Airisz
ISBN: 9789670246154
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketiga 2012
Halaman: 593
Harga: RM18
Halaman: 593
Harga: RM18
~ Rasaku… ~
Kredit untuk ending yang lain
daripada yang lain. Kreatif sungguh!
Review panjang? Ala..sebab tu kita ada hari esok. Eh! Eh! hahaha :P
Review panjang? Ala..sebab tu kita ada hari esok. Eh! Eh! hahaha :P
Full review: 26/12/2013
Cinta tak kenal siapa.
Ia bukan sekadar frasa untuk menyedapkan
hati. Ini adalah apa yang cuba penulis sampaikan dalam 593 halaman novelnya.
Benar, aku akui. Satu-satunya perkara yang
buat aku tertarik adalah kerana nilai cinta hero-heroinnya. Si kacak dan kaya
dengan si gadis comot yang miskin. Walaupun kisah selepasnya itu hampir sama saja
dengan lambakan novel lain. Perkahwinan-tanpa-rela, dibenci ibu mertua dan
watak gadis tempelan yang menyakitkan hati. Itu semua masih ada, mungkin untuk
beri warna dalam novel.
Namun, ada baiknya aku kira pertelingkahan
ibu-mertua-menantu-tak-disukai itu tidak dipanjang-panjangkan. Pada pembaca
yang banyak songeh seperti aku, ia agak melelahkan kerana hampir setiap bab
sesudah pernikahan Intan-Harris, aku disogokkan dengan adegan yang hampir sama.
Kalau tak diherdik, kena maki, diugut atau ditampar.
Dan pada hemat aku, perbuatan menampar
wanita berulang kali [walau mungkin wanita itu layak dilempang], bukanlah cara
yang sewajarnya. Sekali mungkin ianya niat untuk mengajar, tetapi kalau
berkali-kali.. Maaf, Harris! Saya benci awak! Eh! hahaha :P
Tapi walau apa pun, aku tetap enjoy
menikmatinya. Gaya bahasa yang mudah difahami. Santai. Monolog dalaman Intan
misalnya yang gunakan ‘kita’ & ‘awak’, kelihatan macam comel je.
Begitu juga dengan komunikasi berkesan
antara Intan dan Harris. Cukup mengkagumkan walaupun pada mulanya Harris ni
antara lelaki yang bajet bagus. Tetapi perwatakannya berubah semenjak dia
menyukai Intan. Malah, kedua-duanya tidak mudah putus asa mempertahankan rumah
tangga mereka. Tidak terpengaruh dengan segala tohmahan dan fitnah yang
ditaburkan. Sebaliknya, ikatan makin kukuh dan bertambah-tambah sayang. Yay!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan