Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Khamis, 30 Jun 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (22) Jejak-jejak Songsang

8:51 PG 0 Comments
Jejaj-jejak Songsang
Abdul Rahim Awang


ISBN: 967998771X
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketiga 2001

Halaman: ~ 238
Harga: RM 13.90


~ Rasaku… ~

Kali ini ARA membawa kisah konflik dalam perkhidmatan polis. Bagaimana cerita pegawai polis yang makan suap menyebabkan ada sesetengah anggota polis lain yang terkena sumpahnya bak kata pepatah orang lain makan nangka, orang lain pula yang terkena getahnya.

Inspektor Farid [Farid] merupakan anggota polis yang jujur. Peraturan dan undang-undang perlu seiring dengan kerjanya tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Namun kejujurannya dalam menyiasat kes kasino haram yang menjadi pusat bekalan dadah telah mengheretnya ke daerah yang kelam. Kesungguhannya mengikut peraturan dan undang-undang tidak langsung membantunya. Farid tersepit di tengah-tengah apabila ianya melibatkan nama-nama besar dan berpengaruh.

Kisah Hisyam muncul di saat serbuan kes kasino haram. Raid yang dilakukan oleh Farid rupanya mengheret Hisyam juga. Dia menjadi mangsa dalam aksi tembak-menembak pihak polis di kasino itu. Kebetulan Hisyam merupakan anak Datuk, dan sudah pasti kesnya menjadi bualan hangat media akhbar. Sudahnya kejayaan polis melumpuhkan sindiket judi dan dadah tidak dipandang sebaliknya kecuaian dan kelalaian pihak polis dalam menyelesaikan kes sehingga mencederakan orang awam yang menjadi isu hangat.

Farid ditahan kerja akibat tekanan melampau yang dikenakan. Pihak atasannya; Tuan Chua Poh Soon tiada cara lain namun dia tahu, keadilan perlu ditegakkan. Berjayakah misi jabatan polis untuk menegakkan keadilan? Apa benarkah jenayah kolar biru makin berleluasa hinggakan polis sendiri turut hanyut dalam jenayah yang sama? Antara kuasa, kekayaan dan nilai-nilai murni, yang mana akan menang dalam perhitungan ini?

Cerita ini kurang menyengat, tak seperti Pulang. Barangkali kerana ceritanya pendek saja jadi ada rasa kurang puas ketika menyelak halamannya. Namun sentuhan ARA masih di kelasnya tersendiri. Buat peminat kisah cinta, ini bukanlah buku anda! Tetapi kalau ingin keluar dari dunia fantasi, elok juga cuba mencari karya-karya ARA :D

Happy reading (^-<)

Khamis, 16 Jun 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (21) Mortar & Pestle

10:19 PG 2 Comments
Mortar & Pestle
Ju Asu Ra, Amal, Mak Su, Hanie, Citahrudin, Mimie Candycane, Zaradgreat, Mcjust.lol, Jo, Mirachantek, Reen, Masy, Balqissy feat. Nurafiqah Balqis & Norain Insyirah

ISBN: 9789675561009
Penerbit: Soltura Inc
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2011
Halaman: ~ 80
Harga: RM 17.00
[termasuk kos pos]

~ Rasaku… ~

Sinis? Sarkastik?
Dua perkataan ini membayangi minda selama aku menekuni himpunan koleksi catatan para bloggers perempuan geng Soltura. Mahu tahu apa itu geng Soltura? Boleh klik sini

Teringat blurb belakang bukunya:-

“…Jujurnya saya berpendapat arena blog di Malaysia ini sebenarnya bukanlah kekurangan bloggers perempuan. Tetapi untuk mencari bloggers yang menulis dalam acuan dan gaya yang tersendiri tanpa dipengaruhi mana-mana unsur, itu adalah sesuatu yang saya anggap ‘rare’…”

Jadi pastinya aku merasakan himpunan ini adalah yang terbaik antara yang terbaik. Mungkin harapanku terlalu tinggi :P Namun catatannya masih menarik. Cuma aku masih tidak begitu 'selesa' dengan membaca beberapa perkataan yang masih dieja dengan ringkas kerana ia membuatkan aku terasa membaca blog bukannya sebuah buku. Sesetengahnya dihitamkan atau diitalickan, tetapi masih ada yang dibiarkan saja. Mungkin ia mahu ditulis secara itu, baiklah aku pejam mata :P

Kombinasi ramai penulis memang mengujakan. Boleh baca pelbagai cerita, dari catatan seorang ibu, wanita dewasa, remaja dan anak kecil. Jadi bila dihimpunkan ia punya banyak warna, pelbagai rasa yang menjengah hati. Ada lawak, tangis, suka, duka. Boleh buat kita tersenyum dan sesekali gedegang [bayangkan anda terlanggar pintu], ayatnya memukul! Makan dalam tau! kih5 :P

Kisah-kisah yang ada dalam buku ini kisah biasa. Kisah kita sehari-hari. Bezanya ia datang daripada pandangan 13 orang penulis blog. Pastinya perjalanan kisah itu berbeza, mengikut perjalanan penulis itu sendiri. Kiranya ia amatlah mudah untuk dihadam kerana ceritanya yang ringan dan bukannya kisah bersiri yang penuh kompleks. Cuma sebagai pembaca, kita perlu berlapang dada, membaca tiap catatan dengan hati yang terbuka. Apa yang ditulis pasti ada sesuatu yang terselit. Terserah pada kita mahu menafsirnya bagaimana :))

Aku tersenyum puas seusai membaca kerana aku bukan baca blog kisah aku dan buayafriend [pinjam ayat SaifulIslam], kisah shopping, jalan-jalan & aktiviti makan-makan atau cerita bagaimana mahu bersolek cantik, berfesyen dan sebagainya. Penulis-penulis yang ada di sini menzahirkan catatan daripada hati dan atas bakat penulisan, bukan untuk populariti. Cerita pasal blog buat aku teringat catatan temanku; Fira mengenai dunia blogger hik3 lalala5 *wink*

Di manakah adanya semut?
Di tempat yang banyak gula
Di manakah kumbang bernyanyi?
Di pohon yang banyak bunga [page 8]

Memang kehidupan ini kita rasa tak adil
Tapi kita tak tahu keadilan yang macam mana kita nak [page 36]

Life is tough though
I’ve being told so
And it’s getting harder as it grow
Still, we can’t just follow where the wind blow [page 57]

Ps: Credit to Ajib :D

Happy reading (^-<)

Rabu, 15 Jun 2011

Selasa, 14 Jun 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (20) Tinta

11:15 PG 0 Comments
Tinta
Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha

ISBN: 9789675118579
Penerbit: Jemari Seni Publishing Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2011
Halaman: ~ 551
Harga: RM 21.50

~ Rasaku… ~

Seperti biasa aku memang akan selak helaian terakhir sesebuah novel :D Jadi bila saja melihat ilustrasi manga yang comel tu, aku dapat merasakan Ceritera III sebuah cerita yang comel. Tetapi aku simpan dulu kisah pasangan ini, kerana pembacaanku perlu bermula daripada ceritera yang pertama :D


Ceritera I: Wajah Ketiga oleh Nasron Sira Rahim


Ini merupakan kali pertama aku membaca karya NSR. Jadi bila ada wujudnya kisah tentang pembunuh obituari – Nama Atas Kertas, aku jadi teruja untuk tahu sama kisah itu. Jadi nampaknya kena pergi mencari novelnya yang itu [bocor lagi poket kecilku hik3 lalala5 :P].

Dalam kisah ini, pembunuhan seorang lelaki di banglo terasing di Mentakab menimbulkan banyak keraguan dan misteri. Mangsa dibunuh dan ditikam di tengah leher [gerun bila membayangkannya!], pembunuhnya pula meninggalkan teka-teki berupa jujukan nombor sebagai klu.

Inspektor Ridzuan yang bertanggungjawab menyiasat kes ini merasakan modus operandi mirip kepada pembunuhan bersiri di Kedah. Berganding bahu dengan Inspektor Faiz, mereka saling cuba merungkai misteri. Namun dalam menyelesaikan kes, masih terselit kisah rumah tangga Inspektor Ridzuan. Sedikit-sebanyak kisah itu mampu mengundang para pembaca untuk terus meneliti karya ini. Manusia, walau siapa pun dia memang tak bisa lari daripada masalah.

Pada mulanya aku terasa seperti membaca garapan ARA, yang memang suka tinggalkan teka-teki kepada pembacanya. Tetapi apabila makin mendalami, dapat rasa yang rentak NSR berbeza walaupun masih berpaksikan kisah thriller :D


Ceritera II: Dia, dalam Ramai… oleh Syud

Kisah Sufiy Suraiya [Sufiy] memang comel. Sangat-sangat comel ok. Kebetulan wataknya digambarkan sebagai seorang penulis, jadi mindaku sudah meletakkan Syud sebagai Sufiy Suraiya [jangan marah ya cik penulis :D] dan Fadli Ameerudin [Ameer] itu Ben Barnes [dia lagi? Dah takde hero lain ke rina oi? kih5 :P]

Sufiy pernah rasa suka apabila terpandang seorang lelaki di tempat kerjanya. Umpama pendorong [sumber inspirasi bak kata babe :P], Sufiy akan cuba memastikan yang dia akan bertemu dengan lelaki itu pada tiap pagi Rabu :D Namun kisah itu rupanya bertanda dalam hatinya. Walaupun dia tidak mengenali lelaki itu, tetapi dia seperti ternanti-nanti akan kehadiran lelaki itu. Empat tahun berlalu, siapa sangka lelaki itu rupanya anak jiran di sebelah rumah? :P

Ameer juga rupanya masih mengingati gadis yang sering saja terserempak di lif. Gadis yang entah apa namanya itu sudah ada dalam hati dan bila tahu tentang kehadiran Along si Zahid itu rupanya ada di depan rumah, mulalah zapin berdendang dalam hati hahaha5 :P Tapi berita yang dibawa ibunya menyebabkan Ameer hilang semangat. Mana taknya, gadis yang ditunggu dikatakan sudah dirisik orang. Jadi apa sudahnya kisah 'suka' mereka?

Aku teringat saat Sufiy, Widya & Farhana berbual tentang Ameer, aku sama-sama gelak besar dengan cara Ameer mengenalkan diri hik3 lalala5 :P Seperti Farhana, aku pun tak dapat lari daripada membayangkan aksi Ameer seperti Rain dalam iklan syampu tu :P

Untuk kesekian kalinya Syud berjaya meletakkan 'kebetulan' itu dengan manis sepertimana kisah BMHS. Kisah 'suka' dalam hati Sufiy dan Ameer juga digarap indah, atau aku saja yang perasan lebih sebab rasa 'suka' dua watak ini memang melekat di hati. Ada masanya pula terasa Ameer itu seperti Pacai [BHMS], terasa juga ada iras-iras Adil [UATA]. Kan dah terang-terang penulisnya orang yang sama! [sengal la rina~ hantuk kepala ke dinding kih5].


Ceritera III: Ada & Evan oleh Pingu Toha

Ada & Evan. Hingga ke saat ini aku masih tak boleh lupa dengan watak ciptaan penulis ini. Serius. Bibir masih lagi tersenyum [pandang kiri-kanan, takut orang cop aku mereng hahaha5 :P].

Kisah mereka unik. Walaupun punca 'pertemuan' mereka agak klise – ditetapkan oleh keluarga, namun sentuhan penulisnya memang memecah tradisi. Bagaimana ya 'pertemuan' di laman maya? Hanya berbalas email, bisakah hati bersatu? Ha itu keunikan kisah ini :D

Ibu Ada & abah Evan memasangkan anak masing-masing kerana cinta zaman tadika mereka tidak menjadi. Sebagai anak, mereka saling 'bersua' juga walaupun pada mulanya hati Evan memberontak. Namun perkenalan mereka hanyalah melalui email, tidak pernah bersua muka di alam nyata. Email adalah medan di mana mereka meluahkan isi hati masing-masing. Ada dengan kisah cinta lamanya dan Evan yang masih tercari-cari cinta sejatinya. Saling berkongsi rasa, berbalas dorongan mereka berdua jadi rapat. Bersahabat alam maya dengan erti kata lain.

Namun masa begitu mencemburui kisah mereka. Kedua-dua orang tua sudah mula meminta jawapan. Ya atau tidak? Mana pilihan mereka?

Watak Evan aku bayangkan seperti hero kisah manga. Kerana biasanya hero manga ni kan tinggi, kulit putih sikit, ala-ala macho dan kacak, bajet muka berlagak tetapi dalam hati ada taman [ok stop! Berangan la pula kih5 :P].

Tetapi pantun balasan Evan yang paling mencuit hatiku;

Pinggan tak retak,
Nasi tak dingin;
Kau tak hendak,
Tapi aku teringin. [page 536]

Siapa kata Evan naif? Eh, dia pencuri hati kelas satu! kih5 :D

Ps: Pulang dari cuti, kenapa otak masih blur? kih5 :P


Happy reading (^-<)

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (19) Hidup Bukan Rahsia. Anda, Saya dan Kita

9:47 PG 2 Comments
Hidup Bukan Rahsia. Anda, Saya dan Kita
Zabrina A. Bakar

ISBN: 9789834353865
Penerbit: Wise Words Publishing Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2010
Halaman: ~ 222
Harga: RM 24.50


~ Rasaku… ~


Pernah tak rasa bosan bila membaca buku motivasi? Atau pernah tak rasa diri tidak 'ngam' dengan siri-siri pembangunan jiwa? Pernah kan?

Jadi apa yang membuatkan aku selesa dengan karya penulis ini adalah kisah garapannya yang mudah untuk difahami. Tidak berselindung dengan kata-kata pujangga yang berlebihan, kiranya tiada juga jargon yang buat kita pusing kepala. Ayatnya mudah. Isinya padat. Memang cukup menyenangkan, malah ada masanya tidak terasa kita sedang membaca kisah motivasi.

Seperti tulisannya sebelum ini, 18 kisah inspirasi yang dibingkaskan kali ini masih dan akan terus relevan. Kisahnya juga menyingkap pengalaman penulisnya sendiri. Jadi pastinya ia lebih dekat di hati.

Daripada kisah ‘Si Abang dan Adiknya’ hinggalah kisah ‘Sembilan Pelari Pecut’ akan membawa kita mengembara dalam dunia Sis Zabrina. Prinsipnya mudah - belajar dan terus belajar. Jangan cepat merasa kita sudah bagus kerana di situ timbul riak. Diamlah kita di saat insan lain sedang berbicara, jangan cepat menyampuk atau mencelah walaupun mungkin kita lebih arif tentang topik yang diutarakan [baca selanjutnya Rahsia ke-16; Dengarlah, Ia pasti Berbaloi].

Cerita yang berasaskan kehidupan seharian seorang Muslim ini adalah calon Anugerah ‘King International Prize 2010’. Selayaknya, buku ini ditulis bukan hanya untuk suka-suka.

Tak percaya? Sila dapatkan buku ini. Anda pasti terasa 'kesan'nya! :D


B1G1 - Buy 1 Give 1 Free to others :))

Resipi Kehidupan [page 50]

Kedua tangan ditadah ke langit
dengan secubit kekesalan di dalam hati
pohonlah kemaafan sepanjang malam ke esok hari
dendam dihiris lumat, kasih ditabur mesra
ditangguk dengan senyuman ikhlas dan diadun sebati

Larutkan kebencian di hati diganti kebaikan
hulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan
gaulkan ketawa riang, kasih dan sayang dari hati
tambahkan kemaafan yang ikhlas, dan berikan kepada teman sejati!
Siapa yang mendapatnya, terserah kepada kamu
seluruh dunia boleh menerimanya, jika ini yang anda mahu!

Usahlah memperkecilkan apa jua perbuatan baik, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang tersenyum riang [page 178]

Senyum. Tak perlu kata apa-apa :))

Happy reading (^-<)

Isnin, 6 Jun 2011

Novel Jadi Drama/Filem

3:20 PTG 8 Comments
Dah lama nak tulis tentang ini tetapi asyik bertangguh je. Dengan mood masih malas menaip review, aku terasa mahu tulis cerita tentang ini kih5 :P

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan tanah air [baca: Malaysia] makin meriah dengan kisah-kisah drama atau filem yang diadaptasikan daripada novel.

Dulu pun dah ada macam drama Tak Tercapai Akalmu [Cinta Pertama], Dari Mata Arissa [Kau Sayangku], Tangisan Bulan Madu, Kau Laksana Bulan, Trilogi Cinta [Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, Tiada Lagi Mimpi], drama & filem Lembing Awang Pulang ke Dayang, teater Salina di Istana Budaya [dijangkakan tahun ini. I'm waiting for this!], doku-drama Manikam Kalbu, tetapi yang paling popular pastinya filem Lagenda Budak Setan dan drama Nora Elena [Kasih Yang Suci] yang makin meletup-letup di TV3 sekarang ini.

Akan datang akan ada filem Ombak Rindu dan teater Badai Semalam [tak berkesempatan nak beli tiket huhu5 ] dan Stanza Cinta [teringat Aween, aku belum baca yang ini hehe2] yang akan mula ditayangkan di TV3 19 Jun ini, serta 7 lagi novel yang bakal menjadi drama & telefilem. Novel terbitan Alaf 21 yang terlibat:-


1. Jauh – Aisya Sofea

2. Manisnya Cinta – Anis Ayuni

3. Kau Yang Satu – Nia Azalea

4. Tiada Yang Kedua – Sania Yasmin

5. Kau Untukku – Aisya Sofea

6. Bayangan Rindu – Anis Ayuni

7. Adam dan Hawa – Aisya Sofea

Maklumat lanjut, klik sini: Metro

Pronya? Pastilah menjadikan novel kembali popular. Ramai nak cari novel tu, penerbit pun akan mula sibuk cetak semula. Sekaligus nama penulisnya turut popular :D Aku suka yang ini sebab barulah ada di antara kita yang menyedari kita pun ada penulis-penulis yang hebat.

Yang tak bagusnya [my view], apa yang dijangkakan tidak seindah mana. Sebagai pembaca yang sudah 'menyelami' dan 'merasai' novel itu pastinya mengharapkan sesuatu yang lebih daripada apa yang dihidangkan di kaca televisyen. Betul! Itu yang aku mahu tetapi setakat ini tiada yang mampu mengesankan. Ada ketikanya terasa plotnya perlahan, watak-watak yang tidak kena pada tempatnya atau skrip yang longgar sedangkan isi novelnya tersangatlah superb [Macam tengok filem Ayat-ayat Cinta dengan baca novelnya, teramatlah lain!]. Aku memang minat menonton drama/filem tetapi biarlah ceritanya sama 'cantik' dengan novelnya. Barulah semangat nak tonton hik3 lalala5 :D

Tetapi mungkin aku kena sematkan di hati – imaginasi dan realiti TV tidak sama.

Walau bagaimanapun, aku sangat-sangat menantikan kemunculan Adam & Hawa. Mungkin sebab aku nak tahu siapa yang akan menjadi Adam? Pelakonnya mesti ada class, yang paling penting kena ada lesung pipit. Betullah, watak Adam kan begitu? hik3 lalala5 :P

Teringin juga lihat novel Ramlee Awang Murshid & Hlovate diadaptasikan. Pasti havoc! :D

Ps: Aku akan berkursus 3 hari + 2 hari cuti [balik kampung]. Till then, take care :D

Happy reading (^-<)

Khamis, 2 Jun 2011

Keputusan Cabaran 50 Buku/Novel - Mei 2011

11:47 PG 6 Comments
Keputusan Cabaran 50 Buku – Mei 2011 sudah keluar. Tahniah kepada para pemenang :D








Seperti gambar di atas, aku bulatkan 'kurang 7 bulan lagi' dan menggariskan 'masa pula seakan tidak mengizinkan.' Setuju 100%.

7 bulan lagi, tetapi masa berlalu sekejap saja. Hujung bulan ini aku sudah mula sem baru [sem terakhir, insyaAllah], makanya pembacaanku sudah akan beralih arah. Fokus mungkin agak kurang di novel [boleh percaya ke? kih5 P].

Cuma bila tiba bahagian bahasa tu aku agak lemah sikit hik3 lalala5 Memang tak pandai pun bidang ini, tetapi tetap akan cuba :D

Aku mahu clarify sesuatu di sini. Apa yang aku tulis adalah perkongsian rasaku. Tidak mengejar apa-apa dan tidak juga mengharapkan apa-apa. Ini gobok alam mayaku. Moga kamu mengerti. Pinjam ayat Pei Pan :-



'Aku menulis untuk diri sendiri dan bukan untuk kamu.'



Apa yang kurasa tak sama dengan kamu. Jangan marah-marah! Lepak sudah hik3 lalala5 :P

Ps: Hutang review makin bertambah! ngee~~ bila nak tulis tu? :P

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)