JUDUL: TERNYATA CINTA
PENULIS: DAMYA HANNA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: DAMYA HANNA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
Ok, membaca karyanya buat kali kedua buat aku rasa… ala, napa tak macam BH? hehehe… bukan apa Cuma BH bagi kesan yang mendalam tapi kali ni dalam TC, aku macam tercari-cari kekuatan watak-wataknya. Mungkin saja sebab si Qasdina tu kuat betul berangan hingga boleh dikatakan tabiatnya itu menyebabkan dia kelihatan tidak reliable.
Menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Qasdina yang mempunyai dua orang adik, Qiyanah dan Hafiz dan seorang ayah yang mempunyai masalah kewangan. Dia seorang lepasan Diploma dalam bidang Fesyen dan bekerja sebagai kerani biasa disebuah syarikat pengiklanan dan dinaikkan pangkat oleh empunya syarikat ke pembantu peribadi kepada anak angkat empunya syarikat.
Walaupun sikap berangannya sangat terkenal di pejabatnya, entah kenapa bos kat tempat dia tu nak dia jadi penolong pengurus namun dibantah keras oleh Zariel. Zariel yang mulanya masuk dalam list lelaki idaman Qasdina terus terkeluar dari senarai. Dia nak buru lelaki yang kaya, hensem dan romantis namun hatinya lebih terpaut kepada Iqram, lelaki yang kelihatan sederhana, caring dan romantis. Kebencian Qasdina kepada Zariel makin bertambah apabila kemalangan yang memusnahkan masa depan adiknya adalah berpunca dari kelalaian Zariel.
Dengan dugaan hidup yang mendatang, Qasdina seperti tidak berubah atau terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya, dia tetap dia namun segalanya dihadapi dengan tabah dan sabar. Tapi tu la, tahap berangan dia tu tinggi betul segala macam-macam tiang dia dah sondol, tiang bas dah, tiang tepi jalan pun ada hahaha..
Jalan cerita agak menarik, tapi, disebabkan ‘gadis yang suka berangan’ buat aku rasa bosan. Malah tiada watak antagonis yang benar-benar ‘menjadi’ yang menambah rencah dalam cerita ni buat cerita ni kelihatan hambar sekali. But, overall… ia masih tak mengecewakan.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan