Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Jumaat, 19 April 2013

Diari Mat Despatch: Naluri Ayah

10:31 PG 2 Comments
Diari Mat Despatch: Naluri Ayah
Bahruddin Bekri

ISBN: 9789674011628
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Terbitan Pertama 2012
Halaman: 173
Harga: RM9.90

~ Rasaku… ~

Bila dah selalu sangat baca novel cinta, cemuih juga. Amboi! Tak sayang mulut nampak? hikhikhik

Kali ini, Idlan terkejut menerima kunjungan ayahnya yang tiba-tiba saja mahu ke Kuala Lumpur. Dia tahu pun setelah ibunya menelefon. Wah! Ayah mai KL!

Ketika menjemput ayahnya di stesen bas ada macam-macam pula yang berlaku. Itu belum lagi selama mereka berdua bersama. Dari hari ke hari, ada saja perkara-perkara yang di luar jangkaan si Idlan ni. Namun apa yang lebih dia geruni, jelingan mata ayahnya yang menusuk di kalbu. Aku pun kecut perut..ngee~~

Tapi sebenarnya di sebalik tujuan ayahnya yang konon mahu mencari teman lama bernama Kamal Hassan, ada hal lain yang lebih utama. Perasaan rindu yang sarat pada sang anak yang duduk berkelana di tempat orang. Rasa kasih sayang yang tak mampu seorang lelaki itu tunjukkan. Ya, aku faham kerana tiada ayah yang tak sayangkan anaknya. Cuma rasa itu tidak pernah ditunjukkan oleh sang ayah. Bukannya mereka tak mahu tapi begitulah... korang faham kan?

Dan sebagai anak, jangan hanya mengikut kata hati saja. Belajarlah menerima kasih sayang yang entah bagaimana mereka dedikasikan pada kita. Alhamdulillah... aku masih ada ayah. Ada ibu. Terima kasih Tuhan!

Kalau baca buku yang bersangkut-paut dengan keluarga mesti ada hati yang terusik. Pantang sungguh! Sama seperti baca edisi kali ini, mujurlah tak meleleh air mata tapi sebak juga..haihh... *wink*

Dalam sebak, lucu pun ada juga. Ya, sememangnya penulis pandai menyelit adegan yang macam takde apa-apa, tapi bila baca ada kelakarnya. Yay! Dan penamatnya memang manis. Ha, kalau dah capai cita-citanya, apakah akan ada sambungan lagi untuk diari bersiri ni? Hmm..tunggu dan lihat saja ;))­­­­­­­­­­­

Happy reading (^-<)

Rabu, 17 April 2013

Syamnuriezmil’s Mini Novel Collection Volume IV

2:02 PTG 0 Comments
Syamnuriezmil’s Mini Novel Collection Volume IV
Syamnuriezmil

ISBN: -
 
Penerbit: Syamnuriezmil – Self Publishing
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 253
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

3.5*

Ada dua mini novel yang dirangkum sekali iaitu;

Dear Awak...
Aku kurang menyukainya. Mungkin kerana ia adalah diari watak heroin. Agak lelah nak baca bila ianya semua curahan hati tanpa ada sebarang dialog.

Penamat yang baik dan mudah ditebak kerana kisahnya klise. Si gadis tak suka bekerja di bawah bos yang bajet bagus dan kemudiannya meluahkan perasaan tak sukanya dalam diarinya. Agak surprising dengan kehadiran dua hero...wow! Nak pilih yang mana wahai Cik Hana Fazira? Nama ni pun tahu masa di hujung-hujung diari. Perghh...sungguh mencabar takat kesabaran aku hikhikhik

Cik Serba Tahu
Cerita ni banyak buat aku ketawa. Serius. Memang sesuai untuk bahan bacaan santai kerana hilang resah di hati. Amboi, mengayat ni! hikhikhik

Aerna Isyqee [Aerna] a.k.a. Cik Serba Tahu kerana tugasnya bukan hanya sebagai pembantu peribadi kepada Encik Azhar Bunyamin [Encik Bun], tetapi pada Encik Azhar Benjamin [Encik Ben], Dato’ Azli Bernad dan isteri. Kiranya dia kaut semua la, seisi keluarga. Full package *wink*

Pada mulanya aku ingatkan jodoh Aerna ni dengan Encik Bun tapi jauh meleset bila muncul abang Kaka ;P Si abang Kaka yang handsome tapi kuat merajuk dan mengada-ngada. Dia buat perangai sebegitu hanya bila dia bersama adik Kikinya je. Orang lain dia bo-layan. Tapi baiknya abang Kaka ni kerana dia tukang sedar buat Aerna tentang isi hatinya. Comel. Manis.

“Awak ingat senang ke nak berikan hati pada orang lain setelah berpuluh tahun saya jaga?” – Aerna Isyqee [page 145]

Indeed. Love you more, Aerna. Yay!

Happy reading (^-<)

Isnin, 15 April 2013

KLIBF 2013

9:14 PG 0 Comments
Aku takde hati nak bercerita banyak tentang pesta buku kali ini. Ya, merajuk kononnya. Perghh ngada-ngada kau ye rina! hikhikhik

Ini gara-gara aku akan dihantar ke kursus pada minggu tu. Haihh...nak buat bagaimana lagi walaupun sekarang ni aku sering mengharapkan ada 'magic' di saat-saat akhir *wink*

Apa pun selamat menghabiskan duit ya kawan-kawan! ;P




Sumber:- KLIBF

Happy reading (^-<)

Syamnuriezmil’s Short Stories Collection Volume VI

8:38 PG 4 Comments
Syamnuriezmil’s Short Stories Collection Volume VI
Syamnuriezmil

ISBN: -
Penerbit: Syamnuriezmil – Self Publishing
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 249
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

Comel. Manis.

Aku guna dua perkataan tu sebagai review. Aci tak? ;P

Ini kompilasi 9 cerita pendek yang diterbitkan dan dijual oleh penulisnya sendiri. Tak dapat di mana-mana. Hanya ada di blog penulis.

Cerpen yang paling aku suka;

Secangkir Kopi Dan Kisah Cinta
Si dara yang suka minum kopi, dihulur telefon bimbit dengan alasan ada seseorang yang akan menelefonnya. Memang gila. Tetapi lelaki itu rupanya sudah lama memerhatikannya dalam diam. Daripada tak nak, akhirnya si dara lembut hati dan mereka menjadi kawan kopi. Bertemankan kopi, mereka saling berkongsi cerita. Sedih dan gembira. Aku suka dengan pendapat penulis tentang konsep perlu dan mahu.

Tuhan berjanji untuk memberikan kita, apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu [page 75]
 
Hanya 8.20 Saat
Pertama kali aku tahu tentang kajian 8.20 saat ni. Serius. Antara nak percaya atau yakin hikhikhik Aku suka kisah ini. Kisah mereka yang jatuh hati pada pandangan pertama. Kisah Encik Ariqin yang memuja Ain Madihah sejak hari pertama mereka bersua walaupun si Ain Madihah tu tak pernah perasan akan kehadirannya. Kasihan! Daripada 8.20 saat menjadi tiga tahun ngee~

Ada dua cerpen iaitu Rindu Serindu Rindunya dan Rendang Mak Tok Ketupat Tok Ayah ditulis melalui sisi seorang lelaki. Mungkin mahukan kelainan tapi padaku agak kurang rasa tetapi ia masih cerita cinta comel yang manis. Yay!

Cerpen lain masih memikat..dan aku memang tak dapat lari daripada mengatakan ini koleksi kisah cinta yang comel. Walaupun penulis banyak guna perkataan ‘ciskek’ dan ‘mati tegak’, dengan loghat utara yang masih boleh difahami. Jangan risau. Aku boleh je baca, pastinya yang lain pun boleh tangkap maksudnya.

Cuma mataku sedikit lelah nak membaca. Saiz tulisan lebih kecil berbanding novel biasa. Tapi disebabkan kisahnya comel, aku gagahkan jua *wink*

Happy reading (^-<)

Di Sebalik Janji

8:15 PG 2 Comments
Di Sebalik Janji
Nur Ezzah Amirah

ISBN: 019
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 10 Bab
Harga: -

~ Rasaku… ~

Kisah perhubungan Wan Elyana Edriana [Elyana] dan Syed Amirul Iskandar [Iskandar] yang tergantung sementara kerana Iskandar bakal mengahwini kembarnya; Wan Elyana Natasha [Natasha]. Aduh! Pening aku baca nama panjang sangat ni ngee~

Namun perkahwinan itu menjadi tragedi kerana Natasha terbunuh pada hari pernikahannya. Elyana disalahkan kerana ketika itu dia yang membawa kembarnya menaiki keretanya sendiri. Dan di perkarangan masjid, Natasha ditembak oleh seseorang. Sebelum Natasha meninggal, dia sempat meminta Iskandar mengambil Elyana sebagai galang gantinya.

Seterusnya? Adegan tarik tali antara Elyana dan Iskandar. Disulam dengan iri hati si Julia dan kemudiannya membongkar siapa yang sebenarnya menjadi dalang dalam pembunuhan Natasha. Elemen thriller sudah ada tapi kurang menyengat. Sayangnya!

Aku cuba untuk suka tetapi mungkin aku dah baca banyak kisah sebegini. Jadi aku membayangkan kisah ini seperti gabungan 2-3 novel lain dijadikan satu. Ditambah dengan kesalahan ejaan dan penggunaan perkataan Bahasa Inggeris yang salah hampir di setiap perenggan buat aku rasa lelah. Maaf. Namun jangan putus asa. Teruskan menulis ya!

Dan kamu kamu para pembaca boleh cuba dulu. Mana tahu ada yang tersangkut di hati. Rasa kita kan berbeza *wink*

Happy reading (^-<)

Rabu, 3 April 2013

Perempuan Yang Paling Aku Cinta

5:20 PTG 25 Comments
Perempuan Yang Paling Aku Cinta
Acik Lana

ISBN: 9789671163504
Penerbit: Acik Lana – Self Publishing
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 674
Harga: RM33

~ Rasaku… ~

Andai mampu aku putarkan putaran dunia [blurb novel]

Sayangnya kita memang tak akan pernah mampu berbuat sedemikian. Apa yang bisa dilakukan adalah untuk terus maju ke hadapan. Dan itu pun bukan mudah melaluinya, tetapi itu harga yang perlu dibayar oleh Bunga untuk menebus setiap kesalahannya dulu. Kerana kealpaannya, dia hanyut dalam godaan Karl Hakimi [Karl]. Hanya sekali tetapi keterlanjuran yang sekali itu lah membuatkan Bunga hilang segala-galanya.

Bunga dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan kemudiannya Karl hilang tanpa dapat dikesan. Mudah kan lelaki untuk cuci tangan? Haihh...moga-moga adindaku memahami mesej yang tersirat. Jangan hanya pandang kisah romantica-de-amor saja.

Pertemuan Bunga dan Karl selepas bertahun-tahun hanya menambah bara yang terpendam. Senang benar lelaki itu tiba-tiba muncul dan meminta maaf. Bagaikan tiada apa yang berlaku. Sedangkan Bunga selama ini terkontang-kanting membela maruah diri yang tercalar. Wah! Terasa aku emo lebih di sini *wink*

Namun bagaikan sudah sebati dalam hidup sang kasanova, mengalah bukan ada dalam prinsip Karl. Dia harus mengejar kembali sang bunga idaman. Dan saat itu dia mengerti. Bukan hanya keterlanjuran yang menjadi isu, ada banyak sebab mengapa Bunga membencinya sepenuh hati.

Karl cuba membaiki keadaan. Buat pertama kali mahu bertanggungjawab dengan Bunga. Memang bukan mudah, apatah lagi benci, dendam dan luka di hati Bunga makin parah. Tetapi Karl tak pernah jemu mencuba. Apatah lagi dengan kehebatan Elman; bos Bunga yang segak dan kaya-raya itu buat Karl rasa tergugat. Dia perlu bertindak segera. Apa cara sekalipun harus dilakukan, yang pasti mahukan Bunga kembali di sisinya.

Aku menyenangi gaya penulis ini. Alunan bahasanya tersusun indah. Mudah buat aku tertarik dan tergoda. Opps! Tapi maaf ya! Kali ini aku lebih banyak melangkau baca. Mungkin kerana aku bosan dengan adegan tarik tali si Bunga [padaku punca kenapa novel ni tebal]..atau novel ini hadir ketika lambakan kisah terlanjur di pasaran. Jadi aku mengharap lebih daripada penulis. Slot keinsafan Bunga dan Karl Hakimi misalnya yang perlu ditekankan kerana isu terlanjur dan pembuangan bayi sudah dijadikan pokok cerita.

Walaubagaimanapun tahniah buat penulis. Dengar khabar, tak putus-putus order yang diterima untuk keluaran edisi terhad ini. Pasti saja pengorbanan yang dilakukan untuk menerbit sendiri novel ini berbaloi-baloi bila ada penyokong tegar. Selamat maju jaya!

Ps: Kredit buat Kaksha & Hajar yang menjadi ‘alarm’ buat aku membeli novel ini *hug+kisses*

Happy reading (^-<)

Rindu Belum Berbunga

5:01 PTG 0 Comments
Rindu Belum Berbunga
Rizai Reeani

ISBN: 002
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 16 Bab
Harga: -

~ Rasaku… ~

Sebenarnya ini kisah anak muda yang bergelar pelajar universiti. Ya, cerita klise yang senantiasa ada zaman-berzaman. Tetapi aku sukakannya. Mungkin kerana gaya bahasanya yang tersusun indah dengan typo yang minima hikhikhik

Fadiya dan Lukman berkawan rapat, bagai isi dan kuku. Sayangnya saat Fadiya meluahkan rasa hati, Lukman menjauhkan diri.  Bagai ada yang tak kena, Lukman terus membisu. Tiada kata putus yang pasti. Sekejap mesra tapi kemudiannya dingin. Apakah salah untuknya jatuh cinta pada kawan baiknya sendiri?

Kehadiran Izhar; teman baik Lukman agak menyesakkan. Sikap Izhar yang tak segan silu menunjukkan perasaannya buat Fadiya tak senang duduk. Si Lukman yang kononnya teman sejati pula makin mendorong Izhar ke arahnya. Oh! Kasihan Fadiya.

Namun dalam pada itu ada sesuatu yang Fadiya tak tahu. Perasaan sebenar Lukman kepadanya. Dan juga rahsia yang Lukman sudah ada Sharmila. Amboi, diam-diam berisi Lukman ya! Ha... apa kesudahan tiga sekawan ini? Sila download dan baca. 

Aku lebih suka kisah EBDI berbanding yang ini kerana pastinya ada twist yang menarik di hujung kisah itu dan kalau dijadikan e-book aku lah yang paling suka. Yay!

RBB ni pula seperti aku kata tadi, ceritanya klise. Disampaikan dan diakhiri dengan mudah juga. Malah kehadiran Sharmila pun hanya sebagai penyeri, kalau tiada pun tak mengapa rasanya. Tapi ini pandanganku, tak akan serupa dengan kamu.

Ps: Riri, kalau menang hadiah kena belanja tau! *wink* ;))­­­­­­­­­­­

Happy reading (^-<)

Isnin, 1 April 2013

Dia, Pilihan Hatiku

5:06 PTG 2 Comments
Dia, Pilihan Hatiku
Qaseh Qistina

ISBN: 016
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 16 Bab
Harga: -

~ Rasaku… ~

Ini kisah anak gadis; Nur Amira [Mira] yang berasal daripada keluarga sederhana. Baru menamatkan SPM dan sedang berkerja sementara menunggu keputusan melanjutkan pelajarannya ke universiti. Bertemu dengan hero – Hareth Ziqriey [Hareth] yang agak menyakitkan hati tapi handsome!

Takdir sudah tertulis, Mira bertemu lagi dengan Hareth. Kali ini apa yang mengejutkan si Hareth rupanya pensyarah di kampusnya. Dalam diam Mia mengakui karisma Hareth lebih menyerlah. Yalah, pensyarah katakan. Hubungan mereka berdua pula semakin membaik. Makin rapat hinggalah Mira memasuki alam kerjaya dan bergelar pensyarah juga.

Di tempat baru, Mira bertemu dengan Fakhrul; teman sekerjanya. Dan saat Fakhrul meluahkan perasaan, barulah Mira menyedari yang hatinya bukan miliknya lagi. Wah, Mira sudah jatuh hati!

Memang tak susah pun nak teka kan siapa pilihan hati Mira ni. Cuma masalahnya bila memuja insan yang tak pernah mengaku mencintainya. Oh! Jangan stres. Ini kisah biasa yang disampaikan dengan mudah dan ada penamat yang manis.Yay!

Kalau penulis boleh hampir sempurna dalam menjaga ejaan dan tatabahasa, rasanya tak salah kalau penggunaan ‘tue’, ‘yea’ dan ‘nie’ dielakkan sama sekali ;))­­­­­­­­­­­

Happy reading (^-<)


Isteriku Sayang

5:04 PTG 0 Comments
Isteriku Sayang
Afifah

ISBN: 022
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 9 Bab
Harga: -

~ Rasaku… ~

Kali ini kisah Irin yang trauma dengan lelaki. Memang tak boleh dekat langsung, mula berpeluh-peluh, pucat dan mungkin pengsan!

Kesemuanya gara-gara kejadian ketika dia kecil dulu. Dia mahu melupakannya tetapi tak mampu. Sebenarnya aku fikirkan yang Irin tersangatlah trauma dengan lelaki kerana dia dinodai oleh ayah tirinya. Rupanya tidak. Aku fikir yang bukan-bukan, buat penat otak je meneka *wink*

Kehadiran Aakif; kawan abangnya yang tiba-tiba menyunting dirinya membuatkan Irin keliru. Mana mungkin dia bisa hidup serumah dengan lelaki! Tapi dek kerana emak dan abangnya bagaikan sudah memberi kata putus, Irin mengikut saja. Mudah-mudahan traumanya boleh diubati. Aakif kan doktor!

Jadi apa yang tuan doktor merangkap encik suami ini lakukan? Bukan mudah nak memadam peristiwa lampau dalam hidup Irin. Apakah Aakif dapat bertahan? Sampai manakah tahap kesabarannya sebagai suami dan lelaki yang juga punya ego yang tinggi..jeng jeng jeng...

Sila-sila dapatkan e-book ini ya! Jangan risau, penamatnya manis juga ;))­­­­­­­­­­­

Happy reading (^-<)

Aku Cinta Kamu 3 Hari

5:02 PTG 0 Comments
Aku Cinta Kamu 3 Hari
Atikah Yusof

ISBN: 020
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 11 Bab
Harga: -

~ Rasaku… ~

2.5*

Cerita yang disampaikan dengan cukup mudah. Tak perlu fikir banyak dan sememangnya apa yang dijangka akan berlaku. Masih ada manisnya tapi kerana dah baca terlalu banyak kisah seperti ini, aku mungkin demand lebih hahaha

Sharifah Mia Athirah [Mia] dan Syed Irfan Daniel [Irfan] dikahwinkan atas aturan keluarga masing-masing. Tiada bantahan daripada kedua-duanya walaupun sebenarnya si pengantin perempuan tak setuju. Dia rasa dirinya masih muda. Masih ada banyak perkara yang belum dicapainya.

Namun sebagai anak, Mia mengikut dengan syarat. Amboi! Pakai syarat segala tetapi sudahnya syarat-syaratnya entah hilang ke mana. Mia mudah lembut hati kerana suaminya; Irfan teramatlah baik. Kemunculan Mikhail menyebabkan Irfan rasa sesuatu. Baru dia mengerti, sebenarnya dia sudah jatuh hati pada sang isteri.

Mia ni pula dek kerana banyak ragam, tak pernah cuba pula untuk memahami. Namun bila dah ditinggalkan oleh Irfan... ala bukan tinggal betul-betul, cuma Irfan ke luar negara atas urusan kerja. Baru si Mia gelabah. Selama berkahwin memang tak pernah kena tinggal. Ha, baru masuk hari ketiga sudah demam rindu! Masa ni baru faham apa maksud ‘Aku Cinta Kamu 3 Hari’ tu ;))­­­­­­­­­­­

Tak banyak kesalahan ejaan tetapi rasanya kena lebih prihatin apabila menulis nama khas - besar/kecil hurufnya. Apatah lagi bila nama watak hero dan heroin panjang yang amat dan diulang sepenuhnya di setiap ayat. Aku sendiri pun jadi letih nak baca *wink*

Happy reading (^-<)


Oh My Cupcakes!

4:58 PTG 2 Comments
Oh My Cupcakes!
M Faridzuan Majid

ISBN: 006
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: -
Harga: -

~ Rasaku… ~

Rasanya penulis merupakan peminat Hanis Zalikha, Lisa Surihani dan Fatin Liyana ;))  Dan aku jumpa banyak perkataan ‘Oh’, mungkin kerana ia bertepatan dengan tajuknya.

Hanis Liyana; lepasan universiti yang kemudiannya menjual kek cawan [baca: cupcakes] secara online sebagai pilihan kerjayanya. Perniagaannya laris, blog pun senantiasa ada pengunjung. Pendek kata, memang Hanis Liyana tak menang tangan nak menyiapkan setiap tempahan. Dia cuma ada pembantu yang setia, Lisa dan Surihani.

Tempahan yang diterima daripada Encik Marzuki secara tiba-tiba, menyebabkan Hanis Liyana kelam-kelibut. Bagaimana mahu menyiapkannya dalam tempoh tak sampai empat puluh lapan jam?

Dapat dikesan penulis dengan selamba mengkritik para selebriti Melayu dalam etika berpakaian dan masalah penggunaan Bahasa Melayu yang makin meruncing. Bagus betul!

Tapi... maaf ya! Masalah yang aku hadapi adalah aku tak faham apa yang mahu disampaikan. Daripada mula sampai akhir, aku tertanya-tanya apa hala tuju cerita si Hanis Liyana ni. Pertemuan dengan Irwan misalnya, yang katanya dari Kedah semata-mata nak menempah kek cawan agak tidak ‘kena’. Tiada diterangkan kenapa dan siapa dia dalam cerita ni dan tiba-tiba di hujungnya. Eh! Aku keliru sebenarnya. Apakah aku ada tertinggal sesuatu?

Hmm... agak tak pasti sama ada aku suka atau tidak kisah ini. Kalau ending tidak tergantung, mungkin aku lebih suka kot *wink*

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)