Dia Tak Tanya
Aleya Aneesa
ISBN: 9789831248331
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Disember 2012
Halaman: 672
Harga: RM26
Halaman: 672
Harga: RM26
~ Rasaku… ~
Mungkin buku ini hadir
tidak tepat pada masanya, atau mungkin mood aku ke laut. Jadi rasanya juga tercampak ke
hujung dunia.
Tapi, aku masih meminati AA. Dari dulu hingga kini ;))
Tapi, aku masih meminati AA. Dari dulu hingga kini ;))
Full review: 06/05/2014
Kisah dua sahabat, yang membesar bersama
dan kemudiannya membuat kerja ‘gila’ bersama. Ini kisah Najid dan Najihah. Bagaikan
belangkas, di mana Najid ada si Najihah pasti ada.
Saat Najihah terpandang akan bahagianya
bergelar isteri, dia menyimpan tekad. Dia juga harus cuba menjadi isteri orang.
Alahai, Najihah! Perkahwinan bukannya pentas trial and error. Malangnya, tiada
siapa yang bisa mengubah pendirian Najihah. Malah Najid juga terheret sama. Mereka
berdua sepakat untuk cuba menjadi pasangan suami isteri.
Medan perkahwinan tak sama dengan terma
persahabatan. Dan kerana perbezaan itulah yang menjarakkan mereka berdua. Mereka
bukan lagi kawan baik yang berkongsi segala cerita. Terlalu banyak perkara yang
ingin dikongsi, tapi tiada siapa yang mahu mendengar. Salah siapakah? Najid
atau Najihah?
Salah faham yang menghimpit, dengan sikap
angin-tak-kena-tempat si Najid buat Najihah makin hati. Dari dia yang keras
kepala, Najihah makin jadi lemah. Dalam diam, hati sudah mengaku rasa cinta
namun kealpaan Najid buat cerita rumah tangga mereka makin bercelaru. Apa
sudahnya kisah kawan-kahwin mereka berdua? Sila-sila dapatkan di pasaran.
Tiada masalah banyak untuk hadam buku ni
sebenarnya. AA sudah di kelasnya tersendiri dan aku sangat sukakan cara AA
‘melukis’ karyanya. Cuma, kali ni ia tak melekat di jiwaku. Mungkin kerana aku
lelah melayan karenah Najihah yang selalu nak menang atau kecewa dengan sikap
Najid yang seakan-akan lepas tangan selepas berkahwin. Haihhh, hilang rasa
teruja. Maaf!
Tapi buat para peminat setia pastikan ini
ada dalam simpanan anda.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan