Abdul Latip Talib
ISBN: 9789674302047
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia [ITBM]
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 435
Harga: RM20
Halaman: 435
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
3* untuk isinya.
1* untuk effort yang aku curahkan. Yay!
Sebenarnya, aku tidak menyukai subjek
Sejarah. Semenjak kecil, aku lebih rela ke kelas Kajian Alam/Tempatan atau
Geografi. Lebih rela meneliti permukaan bumi berbanding sejarah manusia dan
tamadunnya. Aku lebih sukakan subjek kira-kira daripada mengingat nama tokoh
dan catatan peristiwa. Dan bila di alam universiti, kesemua subjek tamadun itu
diambil hanya kerana ianya antara subjek wajib dalam kursusku. Perghh… teruknya
perangai! *wink*
Tapi, dari dulu juga aku sebenarnya sukakan
sastera. Dan sanggup memilih persatuan itu daripada dunia Sains &
Teknologi. Jadi, bila ada insan yang sanggup menitipkan hal ehwal Sejarah dalam
konteks yang lebih mudah faham, aku cukup teruja.
Dalam edisi pertama ini, merungkai kisah si
Ratu Isabella ketika kecil. Bagaimana sukarnya hidup dalam buangan sebelum
dirinya diangkat menjadi Ratu. Ironinya, kalau Isabella sendiri pernah
mengalami kisah silam yang menyedihkan, kenapa dia tegar membunuh dan membakar
hidup-hidup umat Islam di Andalus? Hmm, tu kena tunggu kesinambungannya.
Dan akhirnya aku simpulkan [lari sikit
daripada cerita ini sebenarnya], manusia itu memang diberi kebebasan dalam
beragama. Ada akal dan hujah tersendiri untuk menegakkan agamanya tersendiri.
Itu memang adil. Tapi, masih adilkah kita? Bila sudah dibentang kebenaran, masih
mahu menidakkan nur itu?
Musahabah. Diri. Sendiri.
Ps: Ini memang bukan review sebab aku tak
tahu bagaimana mahu bercerita tentang novel fiksyen sejarah begini. Naa.. it’s
ok Rina! Everyone has a first time :D
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan