Zombijaya
Adib Zaini
ISBN: 9789671038475
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: October 2011
Halaman: 307
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
Busy = no Fixi
Tu kena letak dalam otak hahaha. Tapi tuan penulis, aku lebih suka Ilusaniti *wink*
Tu kena letak dalam otak hahaha. Tapi tuan penulis, aku lebih suka Ilusaniti *wink*
Full review: 16/05/2014
Gigitan anjing pada
malam tahun baru punca si zombie [?]. Hmm... kalau benar ini puncanya Malaysia
diserang zombi, aku takleh terima. Hahaha. Mungkin aku bukan peminat cerita
bertemakan zombi. Dari dulu, filem zombi pun bo-layan. Jadi, sukar agaknya
untuk aku terima cerita ni.
Tapi ada yang aku
suka. Beberapa isu yang ditulis sekilas lalu. Kritikannya cukup sinis. Aku yang
baca rasa macam nak buat high-5 dengan penulis *wink*
Aku suka ceritanya
yang bergerak pantas tak makan dek tahun. Daripada permulaan hingga ke tengah,
dicampur dengan konfliknya bagai, tetiba dah tamat! Perghh... formula Fixi
memang begini agaknya. Padat dan laju.
Tolak semua penggunaan
bahasa kasar [buku ni tak kena banned ya?] dan adegan terbukanya, cerita ni sebenarnya
disampaikan dengan cukup bersahaja. Santai walaupun kesemua watak sudah berlari
laju untuk menyelamatkan diri daripada zombi. Dan, aku memang suka watak Nipis
tu. Hero yang bukan hero hahaha. Baca sendiri ya kawan-kawan!
Oh, ya! Sebut tentang
watak, novel ni memang banyak benar wataknya. Tapi yang terselamat tak ramai.
Cuma ending tu,
haihhh..geram! Walaupun selalu dihidangkan dengan penamat yang disimpulkan
sendiri, tapi kali ni aku was-was mahu beri titik tamatnya. Diharapkan sesiapa
boleh kongsi cerita penamat anda *wink*
Survival. Ini baru
zombi. Bayangkan bila dajal menjelma. Bekalan apa yang kita ada ya?
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan