Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)
Memaparkan catatan dengan label Fajar Pakeer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fajar Pakeer. Papar semua catatan

Khamis, 19 November 2015

Hujan Rindu

9:42 PG 2 Comments


Hujan Rindu
Anita Aruszi

ISBN: 9789833880416
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2009
Halaman: 794
Harga: RM25.90

~ Rasaku… ~

Phewww... gigih habiskan sikit demi sedikit. Buku yang menemani aku sementara tunggu si enche tiba untuk menjemputku pulang.

Full review: 21/10/2015

Berjaya juga dapat buku terawal penulis. Tak kiralah buku secondhand, tapi kondisi tetap tip top! Thanks warga bonet! Mmuahhhh...

Penulis memang tak dapat lari daripada konsep keluarga dan kasih sayang. Tu yang aku suka sebenarnya. Kali ini, kisah si Anum Dahlia [Anum] yang dalam misi menjejaki keluarga ibunya di Malaysia. Sanggup merintangi apa saja dengan harapan dapat menrealisasikan impian sang ibu yang sedang koma.

Bertemu dengan Tok Anjang memang buat Anum kecut perut. Mungkin kerana ketokohan Tok Anjang dalam dunia persilatan, buat wajahnya serius 24 jam. Tapi demi kasih sayang yang ingin digapai, Anum gagahkan jua. Lagipun dia kan ada penguat semangat; si nenek yang sudah jatuh sayang saat pertama kali memandangnya.

Cuma ya, aku perasan sudah 2-3 buah buku AA, mesti ada orang sakit. Kali ni pun, Anum bukan saja menyimpan rahsia penyakit ibunya, malah dirinya juga. Jadi, aku kurang rasa ‘simpati’ pada Anum hoho. Entah, aku lebih suka kalau Anum tiada masalah kesihatan, kerana sudah bersusah-payah mahu memeluk kasih saudara sendiri, tiba-tiba ada yang menghalangnya.

Apa pun, macam biasa juga, sentuhan AA tak pernah mengecewakan aku. Mungkin disebabkan AA suka mempotretkan si hero yang keras-tak-romantik, bukan sang hero yang ada penyakit mental; benci-isteri-sendiri-kemudian-jatuh-cinta-tergolek-golek. Ya, baik hero atau heroin ciptaan penulis lebih dekat di hati. Senang cerita, ianya lebih tepat disesuaikan dengan realiti hidup kita seharian.

Happy reading (^-<)

Isnin, 7 April 2014

Dia Idaman Hati

3:06 PTG 2 Comments

Dia Idaman Hati
Nadra Yasmina

ISBN: 9789673651252
Penerbit: Fajar Pakeer
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 510
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Alhamdulillah, Sabtu sangat baik kelakuannya semalam hahaha *wink*

Ini memang bukan review.

Full review: 07/04/2014

Aku suka buku ni sebab ada rasa nostalgia. Eh! hahaha :P Macam dulu-dulu, masa baca buku keluaran Alaf 21/Creative, yang suka kongsi banyak info daripada perbualan. Tak ramai penulis kini yang boleh beri perincian sebegini, yang selalunya aku jumpa pada karya-karya penulis otai.

Begitu juga dengan adab yang cukup dijaga dalam DIH. Penulisnya tahu apa yang perlu dan tak perlu dalam menggambarkan isi rumah tangganya. Senang cerita, buku ni boleh dibaca oleh umum.

Kalau ikutkan, premisnya mudah saja. Ringkas dan tak memeningkan kepala. Dan aku sangat sukakan hubungan Asma-Jeffrey yang dibina bukan atas dasar i-love-you-ketat-ketat. Tidak. Pada rasaku, ianya dibina atas dasar percaya. Alaa.. faham-faham sendiri lah *wink*

Dan, tahu tak kenapa hidup ni best? Sebab kita ada pilihan untuk menentukan apa yang kita mahu. Sama seperti Jeffrey yang memilih untuk bahagia dengan Asma, padahal dia sendiri cinta separuh mati pada Lilac. Begitu juga dengan Asma, yang memilih untuk jatuh cinta dengan Jeffrey, mamat beku tiada perasaan merangkap majikan tempatnya bekerja di hujung minggu.

Walaupun Jeffrey ada misi tersendirinya, tapi dia masih tetap untuk memilih Asma hingga ke hujungnya. Opps, terbuka the whole story nampaknya hahaha :P

Tapi ya, aku suka cerita ni. Itu kesimpulannya.

Ps: K, si Lilac ni setangga kurang sikit je daripada Ain tu. Haihh... *wink*

Happy reading (^-<)

Selasa, 26 Mac 2013

Andai Rindu Bersambut

1:40 PTG 0 Comments

Andai Rindu Bersambut
Ellis Gee

ISBN: 9789833880829
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 – 2009
Halaman: 469
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Pertamanya ini novel yang dibaca tahun lepas yang kemudiannya aku peram. Dan ketika tercari-cari novel mana yang patut dibaca, aku terpandang kembali novel ini. Aku terus capai sebab hati dah kata, kalau tak baca sekarang mungkin sampai ke sudah aku tak baca kih5

Kisah sepasang suami isteri yang mana rumah tangga yang rukun damai sedang bergolak. Ini semua gara-gara munculnya orang ketiga dalam hubungan mereka. Priscillia tidak pernah menduga, kesetiaan selama ini dibalas tuba. Kelvin benar-benar sudah berubah. Perempuan simpanan bukan hanya satu, malah di sekeliling pinggang. Rupanya Kelvin sudah terbiasa bertukar-tukar pasangan.

Hati isteri mana yang tak hancur. Bila ditanya, Kelvin tak mahu mengaku. Dan akhirnya pertengkaran sering saja berlaku. Si kecil Kelly yang menjadi mangsa kedua-dua ibu bapanya.

Aku tak faham dengan Priscillia sebenarnya. Tak mahukan Kelvin, tapi setia juga. Sudah benci tapi masih rindu. Hailoh... sungguh! Aku geram dengan wataknya. Seperti kata Ragu dan Dora; kawan pasangan ini, Priscillia boleh ‘berdiri’ sendiri tapi masih tidak mahu. Sudahnya rela disakiti berulang kali, asalkan Kelvin tak lupa menyediakan segala keperluan mereka anak beranak. Nasib baik ending ok.

Idea ceritanya aku suka. Sedikit berbeza daripada yang lain cuma mungkin gaya bahasanya buat aku rasa lemau. Terasa seperti membaca kisah yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia atau mungkin silapnya sebelum ini aku baru selesai baca satu karya yang tinggi alunan bahasanya, jadi saat memegang novel ini aku terus rasa doom...jatuh!

Sebenarnya aku lebih banyak skip daripada membacanya. Maaf! Aku rasa tolong jangan ikut rating yang diberi. Cubalah baca dulu, mana tahu ada yang berkenan di hati ;))

Happy reading (^-<)

Isnin, 26 September 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (34) Kasih Merah Jambu

9:19 PG 0 Comments
Kasih Merah Jambu
Hanny Esandra

ISBN: 9789833880645
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2009

Halaman: ~ 126
Harga: RM 8.90


~ Rasaku… ~

Ini kisah anak remaja di alam universiti. Ketika membaca KMJ ini minda tak dapat mengelak untuk membandingkan kisah ini dengan kisah Ali Setan hahaha5 Biasalah, kisah muda-mudi paling evergreen sepanjang zaman :P

Geng Panda yang terdiri daripada 4 sahabat; Rifqi, Shark, Khaz dan Pojie memang tak boleh bertemu empat mata dengan Pinky Girls; Wazna, Deena dan Kate. Alergik. Masing-masing ada ego dan muslihat tersendiri. Saling musuh-memusuhi, kena-mengenakan antara satu sama lain. Kesemuanya tak reti duduk diam. Ada je yang tak kena.

Masing-masing memang tak tahu mengalah, besar kepala. Biasalah remaja baru nak naik. Tetapi siapa tahu insiden yang berlaku menyebabkan Geng Panda mula mengalah, begitu juga dengan Pinky Girls. Masih lagi ada hati perut. Apa yang sebenarnya berlaku?

Ceritanya disampaikan dengan mudah. Senang dihadam, tiada konflik yang memecahkan kepala. Elok dibaca masa santai. Jangan mengharapkan sesuatu yang lebih, kerana sememangnya ia hanya cerita anak muda yang baru nak mengenali dunia. Jadi mungkin tak berapa sesuai dengan mereka yang sudah cukup makan asam garam hehe2 :D

Happy reading (^-<)

Selasa, 12 Julai 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (25) Mungkin Nanti...

11:49 PG 0 Comments
Mungkin Nanti…
Anita Aruszi

ISBN: 9789673650514
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2011
Halaman: ~ 645
Harga: RM 22.90




~ Rasaku… ~

Aku sempat membaca beberapa episod online [tajuk asal karya online: Blue Sunset] sebelum ia dibukukan. Waktu itu aku dah tertarik dengan kisah heroin yang ditampilkan. Aqila Murni [Aqi] mempunyai masalah colourblindness, sesuatu yang baru aku kira sebab selalunya kita dihidangkan dengan kisah heroin cantik, manis, sempurna serba-serbi.

Aqi dibesarkan oleh ibunya sendiri tanpa kehadiran lelaki bergelar ayah. Ibunya diceraikan ketika Aqi masih di dalam kandungan. Dunia Aqi tidak seindah orang lain kerana masalah buta warnanya itu. Namun Aqi tak pernah menyesali semua itu, memadai buatnya dengan kehadiran ibu yang begitu menyayanginya. Namun semuanya berubah apabila Aqi bertemu Nadzihar Hakim [Zahar]. Memandang Zahar ada rasa indah yang bertandang. Aqi melihat Zahar lain daripada yang lain kerana Zahar ada pelbagai 'warna'.

Namun Zahar tidak pernah menyukai Aqi kerana dia amat membenci wanita lantaran masa silamnya yang begitu menyakitkan. Luka di hatinya begitu dalam kerana ibunya membuangnya dan mengikut lelaki lain. Tetapi takdir menentukan sesuatu yang berbeza buat Zahar. Dalam rasa benci, dia mula menyenangi kehadiran Aqi dan mula menyayangi gadis comel itu.

Seperti novel terdahulu, penulis akan membina watak-wataknya mempunyai kaitan masa silam di antara satu sama lain. Dan dalam MN, kaitan antara Aqi dan Zahar begitu memeritkan. Aqi adalah anak kepada lelaki penyebab derita yang ditanggung Zahar selama ini. Walaupun mungkin Aqi bisa memaafkan ayah dan ibu tiri yang merampas kebahagiaan dia dan ibunya, tetapi bagaimana dengan Zahar? Lantas adakah peluang untuk mereka berdua dalam memeterai janji cinta setia?

Watak Sri Jalena; ibu Zahar berjaya dibangunkan dengan baik. Aku tidak dapat menolak rasa menyampah bila Sri Jalena kononnya bertindak sebagai seorang ibu yang memahami. Berlagak pandai dengan meminta Aqi meninggalkan Zahar kerana bimbangkan Zahar terluka apabila mengetahui siapa sebenarnya ayah Aqi. Agaknya dia terlupa siapa yang memahat luka di hati Zahar sebelum ini hingga Zahar jadi begitu membenci wanita.

Secara peribadi aku memang suka dengan novel garapan Anita Aruszi. Tema kekeluargaan kebanyakannya mengisi ruang hampir kesemua isi novelnya, bukan hanya sekadar cinta hero dan heroin saja. Malah penulis yang kreatif ini selalunya berjaya mencipta 'sesuatu' di setiap hasil karyanya [ini apa yang aku rasa :D].

Happy reading (^-<)

Selasa, 11 Januari 2011

Tak Mungkin Kuhindar

7:30 PG 0 Comments

JUDUL: TAK MUNGKIN KUHINDAR
PENULIS: ANA SOFIYA
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ini juga naskah e-novel sebelum diangkat menjadi novel bercetak. Nampaknya pendekatan penulisan di alam maya dah umpama trend pula. Makin menjadi-jadi dan mendapat permintaan ramai.

TMKH mengajak kita mengenali kisah cinta antara Maria dan Hisyam. Pertemuan mereka sebenarnya tak dirancang. Waktu tu Maria sedang cuba melarikan diri daripada bekas kekasihnya; Irwan. Nak dijadikan cerita, Hisyam kebetulan berada di situ dan disebabkan itu dia meminta Hisyam menyamar sebagai kekasih barunya. Hisyam ni pula memang dah terpaku dengan kejelitaan Maria, jadi dengan mudah pula dia berlakon sebagai sang pencinta yang romantis sampaikan bukan Maria je yang geli-geliman, aku pun turut terasa tempiasnya hahaha :P

Bermula daripada detik itu, Hisyam semakin angaukan Maria. Dia cuba mendekati Maria walaupun agak sukar sebenarnya untuk menawan hati Maria yang pernah terluka. Tetapi kesungguhan Hisyam membuatkan Maria mudah jatuh hati. Cuma tak sangka pula yang Hisyam ni mudah sangat dengar kata orang. Disebabkan fitnah si Irwan, Hisyam cuba lari daripada Maria. Part ni memang aku dah start sakit hati dengan Irwan. Ikut suka hati dia je nak mengata!

Siapa sangka takdir menemukan Maria dan Hisyam kembali. Dan rasa cinta yang masih merantai hati kembali mekar. Mereka berdua disatukan. Namun kehadiran Salina; teman baik Hisyam umpama duri dalam daging. Salina memang bijak berlakon, seperti dia itu gadis polos yang memang ikhlas dalam bersahabat. Sedangkan hakikatnya dia adalah insan yang bertanggungjawab memecah-belahkan keharmonian rumah tangga Maria dan Hisyam. Kemuncak cerita ini bila saja Maria meminta Hisyam mengahwini Salina. Nak tahu apa sebabnya? Kenalah baca novel ini :D

Keseluruhannya cerita cinta ini biasa-biasa saja. Tetapi apa yang menarik adalah gaya penceritaan yang 'menyentuh' jiwa. Duka lara yang menimpa perasaan Maria mudah diselam, mengundang rasa kasihan pada wanita itu. Cinta yang membelenggu jiwa Maria dan Hisyam juga mudah dirasa. Cuma aku tak suka bila Hisyam begitu mudah 'diterima' dalam hidup Maria semula. Senang pula Maria memaafkan tiap kesalahan suaminya itu.

Sebenarnya dah lama juga penulisnya, Kak Sofi singgah ke laman aku ni tetapi aku saja yang agak lambat nak mencari novel sulungnya. Maaf ya! Apa pun tahniah untuk kelahiran buah hati pertama ini. Moga terus berkarya. Selamat menulis :D [Boleh baca Bab 1-15 di sini]

Ps: Aku makin kurang membaca. Busy! Maaf pada yang ternanti-nanti review. *perasan*

Happy reading (^-<)

Selasa, 21 September 2010

Datang Dengan Indah

9:54 PG 0 Comments

JUDUL: DATANG DENGAN INDAH
PENULIS: SARNIA YAHYA
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD



~ Rasaku… ~

DDI ni macam kisah kahwin paksa juga. Mana taknya si adik kena menggantikan tempat sang kakak yang lari daripada majlis kahwinnya sendiri. Yang pelik tu kakak tu nak kahwin dengan pilihan hati sendiri bukan kerana kahwin aturan keluarga. Sebagai anak yang baik; Ardini rela berkorban demi menyelamatkan maruah keluarganya. Majlis perkahwinan antara Ruzana dan Izzuddin masih diteruskan cuma pengantin perempuannya saja yang sudah bertukar. Rela dalam paksa Izzuddin menerima Ardini sebagai isterinya.

Perkahwinan tanpa cinta memang menyukarkan. Apatah lagi sikap Izzuddin yang acuh tak acuh dengan kehadiran Ardini sebagai isteri. Dia menyimpan dendam. Kakak dan adik sama sahaja. Suka menyakitkan hati dan menyusahkan. Namun tidak pula pada Ardini. Hatinya dibuka sedikit demi sedikit. Pasrah dengan ketentuan, dia mula belajar menerima hakikat. Belajar untuk menyayangi dan menyintai suami sendiri.

Mujur saja pasangan ini duduk bersama keluarga Izzuddin, makanya ada juga tempat Ardini berkongsi rasa. Ibu mentuanya memang menyenangi kehadiran Ardini. Seboleh mungkin dia menjaga Ardini. Cuma dia terkilan kerana Izzuddin tak pernah cuba membuka hatinya untuk mengenali Ardini. Dan permintaan Ardini yang inginkan dirinya dilepaskan memang amat mengejutkan. Tak disangka ada perjanjian itu antara Izzuddin dan menantunya. Izzuddin berjanji akan menceraikan Ardini selepas sahaja Ardini tamat belajar.

Izzuddin mula menyedari sesuatu. Usia perkahwinan dengan Ardini sudah menginjak lima tahun. Sedar yang janjinya dulu pada Ardini harus diselesaikan. Namun jauh di sudut hati ada rasa yang tak enak. Dia tak dapat menipu diri yang dia tak mampu melafazkan talak pada Ardini. Apatah lagi keprihatinan Ardini yang menjaganya ketika dia sakit membuka matanya. Hatinya cair dengan kebaikan dan ketulusan Ardini. Dia tahu Ardini tak salah. Dia saja yang buta dalam menilai permata di depan mata.

Kebencian yang ditanam selama ini bertukar menjadi cinta. Namun macam-macam cara yang harus Izzuddin lakukan untuk menambat kembali hati seorang isteri. Payah sebenarnya nak mencapai kembali cinta Ardini apabila si isteri pula yang membenci. Tetapi hati perempuan Ardini mula terusik. Cinta yang disangkanya sudah pergi mula bertamu kembali di hati. Akhirnya dia mengalah. Akur kerana sesungguhnya dalam hati Ardini, sudah terpahat nama Izzuddin.

Kemunculan Ruzana ketika pasangan ini sedang berbahagia mengusik rasa. Ruzana iri hati dengan kemesraan Ardini dan Izzuddin. Ruzana bertekad untuk mengambil haknya kembali. Dah tak betul agaknya si Ruzana ni! Dia yang tinggalkan Izzuddin ada hati pula nak kata yang Ardini merampas haknya? Aduhai… kasihan Ardini! Izzuddin pun satu tak reti-reti nak jaga hati isteri sendiri. Makanya bagaimana kisah cinta Ardini dan Izzuddin? Terus mekar mewangi atau kecundang dengan kehadiran bekas kekasih?

Happy reading (^-<)

Isnin, 19 Julai 2010

Bertakhta Di Hati

9:25 PG 0 Comments

JUDUL: BERTAKHTA DI HATI
PENULIS: MARWATI WAHAB
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD



~ Rasaku… ~

Novel ini resepinya sama macam novelnya terdahulu - AMK. Bezanya kalau dalam AMK, seorang anak perempuan mencari ibu kandungnya tetapi dalam BDH kisah si anak tiri yang menganggap ibu yang dicari adalah ibu kandungnya sendiri. Sesuatu yang masih lagi menarik kerana penulis ini punya rahsia yang buat aku melekat dengan hasil karyanya.

Khairunasrya [Rya] ditinggalkan suaminya; Najmi Syahadat [Najmi] ketika inainya masih merah di jari. Kasihan! Baru tiga hari bergelar isteri, dia ditinggalkan Najmi dengan hanya sepucuk surat. Berendam air mata tak akan mampu mengubah apa-apa. Kenyataan yang pahit harus diterima. Tanpa sebab yang munasabah dia dibiarkan ibarat gantung tak bertali.

Ditinggalkan dengan mudah menyebabkan Rya menjadi mangsa tohmahan orang kampung. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan dan Rya perlu menghadapinya sendiri. Dugaan yang datang ditelan dengan payah. Kuasa Tuhan ada benih yang ditinggalkan oleh Najmi. Rya pasrah. Kandungannya dijaga dengan penuh kasih sayang namun takdir menduganya lagi. Bayinya meninggal dunia sebaik saja dilahirkan.

Tiap yang berlaku mendewasakan lagi Rya. Tak mahu lagi berpaling ke belakang, hidupnya diteruskan tanpa Najmi. Namun, tujuh tahun kemudiannya Najmi muncul menuntut haknya sebagai suami. Najmi mengumpan Rya dengan Danish Hakim [Aish], anak tunggalnya. Sebenarnya Najmi terpaksa meninggalkan Rya kerana kehendak ibu bapanya. Di luar negara, Najmi sengaja berkahwin dengan seorang wanita Inggeris dan mendapat Aish. Tetapi isterinya itu terlalu bebas dan sukar dibentuk, makanya mereka bercerai.

Semenjak kecil, Aish disogokkan dengan wajah Rya itulah ibunya. Disebabkan itu, Najmi pulang ke tanah air kerana Aish sering saja bertanyakan tentang ibunya. Rya yang sememangnya sukakan kanak-kanak terlalu menyenangi Aish. Dia sayangkan Aish kerana hatinya terasa dekat dengan Aish. Kehadiran Aish mengubat rindunya pada anaknya dahulu. Tetapi tak sangka pula Aish itu anak Najmi, bermakna Aish anak tirinya.

Sungguh Najmi bijak merencanakan. Sengaja dibiarkan Rya rapat dengan Aish. Malah Aish sendiri tak mahu berenggang dengan ibu kesayangannya. Jadi dapatkah Rya memaafkan Najmi dan hidup bersama-sama seperti sebuah keluarga yang bahagia?

Happy reading (^-<)

Selasa, 8 Jun 2010

Sudi Jadi Cintaku

10:40 PG 2 Comments

JUDUL: SUDI JADI CINTAKU
PENULIS: MARWATI WAHAB
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD



~ Rasaku… ~

Melihatkan nama penulisnya memang aku tak menjangkakan dia itu adalah Aleya Aneesa [yang menulis di Alaf 21]. Kenapa ya guna dua nama pena yang berbeza? Tetapi tak mengapalah, dah tahu gaya penulisannya jadi tak ragu-ragu memilih mini novella ini :)

Farihah memang tak pernah memikirkan hubungannya dan Harith boleh dibawa ke tahap yang lebih serius. Padanya, Harith akan tetap menjadi sahabat terbaiknya dunia dan akhirat. Namun bila dia didesak oleh abangnya sendiri; Fahrin, dia tiada jalan lain lagi. Tak mampu membayangkan lelaki lain yang boleh diangkat menjadi suaminya selain Harith.

Ya, kerja gila! Tetapi gila tak gila hanya Harith yang boleh jadi penyelamatnya. Ideanya diutarakan pada sahabatnya itu. Perasaan malu ditolak tepi, yang lebih penting lamaran untuk 'menyunting' Harith menjadi suami perlu dilaksanakan. Dia tak mahu abangnya memilih rakan baiknya; Hafsham sebagai suaminya.

Namun tak tahu pula Harith menolak. Memang selalunya Harith tak pernah menghampakannya tetapi kali ini lain pula ceritanya. Harith membantah sekeras-kerasnya. Sayangnya pada Farihah hanyalah sayang kepada sahabat mana mungkin ditukar ganti pada cinta.

Kecewanya Farihah bukan kepalang. Siapa lagi yang boleh diharapkan selain Harith? Lalu Farihah membawa diri. Meletakan jurang di antara dia dan Harith. Dan Harith bila sudah terasa jauhnya Farihah mula tak senang duduk. Harith jadi pelik dengan hatinya sendiri. Menolak Farihah sebagai isterinya tetapi dalam masa yang sama dia tak mahu Farihah menjadi milik lelaki lain.

Malah kehadiran Hafsham membuatkan Harith makin risau. Dia tak mahu berkongsi Farihahnya dengan orang lain. Gadis itu miliknya seorang. Hanya dia!

Happy reading (^-<)

Selasa, 1 Jun 2010

On Cinta

4:25 PTG 0 Comments

JUDUL: ON CINTA
PENULIS: SARNIA YAHYA
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD



~ Rasaku… ~

Mini Novella yang sungguh comel ni memang cepat benar dikhatamkan. Bila letak kat dalam rak pun comel juga tetapi macam kelakar la bila duduknya tak sama tinggi dengan novel-novel lain hik3 lalala5

Ia bercerita tentang Fatini, gadis awal 20-an yang merasakan dia terlalu muda untuk memasuki alam percintaan. Dia cuma mahu fokus pada kerjayanya dan juga pelajarannya. Namun siapa sangka rancangan orang tuanya tidak dapat ditolak.

Walaupun tak begitu suka, dia tanpa rela akur dengan kehendak ibu dan ayahnya. Pilihan keluarganya diterima dengan meletakkan beberapa syarat. Gila juga si Fatini ni sampai langsung tak nak tahu apa-apa tentang bakal suaminya itu. Nama pun langsung tak diambil peduli.

Di tempat kerjanya memang tiada yang tahu dia bertunang. Itu semua dirahsiakan. Cuma tak sangka pula dia dinaikkan pangkat menjadi setiausaha kepada Penolong Pengurus Besar, Perhubungan Awam; Encik Fahmi. Berbagai-bagai perkara yang berlaku antara dia dan orang atasannya yang terang-terangan selalu saja mengusiknya.

Cara Fahmi melayannya lain benar. Budak kecil pun tahu itu cara sang lelaki memikat. Walaupun tahu kedudukan Fahmi yang juga dah bertunang, tetapi hati kecil Fatini terkesan jua. Cuma selalu saja dibataskan diri mengingatkan yang dia juga kini adalah tunangan orang.

Sudahnya Fatini keliru. Antara tunangnya dan Fahmi, dia perlu juga buat keputusan. Nak diselidik tunang sendiri dia dah jadi malu. Tu la, siapa suruh buat syarat yang bukan-bukan? Kan dah tersepit? Jadi, siapa pilihan Fatini. Dan cinta mahu on pada siapa ya?

Happy reading (^-<)

Jumaat, 7 Ogos 2009

Dewi Cinta

8:42 PG 0 Comments

JUDUL: DEWI CINTA
PENULIS: TEJA IRZARA
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD


~ Rasaku… ~

Cerita ni tentang cinta anak remaja. Cerita yang rasanya terlalu straight forward. Tapi pada mulanya aku agak bosan dengan jalan ceritanya yang mendatar. Namun disebabkan karya pertama penulis, rasanya boleh dimaafkan.

Ia tentang Dewi. Gadis yang amat meminati muzik. Cintanya pada muzik buat dia mula berkecimpung dalam band. Punya band sendiri & Dewi sendiri seorang penyanyi. Ketika itu dia bertemu dengan Aoron, dan rasa sayang mengikat mereka. Tapi sayang Aoron hilang tanpa berita buat Dewi kecewa.

Kemudian Dewi diperkenalkan dengan Shamir (Sham). Ada hubungan erat antara mereka. Nak kata kawan biasa tidak mungkin teman tapi mesra kot. Sham terlalu sayangkannya malah mengakui tak bisa melihat ada lelaki lain yang mendekati Dewi. Tapi perasaan apa?

Kasihan pada Dewi. Tersepit dengan perasaannya. Sememangnya dalam hati ada cinta tapi sayang tak pernah disambut. Makin keliru bila Sham mengatakan rasa sayangnya yang lebih dari seorang kawan. Dewi aku kira seorang gadis yang cantik sebabnya terlalu banyak watak lelaki yang muncul. Ada Ery, Faez, Joey, Herris yang semuanya boleh dikatakan tangkap cintan dengan Dewi. Tapi pada Dewi, cintanya hanya satu pada si dia yang tak mengerti.

Perpisahan sementara bila Sham ke negeri di bawah bayu buat Dewi mula memikirkan kedudukannya. Sampai bila mahu bertahan? Dan dalam diam, dia menyambut huluran cinta tulus Haiqal yang benar-benar memahaminya. Sekembalinya Sham, ada perkara yang perlu diselesaikan. Dan Sham siapa yang akan dipilih? Dewi atau Hani? Dan siapa pula ‘dia’?

Aku tinggalkan puisi ini, rasa hati si franTIque quEEne atau nama gabungan Dewi & Sham di dalam dunia band mereka.


Telah terlalu lama aku sendiri
Cuba menerima realiti diri ini tak pernah kau cintai
Semakin jauh dirimu kujauhi
Semakin kejap kau menggenggam tangan ini
Dalam nafasku kau tak pernah hilang
Cuba kuganti tapi kau menghalang
Selalu kau biarkan aku bertanya
Mengapa diriku terlalu istimewa
Kau pimpin tanganku bagai milikmu
Yang tak mahu kau nikmati bersama insan lain
Aku terkurung dalam hatimu
Tapi kau tak pernah membuka pintunya
Untuk aku terus bernafas sebagai temanmu
Kita bersama bukan seketika
Lalui semua suka duka
Bila sendirian aku yang kau mahukan
Bila kerinduan aku yang kau mimpikan
Bila kesayuan aku yang kau perlukan
Ingin mencintai, mengapa aku ditolak tepi?
Sayang, aku tak tahu apa niatmu
Tapi hati ini telah terluka
Dengan egomu yang tak bertepi
Dengan sikapmu yan tak pernah satu
Aku lalui hingga hatiku mati
Mati untuk terus menanti…


Agaknya terlalu lama menanti, hati si Dewi pun telah mati… dan aku rasa si Sham itu tak layak untuk dicintai kerana bila mencinta, pastinya hati yang dicintai itu dijaga kan? Hurm, aku pun tak tahu la… hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)