Aliesha Kirana
ISBN: 9789670246185
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketigabelas – Oktober 2013
Halaman: 462
Harga: RM18
Halaman: 462
Harga: RM18
~ Rasaku… ~
2.5*
Lagu si mamat ganu tu memang menghantui pembacaan aku. Pheww..
Lagu si mamat ganu tu memang menghantui pembacaan aku. Pheww..
Full review: 04/02/2014
Bila dah tonton ceritanya di kaca TV, automatik ianya akan menganggu
kosentrasi pembacaan. Pheww..
Tiada masalah untuk hadam kisah ini. Ringkas. Klise. Ya, benar. Cuma
mungkin, dibaca ketika aku sudah hampir muak dengan cerita tipikal novel
Melayu, makanya aku rasa ianya biasa-biasa saja. Maaf ya! Dan aku perasan, ada
sedikit elemen Korea. Bagaimana tu? Kisah lelaki yang egonya tinggi, suka buli
heroin tapi dalam hati ada taman hikhikhik :P
Cuma pada pendapatku, si Zafriel Irham [Irham] tu tak arrogant mana pun.
Tak dapat menandingi keegoan Robin Heiden dalam Seducing Mr. Perfect. Eh! Takde
kaitan pun. Sila abaikan!
Dan, aku agak penat membaca kerana naratifnya yang kelam-kabut.
Semuanya mahu disumbatkan dalam satu perenggan. Atau, apakah masalah
pengeditan? Kerana, dalam cetakan yang ketiga belas ini, perenggan bagai
ada-tak-ada saja. Begitu juga dengan masalah ejaan, nak pejam mata pun dah tak
lalu.
Mungkin juga buku ini dibaca pada waktu yang salah -- at a wrong time and wrong place. Ha, begitulah lebih kurang. Faham
ke? Haihh... buat-buat faham je la *wink*
Apa pun,
laras bahasanya santai. Cukup sempoi, bak kata adindaku. Walau ada masanya agak
kaku, tak mengapa kerana setahu aku ini karya pertama penulis. Banyak perkara
yang boleh dibaiki lagi untuk masa akan datang. Moga terus menulis!
Dan ya, citarasa ala-ala ‘maktok’ seperti
aku ni memang susah nak diramal. Apa pun, aku akan cari novel keduanya :D
Ps: Tak rasa tulis review, sebabnya ramai
dah tahu pun kisahnya, kan? hahaha Jadi, aku cuma tulis apa yang aku mahu
ceritakan *wink*
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan