Nasiroh Abdul Rahman
ISBN: 9878972213
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 1995
Halaman: ~ 259
Harga: RM 11.90
~ Rasaku… ~
Novel ini dibeli di atas cadangan Kak Yayah, yang beria promote. Mujur ada dijual secara online. Credit to Shida. Walaupun buku terpakai tapi jadilah sebab nak dapatkan yang baru agak mustahil kerana ia diterbitkan 16 tahun sudah.
CA bermula dari alam persekolahan. Kisah anak muda yang nak ambil SPM. Menjadi anak remaja memang seronok. Ada banyak kenangan manis. Itu apa yang disampaikan di awalnya. Kisah Izza bersama-sama temannya; Mira, Syafiq dan Tengku Iskandar. Saling membantu dan menyokong antara satu sama lain.
Lumrah cinta akan hinggap di hati. Izza terpaut pada Tengku Iskandar tetapi mengenangkan peperiksaan yang bakal menjelang, dipendamkannya. Namun siapa menyangka rupanya Tengku Iskandar juga punya rasa yang sama. Bila saja berpeluang Tengku Iskandar tidak tunggu lama, mudah dia berterus-terang dengan perasaannya. Izza menyambutnya dengan senanghati. Tetapi sering saja dia ingatkan diri, tanggungjawab utamanya adalah belajar. Bukan hanya asyik bercinta.
Izza kemudiannya bertemu Azri; anak Dato’ yang bermasalah. Pada mulanya Azri seorang pelajar yang baik tetapi keretakan hubungan ayah dan ibunya membuatkan Azri tertekan. Kebahagiaan dalam keluarganya tidak bertahan lama. Disebabkan itu dia tekad untuk keluar dari sekolah berasrama penuh ke sekolah harian biasa. Bertemu dengan Izza berjaya mengubah Azri. Dia bagaikan sudah disuntik semangat baru. Dalam diam, hatinya juga mula menyayangi Izza lebih daripada seorang sahabat. Namun kerana Azri tahu hubungan Izza dan Tengku Iskandar, dia rela berundur.
Kisah seterusnya bila mereka semua menginjak dewasa. Lebih tertumpu pada kisah cinta Izza dan Tengku Iskandar. Dugaan datang. Izza melepaskan cintanya, muncul Izam dan kemudiannya Farriz Arman; abang sepupu Izza. Jadi di mana letaknya Azri? Tegarkah melepaskan Izza sekali lagi setelah tahu kisah cinta Izza yang terkubur? Ha, kena lah baca ya kawan-kawan! :D
Meneliti karya ni mengingatkan aku pada gaya Hlovate. Baik dari segi gabungan dua bahasa [BM+English], ayat-ayat santai dan sempoi. Tetapi gaya je lah, yang pasti kedua-dua penulis ini ada sentuhan yang tersendiri.
Tengku Iskandar sudah mati! Sudah penyek digelek steamroller! Sudah hilang ditelan bumi! [page 207]
Ps: Esok KLIBF! Teringat Kak Adhan, aku dah senyum sampai telinga :D
Happy reading (^-<)
19 ulasan:
WC pon da pnh bace novel Cinta Abadi tu.. Time tu kawan WC bg pinjam.. Bace je terus tertarik.. Kawan WC ckp da xde jual coz novel tu dia beli yg terpakai punye.. WC pon photostat utk buat koleksi..
Wild Cherry,
Wah! Sampai photostat hehe :D
Haah, payah nak dapat dah. Kebetulan pun hari tu dapat yang terpakai.
alaaa...sy dah bertaun nk cari novel ni..minat sngt dgn cite die...1st bace masa darjah6..lepastu tah mane hilang...tah2 ni novel sy dlu..hahaha...grau je..nk pinjam bole? ^^
Tanpa Nama,
Nak pinjam? Tapi saya tak kenal kamu, bagaimana nak kasi pinjam? :P
nak novel ni...pnh baca dulu....mana nk dapat ye??
sudah baca juga dah lama jalan cerita pun ingat2 lupa .. buku toksah cakap le entah kemana menghilang .. seingat saya walaupun epi ending kalau x silap saya masih sayu gak sbb izza tu cacat .. macam cerita mann tu kan...
mayangsayang,
Ya, ending yang sedih walaupun macam happy ending.
Kalau tak cakap pasal filem Mann tu, saya pun tak perasan hehe2
syahida,
Novel ni pun saya beli secondhand. Payah nak cari
krulgoragh,
Waalaikumsalam. Saya tak jual sebenarnya buku-buku dalam koleksi ni tetapi ayat awak tu sedih pula didengarnya.
Awak drop mail pada saya, kita bincang lagi ok? ;)
krulgoragh@yahoo.com
thanx!
sy pun nk beli jugak.. :)
krulgoragh,
Sila cek email anda ;)
IzZa izaLis ®,
Maaf ya! Awak terlambat la...
Salam..sy ada novel ni..dalam keadaan yg tersangat2 elok! 98% nampak baru..baru baca 2 kali.. sapa nak? email sy ye.
Sumie, saya nak beli boleh novel Cinta Abadi anda?? email sy ida_candysteph@yahoo.com
Wah! Sumie dah ada pembeli tu ;))
Selamat jual-beli ya sis!
Salam sumie...novel cinta abadi awk tu ada org bli x g?sy nk sgt2 novel tu..please..cntact no sy 017-4558682..tq..
Izza yang diakhirnya xciden Tu kannn pakai kerusi roda..
Salmi Shafie
;)
anuar nua,
Betul :)
Catat Ulasan