JUDUL: DEMI KASIH DEMI SAYANG
PENULIS: LIZA MIOR RASHDI
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD
~ Rasaku… ~PENULIS: LIZA MIOR RASHDI
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD
Waktu baca novel ni. Aku terfikir-fikir siapa Jasmin? Watak kedua selepas Indah Maya dikenalkan. Perempuan ke? Tapi masa dia cakap dia sayang Indah Maya… rasa cam lelaki. Ha, korang bacalah tuk mengenali siapa Jasmin hahaha
Indah Maya gadis yang digilai jejaka-jejaka kampungnya termasuk gurunya. Kisah hidupnya yang tragik buat dia terpaksa menerima lamaran gurunya sebaik saja tamat STPM. Apa kisahnya? Indah Maya anak angkat, atau lebih tepat lagi anak luar nikah yang dijaga oleh keluarga angkatnya.
Pemergian ibu angkatnya membawa Indah Maya ke sebuah tragedi hitam dalam hidupnya. Pakcik (ayah Jasmin) yang diamanahkan menjaga Indah Maya telah meragut kesuciannya. Dia yang kecewa nekad lari. Dia mahu ghaib dari kampungnya, atau lebih tepat lagi dari memori dukanya itu. Sungguh kasihan! Di KL, Indah Maya berjumpa Najma. Gadis ini bekerja sebagai mummy rupanya. Sekali kaki Indah Maya melangkah, akhirnya dia terperangkap. Bergelumang dengan dunia hitam si pelacur. Di sana dia bertemu seorang sugar daddy yang membantunya keluar dari dunianya.
Bersama sugar daddynya, membuka 1 rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Lelaki itu… merupakan ayah kandungnya. Yang bersama ibunya sebelum ini. Waa… dasyat sungguh. Di sini juga Indah Maya tekad untuk membunuh Najma, sebagai balas dendam kerana menghancurkan hidupnya. Masa baca terasa gugur jantungku… hahaha
Setelah mengetahui rahsianya, Indah Maya lari lagi dari banglo tu. Hidup kembali ke kancah pelacuran untuk mencari makan. Entah bagaimana dia bertemu Farid, rakan lama yang dibencinya dulu. Farid yang berjanji telah berubah ingin menjaga Indah Maya. Namun sayang, Farid pula kemalangan ketika niatnya untuk memberitahu hal perkahwinan pada keluarganya. Ibu Farid menolak hubungan Indah Maya yang bersama anaknya. Tinggallah Indah Maya yang tika tu sarat mengandungkan anak si Farid.
Indah Maya yang kecewa dengan hidupnya memilih untuk mati. Tapi di bumbung bangunan dia bertemu kembali dengan Jasmin, orang yang sebenarnya dia cintai. Cerita ini berat, penuh dengan kisah-kisah sedih. Tapi sayangnya, ia tak begitu menyentuh hatiku. Mungkin saja aku berfikir, tiap-tiap manusia diberi pilihan. Kita yang menentukan jalan apa yang harus dipilih. Kalaulah… pemergian Indah Maya ke KL membawa dia menjadi tokoh wanita yang berjaya. Alangkah manisnya hihihi
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan