikategorikan bersih. Yalah, cerita anak-anak berusia 12 tahun. Cuma ada masanya aku rasa mereka ini lebih ke depan pemikirannya. Beberapa kali aku terfikir, ketika usia begini apakah aku juga berfikir sedemikian? Hmm...terutamanya cara pertuturan yang menggunakan laras bahasa yang agak tinggi untuk mereka yang seusia itu.

Aku rasa tajuknya bukan terletak pada isi ceritanya. Apa yang aku perasan ajaib itu terletak pada kata-kata nasihat Izaq pada temannya. Kesemuanya menjurus kepada betapa agungnya Tuhan kerana kita sentiasa saja ada ruang dan peluang untuk kembali kepada-Nya. Lihat, betapa ajaibnya Tuhan! Tak putus-putus memberi rahmat dan kasih sayang. Alhamdulillah.

Tapi itu pada pendapat aku. Orang lain mungkin melihat buku ini daripada perspektif yang berbeza. Macam kita makan cendol. Ada yang suka cendol biasa, cendol pulut atau cendol durian. Eh? Tak ada kaitan pun! hahaha ;P

Happy reading (^-<)

Jumaat, 5 Julai 2013

Asrama

9:35 PG 2 Comments
Asrama
Muhammad Fatrim

ISBN: 9789670374291
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: April 2013
Halaman: 288
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Sekali-sekala dah penat layan novel cinta, ada baik baca buku sebegini. Ubah selera, ambil ruang nak bernafas tapi jangan salahkan aku pula kalau terasa lagi susah nak bernafas masa baca cerita hantu ;P

Ceritanya tentang Dahlia yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan bertukar ke sebuah sekolah berasrama pilihannya sendiri. Suasana baru di asrama begitu mengujakannya biar pun ada beberapa perkara pelik yang menghantuinya. Dia tidak pernah ambil kisah. Sebaliknya dia lebih berani ke depan, mencari apa dan kenapa ia berlaku.

Padaku walau ia kisah Dahlia tapi semua watak-watak yang ada di sekeliling Dahlia amat membantu dalam melicinkan alur ceritanya. Tapi bila terlalu banyak nama watak perempuan, ada masanya sedikit lost. Aku lebih ingat nama Pak Darus dan Adam pula hikhikhik

Cuma ada sesiapa nak kongsi dengan aku siapakah Ira itu? Aku mahu tahu apa pertolongan yang dia mahukan atau dia sebenarnya dalam misi selamatkan Dahlia? Hmm... *rolledeyes*

Novel ni sebenarnya tidaklah ‘berhantu’ sangat. Mungkin kerana aku sudah dapat mengagak kerana kisah hantu asrama sangat popular, dikongsi dan disampaikan dengan pelbagai rentak dan variasi. Malah rasanya ada banyak lagi kisah yang lebih menyeramkan daripada apa yang diketengahkan. Kalau penulis cerita lebih tentang Pengait tu aku rasa ia akan lebih gempak.

Tapi aku suka part pembantu rumah Dahlia tu. Sebenarnya petunjuk sudah diberi cuma akal perlu gigih untuk mengesannya. Dan untuk twist yang menjadi itu, aku bagi tabik spring..toing..toing *wink*

Happy reading (^-<)

Jumaat, 21 Jun 2013

Ilusaniti

11:50 PG 6 Comments
Ilusaniti
Adib Zaini

ISBN: 9789670374345
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama April 2013
Halaman: 318
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Gila.
Ceritanya memang gila.
Penulisnya? Haruslah lagi gila hahaha ;P

Perasaan baca buku ni sama macam baca Pecah. Aku tak boleh expect apa-apa. Jalan cerita yang sangat tak cliche. Fast-paced, tau-tau je...eh! Dah habis. Plot yang dirancang cukup teliti di mana akan ada saja unsur saspens yang buat aku berfikir – is it real? Atau imaginasi aku semata?

Ceritanya bermula dengan pertemuan beberapa teman yang kenal di atas talian. Bertemu buat pertama kali dalam satu sesi menonton wayang bersama-sama. Dan kemudiannya? Kesemua mereka mulai didatangi mimpi-mimpi aneh. Satu per satu mulai mati secara mengejut. Kini masing-masing mula tak senang duduk, mahu merungkai punca sebenar apa yang terjadi.

Aku pernah cakap yang aku sangat tak suka dengan adegan mimpi. Tapi dalam cerita ni, mimpi itu senjata utama. Dan penulis begitu teliti dalam merencanakan mimpi Bandar Tanpa Cahaya itu. Cukup kemas buat aku untuk mengimaginasikannya. Penulis juga menyelitkan segala macam permainan online yang satu pun aku tak pernah main hahaha Jadi pada mereka yang gamer/geek dan sewaktu dengannya aku rasa ini memang untuk kamu-kamu. Ada War of Warcraft okay!

Ini novel pertama penulis yang aku baca. Bravo. Penipuan yang sangat menjadi. Tapi aku tak suka hujan meteor tu. Hailoh...kenapa rasa macam Hollywood sangat tetiba. Spoiled mood aku.

Oh! Kurang 1 bintang sebab aku tak suka pengakhirannya. Sama seperti buku-buku Fixi yang lain, mereka memang tak suka bagi ending yang cantik. Haihh.. *face palm*

Happy reading (^-<)

Jumaat, 8 Februari 2013

Mangsa

8:42 PG 2 Comments
Mangsa
Gina Yap Lai Yoong

ISBN: 9789670374192
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: 23 November 2012
Halaman: 245
Harga: RM17.90

~ Rasaku… ~

Orang kata kena baca Ngeri dulu baru boleh selesa dengan Mangsa. Hmm, aku rasa tak perlu. Kalau sesiapa baca Mangsa dulu pun tak mengapa. Sebab kedua-duanya ada cerita berbeza cuma ya, akan tertanya-tanya kenapa dan mengapa si pembunuh itu suka berkelakuan sebegitu? Masalah mental kah?

Dimulakan dengan kisah Natalia dan Nazwan. Dua sahabat baik yang sudah melepasi garisan persahabatan tetapi berlagak seperti tiada apa-apa. Bila penat mengusung rasa tiada apa-apa itu, Natalia cuba menjauhkan diri daripada Nazwan. Ada rasa yang perlu dibereskan dengan caranya yang tersendiri dan di sini lah tragedi mangsa dibongkar satu per satu.

Aku suka bila tragedi dibawa nun di Kuala Lipis [dah dekat dengan rumah aku tu kih5]. Lari daripada kesibukan kota, memungkinkan kejadian itu benar-benar berlaku dan sekaligus meyakinkan aku pemangsa itu betul-betul wujud. Gerun aku bila membayangkan pemangsa yang sebegitu. 

Dan aku juga suka bila kali ini kita tak dihidangkan dengan kisah polis Malaysia yang korup. Kewujudan Inspektor Rashid dan Detektif Minho yang begitu komited dengan tugas mencari mangsa hilang. Tak lupa Detektif Hema. Ha, para pembaca yang terlepas novel sebelumnya akan berasa sedikit terganggu sebab nak tahu kenapa Detektif Hema begitu obses mengejar Rehan. Sama seperti Rehan yang begitu obses mencari mangsa. Tapi, dalam masa yang sama bukankah mereka yang belum membeli Ngeri akan terus pergi beli. Wah! Strategi marketing tu.

Aku lebih suka novel ni daripada sebelumnya. Mungkin kerana aku sukakan watak Hani dan Jo. Kawan tak kenal siapa. Heh! Mungkin. Cuma sayangnya bila saja lihat kelibat Rehan, aku sudah dapat meneka pengakhirannya. Jadi rasanya lebih elok ada penamat yang lebih bagus untuk Rehan. Sudah dua kali, mudah pula dia terlepas. Sungguh tak aci kih5 ;P

Ps: Nama anak Inspektor Rashid buat aku tersengih sendiri. Bukan kelakar tapi entah... *wink*

Happy reading (^-<)

Khamis, 17 Januari 2013

Mental

3:45 PTG 9 Comments
Mental
Shaz Johar

ISBN: 9789670374185
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: November 2012
Halaman: 299
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Ini buku pertama aku tahun 2013. Dan ya, aku rasa sedikit gila dalam menyudahkan pembacaannya *wink*
“Kita jangan suka sangat melengah-lengahkan solat, nanti seksa bila Tuhan cabut nyawa tu. Tahu?” [page 32]
Speechless. Di awal-awal lagi sudah terkena. Tapi aku suka ingatan itu. Terima kasih wahai encik penulis.

Mental sebuah cerita yang punya plot agak berat dan mungkin akan memeningkan kepala para pembaca. Sedikit berbeza dengan buku-buku keluaran Fixi yang lain. Jadi seharusnya kalau mahu baca buku ni memang kamu perlu cari satu masa khas. Baca sekaligus dan jangan tinggal-tinggal. Kalau tak, memang terkena ‘mental’nya kih5 ;P

Ini kisah kecelaruan minda yang menjadi. Menjadi padaku bila saja akhirnya aku sendiri sedikit keliru untuk membezakan siapa yang wujud sebenarnya. Antara realiti dan imaginasi. Antara Raudhah dan Maya. Kalau tanya aku, pastinya aku lebih suka watak Maya. Gila. Sebab aku memang tak dapat teka siapa Maya. Mungkin kerana permulaannya yang cukup memikat. Dengan Maya yang mahu berkongsi cerita bersama Kisha [Kougar] dan kemudiannya dihuraikan satu persatu jalan ceritanya. Memang sungguh aku diperdaya hahaha5

Dan aku juga suka dengan watak Rashid dan Rania yang ditonjolkan. Rashid yang suka mencederakan diri sendiri dan Rania yang suka menyanyi di gereja. Entah. Aku rasa ia sinis.

Aku harus katakan ini naskhah terbaik penulis. Jujur aku memang tidak menggemari dua bukunya sebelum ini kecuali sebuah cerpen dalam kompilasi Kopi. Jadi, tahniah Shaz Johar kerana tak pernah serik untuk menulis.

Sedikit sebanyak penulis sudah buat aku rasa mahu tonton kembali A Beautiful Mind. Mujur sekarang ni sudah ada Youtube. Bila senang-senang boleh klik saja ;D

Happy reading (^-<)

Gergasi

3:32 PTG 4 Comments
Gergasi
Khairul Nizam Khairani

ISBN: 9780674010669
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Oktober 2012
Halaman: 320
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Ini kali pertama rasanya aku baca karya berbentuk sci-fi begini. Jadi, rasa suka itu sudah menari-nari dalam hati semenjak aku menyelak halaman pertama. Dan aku makin jatuh cinta bila saja otak dan hati berjalan seiring menghadam naskhah tuan penulis *wink*

Gergasi ni bagaikan Optimus Prime yang tersesat di Tanah Melayu. Aci tak kata begitu? hahaha5 Begini, pada sekitar tahun 1511, kota Melaka diserang oleh askar Portugis. Ketika kerusuhan itu muncul Batara Waja; gergasi misteri yang membantu para hulubalang Melaka. Namun, dalam bertempur itu, tiba-tiba saja Batara Waja hilang. Tiada yang tahu siapa, di mana dan ke mana gergasi itu datang dan pergi tetapi nama Batara Waja meniti bibir para rakyat tempatan.

Melangkaui abad ke 21, bandaraya KL digemparkan dengan kemunculan gergasi yang seolah-olah membantu pihak polis menangkap penjenayah. Ketika ini lagenda Batara Waja diperkatakan kembali. Rizal; seorang pemuda biasa-biasa mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan dengan gergasi tersebut. Dia sememangnya bukan lelaki yang boleh dianggap hero. Yalah, dalam cerita ni asyik pitam saja dan selalu dipermainkan oleh rakan sekerjanya. Namun suatu hari, muncul Hu Xien yang menyatakan Rizal bahawa dia adalah pewaris Gergasi tersebut...jeng jeng jeng...

Hmm... agak mengejutkan aku sendiri bila aku pilih Gergasi melebihi Pecah, Kelabu & Murtad. Mungkin kerana ia mengingatkan aku pada gaya RAM. Oh! Baik, aku tak boleh membandingkan dua penulis ini kerana mereka berdua sememangnya ada stail yang tersendiri ;D

Tetapi aku suka bila penulis berjaya buat aku percaya pada jalan ceritanya. Percaya pada asal usul penciptaan sut perisai luar biasa – DEMON, sepertimana rasa percaya pada sang Batara Waja itu wujud. Begitu juga dengan nilai persahabatan yang diangkat dalam cerita ini. Persahabatan antara Anwar-Rizal dan Rizal-Nathan, serta Zohaimi-Hamka-Samsudin. Sahabat tak kenal hitam atau putih. Heh! Tiba-tiba aku kagum dengan Zohaimi *wink*

Apa pun sang hero; Kapten Aman yang ada di awal dan akhir cerita buat aku lebih teruja. Ala... saja la kan kau rina *gedik* kih5 ;P

Happy reading (^-<)

Jumaat, 28 Disember 2012

Licik

5:40 PTG 4 Comments
Licik
Sham Hashim, Julie Anne

ISBN: 9789670374093
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 272
Harga: RM18.90


~ Rasaku… ~

Ini aku pinjam je daripada Ajib ngee~~ Thanks bro!

Prolog berjaya buat aku selak dan terus selak halaman belakang tetapi bila di tengah-tengah, ada rasa bosan menjengah. Memang seronok baca bagaimana 'kerjasama' antara Alias, Fira dan Sadik cuma ianya asyik diulang-ulang. Jadi sudah tahu rentaknya, yang walau bagaimana susah nak diperdaya mereka pasti dapat juga akhirnya. Hilang thrill di situ.

Tetapi ya, jenayah seperti ini yang hanya dapat aku tonton di kaca televisyen sebelum ini merupakan sebab utama yang mengikat aku hingga ke halaman akhir. Lebih-lebih lagi bila lihat bagaimana Fira 'membentuk' dirinya supaya sama licik seperti ayahnya. Dan bila saja dia bertemu dengan Sadik. Momen itu memang aku tunggu-tunggu. Kedua-duanya saling mempergunakan antara satu sama lain.

Jadi bila saja ada watak Darren di hujung cerita, aku sudah dapat menekanya. Sadik memang licik! Dan scene ini buat segala rasa terbang melayang. Aku jatuh kasihan pada Fira, setidak-tidaknya dia masih punya rasa. Dia sanggup lakukan segala-galanya bukan hanya kerana harta, tetapi atas rasa sayang dan cinta.

Dalam kesemua mangsa Fira-Sadik, aku akan paling ingat pada Tan Sri Ehsii Mizan. Sinis. Masakan tidak, ia berkaitan dengan bisnes gelang magnet kih5 ;P Begitu juga dengan sejarah masa lampau Sadik. Aku suka. Namun kehadiran watak Khairi tak begitu mengujakan. Aku lagi suka kalau wataknya dikembangkan lagi. Khairi pun pastinya lebih licik kalau diberi peluang kan?

Aku mengharapkan sesuatu yang lebih bila ada gabungan penulis. Sepertimana tajuknya, aku rasa kelicikan mereka semua tidak cukup. Lebih-lebih lagi ending. Ala… tak kan lepas begitu saja Fira? Lebihlah lagi *evil*

Dan seperti biasa [yang sering berlaku pada Buku Fixi], kesilapan nama watak-watak tetap ada dalam Licik. Sayangnya! Namun aku puji kesungguhan dua penulis ini kerana isi ceritanya konsisten, tidak lari arah walau ada dua kepala *wink*


Apa pun aku suka kata-kata si Alias ini:-
"Nak tipu orang bukan sembarangan. Kau cuma boleh tipu orang yang tak jujur."
 Happy reading (^-<)

Rabu, 7 November 2012

Murtad

3:06 PTG 6 Comments
Murtad
Hasrul Rizwan

ISBN: 9789670374123
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 323
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang murtad.” [blurb novel]

Bagaimana? Ada berani? hahaha5 Aku rasa salah satu sebab kenapa orang memilih Fixi kerana sinopsis belakangnya yang superb. Kalau nak tahu betul atau tidak ceritanya, memang sah-sah lah kena beli dan baca bukunya.

Adam dan Akhil. Dua beradik kembar yang tak pernah berpisah. Eh! Tiba-tiba teringat cerita Hilang *wink* Mereka berasal dari utara dan datang berhijrah ke kota langit [baca: Kuala Lumpur] untuk membaiki kehidupan mereka. Dengan berbekalkan Diploma IT, mereka cuba mencari pekerjaan yang sesuai tetapi apakan daya susah rupanya nak bertapak di bandaraya besar ini.

Takdir membawa mereka kepada satu pekerjaan yang tak pernah dibayangkan - menjadi pembunuh upahan. Bukan sebarang pembunuh, tetapi membunuh mereka yang murtad. Wow! Nyata Fixi cukup berani membawa isu ini ke tengah. Walaupun pada mulanya pasangan kembar ini menolak, akhirnya mereka akur. Bukan hanya kerana harta yang ditawarkan tetapi tentang agama yang ditaruhkan.

Aku suka cara penulis memanipulasikan pekerjaan pembunuh upahan itu. Bukan mudah rasanya. Apatah lagi hukuman bunuh untuk muslim yang murtad. Terima kasih lah kerana tidak menjatuhkan hukuman secara sembereno. Tiap pembunuhan digarap dengan penuh berhati-hati dan teliti. Mungkin sebab tu aku jatuh cinta dengan Murtad. Ke kau suka dengan Akhil rina oi? ;P
Aku suka cadangkan ini kepada mereka yang pertama kali nak baca buku keluaran Fixi. Cuma ya, perlu membiasakan diri dengan gaya bahasa Fixi. Tak banyak masalah sebenarnya cuma aku rasa pihak editor perlu lebih berhati-hati. Dua-tiga kali tersalah nama antara Adam dan Akhil, tak berapa nak 'masyuk' la bro ;))

Pertama kali juga aku beri extra 1 bintang [nak letak 4.5, GR tak main lah setengah-setengah ;P] untuk buku Fixi. Ada 3 sebab:-

  1. Solat sunat sebelum solat fardhu Subuh. Aku tak jangka ia ada. Surprising!
  2. Selepas Ngeri & Kelabu, cerita ini juga 'bersih' [ini pun mengejutkan aku] *wink*
  3. Untuk  kulit bukunya yang cantik dan elegan [markah bonus kih5]
Sebab lain? Entah... aku bagi lebih sebab yang ini saja hee ;))

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)