Ramlah Abdul Rasid
ISBN: 9789674302047
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 435
Harga: RM15
Halaman: 435
Harga: RM15
~ Rasaku… ~
3* untuk isinya.
1* untuk menghargai usaha sendiri kerana
berjaya menghadam puisi dengan cara aku tersendiri.
Full review: 11/02/2014
Ketika sedang menunggu dindaku shopping,
aku terpandang buku nipis ni. Cover -- minimalis. Tapi sudah cukup menggodaku,
atau sebenarnya tika itu aku sudah hampir penat menghadap ribuan manusia yang
gilakan membeli-belah tak kira masa. Jadi, ini umpama escapism yang paling
segar :D
Dan jujur, aku memang tidak tahu
‘berbicara’ tentang puisi. Tapi, aku cukup terkesan dengan setiap lontarannya.
Sampai ke hati. Cukup seadanya -- kasih sayang, cinta, keinsafan &
kekaguman pada Pencipta-Nya.
Paling aku suka yang ini:-
Ketika berhadapan ujian-NYA, kata ayah, meskiwajah terlihat muram, seakan membendung air mata“Kau perlu kuat, sayang. Ini urusan-NYA.” [petikan puisi Kata Ayah]
Ujian menimpa kita tanda kasih sayang-Nya.
Senyum. Alhamdulillah :))
Happy reading (^-<)
3 ulasan:
Sebak pulak cerita pasal ayah ni :)) Berpuisi minggu lepas? ~ sangat puitis kak airina ni
Saya belum beli lagi buku ni. Sudah pastilah buku ini punya sesuatu, jika tidak masakan tersenarai antara penerima sagu hati sayembara ITBM.
P/S: Buku saya, kumpulan cerpen remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM telah pun terbit. Jika berminat, boleh pesan terus daripada saya. Maklumat lanjut boleh rujuk di blog saya. Terima kasih.
*Follow juga blog ni.
Happy Mind,
Haah dik, kalau part ayah memang sebak :)) Sesekali dik, nak juga rasa bagaimana puitisnya puisi.
Tetamu Istimewa,
Ya, rasanya sampai pada saya yang tak berapa arif ni.
Tahniah! InsyaAllah, akan berkunjung untuk mendapatkan maklumat tentang buku tuan :))
Catat Ulasan