Haswida Abu Bakar
ISBN: 9789670201726
Penerbit: JS Adiwarna
Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2013
Halaman: 442
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
Buku kedua penulis yang aku baca. Yeah..penulis
sangat brilliant dalam membakar jiwa. Pheww~~
Full review: 11/12/2013
Pertamanya, kalau ikut progress membaca di
GR, buku ini lama sungguh di tangan. Jadi aku mahu clarify yang bukan buku ini
penyebabnya. Masalahnya adalah aku sendiri. Agak sibuk dengan urusan-urusan
yang tak pernah habis hahaha :P
Gaya bahasa dalam buku ini agak berlainan
dengan buku WBR. Mungkin kerana fokusnya sendiri berbeza. WBR untuk si manis
17, yang ini pula boleh dikategorikan sebagai novel umum. Sesuai lah untuk
semua pihak.
Jujurnya, aku pada mulanya susah juga nak
masuk jiwa. Payah mahu menyelam isi hati seorang Zulaikha [Ika], yang begitu
berani mati menerima cinta sang lelaki suami orang. Ya. Kisah si Ika, si gadis
sunti yang dalam diam berskandal dengan suami anak-anak yang diasuhnya.
Perghh.. panas.. panas! Cerita ini memang cukup sensasi gitu hihihi
Tapi bila diheret perlahan-lahan ke
tengah-tengah cerita, baru aku mengerti. Bukan mudah juga menjadi Ika.
Ironinya. Aku terasa aku pula yang menjadi Ika, tersepit dengan pilihan hidup. Hanya
kerana terlalu cintakan diri sendiri, tidak dapat tidak huluran cinta si Rayyan
disambut. Sedangkan hati? Hati sebenarnya berbolak-balik. Suka dan tak suka,
gelojak si anak gadis yang sedang berperang dengan hawa nafsu sendiri.
Cuma aku agak keliru dengan hubungan
Ika-mama-mak-ayah. Apakah aku yang kurang mengerti? Tetapi sepertinya faham
tapi entah hahaha Dan pengakhirannya sedikit mengecewakan. Padaku, ia tak cukup
solid untuk kisah yang panas sebegini. Haihh... banyak sangat komennya :P
Touched. Aku cukup suka dengan karya ini.
Isu yang dibangkitkan, sindiran-sindiran halus yang terselit. Terasa seperti
sembilu yang menghiris. Luka. Sakit. Tapi untuk mengecap kebahagiaan, memang
itu lah harganya.
Ps: Something Borrowed tu aku tak habis
baca. Mungkin lepas ni aku sambung baca balik *wink*
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
lah~~takut saya nak baca novel ni. tak boleh terima cerita cinta suami orang. sungguh :(. tapi mungkin satu hari nanti saya akan cuba baca. ~lepas habis semua novel yang belum baca kat rak tu
Ps: GR down lagi~rasa tak boleh buat apa dah. On9 pun tak besh
Happy Mind,
Hahaha..cuba dulu ya dik S :))
Memang mencabar emosi nak baca sebab akak pun tak suka kalau ada orang ketiga ni hihi :P
Ps: GR & masalahnya..haihh!
Catat Ulasan