Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)
Memaparkan catatan dengan label PTS Litera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTS Litera. Papar semua catatan

Khamis, 11 September 2014

Hantaran Untuk Si Gadis

7:58 PG 2 Comments


Hantaran Untuk Si Gadis
Hana Qistina

ISBN: 9789674081102
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2012 [versi ebook]
Halaman: 152
Harga: -

~ Rasaku… ~

Aku rasa aku salah pilih buku hahaha. Tapi untuk santai sesekali, apa salahnya. Ya tak? Plus point, buku ni nipis je...weii, ada lagi tak buku nipis-nipis camni? *wink*

Full review: 10/09/2014

Nak lari dari lambakan novel cinta air mata? Cari ini. Ini. Ini. Ini. Hahaha... Tetiba teringat iklan kakaotalk Yuna *wink*

Kisah yang ringkas. Aku rasa target pembacanya adalah si adik-adik manis. Yalah, bahasanya mudah benar... lurus cam pembaris. Memang senang hadam.

Cerita tentang Sofia yang berusaha keras untuk membantu adiknya; Saleh dalam mengumpul wang hantaran. Sesiapa pun tak terkejut kalau bakal keluarga adik iparnya meminta wang hantaran hingga seratus ribu ringgit. Perghhhh...

Pelbagai cara yang dilakukan Sofia, termasuk menjual kek cawan dari rumah ke rumah. Datuk Azmi; majikan Sofia berbaik hati untuk membantunya tapi ada syaratnya. Datuk Azmi menetapkan yang Sofia harus berkahwin dengan anaknya; Faizal. Jeng jeng jeng.... apa kesudahan misi Sofia?

Membacanya memerlukan kesabaran. Bukan kerana ceritanya tapi masalah dengan aplikasinya. PNM mungkin perlu update laman webnya, biar aplikasinya tak hang semedang.


Tidak perlu mencari pasangan sempurna,
tetapi carilah pasangan yang kita sedia menerima kekurangannya. [blurb novel]


Happy reading (^-<)

Selasa, 26 Februari 2013

Saranghaeyo, Arumi! [Arumi, Kekasihku]

1:50 PTG 4 Comments
Saranghaeyo, Arumi! [Arumi, Kekasihku]
Rose Harissa

ISBN: 9789674080914
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2012
Halaman: 365
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

Ini novel berunsurkan K-pop. Taruhan berani daripada pihak PTS khas untuk anak-anak gadis yang gilakannya. Siap ada cop mohor Hallyu Wave lagi. Wow!

Aku digula-gulakan oleh adindaku yang beria mengunjukkan buku ini ketika di kampung minggu lepas. Bukan main lagi adindaku sorang tu bercerita tentang Choi Minho [wajah lelaki di cover] dan sewaktu dengannya. Amboi! Aku selalunya memantau bahan bacaannya tetapi aku terlepas yang ini. Aduh! Tetapi bila melihat nama penulisnya aku tak risau sangat *wink*

Isi ceritanya mudah seperti mana yang boleh ditonton dalam drama Korea. Bermula dengan Aiyani Hanin [Aiyani] yang bertembung dengan sang jejaka ais; Arumi Aisy [Arumi] pada hari pertama menjejaki kaki ke kolej. Sudahlah lambat, lepas tu merosakkan telefon canggih Arumi. Dan kemudiannya kerana lambat tiba di sesi orientasi, Aiyani didenda pula. Haishhh... Apalah nasib? Dendanya pula rupanya mengambil tanda tangan si senior bermasalah. Siapa orangnya? Arumi la, bukan susah nak teka kan?

Lewat episod seterusnya ada saja adegan yang tak best antara Aiyani dan Arumi. Dalam pada itu ramai pula yang cemburu. Manakan tidak si Arumi tu walaupun bermasalah tetapi banyak peminat. Walaupun dikatakan keras dan dingin, boleh pula Arumi bermain mata dengan Aiyani. Ohh! Memang Korea sangat kih5

Penerapan nilai murni dalam bersahabat, kasih sayang antara keluarga, usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan antara nilai moral yang disogokkan. Harapnya adikku tercinta perasan akan hal itu. Bukan hanya belajar tentang bahasa Korea yang diselitkan saja ya! Lagi satu, sambungannya mungkin laaambat lagi. Bukan akak cakap, penulis yang beritahu dalam blognya.

Aku harus akui penulis memang berbakat besar dalam mengilustrasikan wajah-wajah hero dan heroinnya. Malah jika nak dibandingkan dengan novel-novel sebelumnya, Kak Rose memang sangat pandai melukis hero yang ganteng gitu ;P Dan pemilihan si Fatin Liyana di muka hadapan memang comel.

Apa pun, novel ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan santai sambil berangan nak ke Korea, mungkin? hikhikhik

Ps: Kak Rose, bilakah mahu menjadikan Arsalan ‘wujud’ dalam genggaman? ;))

Happy reading (^-<)

Rabu, 28 November 2012

Tulis Cinta Dalam Hati

10:18 PG 0 Comments
Tulis Cinta Dalam Hati
Salina Ibrahim

ISBN: 9789675783920
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 7 Jun 2011
Halaman: 272
Harga: RM17

~ Rasaku… ~

Buku ni aku capai masa PBAKL lalu. Waktu tu tengah belek-belek buku saudara Fadhli Hamdan dan bila terpandang saja nama penulisnya terus capai. Lagipun kulit bukunya memang teramat manis.

Ini kali kedua aku baca karya penulis ini dan untuk kali keduanya aku masih mengagumi beliau. Walaupun tajuknya agak cintan tetapi sebenarnya bukan kisah cinta uda dara yang dipaparkan. Ini kisah si Mai yang sedang mencari cintanya. Cinta yang dirasakan tak pernah ada dalam hatinya. Mai ingin sekali mengasihi dan mencintai ahli keluarganya tetapi kenapa hatinya kosong?

Mai rasa dipinggirkan walau hakikatnya dia ada tiga orang ibu dan tiga orang ayah. Dia ada Mak dan Bak. Dia ada Umi & Abah; pakcik dan makcik saudaranya yang mengasuhnya semenjak kecil setelah Umi ketika itu sukar untuk mendapatkan anak. Namun jodoh Umi dan Abah tak panjang. Dan di sini muncullah Makcik Nita dan Pakcik Yusman.

Bila aku 'menjadi' Mai... aku rasa dia seorang yang agak pathetic. Namun bila dibuka kisahnya sedikit demi sedikit barulah aku mengerti kenapa dia sebegitu. Hati Mai sunyi. Dia tak betah bila kehadiran Pakcik Yusman bagaikan menjarakkan hubungannya dengan Umi. Dia juga tak senang bila perlu pulang ke rumah Mak dan Bak. Dia rasa tidak diperlukan. Dia bagaikan adik tiri sedangkan dia anak kandung Mak dan Bak.

Mujur ada yang selalu memberi kata-kata nasihat. Perangsang buat Mai berfikir lebih matang. Seperti ini:-

Kita tidak boleh memilih adik-beradik. Adik-beradik itu didatangkan kepada kita dengan segala macam perangai dan seribu satu karenah. Kita terima mereka seadanya. Kita jangan buat musuh dengan mereka. Mereka didatangkan kepada kita bagi lengkap-melengkapi satu sama lain. Mereka adalah pelengkap kita [page 265]

Sebenarnya cinta itu ada dalam hati kita. Tak perlu dilukis-lukis. Cuma sekarang ni, anak muda selalu sangat melihat si cinta hati perkara utama. Sayang hingga lupa siapa sebenarnya cinta yang lebih utama *wink*

Saya sedang berusaha menulis kata ‘cinta’ dalam diari hati saya. Mampukah saya? [blurb novel]

Jadi agak-agak 'cinta' dalam hati kamu masih ada atau sudah pergi?

Senyum. Indah.

Happy reading (^-<)

Khamis, 5 Januari 2012

Bidadari-bidadari Syurga

2:35 PTG 2 Comments
Bidadari-bidadari SyurgaTere Liye

ISBN: 9789833892280
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Penerbit Asal: Penerbit Republika
Tarikh Terbit: Terbitan Pertama 2009
Halaman: 388
Harga: RM25.00


~ Rasaku… ~

Karya yang menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Bukan sedikit 'isi'nya, maka perlulah kamu meneliti sedalam-dalamnya. Tere Liye sememang bukannya penulis calang-calang. Setiap patah disulam dengan penuh keikhlasan. Bikin hatiku sebak, bergenang air mata. Terima kasih pada Kak Ummu Auni yang sudi meminjamkan naskhah hebat ini padaku ;)

BBS merungkai kisah pengorbanan seorang kakak - Laisa terhadap adik-adiknya; Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta. Walau mereka bukannya sedarah, seibu dan sebapa itu tidak menghalang Laisa menumpahkan kasih sayangnya yang bukannya sedikit. Laisa melakukan apa saja untuk membolehkan adik-adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka.

Bukan mudah menidakkan rasa hati, tetapi Laisa berjaya mengenepikan impiannya untuk keluar daripada Lembah Lahambay hanya kerana mahukan adik-adiknya berjaya. Laisa memang bukan gambaran heroin ideal stereotaip yang cantik, pandai, wangi atau kaya. Laisa gadis berkulit hitam, rambut kerinting, gempal dan pendek. Kekurangan itu tidak pernah membataskan kegigihannya, keteguhan hatinya, cinta dan keikhlasan. Dia gadis kental yang tak pernah kenal erti mengalah.

Mungkin kerana keikhlasannya dan kepercayaannya, kesemua adik-adiknya berjaya dalam hidup masing-masing. Baik Dalimunte, Ikanuri, Wibisana mahupun Yashinta tidak pernah melupakan kakak mereka. Setiap tindakan, kejayaan dan sesuatu keputusan mereka akan merujuk kepada kakaknya. Malah hal perkahwinan pun mereka berkeras, tak mahu melangkaui kakaknya. Sungguhlah rasa cinta dan kasih sayang yang dikongsi bersama amat meruntun hati.

Namun tiap yang bermula itu ada akhirnya. Sekuat mana Laisa akhirnya dia tumbang jua. Segigih mana pun Laisa kini mungkin sudah tiba di penghujungnya. Dan di saat ini, keempat-empat adiknya dipanggil pulang. Pesanan ringkas yang mendebarkan menyebabkan adik-adiknya bagaikan tak cukup tanah untuk berlari. Sempatkah melihat Kak Laisnya buat kali yang terakhir?

Aku petik potongan ayat di penghujung naskhah ini:-

Wahai, wanita-wanita yang hingga usia tiga puluh, empat puluh, atau lebih dari itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana kekurangan fizikal, tidak ada kesmpatan, atau tidak pernah 'terpilih' di dunia yang amat keterlaluan mencintai harta dan penampilan wajah.) Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar, bidadari syurga parasnya cantik luar biasa.
Percaya. Tuhan itu Maha Mengasihi para hamba-Nya. Subhanallah.

Happy reading (^-<)

Isnin, 25 Oktober 2010

Seperti Keju & Coklat

10:10 PG 4 Comments

JUDUL: SEPERTI KEJU & COKLAT
PENULIS: ROSE HARISSA
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD


~ Rasaku… ~

Ini merupakan novel kisah anak remaja sebenarnya. Tetapi memandangkan nama penulisnya hati tak teragak-agak nak membelinya :D Mungkin kerana sasarannya adalah anak remaja, maka jalan ceritanya amat simple dan teramat mudah dihadam.

Membawa kita mengenali Safiy Aqil [Aqil], anak muda yang dikatakan ada masalah mental. Tapi benarkah lelaki yang ada rupa dan kacak seperti Aqil itu sakit mental? Namun bagi Raisya pula, dia meragui kata-kata teman sekuliahnya. Melihatkan Aqil dia pasti yang Aqil itu lelaki yang normal.

Kebetulan untuk subjek studio, Raisya berada dalam satu ruangan bersama Aqil. Sepatutnya Aqil ni dah pun dapat Diplomanya tetapi dia perlu mengulang subjek studio kerana gagal sebelum ini. Hairan juga pelajar-pelajar junior lain kerana kebanyakan pensyarah memuji Aqil itu kreatif. Masalahnya tak akan kalau dah bijak pandai dan kreatif boleh gagal?

Di dalam kelas, Aqil menjadi kera sumbang. Tak mahu bergaul dengan para pelajar lain. Hanya Raisya yang selalu menegurnya. Bukan apa dah duduk pun bersebelahan kan? Tapi Aqil tetap Aqil. Dingin dan beku. Lantas membuatkan Raisya semakin penasaran untuk mengenalinya.

Amaran yang diberi Rafa’e tidak diendahkan langsung oleh Raisya. Lagipun Raisya sendiri meluat tengok gelagat Rafa’e itu. Mentang-mentanglah senior, berlagak pula tu. Rafa’e sebenarnya ada hati dengan Raisya sebab tu dia tak suka tengok Raisya makin rapat dengan Aqil.

Aqil pada mulanya memang dingin. Dia susah nak menerima Raisya. Tetapi cara Raisya itu memikatnya. Raisya yang selamba itu tak seperti orang lain. Raisya menerima Aqil apa adanya dan itu yang membuatkan Aqil makin senang dengan kehadiran Raisya. Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat. Disebabkan itu ramai pula yang mencemburui.

Sara yang memendam rasa pada Aqil mula memasang niat jahat. Projek Raisya disabotaj. Tapi mana tahu pada hari itu bukan saja projek Raisya yang jahanam, projek Aqil turut disabotaj. Angkara siapa pula? Satu demi satu menimpa Aqil. Membuatkan Aqil dan Raisya makin tak senang duduk. Tapi siapa? Dan apa sebenarnya hubungan Rafa’e dan Aqil? Sehinggakan Rafa’e benci betul dengan kehadiran Aqil?

Walaupun ini cerita untuk anak remaja nampaknya Kak Rose masih tak boleh lari dengan hero-hero yang bisa menggetarkan jiwa. Macam Aqil, aku dah bayangkan dia seperti Ben Barnes; lelaki yang berambut panjang, agak beku tapi memang smart habis. Siapa Ben Barnes? Ala, dia yang jadi Prince Caspian dalam Narnia tu hik3 lalala5 :D

Happy reading (^-<)

Isnin, 6 September 2010

Curahan Cinta Niagara

11:37 PG 0 Comments

JUDUL: CURAHAN CINTA NIAGARA
PENULIS: MAYA IRIS
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD


~ Rasaku… ~

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?"
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah, ayat 216

Membawa kita mengenali Mira Zahila[Mira]; gadis manis yang ceria orangnya. Mudah berkawan tetapi sukar dijebak ke alam percintaan. Ketika menuntut, dia bertemu Faris. Jejaka playboy itu mula sukakan Mira bila melihatkan si Mira yang umpama jinak-jinak merpati. Lama-kelamaan hatinya jatuh cinta pada Mira.

Faris mengajak Mira berkahwin namun Mira menolaknya. Kecewa dengan itu dia berpindah ke universiti baru. Faris membongkar satu rahsia hidupnya, dan setelah Mira mengetahuinya dia bertindak menjauhkan diri. Faris yang kecewa mula kembali pada rutin lamanya. Mujur ada Amir dan Dina yang banyak membantunya.

Tetapi kecelakaan yang mengakibatkan Faris lumpuh separuh badan menyebabkan Mira rasa bertanggungjawab. Dia bersetuju berkahwin dengan Faris. Mereka berdua selamat diijabkabul dan pulang ke tanah air. Di rumah keluarga Faris, Mira diuji dengan ibu mertua yang tidak menyenangi kehadirannya. Mira pasrah. Rumah tangga yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Faris mudah naik angin, panas baran dan payah benar dilentur. Namun berkat doa dan ketabahan Mira sebagai isteri, Faris mula berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, Faris sempat bertaubat.

Di saat-saat menemui ajal, Faris mewasiatkan agar Mira dikahwinkan dengan Farhan; abangnya sendiri. Farhan menerimanya dengan penuh lapang dada kerana telah lama dia menyimpan perasaan kepada Mira meskipun ketika itu Mira telah menjadi adik iparnya. Tetapi ungkapan 'terlanjur' yang ditulis Faris telah menyebabkan Farhan mencurigai ketulusan Mira. Disebabkan tidak mahu membuka aib suaminya yang telah meninggal dunia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan mempertahankan dirinya dari tuduhan berzina oleh Farhan.

Mira dan Farhan dikahwinkan mengikut apa yang telah diwasiatkan. Masing-masing berusaha mencari nur dalam rumah tangga mereka. Suka dengan cara Mira mendekati suaminya. Dia berusaha memujuk dan mengajak Farhan berbual-bual dengannya. Permintaannya untuk membelikan barang tiap 3 hari sekali membuka jalan agar mereka berdua saling bertegur sapa. Bila diingatkan balik, kisah Mira yang terjun tingkap dan lari dari hari pertunangannya dengan Farhan memang sangat lucu. Comel je!

Menggunakan ‘Aku dekat, Kau dekat!’ – itu mantera cinta terhebat hasil dari hati suci Mira sebagai isteri.

Apakah kesudahan cerita ini? Mampukah Farhan membuktikan cintanya sehebat curahan Niagara? Siapa pula Azrin yang muncul di akhir cerita yang menyebabkan rumah tangga Mira dan Farhan di landa badai? Sila dapatkan novel ini :D

Happy reading (^-<)

Isnin, 2 Ogos 2010

Wasilah Cinta Weera

11:00 PG 4 Comments

JUDUL: WASILAH CINTA WEERA
PENULIS: ROSE HARISSA
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD


~ Rasaku… ~

WCW membuka satu persepsi baru. Menyedarkan aku tentang cinta dan persahabatan. Dalam persahabatan memang adanya cinta dan cinta itu adalah suatu anugerah daripada Ilahi. Namun andainya ada cinta antara dua lelaki pastinya hati kita akan terselit rasa kurang selesa. Ini kerana kita selalu saja disogokkan yang hubungan cinta antara sesama lelaki bukanlah sesuatu yang normal. Namun dalam novel ini ia dikupas dengan baik sekali supaya kita memahami apa itu cinta yang terjalin antara golongan Adam dalam konteks persahabatan.

Tajul Aweera [Weera] seorang lelaki yang cukup sempurna. Bukan sahaja baik, kacak, kaya dan bijak malah karismanya sebagai seorang lelaki memang sangat terserlah. Kesempurnaan itu membuatkan Sari Ayu [Ayu] rasa kerdil untuk berdamping dengannya. Apatah lagi mereka berkahwin bukan kerana cinta. Weera mengahwini Ayu di saat-saat akhir apabila gadis itu ditinggalkan oleh tunangannya, Firdaus.
Perkahwinan mereka banyak geloranya. Walaupun tanpa sebarang rasa pada mulanya, akhirnya Weera menemui cinta di dalam hati isterinya. Namun dek kerana hasad dengki, Ayu mudah sangat diperdaya. Perhubungan yang terjalin erat antara Weera dan Ray sering disalah anggap. Dia mencurigai persahabatan antara mereka walaupun sudah terang Weera mengakui yang dia amat mencintai Ayu. Mungkin kerana hasutan dan juga fitnah yang ditabur oleh Firdaus menyebabkan rasa percaya Ayu goyah.

Namun dugaan yang melanda Ray mula membuka mata nurani Ayu. Benarlah, persahabatan yang terjalin antara Ray dan suaminya adalah ikhlas kerana Allah. Cinta sesama manusia yang dia sendiri gagal untuk mentafsirkannya. Sedangkan cinta itu terlalu besar maknanya. Ayu mula mengerti akan hal itu. Apatah lagi apabila mendengarkan sejarah hidup Weera yang dahulu. Betapa Ray itu penyelamatnya, yang membentuk Weera menjadi 'orang' di masa ini.

Tetapi ujian itu ada di mana-mana. Di saat Ayu mula menghargai persahabatan suaminya, Ray dijemput pergi. Kehilangan itu terlalu menyakitkan. Weera terlalu patah hati dan aku kira nasibnya sungguh baik kerana memiliki seorang isteri yang memahami. Namun rumah tangga Weera dan Ayu memang banyak dugaannya. Si Firdaus yang memang busuk hati punya rencana yang berbagai-bagai. Mampukah Weera dan Ayu bertahan?

Cerita ini ada kelasnya tersendiri. Membawa kita melihat cinta dari sudut yang berbeza. Aku juga perasan gaya penulisan Kak Rose juga sudah berubah. Tahniah :)) Cuma rasanya ada adegan-adegan dewasa yang diselitkan tidak begitu sesuai untuk anak remaja. Tetapi aku tetap ingin sarankan agar kamu membaca naskah ini. Silalah hayati cinta Weera ini kerana mungkin di saat itu kita akan dapat mengenal apa itu cinta yang sebenarnya. Membawa kita merasai apa itu cinta di antara mereka sekaligus bertanya dalam hati, apakah cinta kita ikhlas kerana Allah atau hanyalah godaan nafsu semata-mata. Selamat membaca :)
Tajul Aweera - Aku mahu ada dekat denganmu. Selalu ada dalam hati dan batinmu, aku mahu ada dalam setiap doamu [page 168]

Happy reading (^-<)

Isnin, 14 Jun 2010

Lentera Mustika

10:40 PG 0 Comments

JUDUL: LENTERA MUSTIKA
PENULIS: NISAH HARON
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD


~ Rasaku… ~

Kuda hitam pelana kain,
Bunga seganda di dalam dulang,
Niatku tidak pada yang lain,
Hanya pada tuan seorang.

Pertama kali aku dicadangkan oleh Sis Adhan untuk menghalusi karya penulis ini. Tanpa teragak-agak bila bersua dengan novelnya aku gapai dan beli ;D

Membawa kita pada kisah Prof. Madya Dr. Ainur Mustika [Ainur]; seorang Pensyarah Kesusasteraan Tradisonal Melayu. Jarang sungguh watak diberi 'kerja' seperti ini. Jadi permulaannya saja sudah berjaya menarik aku untuk terus membacanya.

Ainur wanita lewat 30-an yang masih belum berkahwin. Dibayangi oleh 3 orang lelaki iaitu Syed Amirul Hakim, Rozario dan ZulFarhan yang punya kredibiliti tersendiri. Ketiga-tiga lelaki ini sering menghantui gerak langkah Ainur tetapi yang paling besar kesannya pastilah Syed Amirul Hakim.

Ainur pernah jatuh hati pada Syed Amirul Hakim. Namun sayangnya tak berpanjangan bila keluarga Syed Amirul Hakim menolak kehadiran Ainur. Mereka mahukan menantu yang bergelar "Sharifah". Kasihan! Cinta dua darjat yang tidak kesampaian. Ainur rela mengundur diri.

Takdir menemukan Ainur dengan Emir Johan [Emir], seorang peguam yang mempunyai firma guamannya sendiri. Sikap Emir yang amat berminat dengan prosa tradisonal mengusik hati Ainur. Malah kesanggupan Emir menaja pemergian Ainur ke Shanghai untuk pembentangan kertas kerja berkaitan kesasteraan Melayu tidak dapat dilupakan. Tanpa disedari baik Ainur dan Emir, masing-masing sudah pun menyimpan rasa.

Dan cerita seterusnya membawa kita kepada kesungguhan Ainur memartabatkan budaya yang dah lama kita biarkan. Selain itu ada terselit mengenai kepentingan menulis wasiat. Penulis juga 'menasihati' pembacanya tentang sikap masyarakat Melayu yang terlalu mengikut adat. Kalau mahu mengahwinkan anak, sanggup bergolok-gadai janji acaranya grand.

Ps: Ingat-ingat lupa jalan cerita ini sebab dah lama benar aku baca tetapi baru sekarang aku tulis review. Maaf :)

Happy reading (^-<)

Rabu, 4 November 2009

Wo Ai Ni ALLAH

4:35 PTG 2 Comments

JUDUL: WO AI NI ALLAH a.k.a. AKU CINTA ALLAH
PENULIS: VANNY CHRISMA W.
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD

~ Rasaku… ~

Semua hati yang keras akan luluh oleh sebuah kata: cinta. Ini bukanlah tentang aku, kelihatannya saja begitu.

Ia cerita tentang seorang aties dalam mencari Tuhannya. Si kecil Amei berusia 15 tahun yang belajar mengenal erti agama itu sendiri. Perjalanan kisah Amei yang berliku membuatkan aku rasa cukup bersyukur. Aku dilahirkan dalam agama Islam dan membesar begitu. Namun pada mereka yang berfahaman aties ini, ia semua perlu diterima oleh logik akal.

Amei mula keliru dengan kembara agamanya. Apatah lagi kerana itu bermulalah tragedi yang cukup menyayat hati. Ayahnya; insan yang membawa dia mengenal tiap-tiap agama pergi meninggalkannya. Setelah pemergian ayahnya Amei bagaikan dipulau oleh ibunya; Mei Hwa. Sudah dibilang banyak kali – agama itu palsu. Kita hidup dalam penderitaan kerana kembara ayahmu mencari kebenaran. Dengan kepayahan Amei menelan kata-kata ibunya. Ia menjadikan Amei hidup dalam kepuraan, kerana keliru dan trauma yang menyelubungi hatinya. Kasihan… gadis sekecil ini dikatakan menghidapi skizofrenia. Arghh… ia benar-benar menyentuh naluriku.

Namun naluri seorang ibu, dia tahu kematian suaminya bukan yang biasa-biasa. Dia juga tahu esok lusa dia atau anaknya juga akan mati. Dan akhirnya dia putuskan untuk membawa Amei jauh dari rumahnya sendiri. Amei tak perlu mati. Tapi sayangnya si ibu tak mengerti hati anaknya telah mati di saat melihat kematian ayahnya itu. Kejam… tapi di sebalik kematian ayahnya itu membawa Amei ke satu dimensi yang lain.

Amei bertemu dengan seorang doktor muda; Husain. Husain membantu Amei keluar dari dunianya. Tapi ada la pula halangan lain. Muncul si Safiyah – tunang Husain yang jealous dengan si Amei tu. Ishk3… Ending? Kena la baca sendiri sebab ia menarik. Selain agama, hubungan kekeluargaan, moral dan pegangan kita turut dibincangkan.

Amei – Aku mahu mencari Tuhan! Ayahku disembunyikan Tuhan! Aku mahu mencari Tuhan! [page 91]

Mei Hwa – Demi langit dan bumi, aku bersaksi, jika Amei ditemukan dalam keadaan selamat dan tidak gila, aku akan mengakui kewujudan Tuhan dan akan mencari ampunan daripada-Nya [page 83]
Husain – Aku percaya agama dianuti atas kepercayaan daripada hati nurani sendiri. Islam adalah agama yang menghormati akal dan fikiran [page 202]

Ps: Tiap-tiap kali PTS mengeluarkan novel dari Indonesia. Novel islamik Malaysia hilang ke mana?

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)