Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Selasa, 29 Mei 2012

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

3:39 PTG 0 Comments
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Acik Lana

ISBN: 9789675067983
Penerbit: Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012

Halaman: 947
Harga: RM34


~ Rasaku… ~

Menyatukan dua dunia yang berbeza bukanlah mudah. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Apalagi bila ia melibatkan dua hati yang tidak mungkin akan bertemu titik pertemuannya. Bagi Melina kehadiran Luqman yang matang dan penuh tertib itu begitu menyesakkan. Pada Luqman pula, Melina yang liar bebas bukanlah calon isteri yang diidamkan. Mana mungkin dia akan jatuh hati pada gadis sesosial Melina. Namun bila ia melibatkan percaturan dua keluarga, mereka berdua tiada daya nak menolak.

Seperti kisah kahwin paksa yang lain, perasaan benci-menyampah hanya wujud di awal-awalnya saja. Bila hati dah tercuit, saat rindu mula bersarang akhirnya rasa benci yang selama ini menguasai hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Kronologi cerita kahwin paksa yang agak tipikal. Namun penulis berjaya mewujudkan chemistry antara Luqman dan Melina yang pastinya akan masuk dalam senarai romantic couples over the years.

Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kasih sayang kedua insan ini. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman membawa angin cemburu dalam hati Melina. Luqman pula tak senang hati dengan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina. Belum ditambah dengan godaan wanita-wanita yang di luar tepinya. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Dan benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam?

Meneliti karya kedua Acik Lana membuatkan aku sedikit lelah. Aku tak berkenan dengan sikap Melina dengan gaya yang terlebih manja dan mengada-ngada itu. Mungkin kerana umurnya, jadi Melina kurang matang dalam menangani perasaannya. Same goes to Luqman. A good looking man with his overdose on romance is too ideal for me. Walaupun ianya hanya fiksyen semata, ada masanya kaki perlu berpijak di bumi yang nyata. Aku lebih menggemari watak Mya-Mikail dalam ABM. Ia nampak lebih realistik. But literally, kalau anda suka kisah cinta romantik mesti akan suka novel ini.

Oh, ya! Untuk makluman novel ini sangat-sangat tidak sesuai untuk bacaan mereka di bawah umur. Adegan mesra pasangan yang hangat bercinta, Luqman-Melina diceritakan dengan banyak sekali. Bukan klasifikasi 'U', jadi pandai-pandailah menapis ya.

Happy reading (^-<)

Isnin, 28 Mei 2012

Yes, Boss!

2:41 PTG 4 Comments
Yes, Boss!
Areila Sahimi

ISBN: 9789675067815
Penerbit: Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua belas – Mac 2012

Halaman: 457
Harga: RM19

~ Rasaku… ~

Novel yang ada di tangan aku ini merupakan cetakan yang kedua belas. Wah! Dahsyat sungguh penangan cik penulis comel-molek dari Perak ni. Tahniah ;)

Masih mengekalkan genre romantik komedi yang aku kira satu kelebihan buat penulis. Mana taknya garapan novel bergenre sebegini mampu membuai pembaca yang gemarkan gaya penulisan yang santai terutamanya kisah cinta tanpa dialog yang terlalu berbunga-bunga. Dengan gayanya yang tersendiri iaitu ringkas dan segar, Areila Sahimi berjaya menghiburkan kelompok pembaca muda belasan tahun dan 20an [termasuk aku la tu kih5].

Aryana menjadi setiausaha atas desakan ibu saudaranya yang tidak mahu dia terus menganggur. Dia 'bertemu' Ilham, majikan yang pada mulanya tak begitu berkenan dengan pilihan ayahnya. Ilham mahukan secretary yang stok edisi model terhad, tetapi dapat pula si gadis ayu berbaju kurung. Pada mulanya Ilham layan tak layan je dengan Aryana tetapi lama-kelamaan dia suka pula dengan Aryana kerana setiausahanya tu 'rajin' cover line setiap kali dia mengular. Tak terkecuali Aryana pandai melayan dan memujuk teman-teman wanitanya yang di keliling pinggang tu.

Namun dalam diam, hati Aryana terpaut dengan bosnya sendiri. Perasaannya kacau-bilau bila Ilham mahu bertunang dengan Mellina. Aryana makin tak senang duduk bila mengetahui yang Mellina sebenarnya berkomplot dengan Jefri untuk menghancurkan syarikat Ilham. Bila saja Aryana menyatakan hal sebenar, Ilham berang. Dia menyalahkan Aryana yang mencemburui hubungannya dengan Mellina.

Sakit hati, Aryana memecat dirinya sendiri. Merajuk dan menghilangkan diri di kampung. Ilham mula rasa kehilangan. Dia kini sedar yang dia lebih memerlukan Aryana daripada Mellina. Namun Ilham perlu bersaing dengan Udin, bekas mat rempit di kampung Aryana yang sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli. Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka itu? Hanya novel ini ada jawapannya.

Novel ini disampaikan dengan mudah. Cuma kehadiran Udin yang muncul secara tiba-tiba untuk menagih cinta Aryana tak begitu mengesankan. Wataknya seperti sengaja dicipta untuk memenuhi storyline. Sekali gus mencetuskan unsur antiklimaks kerana kita sudah boleh mengagak penamatnya. Betul tak?

Tahniah sekali lagi kerana tersenarai dalam kelompok 20 calon akhir bagi Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian [karya Bahasa Melayu laris sepanjang 2011]. Ha, para peminat bolehlah membuat undian bermula 1 Jun – 1 Julai 2012. Inginkan info tentang ini, boleh klik sini :)

Happy reading (^-<)

Selasa, 22 Mei 2012

Miss Pisau Cukur

2:29 PTG 4 Comments
Miss Pisau Cukur
Siti Nur Dhuha


ISBN: 9789670342429
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 – April 2012

Halaman: 592
Harga: RM22.90


~ Rasaku… ~

Serabut. Gila. Dua patah perkataan ini aci tak kalau aku jadikan review? kih5 :P

Pertama-tamanya aku beli novel ini kerana warnanya. Shocking pink bai! Mana tak tergoda kih5 :P Keduanya, kerana tajuknya yang catchy. Ketiganya, mereka kata ini novel top seller hasil karya novelis popular. Oh! Aku tak tahu pun *wink*

Tetapi saat aku mula membacanya, mood berbunga-bunga pinky aku tadi jatuh merundum. Jalan ceritanya yang pelik itu masih boleh diterima tetapi ceritanya yang tunggang-langgang itu mematikan terus mood aku. Terlalu banyak kisah yang ingin dimuatkan dalam sesuatu plot. Aku kira lebih baik ia disusun satu per satu. Barulah jalan ceritanya smooth saja. Kalau tak, jadilah macam aku yang banyak melangkau pembacaan.

MPC berkisarkan konflik keluarga Ku Afnan Zakirin [Ku Afnan]. Dia benci benar dengan Amera, anak angkat ayahnya; Tan Sri Ku Ali kerana menyangka Amera itu anak perempuan simpanan ayahnya. Pelbagai cara dilakukan supaya Amera dapat disingkirkan daripada keluarganya. Kemuncak adalah bila Amera terbunuh angkara Ku Afnan. Itu semua gara-gara ketidakpuasan hati Ku Afnan bila ayahnya memecat Ku Afnan daripada jawatan Pengurus. Tetapi apa yang dia tak tahu, ayahnya itu sebenarnya menawarkan jawatan yang lebih hebat daripada Pengurus. Aiseyman... terlajak perbuatan, tanggung sendiri lah!

Masa berlalu memadamkan ingatan Ku Afnan tentang Amera. Apatah lagi kemunculan Nurul bagaikan mengisi ruang kekosongan yang ada. Nurul, gadis bermata duitan yang sanggup lakukan apa saja demi duit. Bila hati dah jatuh suka, semuanya indah saja di mata. Ku Afnan mahu memiliki Nurul tetapi dalam pada masa Nurul telah jatuh hati pada Jeff, anak datuk yang berlagak miskin.

Kalau nak tahu Jeff ni sebenarnya sukakan Amera. Dia memang sakit hati dengan Ku Afnan kerana mengesyaki yang Ku Afnan adalah dalang di sebalik tragedi kehilangan Amera. Dan bila dia tahu yang Nurul sukakanya, dia pun saja lah nak api-apikan si Ku Afnan tu. Tapi akhirnya dia betul-betul jatuh hati pada Nurul.

Pelbagai insiden yang berlaku dalam perebutan gadis yang bernama Nurul ni. Si Nurul pun satu, tiada pendirian langsung. Mudah saja hati beralih arah. Manalah si Ku Afnan tu tak buat kerja gila. Nyawa dibuat barang mainan je. Alahai! Ingin tahu kesudahannya? Jangan lupa mencari MPC.

Seperti mana kisahnya yang tunggang-langgang, ending pun agak terburu-buru dinoktahkan. Ada kisah yang tak terjawab. Misalnya apa jadi dengan ibu Ku Afnan yang koma, Tan Sri Ku Ali dan isteri barunya iaitu emak kandung Amera? Tak kan hilang macam tu je? Kisah Nurul yang dikatakan mengalami masalah hilang ingatan pun tergantung begitu saja. Dan yang paling penting, tiada pembelaankah untuk 'kematian' Amera? Hmm... pembunuhan itu bagai bisa saja dimaafkan.

Walau bagaimana pun kisahnya masih ok. Pembaca pastinya nak tahu apa yang terjadi pada Amera, Ku Afnan, Nurul dan Jeff. Dan itu mungkin sudah cukup untuk mengikat para pembaca hingga ke halaman terakhir.

Novel ini membuatkan aku mencari balik filem Pisau Cukur. Aku suka gandingan Maya Karin dan Redza Minhat. Menjadi! *wink*

Happy reading (^-<)

Si Mangkuk Tingkat

11:42 PG 0 Comments
Si Mangkuk Tingkat
Faziela

ISBN: 9789675118784
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Februari 2012

Halaman: 471
Harga: RM20



~ Rasaku… ~

Aku suka cerita ini yang simple and sweet. Aku suka bahasa santai yang digunakan yang memudahkan aku membacanya dalam masa satu malam. Aku suka cerita yang walaupun agak cliché tetapi tiada konflik yang berjela-jela dan meleret. Aku suka bila aku tak perlu mengetap bibir kerana geram dan sakit hati. Wah! Banyaknya 'suka' kih5 :P Senang cerita aku suka dengan Faziela and definitely she is one of my new favourite authors.

Tak dapat dinafikan tajuk novelnya yang agak catchy berjaya menarik perhatian aku untuk mencapainya di rak. Dan saat mula membacanya, aku setia mengulitnya hingga ke dinihari hanya kerana sayang mahu meninggalkan ceritanya sekerat jalan. Lebih elok tidur bermimpikan cerita yang indah-indah dari tertanya-tanya pengakhiran kisah Edryna dan Ashraff *wink*

Edryna akan dijodohkan dengan Ashraff hanya kerana bapanya risaukan anak gadisnya yang masih tidak berkahwin. Apa lagi setelah abang Edryna bakal menamatkan zaman bujangnya. Bapa mereka kemudiannya menetapkan yang Edryna sekurang-kurangya perlu bertunang di hari perkahwinan abangnya.

Ashraf akur dengan kehendak keluarga sementelah mengetahui yang Edryna adalah gadis yang ditemuinya berbaju kurung dan membawa mangkut tingkat di tengah-tengah hiruk-pikuk airport KLIA. Mana lagi nak mencari gadis zaman ini yang masih mahu berbuat sedemikian kan? Cuma sayangnya pertemuan mereka tak seindah yang diharapkan. Mereka berdua saling bercakaran dan menjunjung ego setinggi gunung.

Namun kerana permintaan keluarga masing-masing, mereka tetap dikahwinkan. Ya, aku tahu cerita yang memang cliché, kan aku dah bilang awal-awal tadi? :P Tetapi apa yang aku suka adalah cara penulis mengolahnya. Edryna misalnya bukanlah benci sangat dengan Ashraff tu, cuma perasaan menyampahnya mungkin sudah menutup pintu rasanya yang lain. Jadi aku suka cara Ashraff yang melayan karenah panas baran Edryna dengan penuh sabar termasuk insiden-insiden yang berlaku yang merapatkan hubungan renggang mereka. Dan pastinya kata-kata Ashraff yang sememangnya sweet talker itu bukan saja bisa mencarikan hati Edryna malah hatiku jua... eceh!

Berjayakah Asharff melembutkan hati isteri yang dipujanya? Apakah Edryna berjaya memadamkan 'bayangan silam' tentang lelaki yang didendamnya itu? Hanya SMT ada jawapannya.

Happy reading (^-<)

Jumaat, 18 Mei 2012

Dapur Wawa

4:47 PTG 0 Comments
Dapur Wawa
Ika Madera


ISBN: 9789675118814
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua April 2012

Halaman: 415
Harga: RM18


~ Rasaku… ~

Sekali lagi aku melewati kisah sang gadis lewat 30an yang masih belum berkahwin. Novel ini pun dicadangkan oleh Kak Wan. Bukan main promote lagi masa aku 'bertandang' ke booth JS ketika KLIBF lalu ;P Tetapi dek kerana sifu yang mencadangkan, aku terima dengan rela [Ewah! Statement tak kalah kih5], lalu novel ini novel pertama yang selamat masuk ke dalam bakul comel yang tersedia.

Sedap dan lazat. Itu 'rasanya'. Ika Madera amat pintar mengadun setiap resepi dengan plot ceritanya. Smooth je, tak terasa tersekat-sekat. Dalam melayani kisah Najwa Syakirah [Wawa] yang baru berumah tangga, kita juga dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan. Itu yang menyebabkan DW makin 'lazat' dihadamkan *wink*

Wawa bertemu jodoh dengan Encik Abu; calon yang dikenalkan oleh Kak Pah; kakak sang penulis novel ini. Melihatkan profil Encik Abu, Wawa tak berkenan. Ada ke patut Wawa dipasang-pasangkan dengan Encik Drebar? Sangat tak sesuai! Tetapi jodoh itu kan rahsia Tuhan. Walaupun menolak, ternyata Encik Abu itu lah jodohnya.

Dan saat menjadi isteri Encik Abu, barulah Wawa tak senang duduk. Mana tidaknya, dia jarang sekali masuk ke dapur. Jadi mahu kasi suaminya itu makan apa? Maka kelam-kelibut jugalah Wawa belajar memasak, belajar mengemudi kehidupan baharunya dan juga menyesuaikan diri dengan kejutan-kejutan luar jangka dalam hidupnya itu.

Apa kesudahan cerita kahwin Wawa dan Encik Abu? Ha, terpaksalah korang semua baca sendiri. Nak reveal banyak-banyak tak best lah ;P

Aku kira novel ni memang sesuai untuk anak gadis yang nak berkahwin. Secara praktikalnya, kita boleh belajar memasak dengan cara mudah lagi santai. Apatah lagi setiap petua dan ilmu yang diperturunkan oleh Bonda dan ibu saudaranya, Wawa tidak lokek untuk berkongsi dengan kita. Hai! Terasa bagai nak masuk dapur pula kerana tergoda dengan resepi lasagne Encik Abu tu *yummy*

Membaca novel ini mengingatkan aku kepada J&D karya Kak Su yang menggunakan teknik yang lebih kurang sama dan kerana itu bila anda sudah mula membaca, pasti anda akan terus melekat. Kerana kemahiran penulis 'bercerita' sudah bagaikan Najwa itu sendiri yang bercerita terus kepada kita. Memang awesome!

Happy reading (^-<)

Khamis, 17 Mei 2012

Wanginya, Bunga Rampai...

4:15 PTG 6 Comments
Wanginya, Bunga Rampai...
Haswida Abu Bakar


ISBN: 9789670201399
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Januari 2012
Halaman: 366
Harga: RM19


~ Rasaku… ~

Lama juga aku ambil masa untuk 'menyesuaikan' diri dengan naskhah Si Manis 17 ini. Bukan apa, bila terpandangkan yang buku ini dikhususkan untuk anak remaja yang manis, aku terasa aku ini remaja terlebih manis pula kih5 Sekaligus membuatkan aku terfikir dalam usia 17 itu sudah sesuai kah untuk berbicara tentang tunangan dan perkahwinan? *wink*

Arif Azri Baharin [Arif] & Syarifah Seri Indah Syed Ilham al-Idrus [Seri], kedua-duanya tak pernah menyangka akan bertemu. Dan saat mata berpandangan, ada rasa getar yang bertamu. Ada rasa suka yang mengintai tirai hati. Namun, apalah daya Seri dan Arif, mereka berdua sudah ditunangkan dengan pilihan keluarga masing-masing.

Andai bisa diatur waktu, Arif lebih rela memilih Seri tetapi memandangkan wasiat keluarganya, perasaaan halus itu ditimbang-timbang. Bukan tidak penat menggendong rasa cinta pada Seri, tetapi bila diluahkan rasa cinta itu terus ditolak tepi. Pedihnya bila Seri juga bagai menidakkan rasa hati sedangkan Arif sendiri sudah dapat meneka isi hati Seri.

Pada Seri, saat dia bergelar tunangan Syed Haikal, hatinya sudah ditutup kemas-kemas untuk orang lain. Dia perlu berlaku adil pada Syed Haikal dan juga hatinya. Malah perasaan orang tuanya perlu dijaga sebaik mungkin. Dan tika saja hatinya bergetar hebat memandang Arif, hatinya 'dicuci' elok-elok. Setia itu asas perhubungan. Kalau dia sendiri sudah mencemarinya, apa lagi yang tinggal nanti?

Kata orang tua-tua, dugaan masa tempoh bertunang itu maha hebat. Sama ada anda berjaya mengharunginya atau tidak, semuanya terpulang pada diri anda sendiri. Begitu juga Seri dan Arif. Cerita ini mengajar kita bagaimana mahu menjaga hati. Melawan rasa indah yang membuai atau berpijak pada bumi yang nyata. Semuanya terserah pada anda.

Aku suka gaya penulis menceritakan tiap-tiap plotnya. Teratur dari satu ke bab ke bab lain. Bahasanya indah dan bersahaja. Tidak terlalu berbunga-bunga tetapi sudah berjaya menyusup dalam hati.

Terima kasih kepada Ulatbuku & JS atas 'bingkisan' terakhir ini ;)

Happy reading (^-<)

Rabu, 16 Mei 2012

Selasa, 15 Mei 2012

Jimi Dalam Akibat Jambul Alif

10:16 PG 0 Comments
Jimi Dalam Akibat Jambul Alif
Fadhli Hamdan


ISBN: 9789674100889
Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 30 Mac 2012
Halaman: 144
Harga: RM12.90


~ Rasaku… ~

Ingat tak dalam episod sebelum ini, Jimi dihukum akibat bergaduh dengan Alif tu? Ha, kali ini buku conteng milik Jimi 'bercerita' tentang pengalamannya yang dikenakan hukuman dan dihantar ke kem bina semangat.

Mengenali Hakim, teman di kem bina semangat telah membawa persepsi baru buat Jimi. Difikirkan dirinya itu sudah cukup disusahkan, tetapi ada insan lain yang lebih susah darinya. Saat itu barulah Jimi memahami erti kesungguhan dan bersyukur. Setiap manusia itu diuji dengan pelbagai cara. Dan saat kita diuji bukanlah seharusnya menyalahkan orang lain, sebaiknya bermunasabah dan redha.

Sekembali dari kem bina semangat, Jimi menanam strategi baru. Dia harus memperbaiki prestasi pelajarannya demi mencapai impiannya untuk berbasikal baharu. Dengan adanya kembarnya; Mimi dan teman-temannya; Ganesh, Jason dan Mei Ling yang juga saling membantu dalam meningkatkan semangat mereka semua untuk berjaya dalam peperiksaan akan datang.

Jimi mula menggunakan kemahiran mencontengnya untuk menghafal dan memahami subjek yang lemah. Nota-nota kecilnya juga berwarna-warni. Contohnya proses fotosintesis dilukis daripada dihafal satu persatu ayatnya. Lebih mudah bukan? Lantas mengingatkan aku saat-saat menjadi pelajar dulu. Aku tak pandai menconteng, tapi lebih suka dengan menggunakan akronim untuk mengingat sesuatu formula. Kebetulan aku memang tidak reti menghafal, jadinya aku akan pastikan nota-nota kecilku ringkas, padat dan berwarna-warni :D

Kesungguhan Jimi memang terserlah kerana keinginannya untuk mendapatkan basikal idaman. Sampai jatuh demam pada malam sebelum peperiksaan. Kasihannya! Mujur dia sempat pulih dan berjaya menjawab peperiksaan pada keesokannya.

Namun apakah Jimi berjaya memperolehi 5A seperti yang diinginkannya? Dan pastinya kita mahu tahu kesudahan Alif yang selalu mengacau Jimi dan teman-temannya itu kan? Jadi, tunggu apa lagi? Cepat-cepat dapatkan sebuah :D

Pada mereka yang berminat dengan karya kartun yang comel-comel sepatutnya memiliki naskhah ini. Sangat berbaloi ya! Peminat blog conteng-conteng juga tak seharusnya melepaskan peluang memilikinya. Menyokong Fadhli Hamdan bukan saja melalui kata-kata pujian, lebih afdal melalui perbuatan [baca: membeli] kan?

Happy reading (^-<)

Jumaat, 11 Mei 2012

Kasih Benar Kasih

5:13 PTG 2 Comments
Kasih Benar Kasih
Aleya Aneesa

ISBN: 9789831246689
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 4 - 2012

Halaman: 550
Harga: RM21.00


~ Rasaku… ~

Menjadi seorang wanita bukanlah mudah. Mencecah usia 30an dan belum berkahwin akan menyebabkan wanita itu dipandang serong. Seolah-olah kalau lambat berkahwin itu satu dosa. See... kasihan kan?

KBK cuba membawa isu ini ke dalam bahasa yang lebih mudah. Bagaimana menjadi Annura yang masih belum berteman walaupun sudah berusia 29 tahun. Lantas ibu bapanya membuka jalan supaya dia mengenali Dinzley, lelaki yang dah cukup umur untuk berkahwin tetapi masih lagi menyendiri. Tiada paksaan dalam perhubungan namun harapan yang digalas cukup besar. Dan kerana tak mahu mengguris hati orang tua, mereka berdua cuba mencari titik keserasian yang seakan sukar dicari.

Annura bukannya tidak manis malah rasaku lengkap serba-serbi. Begitu juga Dinzley, tak susah untuk terjatuh hati pada doktor haiwan itu. Cuma Annura cukup tak berkenan dengan Dinzley yang suka memainkannya. Tetapi saat hati sudah dicarik kasih, Dinzley menangguhkan perkahwinan mereka hanya kerana bekas kekasihnya; Syirin dikatakan sedang sakit. Annura terasa terhina.

Dinzley pula tanpa sedar bukan saja sudah melukai hati Annura, malah hatinya juga yang sarat menanggung rindu pada keletah Annura. Bukan mudah untuk meyakinkan kembali keluarganya supaya meminang Annura kembali dan bila saja Annura bersetuju menerima, hatinya berbunga-bunga. Cuma apa yang dia tak tahu ada sesuatu yang sudah tertanam di hati Annura. Menyebabkan Annura tega membalas dendam terhadap seorang suami.

Namun kesabaran Dinzley begitu menyentuh hati. Walau berkali-kali diuji, dia masih setia. Biarpun ditolak banyak kali, Dinzley masih bisa menerimanya dengan senyuman. Wujudkah lelaki yang begitu sabar ini? Sampai bila Dinzley harus mengalah dalam menundukkan amarah dan ego seorang isteri?

Jujurnya aku lebih menyukai kisah cinta Hajar-Ikhman dalam Semusim Rindu. Aku lebih suka bagaimana Hajar menangani masalah cintanya dengan suaminya itu. Lebih baik tiada di depan mata kalau ada pun menyakitkan hati. Berbeza dengan KBK, aku tak sukakan cara Annura melayan suaminya. Memang Dinzley tu patut kena luku laju-laju tetapi bila amarah Annura tak surut-surut juga, aku jadi sedikit bosan. Bab-bab akhir kebanyakannya berkisar amarah Annura yang sudah menjadi dendam. Tak best lah! Aku lebih suka kisah Annura-Dinzley ketika sebelum berkahwin. Mereka kelihatan seperti ala-ala sweet couple gitu.

Walau bagaimanapun novel ini masih berbaloi untuk dimiliki oleh para peminat AA. Jangan lupa jadikannya sebagai koleksi anda :D

Happy reading (^-<)

Khamis, 10 Mei 2012

Iman Suraya

3:33 PTG 4 Comments
Iman Suraya
Areila Sahimi


ISBN: 9789675067617
Penerbit: Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Kelapan Jun 2011
Halaman: 476
Harga: RM19.00

~ Rasaku… ~

Ini novel ketiga Areila Sahimi. Novel yang kalau tak silap aku, pernah dibaca sirinya di blog beliau sebelum ini. Lama dah. Dan bila lihat dalam bentuk buku, tak teragak-agak pula nak membelinya.

Kisah IS adalah kisah cinta biasa-biasa saja. Tentang Iman Radhiff [Iman] dan Suraya Dania [Suraya]. Bermula dengan pertemuan di Langkawi, sangkanya tamat di situ manalah tahu berpanjangan pula kisah mereka. Dah bertahun berpisah bertemu kembali. Cuma kali ini, kata hati Iman sudah berubah. Kalau dulu dia sukakan Suraya yang selamba dan gila-gila itu tetapi kali ini rentak hati sudah bertukar nada. Ada rasa cinta yang sudah lama bertunas. Cuma hanya kini Iman mengakuinya.

Sejak pertama kali bertemu Suraya, Iman sudah tahu akan hal pertunangan Suraya. Dia menyangka Suraya sudah selamat menjadi isteri orang, tetapi takdir menentukan sebaliknya. Suraya masih single and available. Itu membuatkan Iman tekad ingin mencuri hati Suraya. Apatah lagi dengan kehadiran Norman Hakim, jejaka idaman Malaya kononnya.

Kata Suraya; Iman itu teman biasa seperti abang Norman. Tetapi dalam kawan-kawan tu, hatinya tercuit juga. Setelah pemergian Azim, Iman adalah lelaki yang amat disenanginya. Iman tak seperti abang Norman yang suka mendesak. Iman senang dibawa berbincang berbanding abang Norman yang selalu sahaja betul.

Namun bila abang Norman bijak bermain dengan helah, Suraya tersepit. Memang dia tak bisa menolak kalau yang datang mengharap itu adalah bakal mentua tak jadinya. Iman ditolak tepi, walau sebenarnya bunga-bunga cinta sudah mekar indah dalam hati. Apa kesudahan cinta Suraya? Pada Iman atau abang Norman? Jawapannya hanya ada dalam novel ini.

Apa yang paling aku suka dalam novel ini adalah hubungan adik-beradik yang sangat rapat antara Suraya dan abang-abangnya. Penulis bijak mengadun watak abang-abang Suraya yang pandai memujuk, mengambil berat tentang adik mereka yang ketika itu bermuram durja atas kehilangan tunang tersayang. Sangat tersentuh dan comel ok!

Harus diakui bahawa garapan penulis kali ini lebih kemas dan teratur. Jika nak dibandingkan dengan dua novel sebelumnya, memang terasa kelainannya. Masih menggunakan bahasa pertuturan harian sebagai pengantara, membuatkan pembacanya tidak mudah bosan dan lebih mudah menghadam tiap-tiap bab yang ada. Cik penulis yang aku 'kenali' cukup terkenal dengan trademark - memanipulasikan tagline iklan-iklan. Tetapi dalam IS, beliau sudah mampu menyusunnya dengan indah. Tidak keterlaluan dan lebih tersusun. Tahniah!

Happy reading (^-<)

Isnin, 7 Mei 2012

Cinta Tak Terucap

11:28 PG 0 Comments
Cinta Tak Terucap
Imani Hatta

ISBN: 9789675067563
Penerbit: Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua Februari 2012

Halaman: 600
Harga: RM20.00

~ Rasaku… ~

Ini kisah e-novel yang dibukukan. Kredit kepada pihak KN yang tak henti-henti menyokong para penulis baru :)

CTT menampilkan Ammar Mirza [Ammar] dan Suri Imani [Iman] yang perlu berkahwin atas perjanjian lama keluarga. Iman perlu menggantikan tempat kakaknya untuk berkahwin dengan Ammar. Demi papa kesayangannya, masa depannya dikorbankan. Kalau yang suka genre sebegini pastinya akan jatuh suka juga pada novel ini.

Perkahwinan yang dibina tanpa rasa cinta itu berjalan dengan lancar. Ammar tak pernah memberitahu akan rasa hati dan perasaannya. Hanya sekali dia terlepas kata bahawa dia menyayangi Iman. Tetapi sayang yang bagaimana? Manalah si Iman ni tahu apa yang ada dalam hati suaminya itu. Namun tingkah laku Ammar ada masanya membuai naluri wanitanya.

Ammar pula menyangka pintu hatinya sudah tertutup untuk bercinta lagi. Tetapi saat pertama kali bersua dengan Iman, terasa jantungnya mula berdegup lebih laju dari biasa. Apa maknanya itu? Malah kehadiran Amir dan Ben yang sering saja menghimpit Iman, membuatkan Ammar dilanda cemburu yang maha hebat. Apa benarkah cinta sudah berada dalam hati?

Hidup lebih indah kalau kedua-duanya saling berterus-terang. Syak wasangka hanya menambahkan onak duri dalam episod rumah tangga. Kehadiran Erna dan Ryzal sukar untuk ditelan oleh Iman. Apatah lagi bila sang suami memang sudah terkenal dengan gelaran kasanova.

Apa kesudahan Iman dan Ammar? Mampukah untuk terus hidup bersama andai kata cinta masih belum diungkapkan? Dan siapakah si Ryzal itu sebenarnya? Hanya CCT ada jawapannya.

Penulis memang asal dari Kuantan, sebab hampir keseluruhan kisahnya berkisar di Kuantan. Jalan cerita lancar, tidak tersekat-sekat cuma rasanya bila di bab Iman mengandung, tup-tup anak dah besar cukup setahun. Pace yang betul-betul laju, memecut dari gear satu terus ke lima :P Walau bagaimanapun, pujian buat pendatang baru. Moga cik penulis terus berkarya. Selamat maju jaya!

Happy reading (^-<)

Khamis, 3 Mei 2012

Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah

3:38 PTG 0 Comments
Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah
Fadhli Hamdan


ISBN: 9789674100759
Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 26 Mac 2012

Halaman: 144
Harga: RM12.90


~ Rasaku… ~

Buku comel ini aku sambar semasa di pesta buku baru-baru ini dan buku pertama juga aku baca. Wah! Mendahului novel-novel lain kih5 :P

Kali ini kisahnya tentang Jimi. Kisah dia merakamkan cara-cara untuk mencapai impiannya sendiri. Jimi mahukan sebuah basikal. Dan kerana kata-kata ayahnya yang berbunyi lebih kurang begini, "Boleh, dengan syarat dapatkan 5A dalam peperiksaan." Makanya Jimi menanam azam. Dia perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang demi impiannya yang ingin berbasikal.

Namun di sekolah, ada pula yang sentiasa mengganggunya. Alif si Jambul tu suka benar mencari salahnya. Mujur juga ada teman mengadu. Jimi ada Ganesh dan Jason yang sering membantu. Tetapi apa yang lebih menakutkan Jimi adalah Raksasa Misai! Siapa Raksasa Misai yang paling digeruni tu? Sila dapatkan naskhah comel ini :P

Buku ini umpama diari peribadi. Tempat Jimi meluah rasa. Ada masanya aku menggambarkan si Jimi itu penulisnya sendiri. Maklumlah sudah terbiasa dengan buku conteng-conteng yang sememangnya adalah bingkisan hidup sang penulis itu sendiri. Cuma aku rasa ia akan jadi lebih menarik kalau ianya berwarna-warni, ada sticky note yang comel dan berlipat-lipat. Ia kelihatan raw, macam edisi conteng-conteng sebelum ini. Ini pada pengamatan aku saja kerana aku rasa itulah sebenarnya trademark Fadhli Hamdan :D

Walaupun ini cuma kisah comel yang ringkas dan santai, tak bermakna ianya tiada apa-apa. Kisahnya tidak kosong semata-mata. Ada isi yang tersurat. Lebih-lebih lagi bila terselit tips-tips belajar yang dikongsi oleh Mimi, kembar Jimi. Ianya nampak menarik bila diilustrasikan sebegitu.

Aku memang tabik dengan Fadhli Hamdan. Beliau bukan saja pandai melukis, tetapi apa yang lebih penting adalah pengolahannya. Beliau tahu mereka jalan cerita supaya ia seindah dan secomel contengannya. Ia kelihatan jujur kerana lahir daripada pengalaman dan perjalanan hidup penulisnya sendiri. Dan bila dicoret dengan ikhlas, hasilnya wallahh... Tahniah!

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)