JUDUL: EGOIS
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
Kisah tentang Atia dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sebagai sahabat.
Fikri sering meluahkan perasaan cintanya pada Atia tapi Atia hanya menyambutnya dengan ketawa. Fikri tak sure dengan perasaan Atia yang tak pernah diluahkan dengan kata-kata. Dia ingin menguji dan memecahkan ego Atia dengan mereka cerita yg kononnya dia telah bertunang. Tika ni, Atia hancur. Dia berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu.
Kerana kecewa mendengar cerita pertunangan Fikri, Atia selalu mengunjungi Mak Longnya ketika hujung minggu. Dari situ, hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat. Haji Idris melahirkan kebimbangannya apabila Azali mahu meminang Atia. Mereka tidak boleh berkahwin kerana mereka adik-beradik. Sebelum Haji Idris berkahwin dengan Ramlah, dia pernah berkahwin dengan Hasnah ataupun Mak Long, emak kepada Azali. Berita tersebut membuat Atia bertambah luka dan dia membuat keputusan untuk ke luar negara mengubati hatinya yang terluka.
Fikri cuba membetulkan keadaan tapi Atia enggan mendengar malah berhajat untuk berhenti kerja sebagai remiser dan bekerja di hotel di Hong Kong. Baru la kalut si Fikri menceritakan hal sebenar kepada kakak Atia dn rakan baik Atia. Dengan bantuan beberapa orang terdekat, Atia diculik dan dilarikan. Fikri explain semuanya tapi malam tu diorang kena komplot tangkap basah yang Fikri sendiri tak menyangka.. hahaha cian diorang ni, lain yang diplan lain lak yang jadi hahaha Hingga ke akhir cerita, sampai ke sudah Atia tak sekali pun melafaz kata cinta pada Fikri dan Fikri dah tak peduli, yang dia tahu Atia kini kekal hak miliknya.
Aku amat suka dengan karya-karya NB sebab selalunya cerita yang disampaikan amat lekat di hati. Dengan bahasa yang mudah difahami, aku meletakkan NB di antara tempat yang tertinggi dihatiku. Kes ni selalunya terjadi bila pergi kedai buku. Tengok je karya NB, memang dah tak fikir banyak kali la… terus grab hik3 lalala5
Happy reading (^-<)
Aku amat suka dengan karya-karya NB sebab selalunya cerita yang disampaikan amat lekat di hati. Dengan bahasa yang mudah difahami, aku meletakkan NB di antara tempat yang tertinggi dihatiku. Kes ni selalunya terjadi bila pergi kedai buku. Tengok je karya NB, memang dah tak fikir banyak kali la… terus grab hik3 lalala5
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan