Valentina Nervosa
Nurul Syahida
ISBN: 9789670184371
Penerbit: Grup Buku
Karangkraf – Buku Prima
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 517
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
3.5*
Tolak 0.5 sebab aku kureng sikit kalau kisah si gadis punya 'hati kecil' bila putus cinta *wink*
Tolak 0.5 sebab aku kureng sikit kalau kisah si gadis punya 'hati kecil' bila putus cinta *wink*
Full review: 06/05/2014
Bagaimana ya kalau
cinta yang diharap kecundang di tengah jalan? Merana atau korang akan move on?
Mariyyah. Mayang yang
lemah, menyulam cinta tujuh tahun, mengharapkan cerah hingga ke akhirnya. Tapi,
apakan daya takdir menolak Din jauh daripada angannya. Sudahnya? Valentine yang
diangankan menjadi bayangan hitam yang mengekor Mayang tiga tahun lamanya. Dia
fobia dengan hari kekasih itu. Dan, paling mengecewakan [aku la tu yang kecewa :P], Mayang hilang semangatnya. Aduh! Keep moving on Mariyyah! Keep going!
Maya. Ok, jangan
keliru. Aku lebih suka karakter Maya daripada Mayang walaupun mereka masih
Mariyyah. Tapi sayangnya Mayang memonopoli cerita ni. Tu yang aku lemau *wink*.
Bukan apa, aku suka Maya yang ceria, yang bersemangat daripada Mayang;si patah
hati yang stalker FB Din. Haihh...
Apa pun aku suka
dengan watak-watak di sekeliling Mariyyah. Semuanya ada cerita masing-masing. Tapi
yang paling penting, isi cerita mereka tidak menganggu fokus utama iaitu –
Mariyyah dan fobianya dengan Valentine. Plot digerakkan dengan lancar, sangat
membantu pembacanya.
Ending cerita ni lagi
tak kusangka. Walaupun aku selalu aci tipu baca ending dulu, tapi novel ni masih
bagi aku elemen surprise tu. Menjadi! Terima kasih kerana ianya tak jadi
penamat yang klise.
Aku suka gaya penulis
ni. Beliau ada stail tersendiri yang mana kalau aku baca, aku tahu inilah Nurul
Syahida [NS]. Dan, aku suka anologi yang diberi. Sarkastik? Hahaha. Tapi dalam
dunia sekarang, kena ada ciri-ciri begini supaya diri sendiri sedar daripada
lena.
Dan ya, kenapa aku tak
letak rating tinggi? Aku dah bilang awal-awal lagi. Mungkin aku skeptikal
dengan Valentine dan sewaktu dengannya hahaha. Takpe, ni my personal
preference. Korang boleh baca sendiri dan berikan ‘rasa’ anda sendiri.
Ps: Nampaknya NS sudah
masuk dalam list favourite writer aku dan sekarang aku ada misi nak kumpul ke
semua novelnya. Go go Rina!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan