JUDUL: RAHSIA PERINDU
PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
"Tanpamu aku tak mampu bernafas sendiri"
Membaca blurb di muka depan cover novel buat aku rasa ok, cerita ni tak berat. Tapi tu la… bila masa pula RAM menulis cerita ringan santai? Bukankah trademark RAM sudah pun terbilang dengan skil penulisan thriller hahaha tertipu lagi aku…
Novel ini mengisahkan tentang seorang peguam yang bernama Amylia. Sepanjang penceritaan ini, Amylia berusaha untuk menyelamatkan Leopard; anak guamannya daripada hukuman mahkamah atas tuduhan membunuh. Dalam usahanya itu, Amylia turut dibantu oleh Dr. Azlan, yang merupakan pakar psikiatri. Mereka mengesyaki bahawa Leopard mempunyai masalah mental dan seharusnya diberi hukuman lebih ringan atas perilakunya itu. Segalanya menjadi rumit apabila Amylia pula yang seakan-akan mengalami masalah jiwa di mana dia sering diganggu oleh "seseorang". Ke arah klimaks novel ini, pelbagai twist menarik disajikan kepada para pembaca contohnya tentang identiti sebenar Amylia dan Leopard.
Satu perkara tentang novel ini, anda dilarang untuk melangkau pembacaan. Jika tidak, pasti akan terkeliru atau mungkin kehilangan segala isi cerita. Hal ini sedikit sebanyak melambatkan proses pembacaan aku. Tapi aku tidak pernah berasa bosan atau muak tatkala membaca novel ini. Menyentuh sedikit tentang pengakhiran novel ini, sesetengah pembaca mungkin akan berasa tertipu oleh twist yang ada pada novel ini. Namun, bagi aku "penipuan" RAM sangat berkesan.
Novel yang penuh debaran yang menggelisahkan. Ia sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda! Seperti mana pesan di akhir buku ni "BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KEMUNGKINAN IA SEKADAR FANTASI."
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan