Berikan Cintamu
Rose Harissa
ISBN: 9831242653
Penerbit: Grup Buku
Karangkraf – Alaf 21
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama - Oktober 2006
Halaman: 512
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Pernah terbaca dalam FB Kak Rose, yang
beliau memang suka melebih-lebihkan heronya. Dan, tu memang aku setuju sangat
sebab dalam novel ni aku memang tahan je hati nak jerit kat telinga Eza tu hahaha
Full review: 08/05/2014
Antara novel terawal
penulis yang berjaya juga aku dapatkan. Tapi setakat pinjam je la kan,
uhuk..uhuk. Takpe mana tau ada rezeki mendatang ;))
Satu disadvantage bila
dah terbiasa dengan karya penulis sebelum ini, aku merasakan cerita ini terlalu
mudah. Dan, aku juga boleh meneka kesudahannya. Alahai! Hilang rasa teruja.
Tapi, aku masih enjoy menghadamnya. Mungkin kerana adanya Azalan *gedik* hahaha
Azalan seperti mana
hero-hero novel terdahulu. Hot tapi selalu dapat heroin hampeh. Kenal pula
dengan Eza yang dah ada boyfriend; Rizal yang tak memahami perasaannya.
Punyalah si Eza ni setia, tapi Rizal seperti endah tak endah je. Daripada cinta
jarak jauh hinggalah dah duduk dekat-dekat, Rizal begitu juga. Mana Eza tak terseksa.
Mujur dia ada teman
mengadu, si Azalan yang ditemui di Pantai Lido. Saling berkongsi rasa sedih
kerana kekasih masing-masing tak memahami. Tapi, punyalah kental si Eza ni
takde langsung nak tergolek-golek dengan gaya Azalan yang gentleman tu.
Namun, sampai bila Eza
nak memendam rasa? Rizal mudah goyah, tanpa usul periksa meletakkan hukum. Si
kecil molek Eza ni pula setia-tak-bertempat hahaha. Aduh! Macam aku kata dulu
aku memang tahan hati je dengan perangai Eza. Kalau terbit rasa cemburu, tak
kan lah tak sedar yang Azalan tu sebenarnya belahan jiwa?
Oh, ya! Dalam novel ni
ada si Syella yang boleh tahan jahatnya. Dah sama level dengan si Ain dalam
Lazuardi. Tapi si Eza memang sangat pemaaf orangnya, atau aku harus kata dia
sangat naif [?] *wink*
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
ape mksud *wink*tk fhm la?????
Tanpa Nama,
Maaf kerana mengelirukan.
*wink* tu lebih kepada perbuatan mengerdip/mengenyit/mengelip-ngelipkan mata. Saya ambil daripada perkataan 'winking'.
Nak tnya..nak jual tak nvl ni..
ZieAzis,
Owh! Saya tak jual novel ni. Maaf!
Catat Ulasan