Kisah Dari Hati
Hani Fazuha, Farah Husain, Syah
Shah, Sarnia Yahya, Anna Lee, Que Sera Sera, Emy Roberto
ISBN: 9789671192566
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 600
Harga: RM23
Halaman: 600
Harga: RM23
~ Rasaku… ~
Macam makan aiskrim Pralines 'n Cream.
Manis menyengat! Lepas makan kena ambil air kosong dengan kadar segera *wink*
Full review: 24/02/2014
Cerita-cerita pendek yang ekslusif terbitan
IKP. Edisi terhad katanya. Terima kasih Mai yang sudi belikan sebuah untukku
*wink*
Tapi ambil masa juga untuk aku habiskan.
Aduh! Kurangnya fokus bila aku tau kisahnya pendek-pendek.
Yang aku suka:-
Maaf
Tak Indah – Emy Roberto
Kalau ada part ibu-anak gini, hati memang
cepat saja tersentuh. Terharu. Kebetulan baru lepas tonton filem Tamil;
Priyasakhi. Kagumnya aku pada kesabaran sang suami menghadapi si isteri yang
tak cukup dewasa ini. Tapi, hati ibu. Walaupun seteruk mana, kasih ibu masih
tiada gantinya. Dan benarlah kata pujangga, kemaafan itu adalah dendam yang
terindah.
Rahsia
Kita – Anna Lee
Interesting. Teringat satu drama Melayu
dulu, lupa dah tajuknya. Hati-hati ya kaum Hawa sekalian. Cinta sehebat mana
pun, jagalah dirimu sebaik-baiknya. Hidup kita tak macam novel yang selalunya
punya ending manis. Tapi langit juga tak akan sentiasa mendung, tiap kali
terjatuh jangan lupa untuk bangkit kembali.
Tetap
Sempurna – Emy Roberto
Ending tergantung [?]. Tapi aku suka pula
hahaha Mungkin kerana ketabahan heroinnya. Walau ada perasaan tak puas hati
pada si lelakinya. Eee... mudahnya jadi lelaki ya? Ok, terlebih emo di sini :P
Isteri
Soleh Suami Solehah – Syah Shah
Cerpen terakhir dalam novel tapi cerpen
pertama yang aku baca & aku suka. Mula-mula baca tu aku gagal nak meneka
siapa perempuan dan siapa lelaki tapi tajuknya sudah bagi hint *wink* Cuma kisah Fawwaz tu memang begitu sajakah? Wataknya
sangat ‘hidup’, teringat si Syafiq dalam JIMK. Kot ada sambungan, aku nak kisah
si Fawwaz tu [Amboiii! hahaha :P]
Keseluruhannya, memang manis. Tak percaya?
Sila baca dan rasa kemanisannya itu sendiri. Dan sedikit ingatan, kisah manis sebegini
bukan untuk bacaan umum.
Ps: Orang bercuti, ha memang ginilah. Baca
novel sambil layan TV. Hikmah dalam keuzuran, ada banyak waktu senggang.
Alhamdulillah :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan