JUDUL: KISAH DI HATI
PENULIS: CT ZURAIMI
TERBITAN: http://pena2ku.blogspot.com/
PENULIS: CT ZURAIMI
TERBITAN: http://pena2ku.blogspot.com/
~ Rasaku… ~
E-novel kedua yang aku habiskan selepas karya Cik Cucuratap. Kali ni cerita garapan Ct Zuraimi ini ternyata tidak mengecewakan aku. Gaya tulisannya macam penulis yang dah menerbitkan novel sendiri. Tulisan pun cukup sempoi. Congrat sis!
Kisahnya cukup menarik. Ia tentang Aliah Aqilah & Ali Kamil. Perhubungan ini direncanakan oleh abang Aliah sendiri, Azman. Pada mulanya Aliah menolak. Aku kira mesti sebab pakwe ni. Yeah, tepat sekali. Tapi masalahnya Aliah je yang sukakan lelaki tu. Lelaki tu entah hilang ke mana? Kira macam secret admirer la.
Begini ceritanya, sewaktu Aliah sekolah dulu, dia ada berjumpa dengan 2 brothers yang menjual pisang goreng. Tak tahu kenapa hatinya benar-benar tertarik dengan abang yang digelar Ali tu. Dalam diam dia ada terdengar bualan 2 brothers tu, yang mengatakan lagi 12 tahun baru lah dia akan kahwin. Dan Aliah menyimpul hasrat, lagi 12 tahun dia akan bergelar isteri. Isteri pada Abang Ali nya.
Tapi takdir itu sememangnya berbeza. Jalanan kisah Aliah pastinya sudah tertulis. Abang Azman nekad menerima pinangan Kamil sebab? Azman nak kerja oversea & tak nak tinggal adik dia sorang-sorang tanpa ada orang yang boleh jaga hahaha… so tricky la abang Aliah ni. Lagipun, dia percaya pada Kamil sorang je sebab Kamil ni bestfriend dia.
Kelakar juga baca hubungan Aliah-Kamil ni. Aliah selalu tayang muka toya hahaha Si mamat nama Kamil ni pula memang tangkap leleh dah. Paling kelakar time Kamil ajak Aliah kahwin. Gedebuk Aliah pengsan hahaha
Apa yang berlaku pun, mereka tetap kahwin lepas tu. Dan malam pertama membuka sejarah baru pada Aliah. Apa tu? Ha, baca la e-novel ni. Anda pastinya tersenyum sendiri… hik3 lalala5
"Mungkin kita dah ditakdirkan untuk bersama.." ~ Ali Kamil, terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Bagaikan sumpahan. Tapi, kenangan itu bukanlah paksaan. Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bertemu jua..
"Saya suka dia, tapi tak tahu kat mana nak cari.." ~ Aliah Aqilah, terkenang seseorang. Walau pernah dilukakan, bukan sebab itu dia terpaksa mengecewakan hati orang lain. Kisah di hati, tak siapa yang tahu..
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan