JUDUL: BAYANGAN RINDU
PENULIS: ANIS AYUNI
TERBITAN: ALAF 21 SDN
BHD
~ Rasaku… ~
Cerita ini bermula dengan alam persekolahan
sehinggalah watak-wataknya membesar, cerita yang dikisarkan secara kronologi
ini amat mudah difahami. Kisah cinta Iddya dan Baien dari zaman persekolahan
berakhir Baein mungkir janji dengan mengahwini Ivy di luar negara. Iddya patah
hati.
Ketika bekerja, Iddya bertemu dengan Lutfi. Itu pun kebetulan kerana satu insiden Iddya ingin melarikan diri dari diganggu. Hati Iddya terpaut pada duda beranak satu itu. Pergh... Ketika Iddya menyulam kasih baru bersama Lufti, dia bertemu semula dengan Kiew. Pergaulan mereka masih seperti dulu, tak berselindung, tiada nak control-control ayu.
Tak sangka la pulak hubungan Iddya dan Lufti akan clash sebegitu rupa kerana rupa-rupanya Lufti tu saudara sesusu Iddya. Sekali lagi Iddya patah hati. Kali ini dia ke Perth bagi memujuk hatinya. Saat itu Kiew datang berkongsi rasa. Cuba menarik Iddya dari terus larut dengan perasaan sedihnya.
Tapi takdir membawa Baein kembali. Cuba meraih cinta yang tak jadi. Tetapi hati Iddya sudah tiada, dibawa lari oleh si Umar Aisy! Eh! Celah mana pula watak Umar Aisy ni? Ha, kena bacalah kan :D
Di sini aku mengenali pohon jacaranda. Indah lak menyelami saat mereka duduk ketawa di pohon itu. Duduk berteduh untuk menyembuhkan luka di hati. So, kat mana nak cari pokok tu?
Que sera, sera. Whatever will be... will be... The future's not ours to see. Que sera, sera. What will be... will be..

Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan