Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)
Memaparkan catatan dengan label Dhiya Zafira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dhiya Zafira. Papar semua catatan

Rabu, 10 Oktober 2018

Jauh Kau Pergi (Edisi 2017)

3:34 PTG 0 Comments

Jauh Kau Pergi
Dhiya Zafira

ISBN: 9789671549506
Penerbit: Poreng Kertas Publication
Tarikh Terbit: 2017
Halaman: 589
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

Full review: 2/08/18
JKP edisi revamp.

Hmm, apa yang harus aku katakan?



Orang kata cinta pandang pertama tu susah nak dilupakan. Apatah lagi hujan membasahi bumi saat pertama kali ‘bersua.’ Ecehhh sebijik macam filem Hindustan kan? Haha ðŸ˜† 

Tapi, itu memang ‘perkenalan’ pertamaku bukan saja dengan Kapten Rifqi tetapi Kak DZ juga. Jadi sudah pasti dengan edisi terbaru ini aku ingin mengenang kembali kisah yang manis lapan tahun sudah. 

Jadi, apa rasanya? 
Rasa yang kekal sama. Mahal tau perasaan tu. Terima kasih untuk itu wahai puan penulis. Moga terus sukses dan kami menunggu kesinambungan Haq.

Eh, mana review? Tak yah la kan, sebab rasa yang sama jadi boleh tengok review lamaku. *peace*


Happy reading (^-<)

Khamis, 28 September 2017

Haq II

10:18 PG 0 Comments
Haq II
Dhiya Zafira

ISBN: 9789671431320
Penerbit: Poreng Kertas Publication
Tarikh Terbit: 2017
Halaman: 348
Harga: RM56 (Harga Kombo #Yana)

~ Rasaku… ~

Aku ulang baca Kief hanya kerana nak dapatkan mood Haq. Patutnya aku ulang baca Antologi Cinta Dia. Bukan apa, suka untuk aku katakan kalau berbanding Kief, Haq II ternyata lebih aksinya. Kudos DZ! Terasa seperti beliau ‘mendengar’ luahan hati ceq seusai baca Kief dulu. Ecehhh… perasan haha.

Cuma sayang, cover depan yang lawa dicacatkan dengan spot UV  yang lari. Alaaa… kalau ikut ‘spesifikasi’ aku dah reject awal-awal buku ni. Tapi, bersyukur sangat tiada masalah dalam isinya, semua helaian mencukupi. Jadi aku pejam mata saja. (Ok, hal cover pun ceq over tau haha. Ni masalah aku yang bekerja di bahagian penerbitan, sampai kulit pun aku teliti *wink*)

Ok, berbalik pada isi cerita. Gilaaaaaa. Memang tak boleh duduk senang aku dibuatnya. Haq ni kalau aku kategorikan lagi brutal la daripada watak-watak DZ sebelum ni. SANGAT brutal ok. Dan, sampai hati aku kata tolonglah jangan buat watak dia kerja dengan orang jahat haha *sengal*

Aku sangat suka dengan watak Haq-Alin. Sama-sama sepadan. Seorang dah hilang rasa, yang seorang lagi tu memang langsung takde ‘rasa’. Eh! Tak juga bila Haq dah masuk frasa jatuh cinta, dia dah penuh perasaan hihi. Dan watak Daniel tu memang dilakar dengan sangat baik. Nampak la sisi lain Daniel dalam kisah SDN.

Dan, jujurnya berbanding novel sebelumnya, aku kira ini memang yang paling mendebarkan. Paling matang aku kira sebab cukup dengan serba-serbinya. Pastinya pengalaman DZ di Turki diadaptasikan dengan baik untuk kisah Haq-Alin di sana. 

Senang cerita aku suka Haq II. Menjawab persoalan aku tentang dirinya dalam cerpen sebelum ini. Bias? Hmm… mungkin. Tapi sebenarnya kita kekurangan penulis yang mampu menghasilkan genre sebegini. Jadi kalau ada, marilah kita meraikannya.

Ps: Tiba-tiba ‘nampak’ Hayat. Ehhhh… terus rasa tak sabar nak tunggu Eddie hehe :D
Pss: Kak, kalau saya request kisah Mike, boleh tak? *kelipmatacomel*

Psss: Akhirnya lengkap sudah koleksi DZ, tinggal buku SDN untuk diresensikan (ke ada buku lain ya yang aku lupa review? Haha). 

Isnin, 11 September 2017

Kief

10:48 PG 0 Comments
Kief
Dhiya Zafira

ISBN: 9789671431320
Penerbit: Poreng Kertas Publication
Tarikh Terbit: 2016
Halaman: TBC
Harga: RM38

~ Rasaku… ~

3.5*

Lama tak baca tulisan DZ. Malah yang hat cover hitam tu pun aku langkau semata-mata kerana Kief hoho.

Berbaloi? Ya, alhamdulillah. DZ dan sentuhannya masih memukau seperti dulu. Aku suka kerana kisah garapannya bukan hanya kisah cinta semata-mata. Ada aksi yang terselit yang boleh buat kita yang membaca tak senang duduk.

Tapi, kisah che abang bomba kali ni tak begitu berbisa. Mungkin kerana watak Airina yang paling banyak mendominasi kali ini. Namun ya, nama Kief memang lekat di hati usai membacanya. Adegan cemas bermain api dan air memang terbaik. Tabik abang bomba!

Dan aku suka kisah Airina@Arin walau pada mulanya sedikit bosan dengan Arin yang asyik menangis, sebab tu bukan heroin kebiasaan penulis *wink*. Namun ya Arin cepat bangkit melawan kisah lalu. Di sisi Kief, Arin jadi ‘keras’. Itu aku suka.

Terima kasih untuk nama heroin. Ecehhh… *perasan*
Terima kasih kerana masih kekal DZ yang dahulu, yang mana tak perlukan kata-kata manis atau adegan bergula untuk menampakkan pasangannya bercinta.
Moga DZ terus berkarya. Aku nantikan si Eddie pula :))


Happy reading (^-<)

Khamis, 19 November 2015

Tertulis Buat Kita

9:39 PG 0 Comments

Tertulis Buat Kita
Dhiya Zafira

ISBN: 9789831248133
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Cetakan 2 - 2013
Halaman: 566
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

4.5*, kurang 0.5 sebab aku rasa tak cukup akan hal Jeff-Cougar tu.

Full review: 21/10/2015

Disebabkan aku meneliti tinta penulis dulu baru aku selak muka depan, jadi aku harus ucapkan -- muchas gracias Kak Dhiya! Terima kasih kerana masih berpegang pada prinsip yang sama. Ya, mungkin ada benarnya yang ‘hot-hot’ akan melariskan cerita [walau aku tak setuju dengan pendapat ni]. Tapi ya ampun, itu kah yang patut kita beri pada para pembaca?

Baik, berbalik pada isi cerita. Rasanya ramai yang dah tahu ini kisah abang Jimmy; abang kembar Afi dalam JKP. Jadi, rasanya dah tak perlu ulas bab kerja si Jimmy ni. Apa lagi pastinya sekapal dengan Kapten Rifqi ;P

Penting untuk membaca JKP sebenarnya sebab di sini baru kita tau apa yang membelenggu si Jimmy ni. Rahsianya tentang Cougar ‘bermain-main’ dalam TBK. Ditambah pula dengan kehadiran sang heroin keras; Auni Sofina [Auni], yang punya kaitan pula dengan kisah-kisah mereka di sekeliling Cougar.

Aku suka bila watak Jimmy dikembangkan sebenarnya. Baru tau dia rupanya pun acah-acah sweet juga ya. Boleh tahan ayat pancing hati ditaburkan, tapi yalah si Auni yang berhati batu tu payah betul nak dilembutkan. Namun, bila masing-masing sudah tahu isi hati... senang pula jodoh mereka diaturkan.

Tapi sayang, bila sejarah lama masing-masing terlalu menyakitkan. Kebetulan yang sangat pahit buat kedua-duanya. Seakan-akan tidak berpihak baik pada Jimmy mahupun Auni. Siapa sangka penantian Auni berakhir sia-sia. Si abang; Jeff yang dirindui telah mati dan paling memeritkan Jimmy adalah si dia bertanggungjawab akan kematian abang kandungnya. Pheww... *lap peluh di dahi*

Antara dendam dan cinta hati, agaknya apa pilihan yang tinggal buat Auni? Baca... sila baca, kerana di situ anda akan tau apa yang bakal terjadi.

Apa pun, aku perasan lebih banyak kisah cinta daripada thriller. Hmm, perasaan aku kot hahaha. Tapi apa pun, DZ masih di kelasnya tersendiri. Rasa tak puas bila dah sampai penghujung. Ishh... kena capai buku Kak Dhiya yang cover hitam menawan tu pula ahaksss ;))

Happy reading (^-<)

Rabu, 5 September 2012

Antologi Jiwa Kacau

4:22 PTG 5 Comments
Antologi Jiwa Kacau 
Elee Mardiana, Attokz Dikulgai, Lynn Dayana, Dhiya Zafira, Salina Salleh

ISBN: 9789831247853
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2012

Halaman: 552
Harga: RM22


~ Rasaku… ~
Aku beli novel ini kerana nama Kak Dhiya Zafira yang tertera di kulit buku. Hebat sungguh penangan DZ rupanya ;)) Tetapi apa yang lebih hebat rupanya aku menerima kiriman novel ini daripada Attokz Dikulgai, salah seorang penulisnya dan juga merupakan penaung Kelab RAM *wink*

Tragedi di Lampu Isyarat oleh Elle Mardiana
Ini kisah gadis yang survive selepas mengalami kemalangan dan bagaimana dia ingin terus survive dalam menempuh kehidupan setelah kemalangan itu meragut nyawa kedua-dua ibu bapanya. Rita, gadis kota metropolitan yang terjerat dengan Juliana [Jul] dan Johanis. Hmm, aku suka cara penulis memainkan watak Rita dan Jul. Kita akan rasa tertipu siapa sebenarnya yang benar-benar hidup, Rita atau Jul yang terperangkap dalam tubuh Rita? Nice! I love it!

Menari Dalam Duka oleh Attokz Dikulgai
MDD mengingatkan aku pada sebuah drama Melayu. Cerita yang klise tetapi penulis pandai bermain dengan watak dan jalan ceritanya. Arzam Domino yang terlibat dengan dunia kongsi gelap, bermain dengan dadah dan kelab malam yang akhirnya keluar daripada kegelapan bila dia diserang hendap ketika membuat urusan penyeludupan dadah di laut. Aku suka ending dan aku suka bila dapat belajar mengenal dunia dadah.

Sampai la ni, aku masih tercari-cari siapa dia Nurse Eyna...hmm apakah Tuan Attokz Dikulgai ingin sampaikan sesuatu padaku? *rolledeyes*

Dendam Bunga Dahlia oleh Lynn Dayana
Dendam kalau dibiarkan, mungkin akan buat kita jadi begini. Susah nak melupakannya walau hati sudah bisa memaafkannya. Eda, Dania dan Tihani diburu rasa ketakutan yang amat sangat apabila melihat seorang demi seorang rakan baik sekolah mereka dibunuh. Peristiwa berdarah 10 tahun lalu di Cameron Highlands menghantui. Mereka tahu sudah tiba masanya darah dibalas dengan darah tetapi siapa yang mahu menuntut bela sedangkan di mati itu tidak punya sesiapa. Jeng jeng jeng... sila baca sendiri lah kih5

Cerita ni juga mengingatkan aku pada VCD - Block 404 *wink*

Buru Bayangan Luka oleh Dhiya Zafira

BBL kisah Azalea yang dikatakan mengalami masalah mental kesan akibat kemurungan yang dihadapinya. Dia pernah beberapa kali membunuh diri. Itu semua hanya kerana tidak dapat menerima yang ayahnya mati. Dia tahu ibu tirinya yang membunuh ayahnya, tetapi apa motifnya? Setelah 10 tahun, Azalea pula yang diburu. Dia rasa tak selamat di rumah sendiri. Bila diadu pada pihak berkuasa, tiada pula yang mahu percaya kerana tahu sejarah perubatan Azalea. Tetapi kenapa ASP Adha Hijazi rasa bertanggungjawab untuk mempercayainya? Kerana dah terbiasa dengan tulisan DZ, aku dah dapat agak siapa sebenarnya yang jadi pembunuh. Dan bila di penghujungnya, yeay! Tepat tekaanku *wink*

Cerita ni 'bawa' aku ke novel DZ sebelum ini. Adha-Sid... does it ring the bell?

Cinta Berdarah oleh Salina Salleh

Ok, ini kisah Helmi yang gagal mengawal emosinya kerana tunang kesayangan mati dibunuh dan pihak berkuasa gagal mencari pelakunya. Dek kerana tekanan yang melampau, dia bertindak sendirian dengan misi mencari dalangnya. Namun Helmi makin 'sakit' bila dia dah berjaya membunuh pembunuhnya, suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh. Cerita terakhir ni berjaya buat aku blur hahaha5 Aku tak pasti sama ada aku tertinggal sesuatu atau tidak. Cuma rasa pelik bila Helmi yang dah tahu di mana tempat tunangnya terbunuh masih mahu bertanya pada lelaki yang mengusahakan chalet tu. Tetapi aku suka ending, memang cinta berdarah betul! *wink*

Keseluruhannya, ini memang antologi jiwa kacau, mereka yang psikopat, penuh dendam dan amarah. Tetapi mungkin kita tak sedar, mereka sebenarnya ada semangat waja yang sungguh jitu. Mengalah bukan ada dalam diri mereka. Mungkin kita patut contohi itu dalam meneruskan kehidupan. Bersemangat waja dan terus melangkah. Dan andai mahu mengalah, kalahlah pada sesuatu yang benar-benar kena pada tempatnya. Novel ini buat aku senantiasa teringat akan petikan ayat ini:-

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina. Dan jangan pula kaum perempuan menghina perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.” Al-Hujurat: 11 [Rujukan: Ustaz Naim & Bimbingan Mukmin]

Happy reading (^-<)

Selasa, 5 Julai 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (23) Hati Bergetar Rindu

12:12 PTG 6 Comments
Hati Bergetar Rindu
Dhiya Zafira

ISBN: 9789831246597
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2011
Halaman: ~ 530
Harga: RM 19.90

~ Rasaku… ~

Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan [Blurb Novel]

Meneliti bait-bait blurb novel membuatkan aku tersengih sendiri. Dalam maksud tu kih5 :P

HBR bermula dengan plot yang mendebarkan. Membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang sebenarnya berlaku? Siapa si pelaku itu? Hero atau musuh? Kemunculan watak Arisa Nur Adalia [Ari] mula meneutralkan perasaan itu. Tetapi tak kekal lama, plot seterusnya sudah berjaya membuatkan jantungku berlari ke sana ke mari. Mujur saja aku tak semput kih5 :P

ASP Ziyad Sidqi [Sid], sememangnya seorang anggota polis yang komited pada tugasnya. Dan kerana tugasnya, dia kini bersama Inspektor Fauzan berganding bahu dalam menyelesaikan pembunuhan kejam yang didalangi oleh Angel. Dalam menyelesaikan misinya dia bertemu Ari; satu-satunya mangsa Angel yang masih selamat. Namun apa yang lebih membimbangkan adalah Ari itu merupakan isterinya yang 'lari' itu. Tiada apa yang lebih menakutkan, melihat sang isteri hampir putus nyawa di hadapannya.

Ari memang bernasib baik. Umurnya masih panjang. Mungkin kerana ada lagi perkara yang tak beres antara dia dan suaminya, maka tiap perselisihan faham itu perlu dijernihkan. Kepayahan Ziyad dalam meyakinkan Ari untuk memaafkannya membuatkan aku melihat Ziyad itu sebagai suami yang benar-benar sabar. Bukan semua insan bisa bertahan seperti Ziyad. Mana untuk mencari Angel, dan melindungi buah hatinya yang terang-terang menolak kehadirannya di sisi.

Kisah Angel dan bagaimana dia menjadi begitu kejam terselit di setiap bab. Lebih mudah begitu dan ia tidak langsung menganggu pembacaanku. Cuma bila saja kisahnya ada di tiap bab, aku sudah dapat meneka siapa Angel itu dan itu menyebabkan rasa surprise itu hilang sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun olahan cerita itu tetap membuatkan aku terus terpaku hingga ke halaman terakhir :D

Kisah Sid & Ari memang menarik namun ia tak sehebat kisah JKP. Perasaan jatuh cinta pada Rif & Afi lebih hebat berbanding Sid & Ari. Alahai! Nampaknya Kapten Rif dan isteri masih menang dari pelbagai segi hik3 lalala5 :P Mujur ada juga kisah mereka di hujung-hujung cerita. Bukan mereka saja, kesemua pasangan dalam novel terdahulu pun ada.

Sekalung tahniah buat Kak Dhiya atas kehadiran novel kelimanya. Nama penulis di bahagian kulit novel sudah dibesarkan, pastinya menandakan DZ kini menjadi sebahagian daripada keluarga penulis prolifik Alaf 21. Betulkan tekaan saya? :D

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita. [Blurb Novel]

Ps: Makin tak sabar menanti Jimmy's Story. Ala, abang Afi dalam JKP :))


Happy reading (^-<)

Isnin, 7 Februari 2011

Rindu Belum Berhenti

10:30 PG 2 Comments

Rindu Belum Berhenti
Dhiya Zafira

ISBN: 9789831243602
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Catakan Pertama 2008
Halaman: ~479
Harga: RM18.00

~Rasaku… ~

RBB kisah romantis yang disuntik elemen action. Mengisahkan Zack@Izz Karami [Izz]; seorang penjenayah yang sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kesilapan lalunya tak perlu diceritakan, memang banyak… tak terkira kejahatannya. Tetapi Izz menyesali kerja-kerjanya dulu dan mula keluar daripada dunia kotornya.

Sayangnya dalam dia mencari dirinya kembali, dia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan. Seorang gadis yang pernah singgah di hatinya kini menjadi buruan bekas kumpulannya. Disebabkan gadis itu dia kembali menentang. Cuba menyelamatkan gadis muda yang dipujanya dalam diam. Adni Zuhayra [Adni] adalah sang adik, bekas jirannya dulu. Ketika Izz masih menuntut di universiti, Adni baru mencecah 15 tahun.

Cinta tak mengenal usia. Tepat sekali ungkapan itu dalam kisah Izz-Adni. Adni yang masih budak sekolah itu jatuh cinta pada Izz tetapi Izz menolaknya. Dia tidak yakin yang dia sebenarnya juga sudah menyayangi Adni lebih daripada adiknya sendiri. Kisah mereka tamat ketika Izz melangkah pergi ke luar negara. 'Kematian' Izz menyebabkan Adni hilang punca. Dan waktu itulah Khairy Hashimi [Khairy], adik Izz menjadi tulang belakang Adni.

Kini bila dia bertemu Adni, pastinya cerita lama disingkap kembali. Kisah kematian palsunya, kisah jenayah hitamnya… semuanya menjadi satu. Hidup Adni yang pada mulanya tenang kian berkocak. Nyaris dibunuh tetapi diselamatkan oleh jejaka berjaket serba hitam membuatkan dunianya tunggang terbalik. Siapa sangka jejaka yang menyelamatkannya itu adalah Izz Karami; lelaki pertama yang dicintainya. Luka lama berdarah kembali tetapi dalam pada masa yang sama hatinya kini berwarna-warni. Cinta yang disangka sudah pergi rupanya masih wujud dalam hati.

Menjadi pelarian bukanlah mudah. Apatah lagi mereka bukan saja diburu oleh penjenayah tetapi juga pihak polis. Izz sehabis daya melindungi dengan bantuan Tony; teman sepenjenayah [ada ke frasa ni? :P] lama. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila mereka yang kita sayang, rupanya dalang kepada semua ini. Bila manusia diselebungi dendam kesumat, tak mustahil lagaknya tak ubah seperti binatang. Apa kisah pelarian ini? Dan apa pula kesudahan cinta Adni pada Izz, akan bersambutkah hulurannya kali ini? Ha, kenalah baca ok!

Novel kedua tulisan Kak Dhiya ini adalah cubaan pertamanya dalam genre thriller-romantic. Percubaan yang harus diberi pujian kerana ianya menjadi walaupun tidak perfect tetapi tak dapat dielakkan ia memang mendebarkan! Kredit pada penulisnya kerana berani meletakkan sisi hitam dalam watak sang heronya :D

Cuma aku tak berapa suka dengan scene Adni yang sewenangnya mengikuti langkah Izz. Maksud aku ketika dia dengan beraninya mendiami rumah Izz dalam prosesnya cuba memujuk Izz. Adni aku kira gadis yang santun, jadinya perbuatannya itu kelihatan kurang manis :P

Nilai seseorang itu sesuai dengan kadar tekadnya. Ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya. Keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kepekaannya terhadap kehormatan diri [page 454]

Ps: Tinggal satu lagi karya yang belum dibeli. Eh, akan masuk dua la sebab NBF bakal diterbitkan :D Congratulation sis!

Happy reading (^-<)

Isnin, 8 November 2010

Kudamba Bahagia

10:01 PG 2 Comments

JUDUL: KUDAMBA BAHAGIA
PENULIS: DHIYA ZAFIRA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ini novel pertama DZ. Walaupun aku kira ia novel yang baru diterbitkan, boleh tahan juga nak mencarinya. Dekat kedai buku yang selalu aku pergi tu hanya tinggal senaskah je. Ha, cepat-cepat aku capai. Takut nanti langsung tak dapat hik3 lalala5 :))

KDB mengisahkan tentang cinta pandang pertama yang berputik di antara Adnan Taufik [Taufik] dan Alia. Namun begitu percintaan mereka mendapat halangan dan tentangan daripada bapa Alia kerana perbezaan darjat dan ketidakyakinan Dato Ariffin terhadap keupayaan Taufik untuk membahagiakan anaknya.

Walaupun mendapat tentangan daripada bapa Alia, Taufik berjaya juga merealisasikan impiannya untuk mengahwini Alia. Itu pun setelah Taufik bersetuju dengan menerima syarat yang dikemukakan oleh Dato Ariffin demi membuktikan bahawa beliau mampu membahagiakan Alia dengan caranya sendiri.

Walau bagaimanapun, perkahwinan di antara Taufik dan Alia mengalami pergolakan ekoran daripada campur tangan Dato Ariffin dalam rumah tangga mereka. Selain daripada itu, sikap Taufik yang menyembunyikan perkara sebenar tentang syarat yang dikenakan oleh Dato Ariffin dan siapa dirinya turut menyumbang kepada keretakan rumahtangga mereka. Alia tersepit di antara kasih sayang serta tanggungjawab seorang anak untuk menjaga bapanya yang sakit dengan kebencian seorang suami terhadap bapanya.

Demi memulihkan keadaan, Alia telah bersetuju untuk mengikut Taufik ke luar negara setelah mendapat keizinan daripada bapanya yang mulai insaf akan kesalahannya. Namun, Alia gagal muncul di lapangan terbang pada hari yang dijanjikan dan itu menyebabkan Taufik penuh dengan syak wasangka. Egonya yang tinggi menyebabkan dia bertindak pergi meninggalkan Alia bersama-sama permata hati mereka Sarah, yang berusia lima bulan pada ketika itu.

Pertemuan semula selepas tujuh tahun telah menyingkap kisah sebenar. Demi perasaan cinta yang masih bersisa dan demi seorang anak yang merindukan belaian kasih sayang seorang ibu, Taufik cuba menebus kembali kesilapannya. Kelukaan dan kesedihan yang dialami oleh Alia dalam tempoh tujuh tahun itu menyebabkan ianya begitu sukar untuk dirawat walaupun berbagai-bagai cara telah digunakan oleh Taufik untuk menyembuhkan luka di hati. Apa kesudahan kisah mereka? Ha, sila dapatkan novel ini ya!

Buah tangan pertama ini memang tidak menghampakan dan ia merupakan pembelian yang berbaloi. Walaupun tema dan persoalan yang disampaikan agak sterotaip dengan novel-novel Alaf sebelum ini, namun Kak Dhiya berjaya mengolah plot cerita supaya ianya mempunyai keistimewaan tersendiri dan tidak membosankan.

Ps: Walaupun Taufik lelaki yang romantik tetapi Rif masih lagi pujaan hati hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Jumaat, 8 Oktober 2010

Jauh Kau Pergi

10:50 PG 13 Comments

JUDUL: JAUH KAU PERGI
PENULIS: DHIYA ZAFIRA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Sejujurnya aku beli novel ni ketika nak menanti hujan reda. Itu kerana ketika mahu pulang dari JJ Maluri, hujan turun selebat-lebatnya. Tiada pilihan aku angkat kaki ke MPH. Tak terlintas langsung nak membeli sebab dua hari sebelum tu aku dah borong novel hahaha Tapi dari langsung tak buat apa, aku pun capai JKP kerana cover yang comel tu. Namun sebaik sahaja mula membaca aku tak dapat nak elak dari terus melekat dengannya. Jarang sebenarnya aku berjumpa dengan genre romance-thriller. Jadi pastinya aku sungguh tertarik dengan karya DZ.

Afiqah Najwa [Afi] adik kembar kepada Kapten Najmi Hariri [Jimmy]. Mereka berdua mempunyai teman rapat iaitu Haiyan Rifqi [Rif], Eddi, Lukman dan Helmi. Masing-masing sudah berkerja dengan pihak ATM. Cuma Afi je yang jadi pustakawan. Kematian Najmi membuatkan Afi hilang arah. Dia dah tiada sesiapa nak menumpang kasih apatah lagi kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia. Dari seorang yang ceria Afi kini jadi sangat sensitif.

Disebabkan kematian Jimmy yang secara tiba-tiba, Afi sukar menerimanya. Rif pula dan teman mereka yang lain mula syak sesuatu. Ada yang tidak kena dengan kematian Jimmy. Apatah lagi Rif mula rasa Afi juga diancam bahaya. Mereka berempat berusaha melindungi Afi. Tapi Afi ni kalau nak tahu degil juga. Orang dah pesan jangan ke mana-mana seorang diri, dia main belasah je. Sudahnya Rif juga yang susah. Ingat lagi scene Rif menyelamatkan Afi. Dia bawa Afi terjun dari apartment 10 tingkat dengan cara rappelling malam-malam buta. Gila lah! Afi pula kerjanya asyik nak melawan. Tapi aku memang rasa tak boleh bla la bila membayangkan Afi dipaksa terjun dengan keadaan pakai seluar tidur gambar Popeye tu hahaha

Satu-persatu cubaan cuba membunuh Afi dapat ditangkis oleh Rif. Tetapi dia gusar lagipun mereka bukannya mahram. Rif mengambil keputusan untuk mengahwini Afi. Sebenarnya masa tu pun Rif macam tercabar bila tengok ada kawan lelaki pejabat Afi yang cuba mengurat Afi tu. Tetapi macam Rif aku pun rasa tiada lelaki lain yang lebih sesuai daripada diri Rif sebenarnya. Sebab musuh yang nak membunuh Afi ni memang sangat-sangat bahaya lagi kejam.

Perkahwinan yang dibina atas dasar itu sebenarnya rupanya hanya mencelarukan perasaan masing-masing. Rif ni dulu pernah bertunang tapi tunangnya meninggal dunia. Disebabkan itu dia rasa dia tak akan pernah dapat mencintai Afi lagi. Namun tidak pada Afi. Dia pula sebenarnya pernah ada rasa suka pada Rif waktu mereka remaja lagi. Cuma orang lain tak tahu saja.

Plot-plot seterusnya lebih kepada rasa Afi terhadap Rif. Bagaimana hidup mereka setelah berumah tangga. Dan juga misteri tentang kemunculan Cougar yang gila punya kejam. Cubaan Cougar dalam nak membunuh Afi sering saja tersasar disebabkan Cougar tak sanggup apabila melihatkan wajah polos Afi.

Kalau nak tahu, kematian Jimmy sebenarnya bersangkut-paut dengan Tengku Azhar. Ada rahsia sulit Tengku Azhar yang disimpan oleh Jimmy. Dan disebabkan Tengku Azhar yakin yang rahsianya sudah berpindah pada Afi, dia menjadikan Afi pula buruannya. Klimaks pastinya di saat Afi diculik oleh Tengku Azhar. Apa kesudahannya? Dapatkah Rif menyelamatkan Afi dan juga kandungannya? Dan siapa sebenarnya Cougar tu kan? Pastikan anda semua mencari novel ini tetapi macam biasa jangan risau sebab Alaf 21 memang pasti akan kasi happy ending buat para pembacanya :D

Tetapi aku rasa ada sedikit kesalahan di muka awal, ada typo. Sepatutnya bukan OC [pegawai pemerintah; level Kapt/Mejar] tetapi CO [pegawai memerintah; Lt Kol]. Harap diperbetulkan bila diulang cetak nanti. Apa pun karya terbaru penulis ni dah berjaya buat aku nak pergi cari novelnya yang terdahulu. Nasib baik cuma ada 3 buah, kiranya sempat lagi nak dicari buat koleksi :))

Ps: Aku sudah jatuh cinta pada Komando hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)