Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9789831244326
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Mac 2012
Halaman: 494
Harga: RM19.90
Halaman: 494
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Novel ni buat aku terkenang kisah Legasi Pejuang
dan Hero. Tak sama cuma aku suka bila isu Yahudi yang
licik dan jahat dipaparkan dalam novel santai begini [santai ke?] kih5 ;P
Tiada masalah
sebenarnya nak menghadam novel ini terutamanya para pembaca tegar RAM. Ianya
disampaikan dengan mudah, hmm dan aku rasa ianya terlalu mudah. Maaf ya tuan
penulis. Aku tak rasa excited sebab daripada mulanya aku sudah mengagak siapa
si Dickens itu. Jarang sebenarnya tekaan aku betul kalau tiba di tulisan RAM,
tapi kali ini ianya benar-benar kena pada tempatnya.
Mikhail – ya! Dia
bukan sekadar nama. Di sebalik namanya terhimpun seribu satu muslihat si Yahudi
yang tak akan pernah berhenti mencari helah menjatuhkan kita. Hilang satu
Mikhail, mereka ada beribu lagi Mikhail yang akan tampil ke hadapan.
Mikhail ada misi
dendam yang dipendam hampir 16 tahun. Dia perlu menuntut bela atas kematian
keluarganya yang ditembak mati. Ketika itu, muncul Dickens [Uncle Dick] yang
membantu Mikhail dan membawanya lari jauh dari bumi Malaysia. Dickens umpama
ayah buat Mikhail. Dengan Dickens, Mikhail dilatih untuk menjadi seorang
pembunuh professional.
Dan kepulangan Mikhail
ke tanah air mengubah perspesinya tentang misinya itu. Dia keliru antara siapa
itu Tahir yang sering saja muncul dalam mindanya dan juga motif untuk membunuh
anak-anak Dato’ Halim sedangkan selama ini fokusnya untuk membalas dendam pada
si pelaku bukan keluarga si pelaku kejam itu. Tetapi kerana itu arahan daripada
Uncle Dick, Mikhail teruskan.
Namun bila bertemu
dengan Riena Raihana [Raihana], lain pula jadinya. Memandang Raihana buat hati
Mikhail tak tentu. Di waktu percubaan pertama untuk membunuh Raihana, Mikhail menyedari
sesuatu. Bukan dia saja yang harus membunuh Raihana, ada insan lain juga sedang
memburu Raihana dan juga pastinya dirinya juga. Tetapi siapa?
Bayangan Tahir makin
menghimpit. Uncle Dick bagai ada yang tak kena. Dan Mikhail ingin menyiasat apa
sebenarnya berlaku. Mengapa dia dijadikan buruan sedangkan dia juga seorang
pemburu? Killer signature – itu yang buat aku bertahan dengan buku ini. Apa
lagi terpandang nama Attokz Dikulgai. Wah!
Famous de amos sungguh ;)) Cuma rasanya aku pernah baca kisah
pembunuhan tragik tulisan RAM yang lagi hebat daripada ini.
Watak Raihana benar-benar
menguji tahap kesabaran aku. Aku faham yang watak Raihana amatlah berbeza
dengan Mikhail. Selayaknya sebagai pasangan hidup Mikhail untuk saling
melengkapi. Tapi entah, aku rasa Raihana tak cukup kuat untuk Mikhail. Are my
expectations too high? *wink*
Aku lebih suka kalau Mikhail dipadan dengan
Zetty. Nampak lebih gempak gitu kerana kedua-duanya pandai bermain senjata api
hee ;))
Tapi... itu pendapat aku. Tak semestinya
sama dengan selera kamu ;P
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan