JUDUL: SAYANG TAK TERUCAP
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
Secara keseluruhan aku memang suka jalan ceritanya. Sabarnya Delilah & ibunya Hajah Mawar. Bolehkah aku sesabar mereka? Aku kagum watak yang ditonjolkan oleh NB iaitu watak Haji Abdullah. Walaupun buta tapi hatinya tak buta.
Awal-awal lagi aku dah agak Mansor itu adalah Rosman. Aku benci dengan watak Rosman & adiknya Radzi. Macam orang tak de pegangan agama. Tapi, bagus sebab itu adalah salah satu kekuatan untuk novel ini. Kalau semuanya watak yang ditonjolkan baik, jalan cerita tu akan jadi bosan pulak ye tak?
Part yang paling sedih di mana saat-saat datuk Delilah hendak menghembuskan nafas terakhirnya & saat Delilah terkenangkan datuknya. Delilah terkenangkan zaman susahnya begitu juga dengan ibunya menceritakan zaman susahnya.
Afnan terkenangkan zaman susahnya ~ part ni paling sedih sesangat, terutama part dia nak beli goreng pisang sewaktu mengikuti rombongan sekolahnya membuat lawatan. Hanya 20 sen ada dalam poket. Dan di sini mereka bertemu. Delilah yang memberi pisang goreng 3 keping pada Afnan dengan harga hanya 20 sen. Tersentuh hatiku. Betapa kemiskinan tidak pernah menghalang mereka untuk meneruskan pelajaran sehingga menjadi manusia yang berjaya.
Aku salute pada Delilah kerana berjaya mengubah sikap anak-anak Tan Sri Aminuddin sedangkan ibu & ayah mereka pun tak mampu nak mengubah mereka. Mungkin kerana kelembutan semulajadi yang ada pada Delilah ditambah dengan kebijaksanaan beliau berjaya mengubah sikap mereka.
Aku suka penghujungnya. Kebahagiaan yang menyinari kehidupan Delilah. Rasa untuk memuja Afnan juga ada sebab membaca email Afnan kepada ayah Delilah, masa nak melamar Delilah. Waa… ada ke lelaki macam ni?
Thanks pada Yang… dia menghadiahkan novel ni padaku. Erm, agak-agak birthday tahun ni leh dapat lagi tak? hik3 lalala5
Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan