Jangan Baca Novel Ni
airina
8:27 PG
11 Comments
Jangan Baca Novel Ni
Ismi Fa Ismail
ISBN: 9789671019238
Penerbit: I F I Enterprise
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2012
Halaman: 225
Harga: RM20.90
Halaman: 225
Harga: RM20.90
~ Rasaku… ~
Tajuk dan sinopsis di kulit buku buat aku teruja nak baca. Ya, asyik baca novel cinta memang bosan juga *wink*
Pada mulanya aku fikirkan ia kompilasi cerita-cerita seram tetapi bukan. Ia sebenarnya satu kesinambungan. Cuma penulis bijak memanipulasikan ceritanya. Dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-
Cerita 1 – Kacuk
Cerita 2 – Terapung
Cerita 3 – Ramalan
Cerita 4 – Tumpang
Cerita 5 – Telefon
Cerita 6 – Bunga Kematian
Cerita Akhir – Batik Sentung Biru
Dan setiap cerita itu sebenarnya punya jalinan. Memang kena baca tanpa melangkau mana-mana halaman sebabnya nanti akan rasa pelik kerana novel ini sebenarnya cerita di atas cerita.
Secara ringkasnya, ini kisah Munir yang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya. Di pertengahan jalan, dia keliru. Terasa jalan pulang itu lain benar daripada kebiasaannya. Dia melewati sebuah perkampungan dan di situ dia bertemu dengan seorang kanak-kanak; Adib. Dek kerana kasihan melihat Adib yang keseorangan, dia membawa Adib pulang ke rumah ibunya.
Adib digambarkan sebagai seorang yang amat pendiam tetapi tetap akrab dengan Munir. Adib juga tak pernah lekang daripada sebuah buku hitam dan itu menyebabkan Munir tertanya-tanya. Bila dibelek-belek rupa-rupanya sebuah cerita dan seterusnya ha… di sini lah setiap bahagian itu ‘bercerita’. Ada seram, sedih, cinta dan sayu. Dan yang paling penting twist di akhir cerita. Superb.
Aku tak nak tulis banyak kerana ia akan menyebabkan cerita ini hilang seramnya. Kamu perlu cari dan cuba baca. Mari berfantasi dan berhalusinasi benda yang bukan-bukan kih5 Walaubagaimanapun, ada beberapa perkataan seperti ‘sowie’ yang aku rasa tak perlu ditulis sebegitu. Tetapi mungkin kerana ianya perbualan jadi baiklah, aku pejam mata. Lagipun padaku ia masih tidak mencacatkan cerita ini.
Happy reading (^-<)