Annur Shanana
ISBN: 9789670535418
Penerbit: Buku Prima
- Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Oktober 2012
Halaman: 432
Harga: RM18.90
~ Rasaku… ~
Ceritanya buat aku teringat movie Hindi
bertajuk Nagin. Tapi ya, ia bukan kisah copy-paste filem Bollywood itu. Tidak,
jadi jangan risau :P
Kaira. Menjadi seorang Kaira itu terlalu
menyakitkan. Fizikalnya yang separuh cacat dan hodoh jadi bahan hinaan dan
cercaan. Kasihan! Anak gadis sekecil itu dilayan seperti sampah. Sudahlah ibu
sendiri menggelarkannya sial lalu pergi meninggalkannya, orang luar apatah
lagi.
Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sudah
lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, dia sanggup mengupah Daud untuk
membakar rumah Kaira. Namun takdir, umur Kaira masih panjang. Sebaliknya nenek
kesayangannya yang terbunuh.
Kaira membawa diri. Rasa sedih dan dendam
mengawal dirinya. Dan keadaannya itu menyebabkan dia mudah tertewas dengan
hasutan Raja Ganerin; raja ular jadian. Syarat dimeterai. Balasannya kini Kaira
adalah sang ratu cantik yang berbisa. Sampai sudah saatnya melunaskan dendam.
Satu per satu, semua yang pernah menyakitinya harus dihabiskan.
Namun kuasa cinta mengubah Kaira.
Keadaannya menjadi sukar. Kerana cinta manusia hanya akan menjadi racun buat
dirinya. Bagaimana mahu menolak Rafli, sedang hatinya terbakar dek panahan mata
sang lelaki budiman itu? Benarkah kata Raja Ganerin, yang jasad Kaira saja yang
masih manusia sedangkan jiwanya sudah lama mati? Pheww… sila-sila dapatkan
naskhah ini di pasaran.
Aku suka dengan plot ceritanya yang
teratur. Pace pula tidak terlalu tergesa-gesa dan tidak juga lambat. Buat aku rasa selesa untuk menikmatinya.
Penulisnya bijak mengawal suasana, sedikit demi sedikit membina rasa teruja
hinggalah ke titik penamatnya.
Laras bahasa yang mudah dan santai. Yalah,
ceritanya sudah serius, kalau bahasanya kaku kita pula yang tegang hahaha Dan
aku suka dengan mesej tersirat yang ada dalam novel ini. Manusia… bila nafsu mengawal
akal. Pertimbangan hilang melayang… hati-hati wahai teman!
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Terima kasih :)Izinkan saya share ya
Annur Shanana,
Sama-sama. Silakan cik penulis. Moga ada manfaatnya bersama :))
Catat Ulasan