Hilal Asyraf
ISBN: 9789830974163
Penerbit: Galeri Ilmu
Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 463
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Tugas kita sebagai
hamba adalah berusaha dan terus-menerus berusaha.
Itulah dia iman. Itulah dia pemberi kekuatan.
- page 219
Superb. Bagai menonton gabungan filem hebat Hollywood. Tapi ini lebih hebat...baca. Antara fantasi dan realiti. Percaya yang tidak akan sirna.
Full review: 04/09/2013
Itulah dia iman. Itulah dia pemberi kekuatan.
- page 219
Superb. Bagai menonton gabungan filem hebat Hollywood. Tapi ini lebih hebat...baca. Antara fantasi dan realiti. Percaya yang tidak akan sirna.
Full review: 04/09/2013
Nampaknya tuan penulis masih mampu mengikat
aku untuk terus menjadi peminat setia siri Takdirnya ini. Novel berentak aksi,
gaya tarbiah moden. Dalam sibuk membaca, hati diajar agak tidak pernah lupa
akan-Nya. Alhamdulillah, siapa bilang novel hanya mainan khayalan cuma?
Terserah kita untuk mengutip tiap ingatan dan teladan yang dituliskan.
Selepas pertarungan hebat dengan membenam
hebat angkatan Sang Asura, dunia mula beransur-ansur mendapat cahayanya. Enam
bulan yang penuh ketenangan, enam bulan yang penuh dengan dakwah. Angkasa Sakti
kini diberi tugas yang lebih berat, untuk berdakwah ke Uftzi, membawa Agama Langit
kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi.
Kembaranya bukan berseorangan. Kali ini dia
ditemani Aizan Fahmi dan End; bekas jeneral Kerajaan Utopia. Pelbagai halangan
perlu ditempuh sebelum mereka berlabuh di Uftzi. Jatuh kecundang banyak kali,
tapi mereka bertiga tetap teguh di bawah panji kebenaran.
Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi pula
mengatur strategi lain. Lantas bergerak ke sekeliling menyebarkan dakwah.
Ethan, cuba ditawan. Mustahil atau tidak, percaya mereka pada janji Tuhan tak
pernah luntur.
Namun Sang Asura juga tak pernah takut. Dia
tetap teguh melawan fitrah. Di sini, dalam episod kedua kita dibawa kepada
sejarah penciptaan Sang Asura dan para jeneralnya. Bagaimana sebenarnya penulis
ini menyisipkan yang dunia ini akan hancur kerana tangan-tangan manusia itu
sendiri. Sepertimana firman Allah dalam Surah Ar-Rum;
“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” - Ar-Rum: 41
Makanya, cermin-cermin diri. Kita tak pernah lari daripada membuat kerosakan, dan padahnya berbalik pada diri sendiri. Allahu Allah. Sedar atau tidak?
Takdir 2 membawa aku hanyut dengan pelbagai
peristiwa dan aksi hebatnya. Gaya bahasanya yang ringan dan alur cerita yang
bergerak laju buat aku tak henti menyelak satu per satu halamannya. Entah
resepi apa yang diadun kali ini, berjaya buat aku tak mahu lepas bukunya dari
tangan. Tak sabar mahu menantikan siri ketiganya!
Buat peminat cerita aksi, aku amat
cadangkan ini. Mengintai kegigihan anak muda bernama Angkasa Sakti dan para
temannya. Takdir, ini cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan