JUDUL: BICARA HATI
PENULIS: DAMYA HANNA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: DAMYA HANNA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
Ni novel pertama yang aku nak review. Kebetulan novel pertama yang aku sendiri beli dengan duit pertama gajiku selepas SPM. Dan kebetulan juga ia adalah karya pertama Damya Hanna bersama Alaf 21. Kebetulan yang amat manis kan?
BH mengisahkan tentang kehidupan Zahlia. Gadis si anak angkat ini punya hati yang cukup besar. Bekerja di rumah anak yatim di mana dia telah membesar. Zahlia digambarkan sebagai anak gadis yang cukup berhemah, lemah-lembut penuh dengan ciri-ciri kewanitaan Melayu Islam.
Pertembungan antara Zahlia & Tengku Syahran membawa 1 impak yang amat besar dalam hidupnya. Siapa tahu jejaka yang dilanggarnya itu merupakan bakal suaminya? Hahaha time ni, aku rasa cam senang sangat lak si Zahlia ikut idea si Tengku Syahran. Adeh, maybe sebab duit kan. Dia nak bantu rakannya, Razif yang kebetulan menghidap penyakit buah pinggang. Erm, Razif ada menyimpan rasa pada Zahlia.
Kisah mereka amat menarik bila episod rumah tangga tu bermula. Tengku Syahran bermati-matian mengelak dari jatuh cinta. Tapi… tak sangka pula lain yang jadinya. Tanpa disedari cinta itu mula hadir dalam diri masing-masing. Amat menarik yang part Zahlia lumurkan susu pekat kat tangan Tengku Syahran sebab nak hilangkan rasa panas & lecur pada tangan Tengku Syahran. Gara-gara dia yang ralit usha bini sendiri. Tapi, kantoi lak di situ dengan adiknya hahaha
Perhubungan mereka diuji bila masa kontrak perjanjian perkahwinan mereka dicuri anak kawan Mama Tengku Syahran, yang pada mulanya dikatakan bakal menjadi isteri Tengku Syahran. Kasihan Zahlia. Dia dihalau oleh ibu mentuanya sendiri. Akhirnya untuk mengelakkan isterinya pergi, Tengku Syahran rela mengundur diri. Zahlia ditempatkan di rumah temannya yang ketika tu Zahlia sedang pregnant! Macam tak logik la… tapi tu la kot kalau sayang tinggal-tinggalkan hahaha
Kesudahannya? Baca sendiri hihihi yang pastinya jangan risau sebab buku-buku Alaf 21 kebanyakannya happy ending. Lagi lak aku ni yang selalu buat spoiler… baca ending setiap novel sebelum aku memulakan membaca sesuatu novel. My bad habit… hik3 lalala5
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
salam ziarah, thanks, you linked me!
nanti saya link awak balik ek?
salam ziarah Cik Ulat Buku
sama2 & macih juga ya sebab singgah =)
As salam...
selalu jenguk sini dan baca review. Banyak membantu utk beli novel baru. :)
suka baca ending dulu? Me too... xboleh nak ubah sbb nk make sure, happy ending ;)
Salam umi kalsom,
T/kasih kerana selalu menjengah ke sini :))
Bad habit memang susah nak ubah, kan? kih5 :D
Catat Ulasan