Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Rabu, 26 September 2018

Pulang

12:46 PTG 0 Comments

Pulang
Lily Haslina Nasir

ISBN: 9789674690861
Penerbit: Karyaseni Publication
Tarikh Terbit: Mei 2018
Halaman: 515
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

Novel pertama yang berjaya dihabiskan sepanjang tempoh #cherinakuarantin 😉


Full review: 8/06/18

Aku tak tahu apa yang istimewanya novel ini sehingga aku boleh langkau novel-novel Kak Lily yang lain. Hmm, apakah kerana signature mahal Kak Lily atau sebab si abam Remy di muka depan? (Eh! Tu patut tanya Mai ahakss ðŸ˜œ)

Baiklah apa yang aku suka tentang Pulang:

1. Setting cerita yang merentasi 3 zaman (generasi; Othman, Omar, Ahmad) dan penulis menyampaikannya dengan penuh bersahaja. Walaupun zaman Othman-Che Thom adalah fokus utama, tapi itu bukan alasan untuk menidakkan yang lainnya.

2. Cinta. Ia fitrah. Cinta pandang pertama Othman-Che Thom rupanya bukan biasa-biasa. Ia diikat dengan janji setia walau apa saja badai yang melanda, tetap kukuh merentasi masa. Begitu juga dengan cinta Omar pada sang ibunya. Sama besar dengan rindu seorang anak pada sang ayah yang hilang tanpa khabar. Dan, sampai satu bab tu, haihhh.. ayaqmata meleleh tau baca scene anak-ayah sebegini. Omar adalah insan yang paling aku kasihani dalam cerita ini.

3. Sahabat sama senang sama susah. Aku suka dengan kesemuanya, macam Che Thom ada Salmah. Tapi yang paling aku terkesan; Lum. Lelaki ini membuktikan sahabat itu tak mengenal warna kulit dan agama, yang penting hati ikhlas dalam berkawan.

4. Pertukaran POV setiap bab umpama bonus. Memudahkan aku menyelami semua ‘rasa’ baik watak Othman, Che Thom, Omar dan Ahmad.

5. Alunan bahasa yang membuatku hanyut. Kak Lily antara penulis senior yang pastinya sudah cukup arif dalam menata lenggok bahasanya sesuai untuk setiap zaman yang ada. 

6. Ending. Jujur aku tak suka dan aku ulang baca bab endinguntuk kaitkan dengan kesemua ‘rasa’ yang hadir. Dan akhirnya aku berjaya tukar tak suka itu pada reda. Ya, itu memang pengakhiran yang terbaik untuk Pulang.

Cuma, ada juga typo error, tak banyak mana pun tapi kalau dibaiki untuk cetakan seterusnya pasti lebih baik. Aku tak pasti dengan penggunaan ganti nama antara Othman-Che Thom di awal bab. Mulanya 'aku-kau', tapi ada juga terselit 'saya-kau' dalam halaman yang sama. ‘Saya’ kelihatan agak janggal, bukankah selalunya ‘kita’? Pendapat aku lah, mungkin juga salah. Dan, aku betul-betul mahukan kepastian. Apa benarkah, Che Thom? Hati aku susah nak percaya *ayaqmatabergenang*

Apa pun tahniah Kak Lily dan warga produksi filem. Melihatkan novel ini yang diadaptasi daripada sebuah filem dan kisah benar, buat aku rasa gembira. Pastinya bertambah golongan yang membaca walaupun mungkin segelintir mereka terdiri daripada para peminat pelakon filem ini. Sekurang-kurangnya ia permulaan yang bagus, kan?

Sekuat apa pun kau mencintai, bila Tuhan tidak berkehendaki. Kamu bisa apa? - Anonymous

Happy reading (^-<)

Demi Dara

12:41 PTG 0 Comments

Demi Dara
Abdul Rahim Awang

ISBN: 9789673693726
Penerbit: Penerbit-X
Tarikh Terbit: April 2017
Halaman: 392
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

Full review: 8/05/2018

Lama tak baca karya ARA.
Rindu.

Tak perlu dicerita banyak, ARA dan thriller memang tak dapat dipisahkan. Tapi, aku tak tahu apa yang kurang. Mungkin kerana penghujung cerita membunuh hampir kesemua ‘kegembiraan’ aku.

Tapi, ya aku masih seronok membacanya. ARA dan sentuhannya masih berbisa. Walaupun aku boleh agak siapa gerangan pembunuh, tapi ada scene yang aku tak sangka sungguh. Setiap plot dikupas perlahan-lahan dengan baik sekali.

Dara -- bawa makna sang perempuan. Boleh jadi juga dendam. Hmm, yang mana pengakhirannya tetap sadis. Jadi, salahkah menyimpan dendam? Tak pasti, cuma seperti yang aku bilang awal tadi penamatnya tetap tidak menggembirakan aku.

Happy reading (^-<)

Hatiku Untuk Dia

12:38 PTG 0 Comments

Hatiku Untuk Dia
Rose Harissa

ISBN: 9789672102
Penerbit: Penulisan2u
Tarikh Terbit: April 2018
Halaman: 1056
Harga: RM38

~ Rasaku… ~

4.5*


Aku memang sokong Vi bila dia kata Edward Cullen tu tak handsome haha.

Review penuh? Nanti, kena bertenang dulu.


Full review: 7/05/2018

Aku suka:
1. Segala input yang dikongsi -- HIV, PHIV, SLE, dunia hiburan dan artis, videogame composer, taekwando dan ada resipi juga tau. Mungkin itu yang buat cerita ni tebal sebab penulis bukannya aci-redah-salin-dan-tampal. Setiap isu diolah dengan baik dan diletakkan di plot sepatutnya. Cuma beberapa terms yang aku tau susah nak diterangkan dalam Bahasa Melayu menjadikan isu itu nampak ‘berat’ buat pembaca untuk memahaminya.

2. Perkembangan watak yang hampir setara buat kesemuanya. Banyak watak yang diadun dalam ni dan masing-masing tidak ‘dilupakan’ oleh penulis. Malah watak kakak Elviana yang bajet bagus tu pun ada ending yang buat aku kata, “Ha, padan muka! Sibuk sangat dengan perihal adik sampai lupa hal ehwal suami.” Ehhh! Haha *sempat aku membawang*

3. Brotherhood between Fan-Reza. Camna ya nak terangkan? Tapi semua tu memang masuk terus dalam hatiku.  

4. Seperti lakaran watak-watak heroin sebelumnya yang mana heroin yang petite, comel memang amatlah serasi dengan watak hero yang ganteng. Gitewwww haha.  Cuma, plus point dan mengapa aku boleh masuk #teamkakVi -- Elviana kali ni lebih matang (walaupun dia tidak ‘sempurna’), kiranya memang sepadan sangat dengan si Reza.

5. Alfareza (Reza). Dah tau kenapa Acik Qay suka sangat dengan watak hero ni, siap ada hashtag #abamReza ewahhhh :P Malas nak cerita panjang, pi baca review Acik Qay tu haha.

6. Ending. Walaupun aku ambil masa ‘bertenang’ bila tiba di penamat cerita, tapi rasanya itu memang penamat yang terbaik. Tapi, coppp… nak tanya sikit. Kenapa? Whyyyyy? Ai is very disappointed tau Kak Rose. Kenapa ‘dia’ dilepas begitu saja? Kenapa? Sungguhlah tak puas hati. Kalau dalam WCW, si Jasnita tu pun ada pembalasannya tapi kali ni, baik sungguh hati Kak Rose. Ai is emo tauuuu. Membebel tak sudah dekat Bonets.

Novel ni buat aku rasa lebih kasihan pada selebriti baik pelakon ke penyanyi ke atau insta-famous sekalipun. Kita yang rakyat marhaen ni pun ada masa kena bash dekat media sosial, tapi mereka? Lagi hebat. Aib dan fitnah tu bagaikan ‘makanan’ harian. Nak defend salah, buat tak tahu pun lagi serba salah.

Dan, seperti komen-komen lain, cerita ni banyak typo. Ada scene hilang, tapi Acik Qay dah siap bagi penjelasan. Amboiii… memang ‘pemantau’ berjaya sungguh kali ni.

Ps: Terima kasih untuk resipi sambal ayam carik tu. Moga ada rezeki CheRina nak buat nannnnnntiiii haha

Happy reading (^-<)

Sehingga Kita Bertemu Lagi

11:48 PG 0 Comments

Sehingga Kita Bertemu Lagi
Rose Harissa

ISBN: 9789672137283
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: April 2018
Halaman: 281
Harga: RM26

~ Rasaku… ~

Serius, kalau Hajar kata dia nak bagi Aariz-Amanda tu dimakan buaya. Aku pula rasa nak je tanam dua-dua makhluk ni terus. Biar tak menyusahkan orang.

Ehhh! Emo terlebih pula haha :P


Full review: 3/05/2018

Buku pertama hasil tuaian di PBAKL yang berjaya dihabiskan. Tahniah buat diri sendiri haha. Tak sangka sungguh. Tapi mungkin kerana bukunya lebih nipis. Ditambah pula dengan signature mahal daripada Kak RH, dan godaan / ‘pembakaran terbuka’ yang dibuat oleh kawan-kawan ahakss :P

Masa mula baca dah rasa macam dejavu tapi teruskan jua. Dah sampai tengah cerita barulah join geng bonet meroyan. Oh, betullah! Rupanya kisah ini seperti kisah yang pernah viral baru-baru ini. Mungkin secara kebetulan agaknya.

Maylea. Nama unik tapi kisahnya tragis. Sudah sehabis daya menjadi sang isteri yang setia, diduakan pula. Kasihan! Sudahlah sebatang kara, suami pula tinggalkan dia begitu saja. Pesanan buat sang isteri; kena sentiasa bersedia. Andai jodoh tak panjang kita perlu segera bangkit. Please, move on and enjoy your life! Tapi ya, aku faham. Maylea ni wataknya naif sangat. Dia pun terlalu percaya dan bergantung harap pada suaminya. Bukan dia tak bisa bangkit cuma ada rasa yang terbuku pada sang bekas suami dan si madu, sebab tu yang bila ternampak je mereka berdua, dia jadi lemah.

Nasiblah ada Rex Zulkarnaen. Rex sang pelakon popular Malaya yang tak diendahkan oleh Maylea haha. Tu yang Rex ni penasaran bila si Maylea boleh buat tak kenal dia, rupanya memang Maylea ni tak pernah ambil tahu pasal artis Malaysia. Dan ‘melihat’ Rex, aku jadi kasihan pula. Begini agaknya real life sang artis – seperti kau hidup semata-mata untuk orang lain tersenyum gembira. Apa pun aku suka hubungan Rex dan mama Orkednya. Walaupun tak banyak scene, Orked ada impak yang lebih kuat daripada si Adeeva tu. Oh, pleaseee! Kenapa aku jumpa banyak watak annoying dalam cerita ni *pheww*

Amanda. Watak ini untuk kita para wanita beringat. Tolong… tolonglah sedar diri kerana malu itu dianggap fitrah yang hidup dalam diri setiap wanita. Dan, rasa manisnya seorang wanita, kerana salah satunya adalah sifat malu yang ada dalam dirinya. Ini tidak, watak Amanda ni ya ampunnnn! Ok, tak nak komen dah. Nanti habis semua perkataan yang tak elok aku keluarkan haha.

Mengikut kata penulis ini kisah santai. Betullah tu, santai dan padat. Pace pun laju. Tahu-tahu je aku dah sampai ke penghujung. Kredit untuk info allergi bawang tu, kali pertama aku baca kes sebegini.

Cuma ya, aku tetap tak puas hati dengan ending Aariz-Amanda. Memang sepadan la depa berdua ni. Masing-masing loser. Aku mengharapkan kedua-dua watak ni kena la ‘sesuatu’… ehhh! Jahatnya aku haha.

Ps: Terima kasih buat penulis untuk pengalaman manis di PBAKL yang lalu. Terima kasih juga atas doanya. Moga panjang umur, dapatlah kita bertemu lagi. InsyaAllah :)
Ps2: Pesanan penaja untuk Mai, sila baca dengan kadar segera haha

Happy reading (^-<)

Percaya Ada Cinta

11:41 PG 0 Comments

Percaya Ada Cinta
Ryana Adrina

ISBN: 9789831245132
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Mac 2010
Halaman: 480
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

Novel lama, diterbitkan lapan tahun sudah tapi masih boleh dihadam. Mungkin sebab isunya -- anak yang disisihkan dalam keluarga sendiri. Lebih sadis, ibu bapanya melebihkan anak saudara, yang pada mulanya aku fikirkan Rasya tu sang kakak. Kasihan Wafiya!

Aku start suka dengan Wafiya bila dia mula memberontak. Yalah, penat bila diri dibanding-bandingkan, kan? Tahniah penulis sebab membangunkan watak Wafiya dengan baik sekali. Cuma di bab akhir tu aku tak pastilah kenapa, karakter Wafiya dan Arsyad seperti orang yang sama pula. Mungkin sebab ‘berpisah’ jauh, jadi monolog hampir sama. 

Dan, aku rasa tak puas dengan pemergian Rasya yang begitu saja. Watak Kay juga. Kedua-duanya dah bagi aku sakit hati tapi ‘lepas’ camtu je. Haihh, nak kena ni haha.

Apa pun, aku seronok membacanya. Buku lama agaknya, bahasa pun cantik. Spelling error pun takdelah bersepah sangat.

Aku bagi extra mark untuk cover. Alohhh… cover pun dapat markah haha. Biasalah, orang dalam mood‘dramasangat’, memang suka tengok cover hat cantik-cantik ni *wink*

Happy reading (^-<)

Untuk Seseorang Sepertimu

11:41 PG 0 Comments
Untuk Seseorang Sepertimu
Rose Harissa

ISBN: 9789672137146
Penerbit: Penerbitan Idea Kreatif
Tarikh Terbit: Disember 2017
Halaman: 346
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

3.5*


Yayyyyy... nak sambungan/story Yen itself. Boleh tak?


Full review: 13/02/2018

Yang aku suka – buku nipis, jalan cerita simple, pace laju, watak-watak yang seadanya, konflik dan isi cerita yang dijalin kemas. Begitu juga dengan watak pembantu; Yen pastinya. Penulis selalu berjaya buat aku rasa lebih sukakan watak pembantu (watak baik la kan) daripada hero haha.

Aku juga suka bagaimana penulis ‘mengikat’ pembacanya sampai ke akhir cerita. Kita mesti tertanya-tanya apa hubungan Fath-Yen sebenarnya mahupun kisah Nur yang sampai bila nak melarikan diri. Tapi, aku rasa bahagian Zahier di hujung-hujung cerita tu macam terlalu rushing, memang habis begitu je ke?

Dan, satu lagi RH suka buat watak sang hero yang ‘bersungguh’. Maksudku bila dah suka, terus atur langkah meminang. Ha, takde lah adegan tarik-tali-nak-couple-ke-kahwin.

Seperti biasa, ceritanya jarang ‘kosong’. Mesti ada input yang buat aku terfikir, kiranya kepuasan itu bukan sekadar tamat cerita. Congrats sis! Cuma part sweet tu, aku setuju dengan pandangan KC -- sekadar rencah. Tiada pun masih tak mencacatkan keseluruhan novel ini.

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)