Maria Kajiwa
ISBN: 9789670535388
Penerbit: Buku Prima
- Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: September 2012
Halaman: 528
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Done! Tapi ini bukan cerita hantu..ohhoi!
Full review: 25/10/2013
Apa yang aku suka tentang buku ni:-
1. Laras bahasa yang menjadi. Maksudku
cukup apa adanya.. nak kata Bahasa Melayu Tinggi tak juga tetapi penulis tahu
meminimakan bahasa rojaknya.
2. Plot yang mudah dan tersusun. Tak pusing
kepala nak faham kerana jalan ceritanya yang smooth.
3. Pengolahan cerita yang baik. Walaupun
dalam kategori seram, ianya tak seram sangat. Cuma ada misteri yang buat rasa
nak baca dan baca sampai ke titik penamatnya.
4. Menggunakan ‘suara’ sebagai titik mula
cerita dan ‘suara’ itu akan membawa ke semua watak ke penghujungnya dengan
ending yang superb.
5. Ceritanya bukan anti-klimaks walaupun
aku sebenarnya sudah dapat mengagak siapa sebenarnya Sofy dan apa itu ‘suara’
yang menghantui cerita ini bila tiba di pertengahan cerita.
6. Watak-watak yang berkesan. Baik Adam,
Rafiq, Mazni mahupun Mak Minah yang misterius. Setiap wataknya diberi ruang
yang cukup untuk berkembang. Solid.
7. Kisah masyarakat marhaen dengan masalah
sumbang mahram, gengsterisme, dadah dan konflik keluarga. Ya, masalah biasa
yang tiada kaitan dengan golongan konglomerat yang punya wang berjuta-juta.
Pheww... bosan kot kalau asyik-asyik kisah orang kaya kan?
Hoho..senarai di atas ni cukup la kot
sebagai resensi. Aci tak? :P
Ini kali pertama aku baca karya penulis
ini. Dan karyanya ini buat aku rasa nak cari ceritanya yang lain. Aku suka
kerana ada variasi dalam karyanya, bukan kisah cinta stereotaip seperti novel
melayu yang lain.
Kisahnya tentang Adam yang mencari
isterinya yang telah diculik tiga tahun lalu. Hasil penyiasatan terbarunya
membawa dia ke Melaka. Di sana dia duduk menyewa bilik di sebuah lama yang
penuh misteri. Dia bertemu Rafiq, lelaki yang turut menyewa di bilik
sebelahnya.
Suara budak kecil yang kerap mereka dengari
ketika senja menyanyikan lagu cina menimbulkan tanda tanya. Apa lagi dengan
kedinginan Mak Minah bila saja mereka mahu tahu akan kejadian sebenar yang
berlaku di rumah lama itu. Kepulangan Mazni; anak sulung Mak Minah yang balik
bercuti merupakan titik tolaknya. Tiap yang berlaku ada sebabnya. Dan dengan
Mazni, mereka bertiga cuba merungkai tiap persoalan.
Apakah suara yang menghantui malam-malam
mereka itu benar-benar hantu? Dan apakah rahsia yang disimpan kemas oleh Mak
Minah? Dapatkah Adam menemui isterinya semula? Hanya STM ada jawapannya.
Baca... jangan biarkan anda diselubungi
misteri hee :P
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan