Yusnida Tajuddin
ISBN: 9789670448077
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Ogos 2012
Halaman: 458
Harga: RM19
Halaman: 458
Harga: RM19
~ Rasaku… ~
10/02/2014 - Review ketika baca
Sebenarnya kisah ni cam dejavu. Seriously. Mengingatkan aku pada temanku. Betapa teguhnya dia tika diuji sebegini. Memang jika dilihat, murahnya dia! Dia mendapat didikan lebih baik dariku. Dia disayangi, dimanjai oleh setiap ahli keluarganya. Dia tunjang keluarganya, dan akhirnya dia juga memusnahkannya.
Tapi kerana aku mengenalinya, membesar bersamanya semenjak kecil. Aku yang mengakui temannya yang paling rapat, apakah aku juga bisa menghukumnya? Menidakkan dia yang menjadi sahabat paling setia di sisiku? Berdosakah aku, kalau aku katakan aku menyokongnya, walau seisi dunia menghukumnya?
Dejavu. Ya. Ini dejavu.
Dan sekarang, aku perlu memberhentikan pembacaan, buat sementara waktu.
*** dah habis baca 13/02/14, tapi masih takde mood nak beri ulasan penuh.
Will update later!
Sebenarnya kisah ni cam dejavu. Seriously. Mengingatkan aku pada temanku. Betapa teguhnya dia tika diuji sebegini. Memang jika dilihat, murahnya dia! Dia mendapat didikan lebih baik dariku. Dia disayangi, dimanjai oleh setiap ahli keluarganya. Dia tunjang keluarganya, dan akhirnya dia juga memusnahkannya.
Tapi kerana aku mengenalinya, membesar bersamanya semenjak kecil. Aku yang mengakui temannya yang paling rapat, apakah aku juga bisa menghukumnya? Menidakkan dia yang menjadi sahabat paling setia di sisiku? Berdosakah aku, kalau aku katakan aku menyokongnya, walau seisi dunia menghukumnya?
Dejavu. Ya. Ini dejavu.
Dan sekarang, aku perlu memberhentikan pembacaan, buat sementara waktu.
Full review: 18/02/2014
1* untuk hubungan kekeluargaan.
1* untuk cinta Emeer.
0.5* untuk perasaan dekat di hati :D
1* untuk cinta Emeer.
0.5* untuk perasaan dekat di hati :D
Sebenarnya buku ni mengingatkan aku pada
novel Tiada Khatimah Cinta. Ada sedikit persamaan tentang karakter wanitanya.
Cuma mungkin ketika aku baca novel tu, aku tidak mengalami dejavu semasa
membaca novel ini. Makanya, aku terpaksa menghentikan pembacaan beberapa kali.
Tiada masalah dengan gaya bahasa dan teknik
penceritaan. Elok semuanya. Cuma ruang untuk si pelaku itu tak cukup solid.
Mungkin kerana cerita ini menggunakan sudut pandang pertama, maka aku cuma bisa
melihat watak Ayesha yang menyesal, kecewa dan bertaubat. Tapi, dalam pada masa yang sama aku
mengharapkan Emeer Zafran [Emeer] juga punya ruang untuk memperbaiki diri,
bukan hanya membetulkan kesalahannya.
Ada beza ya memperbaiki dan membetulkan?
Ada. Dari sudut pandangan aku yang serba kerdil ini. Apa yang Emeer lakukan --
membetulkan kesilapannya yang terlanjur. Tiada ruang untuk Emeer berkongsi rasa
sesal & takutnya atas kesilapannya itu. Mungkin aku terlepas pandang, takpe
nanti aku akan ulang baca bila mana ada waktu terluang. Tapi yang paling banyak
aku jumpa adalah saat-saat romantik antara hero-heroinnya.
Teguhnya Emeer memegang cintanya pada Ayesha. Dan untuk itu, aku tambah 1
bintang buat cinta Emeer.
Watak Ayesha buat aku
sakit hati. Bila mana orang yang dicintai membalas cintanya, kenapa perlu lari
ya? Betul, tak mahu menganggu pertunangan si dia, tapi dari mula lagi kalau
sudah tahu tidak boleh menanggung kesengsaraan, Ayesha sepatutnya lari lebih
jauh. Dari mula jangan pasang impian! Bukan bila sudah berlaku, baru tu nak
sedar. Eeee, aku memang emosional sangat dengan watak Ayesha ni *wink*
Tabik dengan penerimaan keluarganya. Betul.
Itulah sebenar-benarnya keluarga, menerima si anak dengan hitam atau putihnya.
Serius. Aku memahaminya dan aku pernah jua mengalami situasi itu. Dan aku boleh
katakan, apa yang terjadi pada teman rapatku adalah ujian buat aku. Melihat
bagaimana aku untuk menerima atau menghukum?
Senyum.
Tiap manusia itu pernah melakukan
kesilapan. Semua. Pernah.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan