Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)
Memaparkan catatan dengan label KaryaSeni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KaryaSeni. Papar semua catatan

Isnin, 15 Oktober 2018

Pujaan Hati Kanda

4:44 PTG 0 Comments

Pujaan Hati Kanda
Aulia Iman

ISBN: 978967080913
Penerbit: Karya Seni
Tarikh Terbit: 2016
Halaman: 678
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

Full review: 15/10/18

1. Megat Danish (Danny) - playboy bertaubat. Serius aku suka kisah hero ala-ala bad boy camni tapi kalau dah jadi hero kena tegas. Jangan ikut je flow, kena buat sesuatu untuk betulkan keadaan. Ada satu saat rasa nak jerit kat Danny tolong buat apa yang Kasyah cakap tu. Tapi yalah, kalau ujian DNA dibuat awal memang sampai situ je cerita ni 😂

2. Tiara. Naifnya budak universiti ni. Dipotretkan sebagai anak gadis baik-baik, tahu hukum tapi ada satu bab tu boleh pula tarik tangan Danny? 

3. Ending - tak begitu solid tapi aku suka bila penulis menamatkan segala kekusutan dengan kemaafan. Maaf adalah penawar segalanya, dan itu akan buat kau reda. Mungkin. 

Masa mula baca aku teringat kisah Ariana Rose sebab tiba-tiba muncul ketika akad nikah. Dan, aku rasa sangat excited. Tapi tak tahu kenapa bahagian awal cerita aku dah hampir give up. Flat. Mungkin penyampaiannya tak begitu masuk dalam jiwa. Begitu juga dengan isu yang digantung seolah-olah membiarkan pembaca yang teka sendiri -- Fatimah misalnya seakan 'habis' begitu saja, sayanglah sebab dia bisa menambah konflik cerita. Rara juga yang menjadi titik tolak cerita, tak kan semudah itu 'dipulangkan'?

Apa pun, novel ini masih boleh dihadam. Apatah lagi dengan keletah Rara. Cuma boleh diperbaiki dengan masalah ejaan & penggunaan bahasa Inggeris. Tak berbahasa asing tak mencacatkan watak dan cerita sebenarnya.


Happy reading (^-<)

Rabu, 26 September 2018

Pulang

12:46 PTG 0 Comments

Pulang
Lily Haslina Nasir

ISBN: 9789674690861
Penerbit: Karyaseni Publication
Tarikh Terbit: Mei 2018
Halaman: 515
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

Novel pertama yang berjaya dihabiskan sepanjang tempoh #cherinakuarantin 😉


Full review: 8/06/18

Aku tak tahu apa yang istimewanya novel ini sehingga aku boleh langkau novel-novel Kak Lily yang lain. Hmm, apakah kerana signature mahal Kak Lily atau sebab si abam Remy di muka depan? (Eh! Tu patut tanya Mai ahakss ðŸ˜œ)

Baiklah apa yang aku suka tentang Pulang:

1. Setting cerita yang merentasi 3 zaman (generasi; Othman, Omar, Ahmad) dan penulis menyampaikannya dengan penuh bersahaja. Walaupun zaman Othman-Che Thom adalah fokus utama, tapi itu bukan alasan untuk menidakkan yang lainnya.

2. Cinta. Ia fitrah. Cinta pandang pertama Othman-Che Thom rupanya bukan biasa-biasa. Ia diikat dengan janji setia walau apa saja badai yang melanda, tetap kukuh merentasi masa. Begitu juga dengan cinta Omar pada sang ibunya. Sama besar dengan rindu seorang anak pada sang ayah yang hilang tanpa khabar. Dan, sampai satu bab tu, haihhh.. ayaqmata meleleh tau baca scene anak-ayah sebegini. Omar adalah insan yang paling aku kasihani dalam cerita ini.

3. Sahabat sama senang sama susah. Aku suka dengan kesemuanya, macam Che Thom ada Salmah. Tapi yang paling aku terkesan; Lum. Lelaki ini membuktikan sahabat itu tak mengenal warna kulit dan agama, yang penting hati ikhlas dalam berkawan.

4. Pertukaran POV setiap bab umpama bonus. Memudahkan aku menyelami semua ‘rasa’ baik watak Othman, Che Thom, Omar dan Ahmad.

5. Alunan bahasa yang membuatku hanyut. Kak Lily antara penulis senior yang pastinya sudah cukup arif dalam menata lenggok bahasanya sesuai untuk setiap zaman yang ada. 

6. Ending. Jujur aku tak suka dan aku ulang baca bab endinguntuk kaitkan dengan kesemua ‘rasa’ yang hadir. Dan akhirnya aku berjaya tukar tak suka itu pada reda. Ya, itu memang pengakhiran yang terbaik untuk Pulang.

Cuma, ada juga typo error, tak banyak mana pun tapi kalau dibaiki untuk cetakan seterusnya pasti lebih baik. Aku tak pasti dengan penggunaan ganti nama antara Othman-Che Thom di awal bab. Mulanya 'aku-kau', tapi ada juga terselit 'saya-kau' dalam halaman yang sama. ‘Saya’ kelihatan agak janggal, bukankah selalunya ‘kita’? Pendapat aku lah, mungkin juga salah. Dan, aku betul-betul mahukan kepastian. Apa benarkah, Che Thom? Hati aku susah nak percaya *ayaqmatabergenang*

Apa pun tahniah Kak Lily dan warga produksi filem. Melihatkan novel ini yang diadaptasi daripada sebuah filem dan kisah benar, buat aku rasa gembira. Pastinya bertambah golongan yang membaca walaupun mungkin segelintir mereka terdiri daripada para peminat pelakon filem ini. Sekurang-kurangnya ia permulaan yang bagus, kan?

Sekuat apa pun kau mencintai, bila Tuhan tidak berkehendaki. Kamu bisa apa? - Anonymous

Happy reading (^-<)

Khamis, 28 September 2017

Cinta Untuk Sedetik Lagi

10:00 PG 0 Comments
Cinta Untuk Sedetik Lagi
Ezza Mysara

ISBN: 9789670246291
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2012
Halaman: 816
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

Gigih aku baca buku tebal ni. *tepuk tangan*

Agak pening juga saat membacanya, bukan apa.. jenuh nak tengok nama heroin. Farafeesa ke Faraneesha haha. Pengsan!

Aku suka cara penulis mengolah kisah kembar seiras ini. Kasih sayang yang kuat mengikat mereka adik-beradik. Part ibu tu ada terasa sedihnya, kasihan sang anak bila disisihkan walaupun ibu mungkin tidak sengaja. Ada kan ibu bapa yang tak reti menunjukkan kasih sayang mereka. Tapi apa pun, tiada ibu yang tak sayangkan anaknya sendiri cuma cara setiap ibu itu berbeza.

Hubungan Ezrakil-Farafeesa pada awal-awal cerita ok, tapi bila dah jadi suami isteri macam out sedikit. Aku la kot rasa begitu haha.

Penyakit SLE Farafeesa habis begitu saja ke? Selepas bersalin ia ‘baik’ sendiri kah? Atau aku ada tertinggal apa-apa nota penting tentang SLE ini?

Keseluruhannya masih ok. Kiranya edisi boleh hadam kerana ini buku pertama EM yang aku baca jadi tiada bandingan dengan novel beliau yang lain. InsyaAllah ada rezeki, akan dicari novel-novel seterusnya.  

Happy reading (^-<)

Khamis, 19 November 2015

Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

9:33 PG 0 Comments


Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
Zura Asyfar

ISBN: 9789670246178
Penerbit: Penerbitan Kayaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2011
Halaman: 897
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

2.5*

Aku 'terjumpa' buku ni. Rupanya ada lagi stok pending masa duk mengemas gobok putihku. Terfikir entah-entah ada lagi buku yang terselit di gobok opis pula ni. Haihh... orang dah nak sibuk bercuti, time ni la aku jumpa buku-buku pending yang tidak di-ketahuan-mana-aku-sorok-selama-ini muahahaha
;P

Full review: 19/05/2015

Beli buku ni masa dramanya tengah hot di kaca TV. Tapi sengaja aku tak baca dulu sebab tak mahu terpengaruh dengan dramanya tu.

Premis mudah rahsia cerita ini berkembang sebenarnya. Apa lagi dengan kewujudan watak lurus seperti Syafa Aqira [Syafa] yang diganding dengan Firash Arshad [Firash] yang nakal. Syafa sebenarnya bercinta dengan Farish Adryan, namun hubungan mereka terputus di tengah jalan apabila satu insiden yang tak dijangka berlaku. Dek kerana sayangkan Syafa, Datin Farizah meminta Firash menggantikan tempat abangnya. Rela dalam paksa, Syafa menerima demi harga diri dan rasa kasihnya pada Datin Farizah.

Hubungan-suami-isteri-atas-kertas dilalui oleh kedua-duanya. Lagipun Firash yang lebih muda daripada Syafa sibuk dengan kehidupannya sebagai pelajar. Langsung meninggalkan Syafa terkontang-kanting melalui perkahwinan tanpa cinta. Tapi, semuanya mula berubah bila Syafa dihimpit oleh kawan baik dan abang sepupu Firash.

Mana si suami nak senang duduk bila hari-hari ditanya akan hal sang isteri. Panas saja hati Firash bila ada 2 insan yang tak kurang hebatnya cuba menggoda isteri. Dalam diam, Syafa dirapati dan tak diduga, perasaan kasih mula timbul dalam hati.

Namun, adat rumah tangga dilanda badai. Ujian datang menguji keteguhan hati Firash dan Syafa. Fitnah yang dijaja terlalu melukakan. Syafa bertindak mengundur diri, jauh dari pandangan Firash. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Mampukah Firash kekal menjaga hatinya, sedangkan dugaan luar tak kurang hebatnya?

Ceritanya sudah cukup cantik, tapi sayang redundancy is not my forte. Agak lelah nak menghabiskan kisah-kisah selanjutnya, terutamanya bahagian awal-awal cerita. Haishh... ulang-ulang gaduh, baik, gaduh, baik... aduyaiiii... memang menguji kesabaran.

Apa pun, masa baca buku ni minda masih tak dapat lari daripada membayangkan si Tiz & Izzue. Aku rasa ianya antara drama adaptasi terbaik yang pernah aku tonton. Syabas!

Happy reading (^-<)

Khamis, 6 Februari 2014

Love You Mr. Arrogant

10:18 PG 0 Comments
Love You Mr. Arrogant
Aliesha Kirana

ISBN: 9789670246185
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketigabelas – Oktober 2013
Halaman: 462
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

2.5*
Lagu si mamat ganu tu memang menghantui pembacaan aku. Pheww..

Full review: 04/02/2014

Bila dah tonton ceritanya di kaca TV, automatik ianya akan menganggu kosentrasi pembacaan. Pheww..

Tiada masalah untuk hadam kisah ini. Ringkas. Klise. Ya, benar. Cuma mungkin, dibaca ketika aku sudah hampir muak dengan cerita tipikal novel Melayu, makanya aku rasa ianya biasa-biasa saja. Maaf ya! Dan aku perasan, ada sedikit elemen Korea. Bagaimana tu? Kisah lelaki yang egonya tinggi, suka buli heroin tapi dalam hati ada taman hikhikhik :P

Cuma pada pendapatku, si Zafriel Irham [Irham] tu tak arrogant mana pun. Tak dapat menandingi keegoan Robin Heiden dalam Seducing Mr. Perfect. Eh! Takde kaitan pun. Sila abaikan!

Dan, aku agak penat membaca kerana naratifnya yang kelam-kabut. Semuanya mahu disumbatkan dalam satu perenggan. Atau, apakah masalah pengeditan? Kerana, dalam cetakan yang ketiga belas ini, perenggan bagai ada-tak-ada saja. Begitu juga dengan masalah ejaan, nak pejam mata pun dah tak lalu.

Mungkin juga buku ini dibaca pada waktu yang salah -- at a wrong time and wrong place. Ha, begitulah lebih kurang. Faham ke? Haihh... buat-buat faham je la *wink*

Apa pun, laras bahasanya santai. Cukup sempoi, bak kata adindaku. Walau ada masanya agak kaku, tak mengapa kerana setahu aku ini karya pertama penulis. Banyak perkara yang boleh dibaiki lagi untuk masa akan datang. Moga terus menulis!

Dan ya, citarasa ala-ala ‘maktok’ seperti aku ni memang susah nak diramal. Apa pun, aku akan cari novel keduanya :D

Ps: Tak rasa tulis review, sebabnya ramai dah tahu pun kisahnya, kan? hahaha Jadi, aku cuma tulis apa yang aku mahu ceritakan *wink*

Happy reading (^-<)

Isnin, 30 Disember 2013

Cik Bunga dan Encik Sombong

11:58 PG 0 Comments
Cik Bunga dan Encik Sombong
Airisz

ISBN: 9789670246154
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketiga 2012
Halaman: 593
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

Kredit untuk ending yang lain daripada yang lain. Kreatif sungguh!

Review panjang? Ala..sebab tu kita ada hari esok. Eh! Eh! hahaha :P

Full review: 26/12/2013

Cinta tak kenal siapa.
Ia bukan sekadar frasa untuk menyedapkan hati. Ini adalah apa yang cuba penulis sampaikan dalam 593 halaman novelnya.

Benar, aku akui. Satu-satunya perkara yang buat aku tertarik adalah kerana nilai cinta hero-heroinnya. Si kacak dan kaya dengan si gadis comot yang miskin. Walaupun kisah selepasnya itu hampir sama saja dengan lambakan novel lain. Perkahwinan-tanpa-rela, dibenci ibu mertua dan watak gadis tempelan yang menyakitkan hati. Itu semua masih ada, mungkin untuk beri warna dalam novel.

Namun, ada baiknya aku kira pertelingkahan ibu-mertua-menantu-tak-disukai itu tidak dipanjang-panjangkan. Pada pembaca yang banyak songeh seperti aku, ia agak melelahkan kerana hampir setiap bab sesudah pernikahan Intan-Harris, aku disogokkan dengan adegan yang hampir sama. Kalau tak diherdik, kena maki, diugut atau ditampar.

Dan pada hemat aku, perbuatan menampar wanita berulang kali [walau mungkin wanita itu layak dilempang], bukanlah cara yang sewajarnya. Sekali mungkin ianya niat untuk mengajar, tetapi kalau berkali-kali.. Maaf, Harris! Saya benci awak! Eh! hahaha :P

Tapi walau apa pun, aku tetap enjoy menikmatinya. Gaya bahasa yang mudah difahami. Santai. Monolog dalaman Intan misalnya yang gunakan ‘kita’ & ‘awak’, kelihatan macam comel je.

Begitu juga dengan komunikasi berkesan antara Intan dan Harris. Cukup mengkagumkan walaupun pada mulanya Harris ni antara lelaki yang bajet bagus. Tetapi perwatakannya berubah semenjak dia menyukai Intan. Malah, kedua-duanya tidak mudah putus asa mempertahankan rumah tangga mereka. Tidak terpengaruh dengan segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan. Sebaliknya, ikatan makin kukuh dan bertambah-tambah sayang. Yay!

Happy reading (^-<)

Isnin, 18 November 2013

Suami Aku Ustaz

8:45 PG 0 Comments
Suami Aku Ustaz
Hannah Dhaniyah

ISBN: 9789670246208
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 583
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Buku di tangan adalah cetakan ke-13. Hebat kan?

Full review: 12/11/2013

Antara suka dan tak suka. Aku nyaris membiarkan ianya kosong tanpa rating. Tapi pelik pula bila aku biar kosong hee...

Sebenarnya aku sudah cuba untuk jadi neutral semasa membacanya. Tapi.. aduh! Minda memang tak mahu berkerjasama denganku kali ini. Aku tak mahu membahaskan tentang isu kahwin muda itu. Aku masih boleh menerimanya walaupun terasa tak berapa betul pun untuk berkahwin sebelum menduduki SPM. Bimbang ada adinda-adinda comel sekalian menggunakannya sebagai satu escapism untuk berkahwin ketika masih bergelar pelajar sekolah.

Isunya, aku tak dapat melihat di mana rasionalnya ibu bapa mahu mengahwinkan anaknya yang dikatakan liar. Entah. Definisi liar aku lebih worst daripada itu. Malah, aku rasa Arumi lebih dua kali ganda liarnya daripada watak Lisa. Dan ya... perkahwinan bukannya solusi terbaik untuk anak gadis yang liar. Kalau begitu, mudah saja nak kurangkan masalah sosial - iaitu kahwinkan saja ke semua anak gadis yang bermasalah itu. Benarkah?

Baik, secara ringkasnya ini kisah Lisa yang terpaksa berkahwin dengan abang sepupunya kerana ibu bapanya mahu ke Mekah. Kebetulan abang sepupu merupakan ustaz di sekolahnya. Hailoh! Ibu ayahnya bagai tiada orang lain yang boleh diharap untuk menjaganya. Ustaz Hafiz juga yang dicari. Lisa menolak tapi kedua-dua orang tua sudah beri kata muktamad.

Perkahwinan Lisa-Hafiz berjalan seperti biasa. Kredit pada penulis kerana berjaya menggayakan adegan rumah tangga pasangan ini dengan penuh bersahaja. Penulis mengajak kita bersama-sama Lisa menanam rasa suka dan cinta buat sang suami sedikit demi sedikit. Adegan sweet pun tidak terlalu bergula, sesuai untuk bacaan umum.

Tapi ya... seiring pembacaan, bila tiba di saat Lisa merahsiakan status perkahwinan semata-mata mahu mengejar cita-citanya untuk ke universiti, aku terus down. Sang suami pun bagai endah tak endah saja. Sekali lagi, aku masih tidak boleh menganggap ianya perkara remeh. Maaf.

Namun cerita ini banyak diselamatkan dengan mesej-mesej positif dan unsur Islamik. Semuanya disusun dengan baik sekali. Malah tak keterlaluan kalau aku katakan kematangan penulis terserlah bila saja berbicara tentang nilai-nilai dan Sejarah Islam. Mungkin kerana itu aku masih setia menghadamnya hingga ke titik penamat. Yay!

Apa pun... marilah kita nantikan filemnya. Bila ya? Jangan tanya sebab selalunya aku la yang paling last tahu hahaha :P

Happy reading (^-<)

Khamis, 31 Oktober 2013

Jodoh Itu Milik Kita

7:54 PG 0 Comments
Jodoh Itu Milik Kita
Sara Aisha

ISBN: 9789670246147
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2012
Halaman: 766
Harga: RM26

~ Rasaku… ~

3.5*

Lamanya aku ambil masa untuk baca kisah semudah ini? hahaha

Full review: 30/10/2013

Berborak secara maya dengan Kak Shahzy dan Mai, katanya kisah ini sudah ‘ditayang’kan di kaca TV. Amboi, Rina! Tu pun tak tahu hahaha. But seriously, nasib baik ada informer seperti mereka :))

JIMK punya opening yang cukup tragik. Kudos! Antara sebab kenapa aku mahu baca dan baca kisahnya walaupun kesinambungan selepasnya itu sudah boleh ditebak awal-awal. Tetapi terima kasih cik penulis kerana tidak menjadikan kisah selepas kahwin Dahlia dan Aariz sebagai kisah i-hate-you-hate-me. Tidak.

Sedikit berlainan bila kisah kahwin-terpaksa-tanpa-cinta ini, masing-masing cuba menyesuaikan diri dengan takdir yang tiba-tiba menyatukan masa depan mereka. Tanpa diduga baik Aariz dan Dahlia boleh saling bertoleransi dalam membina hubungan mereka. Give and take. Bukan menyalahkan diri atas ketentuan-Nya. Itu lebih menyenangkan minda. Hati pun jadi tenteram bila tiada kisah sang suami mendera atau memaki-hamun si isteri sesedap rasa.

Adegan-adegan yang mencuit hati antara Aariz dan Dahlia memang sweet. Saling ambil masa untuk menyedari yang cinta sebenarnya sudah terbit di hati. Cuma ya, aku letih dengan adegan tarik tali si Aariz tu. Gayanya dah tak ubah seperti perempuan yang putus harapan. Cett.. mana perginya brutal si Aariz? hohoho

Dan sebenarnya lah kan, bila saja Aariz dikatakan ada sejarah hitam yang menyakitkan. Minda sudah terasa yang Aariz ni ex-taiko hahaha. Sengal! Tapi yalah, Aariz tak sudah-sudah mengatakan yang dia tak layak untuk gadis sebaik Dahlia. Ditambah pula dengan gaya Syafiq yang ada masanya begitu menggeruni abangnya. Manalah aku tak fikir lain. Tapi sejarah Aariz memang menyedihkan. Penulis bijak memanipulasikan kisah Aariz ketika kecil itu. Momennya dilakar dengan baik, haih… terharu jugalah dibuatnya.

Keseluruhannya aku cukup terhibur dengan JIMK. Laras bahasa yang mudah dan santai, plot yang kemas dan tersusun memang menyenangkan para pembaca untuk membacanya dengan sekali hadap.Walaupun mungkin sedikit meleret, tetapi ia ditamatkan dengan baik sekali.

Dan aku harus mengakui kata Dyh, aku jatuh kasihan pada Syafiq. Lelaki itu ada luka yang amat dalam. Menyedarkan aku ada masanya seseorang itu bertindak kerana mahu melindungi hatinya daripada terluka lagi… mungkin dia tak rasional, tapi hatinya. Siapa yang lebih arif tentang hati kalau bukan diri sendiri, kan?

Happy reading (^-<)

Khamis, 19 September 2013

13 Jam A380

7:50 PG 4 Comments
13 Jam A380
Evelyn Rose

ISBN: 9789670246536
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Ogos 2013
Halaman: 752
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

Done! Evelyn Rose ternyata penulis baru yang perlu diberi perhatian. Good job sister!

Full review: 18/09/2013

13 jam pertama di A380 – agak membosankan. Seriously. Masa tu aku dah rasa nak campak buku ni ke tepi dulu. Terlalu mendatar dan aku rasa Hana terlalu murah di sini. Senang-senang dipegang, dipeluk oleh sang lelaki. Bila plot berkembang, baru aku sedar kenapa perlu ada kisah 13 jam itu.

"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- Syed Haydar

Bila kita kecewa, baru tergerak mahu cari sejadah. Kenyataan, pahit kan? Begitu juga dengan Hana. Saat jiwa koyak-rabak, saat hati berderai seribu baru dia sedar akan kenyataan. Perlahan-lahan mencari makna diri. Perlahan-lahan membina kekuatannya semula. Hana bangkit daripada luka yang dalam.

Dan itu semua kerana keluarga Fawwaz. Ada Emmel, Fido dan  nenek yang sedia berkongsi rahsia hidup. Ada Linda dan Helena yang mengubah pandangan Hana tentang makna cinta dan kehidupan. Keberadaan mereka di sisi Hana tak ubah seperti keluarga sendiri. Tiap kali langkah Hana rapuh menuju-Nya, cinta mereka semua membawa dia kembali ke asalnya. Indah kan kalau hidup bersyariat?

Watak Haydar tu memang buat aku rasa nak hempuk kepalanya, lagi-lagi tika dia membuka kembali kenangan kokainnya bersama Hana. Walau niatnya mungkin baik, tapi itu bukan persoalannya. Sebaiknya lelaki itu menjaga maruahnya, maruah gadis yang dicintainya. Entahlah.. aku rasa ruang untuk Haydar tak solid. Tetiba je dah kahwin, seterusnya adegan penolakan Hana sebelum dia memilih untuk redha dengan ketentuan-Nya.

Antara Fawwaz dan Haydar. Aku suka pengakhirannya. Mungkin dari awal aku merasakan Fawwaz itu terlalu baik untuk Hana. Bukan bermakna Hana tak baik, dia pun masih gadis suci. Cuma aku rasa he deserves someone better.

Hati turut sama sebak saat Samuel mengakui Tuhan dan Rasul-Nya. Kita sendiri belum tentu punya kefahaman sepertinya. Memang hidayah itu dari-Nya. Seorang aties menemui apa yang dicarinya. Kita yang mengakui muslim ini, sudah jumpa kah apa yang dicari? Tepuk dada, tanya iman anda.

Transisi Hana sebagai muslimah adalah titik tolaknya bagaimana cerita ini berkembang. Hana sedar, Islam bukan setakat tak minum arak atau makan khinzir. Kasar bunyinya. Maaf. Tapi itu hakikatnya. Kenapa kita begitu mudah terbabas? We always take for granted. Beragama Islam semenjak kecil menjadikan kita rasa kita sudah cukup islamik. Allahu Allah! Mudahnya kita menetap hukum.

Kemunculan kembali Adam-Arianna buat menambah seri. Aku suka begini. Tak perlu disambung kisah mereka, cukup kalau ada special appearance di mana-mana novel baru penulis. Itu lebih manis.

Apa pun kredit pada penulisnya. Tahniah atas kelahiran novel kedua yang tidak kosong. Semoga anda akan terus punya kekuatan dalam berkarya. Boleh request cerita Fido? Eh! hahaha Selamat maju jaya!

Happy reading (^-<)

Selasa, 10 September 2013

Eksperimen Cinta

8:55 PG 0 Comments
Eksperimen Cinta
Anjell

ISBN: 9789670246529
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Julai 2013
Halaman: 843
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

Menarik. Cukup satu perkataan kalau nak aku simpulkan selepas membacanya. Sebagai orang baru dalam industri, karya penulis tidaklah menghampakan. Walaupun pada dasarnya, tema ceritanya tersangatlah klise tapi penulis mampu membawa ceritanya sampai ke hati.. dengan gaya bahasanya yang santai dan konflik kahwin paksa yang tidak terlalu berat. Cuma aku rasa sedikit meleret di awal dan pertengahan cerita. 

Tengku Aaron Shah [Aaron] sudah tertarik pada Damia Farisha [Damia] sejak kali pertama bersua. Damia yang manis dan tegas, sememangnya berbeza benar dengan perempuan-perempuan di sekelilingnya. Tapi Damia sungguh menyampah dengan lelaki bajet hebat itu. Meluat dengan gaya Aaron yang gatal tak bertempat, mentang-mentanglah kaya. Semuanya macam boleh dibeli. Sungguh Damia anti!

Namun takdir mengikat Damia dan Aaron. Kukuh. Aaron cukup bijak mengambil peluang dalam kesempitan. Dan akhirnya, Damia tiada pilihan. Kerana syarikat, dia harus bersetuju menjadi isteri Aaron.

Sedangkan hakikat perkahwinan itu hanya Aaron yang tahu. Dia mahu mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya; Tengku Andrean yang merampas Seri. Dia mahu mereka berdua itu tahu yang hidupnya masih juga kekal bahagia. Damia lah yang menjadi mangsanya. Si bunga itu adalah bahan eksperimen untuk episod kebahagiaannya.

Tidak diduga, alam perkahwinan sebenarnya merapatkan lagi dua hati. Apatah lagi Aaron dan Damia bukannya seperti pasangan kahwin paksa lain. Mereka tidak pula bersengketa, memaki hamun sesuka hati. Ada give and take. Dan bila hari-hari bersama, perasaan mula dilanda getarnya. Haru bila tak bertemu. Rindu bila berjauhan. Hmm... habis siapa yang harus mengakuinya dulu?

Adat dalam perhubungan,ada turun naiknya. Si jejaka seperti Aaron tak habis-habis dikejar wanita. Dan salah seorang bekas teman wanita Aaron; Salmy tak pernah berputus asa. Kemuncaknya, dia mengaku yang Aaron bapa kepada anak dalam kandungannya. Jadi, apa kesudahannya?

Seperti biasa, jangan susah hati. Penamatnya akan sentiasa manis buat pasangan sejoli. Dan ya, Tengku Aaron Shah tu boleh masuk list suami idaman Malaya lah *wink*

Happy reading (^-<)

Isnin, 8 Julai 2013

My Precious Iris

10:42 PG 10 Comments
My Precious Iris
Melur Jelita

ISBN: 9789670246482
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Mei 2013
Halaman: 1001
Harga: RM35

~ Rasaku… ~

Memang lelah nak baca buku ni. Tebalnya ya ampun! Lepas tu tak boleh dibaca semasa berbaring sebab kalau kena batang hidung, penyek terus hikhikhik

Mula-mula baca novel ni aku dah tersengih-sengih di part pesanan ayah Iris kepada Firman. Memang tabik habis. Tak pernah pula aku baca di mana-mana. Kalau diangkat ke versi drama, pengarah tak boleh tinggal adegan ni. Wajib ada tau hahaha ;P

Seperti yang sedia maklum, kesinambungan ini membawa kita kepada episod kebahagiaan bila saja kedua-dua pasangan ini akan diijabkabulkan. Alhamdulillah, seksa aku melihat pasangan ini tak sudah-sudah bergaduh. Jadi bila ada saja episod 2 pastinya aku mengharapkan yang indah-indah je.

Namun hidup tak selamanya indah. Apa lagi kehidupan juga tak mudah. Tapi Tuhan sentiasa ada buat hamba yang percaya pada-Nya. Tawakal dan usaha. Itu yang diajar oleh Firman kepada isteri tercintanya. Berusaha sehabis daya hingga penamatnya, dan disulam dengan doa dan tawakal. Bila Tuhan tak mengabulkan doa kita, jangan mudah putus asa. Ambillah sebanyak masa untuk merayu Tuhan-Mu, kerana Dia suka mendengar keluh-kesah dan permintaan para hamba-Nya.

Iris. Iris Firman Nur. Aku senang dengan perkembangan watak ini. Ada pelbagai warna yang dicorakkannya. Dia manja bila di sisi suaminya. Dia teguh di saat kelamnya. Dan dia lemah bila takdir menduganya. Sudah adat manusia, merintih hiba tatkala diuji. Namun Iris cukup bertuah dianugerahkan si suami yang benar-benar menyayanginya. Kekurangan Iris disempurnakan oleh Firman, saling melengkapi seadanya.

Firman. Ya, dia memang hero pujaan ramai. Aku akui. Kematangannya tak perlu diragui. Sang naga yang keras. Si ulat belancas yang gatal. Novel kali ni memberi kita ruang melihat perubahan emosi Firman. Daripada sepedas-pedasnya ke manis-manisnya hinggalah keanak-anakannya. Setianya Firman di sisi Iris saat badai melanda cukup menyentuh hati.

Kekuatan cerita ini pastinya terletak pada Firman-Iris. Melihat sejauh mana keutuhan cinta mereka. Saat bahagia, saat terjatuh dan menangis. Pasangan ini banyak mengajar kita apa ertinya hubungan suami isteri itu. Pasang-surut dan dugaan, masam manis kehidupan. Dan aku amat cadangkan novel ini buat mereka yang mahu atau pun sudah berumah tangga. Selamat bercinta setiap hari!

Oleh kerana kisah ini menjurus kepada hubungan Firman dan Iris, tak bermakna ianya kosong saja. Penulis bijak menyusun atur plot sekaligus menyelitkan segala bentuk nasihatnya. Secara peribadi, aku rasa novel ini lebih baik daripada ILUS kerana tidak terlalu meleret. Cuma aku terasa kehilangan Kemboja di sini. Walaupun aku sama-sama hanyut di Sungai Lui, ada masanya rindu juga dengan kehidupan Mai Tuan dan Fatimah.

Yalah, orang kata jatuh cinta pandang pertama. Tempat jatuh lagilah dikenang, ini pula tempat bermain. Phewitt.. ;P

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)