Kaz Ishak
ISBN: 9789831247976
Penerbit: Grup Buku Karangkraf – Alaf 21
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 413
Harga: RM17
Halaman: 413
Harga: RM17
~ Rasaku… ~
Masa Ajib hulurkan buku ini, riaknya
bersahaja. Takde komen yang boombastik seperti selalu. Dia cuma suruh aku baca
sendiri.
Jujurnya aku ingatkan ia kisah penuh aksi
tapi aku silap. Dan bila ianya tak seperti yang dijangka, maka graf pembacaan
aku sedikit menurun.
Secara ringkas, kisah anak muda yang baru
mahu mengenal dunia. Melihat seisi dunia dari kaca mata sendiri. Kisah mereka
dalam dunia serba canggih, mengharungi hidup di kota langit yang urban.
Zahirnya, bahagia. Dalam hati? Ha, tu yang ada jurnal peribadi tu. Apakah
jurnal itu? Sila-sila... anda semua perlu baca sendiri ;))
Apa yang paling aku suka -- kisah persahabatan.
Superb. Kagum dengan cara penulis menghuraikan isi-isi persahabatan itu.
Teringat pada cerita Gergasi, ya... benar, sahabat memang tak kenal hitam atau
putih.
Aku sangat teruja dengan alunan bahasanya.
Memang tabik habis. Cukup cantik dan kreatif. Jarang jumpa penulis, lelaki
terutamanya, punya gaya bahasa sebegini. Banyak perkataan baru yang aku sudah
catat dalam buku tiga lima. Buat para pembaca yang tak biasa, ambil masa anda.
Dan ya, aku mungkin tak berapa ‘masuk’
dengan E3N, tapi yang lain masih boleh cuba. Baca dan hadam sendiri. Seperti
apa yang aku tulis tadi, bahasanya sangat bagus. Seriously, 5 stars for that!
Ps: Cover cantik. Mahal tu nak buat Spot
UV/CC/Embossing [tak pasti apa, sebab bukunya sudah dibalut cantik, jadi aku
cuma boleh lihat saja] pada cover & dijual dengan harga yang berpatutan.
Salute!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan