Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Khamis, 30 Julai 2009

Opposites Attract

11:44 PG 0 Comments
JUDUL: OPPOSITES ATTRACT
PENULIS: JAT
TERBITAN:
http://avoid-bunch-up.blogspot.com/

~ Rasaku… ~

Waa… napa aku sangat rajin menghadap komputer? Hahaha… tak tahu la napa, yang pastinya aku tersangat bosanlah menghadap costing yang berlambak tu. Otak pun makin tepu dengan terma-terma law yang rasanya dah tak mampu kuhadamkan lagi huhuhu

Kali ni tertarik dengan review Cik Ulatbuku, so aku pun menjelajah mencari e-novel ni. Waktu masuk je, lega-lega hijaunya… mendamaikan hihihi lagipun, aku mmg malas nak duk depan komputer lama-lama, so lucky cerita ni ada 11 episod je =)

OA tentang budak-budak sekolah, anak remaja yang ingin mengenal dunia. Tapi bukan takat tu je… kisah ini membesar bersama-sama watak-wataknya yang juga turut membesar mengikut waktu. Suka dengan Atia Hanan yang pemalu, Aliff Izwan yang nakal dan Yusra teman yang memahami. Sememangnya alam persekolahan adalah kenangan yang paling manis.

Atia gadis yang penuh adab. Sopan, pemalu yang membuatkan hati jejaka ini bergetar hebat, siapa? Aliff Izwan la hihihi

Aliff Izwan ni agak nakal orangnya. Yalah, nak pikat ‘ustazah’ kan? Macam-macam cara dia cuba, nasib baik la dia kamceng ngan ummi Atia, Auntie Aisyah & juga abang Atia, Ilham. Best betul dapat family cam ni kan? Tersangatlah sporting hihihi

Kasihan Aliff… puas mengintai, bagi hint… si Atia buat dek je. Tapi takpe la Aliff, berbaloi juga menunggu. Penantian itu memang satu penyeksaan tapi hasilnya memang best… Aliff & Atia, I like this sweet lovey-couple hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Ternyata Cinta

9:43 PG 0 Comments

JUDUL: TERNYATA CINTA
PENULIS: DAMYA HANNA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ok, membaca karyanya buat kali kedua buat aku rasa… ala, napa tak macam BH? hehehe… bukan apa Cuma BH bagi kesan yang mendalam tapi kali ni dalam TC, aku macam tercari-cari kekuatan watak-wataknya. Mungkin saja sebab si Qasdina tu kuat betul berangan hingga boleh dikatakan tabiatnya itu menyebabkan dia kelihatan tidak reliable.

Menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Qasdina yang mempunyai dua orang adik, Qiyanah dan Hafiz dan seorang ayah yang mempunyai masalah kewangan. Dia seorang lepasan Diploma dalam bidang Fesyen dan bekerja sebagai kerani biasa disebuah syarikat pengiklanan dan dinaikkan pangkat oleh empunya syarikat ke pembantu peribadi kepada anak angkat empunya syarikat.

Walaupun sikap berangannya sangat terkenal di pejabatnya, entah kenapa bos kat tempat dia tu nak dia jadi penolong pengurus namun dibantah keras oleh Zariel. Zariel yang mulanya masuk dalam list lelaki idaman Qasdina terus terkeluar dari senarai. Dia nak buru lelaki yang kaya, hensem dan romantis namun hatinya lebih terpaut kepada Iqram, lelaki yang kelihatan sederhana, caring dan romantis. Kebencian Qasdina kepada Zariel makin bertambah apabila kemalangan yang memusnahkan masa depan adiknya adalah berpunca dari kelalaian Zariel.

Dengan dugaan hidup yang mendatang, Qasdina seperti tidak berubah atau terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya, dia tetap dia namun segalanya dihadapi dengan tabah dan sabar. Tapi tu la, tahap berangan dia tu tinggi betul segala macam-macam tiang dia dah sondol, tiang bas dah, tiang tepi jalan pun ada hahaha..

Jalan cerita agak menarik, tapi, disebabkan ‘gadis yang suka berangan’ buat aku rasa bosan. Malah tiada watak antagonis yang benar-benar ‘menjadi’ yang menambah rencah dalam cerita ni buat cerita ni kelihatan hambar sekali. But, overall… ia masih tak mengecewakan.

Happy reading (^-<)

Rabu, 29 Julai 2009

Rindu Cintaku

9:13 PG 0 Comments

JUDUL: RINDU CINTAKU
PENULIS: FAUZIAH ASHARI
TERBITAN: INTENS MEDIA INTERNATIONAL SDN BHD


~ Rasaku… ~

Sequel kesinambungan Ombak Rindu & Cinta Tiada Akhirnya, kali ini Fauziah Ashari mengimbas kembali kisah-kisah Hariz dan Izzah. Dan rasanya pada pembaca setia cerita ini, memang wajiblah beli sebagai koleksi anda & akan lengkaplah trilogi kisah Izzah-Hariz ni. Aku review ini dulu sebab yang ni je ada dalam simpanan. Yang lagi dua tu ada orang pinjam hehehe

Kali ni kisah berkisar tentang rumah tangga pasangan ini. Izzah yang masih lagi tak berupaya mengingati keseluruhan kisah silam. Hariz yang pula terumbang-ambing diuji dengan segala macam masalah pejabat. Dia juga telah meninggalkan Sufiah Holdings kerana kewujudan orang ketiga yang dendam dengannya.

Dalam novel ini, watak-watak dalam OR muncul kembali dan membawa pembaca ke dunia kejahatan dan penuh maksiat yang tidak terfikir oleh pembaca yang tenang. Pelbagai dugaan diuji atas Hariz mahupun Izzah. Ada juga diselitkan watak ZulFaris dalam Setia Menanti dan menjadi bos kepada Izzah. Watak Kelvin dan Roland juga termasuk dalam novel kali ini, dan mewarnai cerita ini, bergaduh, pub dan arak...

Kasihan juga dengan Hariz, kerana gara-gara Elis-adik Maya, dia dibelasah teruk oleh keluarga bekas mentuanya tu. Sebabnya Elis mengaku yang Hariz dah meragut kesuciannya & dia kini mengandungkan anak Hariz. Waa… kasihan Izzah. Akhirnya mesti happy ending... Kemelut kisah cinta Izzah-Hariz akhirnya bahagia bersama Asyanur Juni Ibtisam dan Haji Hariz Abdullah, and on the way baby coming hik3 lalala5

Overall walaupun aku rasa garapannya kali ini kemas berbanding yang sebelumnya, tapi ia kurang memberi kesan dalam hatiku. Jika ditanya yang mana menjadi pujaan, pastinya OR adalah yang terbaik antara trilogi novel ni.

Happy reading (^-<)

Selasa, 28 Julai 2009

Kisah Di Hati

10:42 PG 0 Comments

JUDUL: KISAH DI HATI
PENULIS: CT ZURAIMI
TERBITAN: http://pena2ku.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

E-novel kedua yang aku habiskan selepas karya Cik Cucuratap. Kali ni cerita garapan Ct Zuraimi ini ternyata tidak mengecewakan aku. Gaya tulisannya macam penulis yang dah menerbitkan novel sendiri. Tulisan pun cukup sempoi. Congrat sis!

Kisahnya cukup menarik. Ia tentang Aliah Aqilah & Ali Kamil. Perhubungan ini direncanakan oleh abang Aliah sendiri, Azman. Pada mulanya Aliah menolak. Aku kira mesti sebab pakwe ni. Yeah, tepat sekali. Tapi masalahnya Aliah je yang sukakan lelaki tu. Lelaki tu entah hilang ke mana? Kira macam secret admirer la.

Begini ceritanya, sewaktu Aliah sekolah dulu, dia ada berjumpa dengan 2 brothers yang menjual pisang goreng. Tak tahu kenapa hatinya benar-benar tertarik dengan abang yang digelar Ali tu. Dalam diam dia ada terdengar bualan 2 brothers tu, yang mengatakan lagi 12 tahun baru lah dia akan kahwin. Dan Aliah menyimpul hasrat, lagi 12 tahun dia akan bergelar isteri. Isteri pada Abang Ali nya.

Tapi takdir itu sememangnya berbeza. Jalanan kisah Aliah pastinya sudah tertulis. Abang Azman nekad menerima pinangan Kamil sebab? Azman nak kerja oversea & tak nak tinggal adik dia sorang-sorang tanpa ada orang yang boleh jaga hahaha… so tricky la abang Aliah ni. Lagipun, dia percaya pada Kamil sorang je sebab Kamil ni bestfriend dia.

Kelakar juga baca hubungan Aliah-Kamil ni. Aliah selalu tayang muka toya hahaha Si mamat nama Kamil ni pula memang tangkap leleh dah. Paling kelakar time Kamil ajak Aliah kahwin. Gedebuk Aliah pengsan hahaha

Apa yang berlaku pun, mereka tetap kahwin lepas tu. Dan malam pertama membuka sejarah baru pada Aliah. Apa tu? Ha, baca la e-novel ni. Anda pastinya tersenyum sendiri… hik3 lalala5

"Mungkin kita dah ditakdirkan untuk bersama.." ~ Ali Kamil, terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Bagaikan sumpahan. Tapi, kenangan itu bukanlah paksaan. Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bertemu jua..
"Saya suka dia, tapi tak tahu kat mana nak cari.." ~ Aliah Aqilah, terkenang seseorang. Walau pernah dilukakan, bukan sebab itu dia terpaksa mengecewakan hati orang lain. Kisah di hati, tak siapa yang tahu..

Happy reading (^-<)

Jumaat, 24 Julai 2009

Sejujur Hatimu

9:19 PG 4 Comments

JUDUL: SEJUJUR HATIMU
PENULIS: UMI AZRINI
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Bila dah lama tak baca kisah cinta selepas kahwin, semangat aku berkobar-kobar lak hehe… layan lak waktu malam, terasa overdose jiwang aku hik3 lalala5

Reen & Fahrin, walau bersaudara, namun hubungan mereka sedingin salju. Fahrin yang bijak dan berkarisma menjadi kebanggaan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan perhubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing2 menginjak dewasa. Tapi cam pelik lak, tak kan sebab tu je Reen benci sangat-sangat dengan Fahrin?

Diorang ni ada tarikan fizikal antara satu sama lain. Tapi kerana Fahrin dicabar kekasihnya Maya seorang pelakon, Fahrin mahu membuktikan yang dia juga boleh berlakon dengan orang lain dan nak tengok if Maya jelous or not. Kamal mengambil kesempatan dari keadaan ini & berjaya menghasut Fahrin supaya memaksa Reen mengahwininya. Reen terpaksa menerima kerana aturan famili, lagipun bapa dia memang garang gila. Diorang dah lama berkenan dengan anak saudara diorang tu, dah la doktor, hensem dan baik hati pulak tu. Masalahnya Reen dengan Fahrin ni tak leh jumpa, jumpa je perang meletus, tapi dalam gaduh-gaduh tu ada juga cinta di hati. Kamal tahu masa diorang remaja dulu, Fahrin ada hati kat Reen tapi Reen tu garang nak mampus. Ikutla perangai bapa dia hehehe

Tak sangka la tercetus nama "JoAnn Book Corner" dalam cerita ni. Tu kan kedai buku milik Anneesa dan Joane dlm buku "Mencari Cinta". Buat aku tertanya2, Annessa dengan Faris tu dah kahwin belum? hehehe

Pepatah ada mengatakan, "Mungkin ALLAH menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang tepat." Benarkah?

Happy reading (^-<)

Khamis, 23 Julai 2009

Bayangan Rindu

9:53 PG 0 Comments

JUDUL: BAYANGAN RINDU
PENULIS: ANIS AYUNI
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD

~ Rasaku… ~

Cerita ini bermula dengan alam persekolahan sehinggalah watak-wataknya membesar, cerita yang dikisarkan secara kronologi ini amat mudah difahami. Kisah cinta Iddya dan Baien dari zaman persekolahan berakhir Baein mungkir janji dengan mengahwini Ivy di luar negara. Iddya patah hati.

Ketika bekerja, Iddya bertemu dengan Lutfi. Itu pun kebetulan kerana satu insiden Iddya ingin melarikan diri dari diganggu. Hati Iddya terpaut pada duda beranak satu itu. Pergh... Ketika Iddya menyulam kasih baru bersama Lufti, dia bertemu semula dengan Kiew. Pergaulan mereka masih seperti dulu, tak berselindung, tiada nak control-control ayu.

Tak sangka la pulak hubungan Iddya dan Lufti akan clash sebegitu rupa kerana rupa-rupanya Lufti tu saudara sesusu Iddya. Sekali lagi Iddya patah hati. Kali ini dia ke Perth bagi memujuk hatinya. Saat itu Kiew datang berkongsi rasa. Cuba menarik Iddya dari terus larut dengan perasaan sedihnya.

Tapi takdir membawa Baein kembali. Cuba meraih cinta yang tak jadi. Tetapi hati Iddya sudah tiada, dibawa lari oleh si Umar Aisy! Eh! Celah mana pula watak Umar Aisy ni? Ha, kena bacalah kan :D

Di sini aku mengenali pohon jacaranda. Indah lak menyelami saat mereka duduk ketawa di pohon itu. Duduk berteduh untuk menyembuhkan luka di hati. So, kat mana nak cari pokok tu?

Que sera, sera. Whatever will be... will be... The future's not ours to see. Que sera, sera. What will be... will be..

Happy reading (^-<)

Rabu, 22 Julai 2009

Semusim Rindu

9:49 PG 0 Comments

JUDUL: SEMUSIM RINDU
PENULIS: ALEYA ANEESA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Watak utama Hajar Adira, watak yang degil, pendendam, banyak menyimpan kisah sedih yang tak dapat dilupakan. Watak hero si Ikhman ni digambarkan anak yang baik, abang yang baik dengan adik-adik, solat, tapi ramai awek, yang lebih menghairankan dia ni memang la syok kat Hajar tapi lebih banyak menyakitkan hati Hajar. Eee… ego nak mampus itu mamat.

Mari flashback tentang kehidupan Hajar. Dia kehilangan kedua ibu bapa sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama Mak Long Nazimah. Mak Longnya sangat kejam dan selalu mendera Hajar. Akhirnya setelah 5 tahun tinggal bersama Mak Long, Hajar mengambil keputusan untuk melarikan diri ke rumah Mak Ngah Nasriah yang berada di JB. Setelah tiba di perhentian bas JB, Hajar tidak tau mana harus dituju. Di situ dia dijumpai oleh Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah. Oleh kerana pasangan ini sudah lama tidak mempunyai anak terus mengambil Hajar sebagai anak angkat. Firdaus watak bapa angkat Hajar pun mula-masa masa ambil Hajar dia baik, jaga Hajar macam anak sendiri walaupun kemudian dia mendapat zuriat sendiri. Tapi bila dapat peluang melanjutkan pelajaran dia tak bagi, Hajar yang sara keluarga lepas isterinya mati dan dia lumpuh akibat kemalangan. Kesian dia, Hajar seorang yang cekal. Buat dua kerja dalam menampung kehidupan keluarga.

Kemudian dia berjumpa dengan Ikhman, yang suka sangat meyakitinya. Waa… macam-macam la yang jadi. Hinggakan terbongkarnya rahsia siapa Hajar Adira yang sebenarnya. Waa… cerita ini sangat sedih huhuhu

Anak Mak Long iaitu Azim juga telah jatuh hati dengan Hajar tapi Hajar tidak berperasaan begitu. Azim yang telah bertunang dengan Yuha secara tidak rela ingin memutuskan pertunangannya dengan Yuha. Akhirnya Hani dan Ikhman disatukan sebagai suami isteri sebagai mematuhi wasiat. Tapi selama itu mereka tidak tinggal bersama. Pelbagai peristiwa berlaku dan akhirnya telah membuatkan Hajar membawa diri ke Jepun untuk menyambung belajar.

Yang pasti kesudahannya tetap menarik. Mahu tau? Baca jangan tak baca hehehe

Happy reading (^-<)

Selasa, 21 Julai 2009

Aku Di Hatimu

9:55 PG 0 Comments

JUDUL: AKU DI HATIMU
PENULIS: H.M. TUAH ISKANDAR
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD

~ Rasaku… ~

Erm, aku tak tahu mahu klasifikasikan cerita ini sebagai apa? Malah aku sendiri fikir macam mana Rani terfikir untuk hadiahkan novel ini padaku. Sangat2 hairan kerana ‘adik’ku itu bukannya seorang yang pemikir. Malah rasanya cerita ini terlalu berat untuknya.

Ia tentang apa? Di dalamnya penuh dengan motivasi dan mampu membangkitkan serta menyuntik semangat dan aku kira mampu menguatkan hati yang terluka. Ia adalah sebuah cerita yang mampu memotivasikan pembaca itu sendiri. Tapi maaf, aku kira ia bukanlah genre yang aku minat. Aku kira buku ceramah motivasinya lebih-lebih baik dari novel ini. Cerita ini buat aku membandingkannya dengan Original. Yang nyata novelnya itu lebih memberi kesan dari ADH.

Ia tentang Izam dan Inspiron bukan kembar, tetapi mereka mempunyai persamaan dari segala segi. Malah, mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Namun, apa yang difikirkan oleh Izam turut difikirkan oleh Inspiron hingga gambaran mental Izam tentang seorang gadis bernama Salie turut ada dalam fikiran Inspiron.

Mereka berlumba-lumba untuk memenangi hati Salie tanpa mengenal batas dunia masing-masing. Yang mereka sangkakan Salie itu sebenarnya bernama Lia, teman wanita seorang pemuda bernama Oberoi. Keadaan tiba-tiba menjadi gawat apabila Oberoi ditemui mati dibunuh.

Dan penghujungnya? Pasti buat anda menarik nafas lega. Rahsia keluarga ini dibongkar. Dan kebahagiaan pasti ada pada Izam dan juga Inspiron.

Happy reading (^-<)

Isnin, 20 Julai 2009

Bidadara

10:48 PG 2 Comments

JUDUL: BIDADARA
PENULIS: CUCURATAP
TERBITAN: http://cucuratap.blogspot.com/



~ Rasaku… ~

Ehem2, testing 123… hahaha for the 1st time aku nak bicara tentang karya online. Thanks pada Cik Cucuratap yang sangat famous itu kerana memberi keizinan.

Cerita ni aku bahagikan kepada 2 bahagian.

[Bidadara]
Ia tentang Nisrin yang bertembung dengan Luth Zafran. Pertemuan yang sangat sweet. Menimbulkan satu rasa asing dalam jiwa Nisrin. Tapi sayang lak, time tu Luth dah ada awek. Tapi dek kerana aweknya yang banyak sangat peelnya, hati Luth berubah arah.

Dalam pada tu Nisrin juga bertemu I’zrael… time ni lawak la, rasa nak gelak je dengar nama ni. Memang menakutkan, apa lagi bertemu di hospital hahaha... Nice work author!

Dalam diam I’zrael pun suka dekat Nisrin tapi tu la Nisrin dah jatuh hati kat Uncle Long dia, means Luth. So sweet. Bunga-bunga cinta yang sangat comel. Suka sangat masa Uncle Long pujuk Nisrin, suka juga masa Nisrin bagitahu isi hati dia. Waa… rasa macam aku je yang jadi Nisrin tu. Where to find that so-romantic-guy name Luth Zafran?

Aku suka garapannya. Ayat yang simple tapi bila time romance… so cheesy la Cik Cucuratap. Kadang2 rasa macam ada iras-iras Hlovate je, tapi jangan salah ok. Cik Cucuratap bukannya Hlovate. Caranya tersangat lain dari Hlovate.

Kisah ni takde konflik yang serius. So simple & too straight forward. Apa yang pasti anda pasti sukakan hasil karya e-novel ini. Sebab cerita yang sangat menarik. The end? Baca sendiri ya hik3 lalala5

[Bidadara : Another Part]
Kisah ini berkisar tentang adik Nisrin pula. Si Nisa dan I’zrael. Waa pasangan ideal ni tau. Rupanya Nisa dah lama sukakan I’zrael. Sejak masa mereka jumpa dulu. Kiranya cinta monyet si Nisa ni la.

I’zrael lak dah tak dapat kakaknya kan, so rasa-rasa adik dia pun ok juga. Suka watak I’zrael yang sangat-sangat cool, sangat-sangat romantik. Ada aura cam Luth juga. Terlalu pandai memujuk. Sentiasa prepare Famous Amos tuk Nisa, kalau la ada emergency case… apa tu? Time Nisa merajuk la hahaha

Aku memang dah cair gila la masa baca part 2 ni… I’zrael panggil Nisa 'baby'… aiseyman, gila punya sayang. Tapi di pertengahan cerita, Nisa dikejutkan dengan berita abang Iz nak kahwin? Waa, merana cik Nisa ya. Dan Iz memang sangat pandai bagi kejutan!

Ada juga kisah Luth & Nisrin dan anak-anak yang comel. Opps… macam ter'reveal' lak kisah Bidadara hahaha

To Cik Cucuratapyou’re just amazing. Even that is only your ‘conteng-conteng’, but the truth is the best ‘conteng-conteng’ la… rasa cam dah melekat terus. So, pada teman2 yang mahukan kelainan, rasanya boleh la lawat blog ni. Selain e-novel itu, ada juga cerpen-cerpen dan novel lain yang dalam pembikinan.

Ps: Cik Cucuratap tak mahu publish ke that ‘conteng-conteng’? =)

Happy reading (^-<)

Bisikan Kasih

9:30 PG 0 Comments

JUDUL: BISIKAN KASIH
PENULIS: NORHAYATI ABD MALEK
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD



~ Rasaku… ~

Novel ni tentang pasangan yang dikahwinkan atas aturan keluarga. Aku ingatkan itu saja tapi rupanya ada lebih dari tu. Kisah hitam antara 2 watak utama ini, antara Fatihah dan Munir.

Walau setelah berkahwin, Fatihah masih sukar menerima suaminya itu. Namun, harus diakui dalam benci ada cinta. Dalam menyampah ada rindu. Mana mungkin mengelak andai dirinya sendiri dilayan bak puteri raja?

Tapi ada sejarah yang melukakan. Aduh, asal gitu? Kelukaan tu buat Fatihah benci. Kerana Munir, dia hilang teman… hilang kepercayaan. Semua orang bencikan dia. Sememangnya cinta Fatihah amat melukakan.

Ada watak Arman yang sukakan Fatihah. Sayang lak Fatihah tak ada lak feeling kat budak tu huhuhu bertepuk sebelah tangan je la nampaknya ye Arman.

Kisah ini penghujungnya agak sedih. Kenapa? Waa… aku baru je baca part bunga-bunga cinta aleh-aleh… the end! Ces, memang tak puas hati huhuhu

Happy reading (^-<)

Jumaat, 17 Julai 2009

Sayang Tak Terucap

12:17 PTG 0 Comments

JUDUL: SAYANG TAK TERUCAP
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Secara keseluruhan aku memang suka jalan ceritanya. Sabarnya Delilah & ibunya Hajah Mawar. Bolehkah aku sesabar mereka? Aku kagum watak yang ditonjolkan oleh NB iaitu watak Haji Abdullah. Walaupun buta tapi hatinya tak buta.

Awal-awal lagi aku dah agak Mansor itu adalah Rosman. Aku benci dengan watak Rosman & adiknya Radzi. Macam orang tak de pegangan agama. Tapi, bagus sebab itu adalah salah satu kekuatan untuk novel ini. Kalau semuanya watak yang ditonjolkan baik, jalan cerita tu akan jadi bosan pulak ye tak?

Part yang paling sedih di mana saat-saat datuk Delilah hendak menghembuskan nafas terakhirnya & saat Delilah terkenangkan datuknya. Delilah terkenangkan zaman susahnya begitu juga dengan ibunya menceritakan zaman susahnya.
Afnan terkenangkan zaman susahnya ~ part ni paling sedih sesangat, terutama part dia nak beli goreng pisang sewaktu mengikuti rombongan sekolahnya membuat lawatan. Hanya 20 sen ada dalam poket. Dan di sini mereka bertemu. Delilah yang memberi pisang goreng 3 keping pada Afnan dengan harga hanya 20 sen. Tersentuh hatiku. Betapa kemiskinan tidak pernah menghalang mereka untuk meneruskan pelajaran sehingga menjadi manusia yang berjaya.

Aku salute pada Delilah kerana berjaya mengubah sikap anak-anak Tan Sri Aminuddin sedangkan ibu & ayah mereka pun tak mampu nak mengubah mereka. Mungkin kerana kelembutan semulajadi yang ada pada Delilah ditambah dengan kebijaksanaan beliau berjaya mengubah sikap mereka.

Aku suka penghujungnya. Kebahagiaan yang menyinari kehidupan Delilah. Rasa untuk memuja Afnan juga ada sebab membaca email Afnan kepada ayah Delilah, masa nak melamar Delilah. Waa… ada ke lelaki macam ni?

Thanks pada Yang… dia menghadiahkan novel ni padaku. Erm, agak-agak birthday tahun ni leh dapat lagi tak? hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Khamis, 16 Julai 2009

Mimpi Kita Serupa

10:14 PG 0 Comments

JUDUL: MIMPI KITA SERUPA
PENULIS: SITI HAZNEZA ABDUL HAMID
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD


~ Rasaku… ~

Cerita ni pun cam cerita salin tikar hehehe
MKS kisah tentang dua beradik kembar. Cerita tentang Fawwaz dan Syafiq. Kisah mereka membesar dan menempuh kehidupan. Terselit kisah cinta yang bersegi-segi melibatkan dua beradik ini dengan seorang wanita yang sama.

Yang Hasmira gadis yang dipuja Fawwaz dalam diam. Kebetulan juga rasa itu dikongsi bersama oleh abangnya, Syafiq. Kebetulan barangkali... Namun ada jangkauan yang dapat dibaca. Yang Hasmira sememangnya mencintai Syafiq sejak dari dahulu lagi. Dan di sebalik wajah Syafiq yang selamba, Fawwaz tidak menduga abangnya turut meminati gadis yang sama. Lalu apa dayanya?

Fawwaz membiarkan hati lelakinya basah dengan air mata... Bertahun lamanya begitu. Tanpa Fawwaz tahu, Yang Hasmira turut derita kerana merinduinya. Derita kerana dilarang walau menyebut namanya, apatah lagi berbicara seperti waktu-waktu sebelumnya. Yang Hasmira duka kerana kehilangan seorang sahabat sebaik Fawwaz biarpun kini mereka sekeluarga.

Kemarahan Yang Hasmira meletus bila suaminya terdetik keraguan atas kesetiaannya yang tak berbelah bagi walaupun dia sentiasa merindui Fawwaz, dia tak benarkan langsung dirinya terserempak dengan Fawwaz, begitu juga Fawwaz yg begitu menghormati keputusan Syafiq. Bila dapat anak Syafiq beri nama anak itu 'Fawwaz' supaya Yang Hasmira dpt menyebut nama yang dirindui itu tanpa teragak-agak. Rasa kagum pulak dengan Syafiq kerana tahu menyelesaikan masalah rindu dendam antara mereka bertiga.

Dan jodoh itu sememangnya urusan Tuhan... Bila sampai masanya akan termeterai juga tanpa ada siapa yang menjangka... yang mengingatkan aku pada suatu pepatah yang amat popular. "If you love someone, set them free, if they come back they're yours; if they don't they never were - Richard Bach"

Sememangnya cinta itu pelik kan? hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Rabu, 15 Julai 2009

Rahsia Perindu

10:39 PG 0 Comments

JUDUL: RAHSIA PERINDU
PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

"Tanpamu aku tak mampu bernafas sendiri"
Membaca blurb di muka depan cover novel buat aku rasa ok, cerita ni tak berat. Tapi tu la… bila masa pula RAM menulis cerita ringan santai? Bukankah trademark RAM sudah pun terbilang dengan skil penulisan thriller hahaha tertipu lagi aku…

Novel ini mengisahkan tentang seorang peguam yang bernama Amylia. Sepanjang penceritaan ini, Amylia berusaha untuk menyelamatkan Leopard; anak guamannya daripada hukuman mahkamah atas tuduhan membunuh. Dalam usahanya itu, Amylia turut dibantu oleh Dr. Azlan, yang merupakan pakar psikiatri. Mereka mengesyaki bahawa Leopard mempunyai masalah mental dan seharusnya diberi hukuman lebih ringan atas perilakunya itu. Segalanya menjadi rumit apabila Amylia pula yang seakan-akan mengalami masalah jiwa di mana dia sering diganggu oleh "seseorang". Ke arah klimaks novel ini, pelbagai twist menarik disajikan kepada para pembaca contohnya tentang identiti sebenar Amylia dan Leopard.

Satu perkara tentang novel ini, anda dilarang untuk melangkau pembacaan. Jika tidak, pasti akan terkeliru atau mungkin kehilangan segala isi cerita. Hal ini sedikit sebanyak melambatkan proses pembacaan aku. Tapi aku tidak pernah berasa bosan atau muak tatkala membaca novel ini. Menyentuh sedikit tentang pengakhiran novel ini, sesetengah pembaca mungkin akan berasa tertipu oleh twist yang ada pada novel ini. Namun, bagi aku "penipuan" RAM sangat berkesan.

Novel yang penuh debaran yang menggelisahkan. Ia sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda! Seperti mana pesan di akhir buku ni "BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KEMUNGKINAN IA SEKADAR FANTASI."

Happy reading (^-<)

Mencari Cinta

10:02 PG 0 Comments

JUDUL: MENCARI CINTA
PENULIS: LEEYA MYRA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD


~ Rasaku… ~

Masa pegang buku ni semangat dah berkobar-kobar, after this I should know what love is… tapi, bila dah habis baca, aku rasa makin keliru pula hihihi cinta, apa maknanya?

Cerita pasal Annessa (Ann). Episod Ann dalam mencari cinta hatinya sendiri. Aku suka baca puisi di permulaan cerita ni. Sangat menyentuh jiwa, aku rasa amat terkesan. Syabas penulis!

Ann seorang gadis yang biasa-biasa aku kira kalau mengikut tulisan ni. Namun dia punya aura yang kuat hinggakan dicintai 3 lelaki sekali gus. Dasyat sungguh penangan Ann ni ye. Rizman, teman sewaktu zaman persekolahan cuba mengintai peluang. Kemunculan Faris yang jatuh cinta pandang pertama dengan Ann. Sangat seronok baca kisah si Faris yang jatuh hati sebab selalu terserempak dengan Ann masa naik tren hahaha

Watak Ilham, lelaki pujaan Ann sejak dia berumur 16 tahun. Lelaki yang sebenarnya ditunggu oleh Ann. Aku tak tahu apa yang didambakan oleh Ann ni. Walau pada mulanya dia tak begitu kisahkan Ilham, tapi hatinya menjerit-jerit suka kan Ilham. Oh ya, ada watak Sofia yang merupakan teman baik Ann. Dia juga merupakan isteri Ilham. Tak sangka Ilham dah berkahwin tapi kepulangan Ilham dari Jepun adalah untuk melepaskan Sofia. Means divorce… time ni aku terasa Ilham bukanlah lelaki yang sesuai untuk dipuja.

Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Ann. Bagi Ann, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih. Tidak juga betul atau salah. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Adilkah Ann mengejar mimpi andai dirinya sudah menyambut huluran pinangan Faris?

Di penghujung cerita ini ada sesuatu yang manis untuk dikenang. Ending yang aku kira adalah satu permulaan cinta yang sebenar. Baik pada Ann atau Faris, Ilham, Rizman… cinta sememangnya sesuatu yang di luar batasan logik fikiran.

Oh ya, thanks pada temanku, Cik Siti yang menghadiahkan novel ni untukku. Erm, ada makna ya? hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Selasa, 14 Julai 2009

Masih Ada Rindu

11:36 PG 2 Comments


JUDUL: MASIH ADA RINDU
PENULIS: MIMIE AFINIE
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Kisah tentang cinta Syafika dan Hakim. Kisah cinta yang membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Namun sayang, hubungan cinta ni tak direstui oleh keluarga Syafika. Pada ibunya, Syafika terlalu muda untuk bergelar isteri. Hurm, betul jugak kan kata mak Syafika tu? hahaha

Episod perkahwinan mereka tak la panas hingga ke petang. Dalam kebahagiaan berbulan madu, Hakim pergi meninggalkan isterinya. Hakim menghidap penyakit asma. Kasihan Syafika sebab lepas permergian Hakim, barulah dia tahu yang dia berbadan dua huhuhu

Kehadiran Hadi, abang Hakim yang pulang dari luar Negara membawa pelbagai rasa dalam jiwa Syafika. Apatah lagi anaknya benar-benar rapat dengan ‘Papa’ Hadinya. Hadi sendiri sudah pun jatuh hati dengan adik iparnya sendiri. Erm, rasa cam part tukar tikar je hahaha lelaki pun boleh consider cam tu ke?

Tapi, masa Syafika nak menghulurkan cintanya ada pula scene yang tak seharusnya terjadi. Haishh, tak pasal-pasal Syafika lari membawa diri. Pemergian Syafika dan anaknya memberi kesan yang mendalam dalam hidup Hadi. Yang disayang tak mampu dilupa. Dalam pelarian itu Syafika mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia. Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya. Mahu atau tidak… Hadi masih melekat kuat dalam ingatan.

Cerita ni agak simple buat aku. Tak perlu nak berat-berat kepala fikir apa yang jadi di setiap episod. Because for me it’s predictable story.

Happy reading (^-<)

Isnin, 13 Julai 2009

Egois

10:16 PG 0 Comments


JUDUL: EGOIS
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Kisah tentang Atia dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sebagai sahabat.

Fikri sering meluahkan perasaan cintanya pada Atia tapi Atia hanya menyambutnya dengan ketawa. Fikri tak sure dengan perasaan Atia yang tak pernah diluahkan dengan kata-kata. Dia ingin menguji dan memecahkan ego Atia dengan mereka cerita yg kononnya dia telah bertunang. Tika ni, Atia hancur. Dia berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu.

Kerana kecewa mendengar cerita pertunangan Fikri, Atia selalu mengunjungi Mak Longnya ketika hujung minggu. Dari situ, hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat. Haji Idris melahirkan kebimbangannya apabila Azali mahu meminang Atia. Mereka tidak boleh berkahwin kerana mereka adik-beradik. Sebelum Haji Idris berkahwin dengan Ramlah, dia pernah berkahwin dengan Hasnah ataupun Mak Long, emak kepada Azali. Berita tersebut membuat Atia bertambah luka dan dia membuat keputusan untuk ke luar negara mengubati hatinya yang terluka.

Fikri cuba membetulkan keadaan tapi Atia enggan mendengar malah berhajat untuk berhenti kerja sebagai remiser dan bekerja di hotel di Hong Kong. Baru la kalut si Fikri menceritakan hal sebenar kepada kakak Atia dn rakan baik Atia. Dengan bantuan beberapa orang terdekat, Atia diculik dan dilarikan. Fikri explain semuanya tapi malam tu diorang kena komplot tangkap basah yang Fikri sendiri tak menyangka.. hahaha cian diorang ni, lain yang diplan lain lak yang jadi hahaha Hingga ke akhir cerita, sampai ke sudah Atia tak sekali pun melafaz kata cinta pada Fikri dan Fikri dah tak peduli, yang dia tahu Atia kini kekal hak miliknya.

Aku amat suka dengan karya-karya NB sebab selalunya cerita yang disampaikan amat lekat di hati. Dengan bahasa yang mudah difahami, aku meletakkan NB di antara tempat yang tertinggi dihatiku. Kes ni selalunya terjadi bila pergi kedai buku. Tengok je karya NB, memang dah tak fikir banyak kali la… terus grab hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Jumaat, 10 Julai 2009

Demi Kasih Demi Sayang

12:55 PTG 0 Comments

JUDUL: DEMI KASIH DEMI SAYANG
PENULIS: LIZA MIOR RASHDI
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD


~ Rasaku… ~

Waktu baca novel ni. Aku terfikir-fikir siapa Jasmin? Watak kedua selepas Indah Maya dikenalkan. Perempuan ke? Tapi masa dia cakap dia sayang Indah Maya… rasa cam lelaki. Ha, korang bacalah tuk mengenali siapa Jasmin hahaha

Indah Maya gadis yang digilai jejaka-jejaka kampungnya termasuk gurunya. Kisah hidupnya yang tragik buat dia terpaksa menerima lamaran gurunya sebaik saja tamat STPM. Apa kisahnya? Indah Maya anak angkat, atau lebih tepat lagi anak luar nikah yang dijaga oleh keluarga angkatnya.

Pemergian ibu angkatnya membawa Indah Maya ke sebuah tragedi hitam dalam hidupnya. Pakcik (ayah Jasmin) yang diamanahkan menjaga Indah Maya telah meragut kesuciannya. Dia yang kecewa nekad lari. Dia mahu ghaib dari kampungnya, atau lebih tepat lagi dari memori dukanya itu. Sungguh kasihan! Di KL, Indah Maya berjumpa Najma. Gadis ini bekerja sebagai mummy rupanya. Sekali kaki Indah Maya melangkah, akhirnya dia terperangkap. Bergelumang dengan dunia hitam si pelacur. Di sana dia bertemu seorang sugar daddy yang membantunya keluar dari dunianya.

Bersama sugar daddynya, membuka 1 rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Lelaki itu… merupakan ayah kandungnya. Yang bersama ibunya sebelum ini. Waa… dasyat sungguh. Di sini juga Indah Maya tekad untuk membunuh Najma, sebagai balas dendam kerana menghancurkan hidupnya. Masa baca terasa gugur jantungku… hahaha

Setelah mengetahui rahsianya, Indah Maya lari lagi dari banglo tu. Hidup kembali ke kancah pelacuran untuk mencari makan. Entah bagaimana dia bertemu Farid, rakan lama yang dibencinya dulu. Farid yang berjanji telah berubah ingin menjaga Indah Maya. Namun sayang, Farid pula kemalangan ketika niatnya untuk memberitahu hal perkahwinan pada keluarganya. Ibu Farid menolak hubungan Indah Maya yang bersama anaknya. Tinggallah Indah Maya yang tika tu sarat mengandungkan anak si Farid.

Indah Maya yang kecewa dengan hidupnya memilih untuk mati. Tapi di bumbung bangunan dia bertemu kembali dengan Jasmin, orang yang sebenarnya dia cintai. Cerita ini berat, penuh dengan kisah-kisah sedih. Tapi sayangnya, ia tak begitu menyentuh hatiku. Mungkin saja aku berfikir, tiap-tiap manusia diberi pilihan. Kita yang menentukan jalan apa yang harus dipilih. Kalaulah… pemergian Indah Maya ke KL membawa dia menjadi tokoh wanita yang berjaya. Alangkah manisnya hihihi

Happy reading (^-<)

Selembut Bayu Sedingin Salju

12:11 PTG 0 Comments

JUDUL: SELEMBUT BAYU SEDINGIN SALJU
PENULIS: INDAH ISKANDAR
TERBITAN: MELATI PUBLISHER



~ Rasaku… ~

Ini novel ternipis yang aku ada. Sangat-sangat nipis dan rasanya aku baca tak sampai 30 minit hahaha Novel ni aku beli masa tengah tunggu bas. Waktu tu aku nak balik ke KL dari kampung. Novel pertama terbitan Melati Publisher yang aku beli.

Cerita tentang Shahrin, anak orang kaya tapi terpaksa susah. Teknik imbas kembali di pertengahan cerita akan memberitahu anda kenapa dia terpaksa berdiri di kakinya sendiri. Tak lain tak bukan pastinya kerana cinta. Ish, cinta tu buta ke? Hahaha

Shahrin walau mungkin gagal cintanya namun tak gagal dalam kehidupan. Belajar dari kesilapan lalu. Dan dia bangkit meneruskan impian. Bagus kalau semua yang frust menonggeng tu buat cam ni. Ya lah, ini tak asyik-asyik bunuh diri. Haiyakk… kalau yang dicinta tu bunuh diri juga bersama takpe la. Ni kau sorang-sorang je yang terseksa jiwa batin.

Kehidupan Shahrin mula berubah setelah dia berjaya dalam pelajarannya. Kini menjawat jawatan yang elok. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki berjaya. Dia bertemu Anita. Gadis yang melakukan praktikalnya di syarikat tempat Shahrin bekerja.

Anita gadis yang agak cantik pada pandangan Shahrin. Namun, mungkin saja dia susah so pemakaiannya tak menampakkan kecantikannya. Yang ni biasa la… kalau dah suka, tak kenal botol kicap ngan botol cuka. Aku gelak dan senyum sendiri masa baca part Shahrin bersama Anita… "sampai bau pun asli." Series, sampai sekarang aku ingat dialog ni hahaha

Hubungan mereka mula mekar. Tapi, Shahrin ni lampi la. Waktu Anita dah bagitahu yang dia nak balik kampung sebab ada yang datang meminang barulah dia terkocoh-kocoh nak bagitahu. Nasib baik je si Anita pandai switch hahaha kalau tak, pastinya Shahrin memang kena gigit jari hik3 lalala5

Pe yang pasti novel ni sangat-sangat mudah difahami. Nipis. Tak perlu nak selak banyak-banyak hahaha Lagi pun, jalan cerita yang terlalu straight forward. Tak ada konflik… so no worries! hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Bicara Hati

8:33 PG 4 Comments

JUDUL: BICARA HATI
PENULIS: DAMYA HANNA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ni novel pertama yang aku nak review. Kebetulan novel pertama yang aku sendiri beli dengan duit pertama gajiku selepas SPM. Dan kebetulan juga ia adalah karya pertama Damya Hanna bersama Alaf 21. Kebetulan yang amat manis kan?

BH mengisahkan tentang kehidupan Zahlia. Gadis si anak angkat ini punya hati yang cukup besar. Bekerja di rumah anak yatim di mana dia telah membesar. Zahlia digambarkan sebagai anak gadis yang cukup berhemah, lemah-lembut penuh dengan ciri-ciri kewanitaan Melayu Islam.

Pertembungan antara Zahlia & Tengku Syahran membawa 1 impak yang amat besar dalam hidupnya. Siapa tahu jejaka yang dilanggarnya itu merupakan bakal suaminya? Hahaha time ni, aku rasa cam senang sangat lak si Zahlia ikut idea si Tengku Syahran. Adeh, maybe sebab duit kan. Dia nak bantu rakannya, Razif yang kebetulan menghidap penyakit buah pinggang. Erm, Razif ada menyimpan rasa pada Zahlia.

Kisah mereka amat menarik bila episod rumah tangga tu bermula. Tengku Syahran bermati-matian mengelak dari jatuh cinta. Tapi… tak sangka pula lain yang jadinya. Tanpa disedari cinta itu mula hadir dalam diri masing-masing. Amat menarik yang part Zahlia lumurkan susu pekat kat tangan Tengku Syahran sebab nak hilangkan rasa panas & lecur pada tangan Tengku Syahran. Gara-gara dia yang ralit usha bini sendiri. Tapi, kantoi lak di situ dengan adiknya hahaha

Perhubungan mereka diuji bila masa kontrak perjanjian perkahwinan mereka dicuri anak kawan Mama Tengku Syahran, yang pada mulanya dikatakan bakal menjadi isteri Tengku Syahran. Kasihan Zahlia. Dia dihalau oleh ibu mentuanya sendiri. Akhirnya untuk mengelakkan isterinya pergi, Tengku Syahran rela mengundur diri. Zahlia ditempatkan di rumah temannya yang ketika tu Zahlia sedang pregnant! Macam tak logik la… tapi tu la kot kalau sayang tinggal-tinggalkan hahaha

Kesudahannya? Baca sendiri hihihi yang pastinya jangan risau sebab buku-buku Alaf 21 kebanyakannya happy ending. Lagi lak aku ni yang selalu buat spoiler… baca ending setiap novel sebelum aku memulakan membaca sesuatu novel. My bad habit… hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Khamis, 9 Julai 2009

Assalamualaikum...

9:49 PG 0 Comments
Alhamdulillah....
Cita-cita tuk ada 1 blog sendiri tercapai hihihi =)
adeh... ada blog pun cita-cita ke? hik3 lalala5

Blog ni aku khaskan tuk me'review' buku2, novel2 saja ye. Harap maklum! Aktiviti harian ke, sesi luahan ke still ada kat Multiply. So pergi jenguk kat sana =P

Aku bukannya pandai sangat mengolah. So, apa yang kurang nanti harap dimaafkan. Aku akan tulis apa saja yang aku rasa bila membaca sesuatu novel tersebut. Dan nak ingatkan, tiap dari kita mempunyai citarasa yang berlainan. Mungkin saja anda tak suka... so tak apa la. Aku tak harap orang lain suka semuanya yang aku suka.

Ada review ni juga boleh la mengasah bakatku menulis hahaha Lagi? Memperbaiki gaya BM aku. Dah besar-besar ni, aku rasa banyak sangat 'penganiyaan bahasa' yang aku lakukan. I'm sorry!

ps: Kak Rinn, saya dah reti nak buat review. Thanks to you sis (^-^)v

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)