Encik Abangku
Romantik
Elee Mardiana
ISBN: 9789831248102
Penerbit: Grup Buku
Karangkraf – Alaf 21
Tarikh Terbit: Ogos 2012
Halaman: 576
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
Widelia. Tak pasti nak
suka karakter ini atau tidak. Tapi ya, ini antara karakter heroin yang akan aku
ingati. Dia gila. Dia selamba. Dia memang buat perkara ikut sukanya. Tapi,
dalam urusan hal kahwinnya dia terperangkap. Mama memang sangat pandai
mengambil kesempatan dalam kesulitan. Sudahnya, dalam nak-tak-nak, dia
ditunangkan dengan Haikal; mamat sombong yang dimarahnya dulu.
Tapi dalam tak suka
tu, Haikal bukan main mengejar. Dia sukakan gadis yang banyak idea tu. Dan
mungkin nasib menyebelahinya, episod ‘kecederaan’ di samping Widelia membuatkan
mereka berdua dijodohkan. Wah! Apakah kecederaan itu? Ha, sila-sila baca
sendiri.
Watak-watak di
sekeliling pelaku utama; Widelia memang menyokong cerita ni. Terutamanya watak
si Insyirah tu. Ya, ampun! Ingat ya penyakit hati ni bahaya. Lagi satu,
sentiasa bersyukur dengan apa yang dipinjamkan kepada kita. Kenapa aku katakan
pinjam? Sebab semua yang kita anggap hak kita, semuanya milik Dia Yang Satu.
See? Jangan nak berlangak sangat! Eh! Aku pula yang over hahaha :P
Cerita ni sebenarnya
boleh tahan banyak juga konfliknya. Satu per satu yang Widelia kena tempuhi,
tapi mungkin kerana karakternya yang main hadap je, jadi nampak cerita ni
ringan.
Dan, aku suka gaya
santai penulis. Menampakkan cerita ni mudah dihadam walaupun di
tengah-tengahnya nanti ada sisi hitam yang dikongsikan. Ini novel ketiga yang
dibaca ada dimasukkan hal-hal syirik sebegini. Kredit buat penulis kerana entah
bagaimana aku boleh suka dengan sisi hitam tu. Haihh... meremang juga bulu roma
*wink*
Cuma pada pendapatku,
adegan hujungnya bagaikan tergesa-gesa untuk ditamatkan. Adegan paksu-Insyirah,
bergaduh dan tembak-menembak. Terasa macam ribut sikit. Tapi ending yang tetiba
nak namakan anak dengan nama bibik tu memang takleh bla... hahaha.
Ps: Ehem.. romantik tu
diukur dari segi apa? hikhikhik. Tetiba teringat pada si enche *wink*
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan