JUDUL: MASIH ADA RINDU
PENULIS: MIMIE AFINIE
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: MIMIE AFINIE
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
Kisah tentang cinta Syafika dan Hakim. Kisah cinta yang membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Namun sayang, hubungan cinta ni tak direstui oleh keluarga Syafika. Pada ibunya, Syafika terlalu muda untuk bergelar isteri. Hurm, betul jugak kan kata mak Syafika tu? hahaha
Episod perkahwinan mereka tak la panas hingga ke petang. Dalam kebahagiaan berbulan madu, Hakim pergi meninggalkan isterinya. Hakim menghidap penyakit asma. Kasihan Syafika sebab lepas permergian Hakim, barulah dia tahu yang dia berbadan dua huhuhu
Kehadiran Hadi, abang Hakim yang pulang dari luar Negara membawa pelbagai rasa dalam jiwa Syafika. Apatah lagi anaknya benar-benar rapat dengan ‘Papa’ Hadinya. Hadi sendiri sudah pun jatuh hati dengan adik iparnya sendiri. Erm, rasa cam part tukar tikar je hahaha lelaki pun boleh consider cam tu ke?
Tapi, masa Syafika nak menghulurkan cintanya ada pula scene yang tak seharusnya terjadi. Haishh, tak pasal-pasal Syafika lari membawa diri. Pemergian Syafika dan anaknya memberi kesan yang mendalam dalam hidup Hadi. Yang disayang tak mampu dilupa. Dalam pelarian itu Syafika mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia. Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya. Mahu atau tidak… Hadi masih melekat kuat dalam ingatan.
Cerita ni agak simple buat aku. Tak perlu nak berat-berat kepala fikir apa yang jadi di setiap episod. Because for me it’s predictable story.
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
salam, awak jual tak novel ni?
Salam asha,
Maaf, saya tak jual buku ni
Catat Ulasan