Bercakap Dengan
Jun
Hasrul Rizwan
ISBN: 9789671209462
Penerbit: Dubook Ceritera
Tarikh Terbit: Disember 2013
Halaman: 184
Harga: RM20
Halaman: 184
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
Kalau Murtad aku boleh beri markah penuh,
apatah lagi ini. Aku pejam mata dengan kesalahan ejaan dan nama yang tertukar.
Hanya kerana;
Jun.
Anum.
Saigon.
Kasih sayang. Apa harganya?
Jun.
Anum.
Saigon.
Kasih sayang. Apa harganya?
Full review: 25/04/2014
Tapi apa yang akan saya ceritakan tentang saya dan dia ini bukanlah tentang cinta. Karana cinta itu tidak berjirim sifatnya. Sudah tentu saya tidak mampu ceritakan sesuatu yang saya tidak nampak. Maka cerita ini pun sudah tentu bukan tentang cinta. - blurb novel
Membaca Bercakap dengan Jun [BDJ] dengan
semangat yang cukup tinggi. Semuanya kerana review teman-teman yang cukup
menggoda. Berbintang-bintang kesemuanya, dan aku harus akui BDJ akan jadi
antara buku kegemaranku selepas ini.
Berbicara tentang hidup, berbicara tentang
masa depan. Tapi akhirnya kita kalah dengan kasih sayang. Siapa kita ya
menidakkan kasih sayang yang hadir dalam sisi seorang ayah dan anak, atau si anjing
dengan tuannya?
Jun. Dia pencopet, yang mungkin tiada masa
depan. Dia bukan siapa-siapa, tapi ya benar katanya walau seburuk-buruknya, dia
tidak tergamak lagi untuk membunuh nyawa seorang bayi yang tidak tahu apa-apa.
Dia, Junaidi bin Banin. Babah kepada si keletah
Anum. Oh, myy! Tetiba teringat scene akhir *mata merah*
Ranum. Anum si comel berpipi merah. Ibumu
memang tak berlaku adil, tapi ajaibnya Tuhan mengurniakan si pencopet itu
sebagai babahmu.
Saigon -- tiada apa yang harusku tulis.
Cukuplah kehadiran Saigon membenarkan kata-kata, “Dog is man’s best friend.”
Kalau mahu lihat sisi lain dalam kasih
sayang, boleh cuba BDJ ini. Disampaikan dengan cukup bersahaja, tapi penuh
dengan sindiran tajam si tukang penanya. Cuma ya, masalah typo itu memang agak
menjengkelkan tapi seperti yang aku bilang awal-awal di atas. Aku pejam mata.
Dan untuk penamatnya, hatiku galau. Berjaya
membingkiskan rasa mahu peluk abah ketat-ketat dan bisikkan, “Abah, you’re my
hero!”
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan