Bagaikan Puteri
Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9831242149
Penerbit: Alaf 21 –
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan Ke-6 2008
Halaman: 560
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
‘Sebagai manusia..aku sayang padamu’ [pg 565]
Dalam buku pertama ni diulang 2 kali..ewah! Ewah!
Kenyataan:- aku memang sokong Ratna tanpa berpaling hahaha ;P
Full review: 02/07/2014
Misi untuk ulang baca
sebab kemunculan prequelnya. Kebetulan, di GR aku masih belum update bukunya selain Sunan Musafir.
Jadi apa salahnya aku mencapai naskhah ini semula ;))
Hasilnya -- perasaan
yang sama, untuk kesekian kalinya. RAM dan Laksamana Sunan memang ‘serasi’
bersama. Tolak si ‘puteri’ Haryani, aku memang suka sangat dengan naskhah
pengenalan si laksamana ini hikhikhik.
Saifudin yang
biasa-biasa. Membawa diri dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, dia merantau
nun jauh ke Aceh. Siapa tahu takdir membentuk dia yang biasa-biasa menjadi si
Laksamana Sunan; pahlawan terbilang di bawah asuhan Wali Sufi.
Haryani. Si koma yang
terlontar ke kurun ke-15, menumpang nama Gusti Putri Retno Dumilah, bertemu si
Sunan yang menyelamatkannya. Dan, di situlah, cintanya jatuh pada lelaki yang
tinggi budi pekertinya.
Dani. Hai! Boleh tahan
juga kata-kata pujukannya. Maklumlah, keponakan Sunan juga melalui abangnya;
Megat. Sedikit petikan rayuan Dani dalam usahanya memujuk Haryani:-
‘Haryani... bernafaslah atas nama Tuhanmu yang Maha Agung. Pulanglah... kami menanti kepulanganmu ke pangkuan kami semua. Bernafaslah atas nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.’ [pg 255]‘Aku cintakan kamu, Haryani. Bangunlah... walau kau tak mengenali aku.’ [pg 256]
Jadi, ini kisah cinta
uda dan dara lah? Oh, tidak! Cinta Sunan hanya untuk Ratna hahaha [Tetiba! Campur tangan si tukang komen]. Tapi, memang
naskhahnya terselit hal cinta ini, apatah lagi Haryani digambarkan secantik tuan
puteri. Malah, Djailuh; sahabat rapat Sunan sendiri sudah terpaut pada Haryani.
Cuma, dimensi masa
tidak memungkinkannya. Di abad 21, Haryani yang koma dirintih pilu, diharap
nyawanya kembali seperti sedia kala. Dan, di sisi Sunan, Haryani dirasuk iblis
durjana. Apa pengakhiran Haryani? Kembali ke zaman asal atau setia di sisi
Sunan yang dicinta dalam diam? Jeng jeng
jeng...
Edisi pengenalan yang
menimbulkan rasa ingin tahu dan mahu lagi. Ditambah pula dengan kemunculan sang
Ratu Sulaman di penghujungnya. Ada sesuatu yang tak beres, kan? Oh, ya! Edisi
pengenalan inilah yang membuatkan ramai yang jatuh hati dengan karakter Sunan *wink*
Dan ya, kalau dah
berniat nak membaca siri Sunan, jangan lupa bersedia untuk sama-sama bermain lompat-lompat-lari-sembunyi-relung-masa. Itu ‘magis’ kebiasaannya,
dan, aku kira itu kelebihan RAM.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan