Titian Cinta
Ridhya Iman
ISBN: 9789671192542
Penerbit: Idea
Kreatif Publication
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 841
Harga: RM30
~ Rasaku… ~
3.5*
Buku tebal. Cerita cliche.. tapi plot bagus. Oh! Ini bukan review hahaha :P
Buku tebal. Cerita cliche.. tapi plot bagus. Oh! Ini bukan review hahaha :P
Full review: 12/11/2013
Seperti aku bilang di atas, cerita ini
cliche. Benar. Tapi, ada beberapa yang aku suka tentangnya;
1. Plot cerita bagus. Tidak terlalu
bersahaja dan tidak terlalu rumit. Adatlah, kena ada watak annoying dalam
cerita. Dan penulis tidak menamatkan watak annoying dengan penamat yang sadis
seperti mati kemalangan dan sebagainya.
2. Gaya bahasa yang cukup mendayu-dayu.
Terasa seperti duduk di tepi pantai, menghayati desiran ombak dan bayu laut
yang lembut dan menenangkan. Wah!
3. Adegan flashback yang digarap hampir
sempurna. Dibina seiring dengan graf pembacaan sekaligus membuatkan rasa ingin
tahu dan tahu apa kesudahan ceritanya.
4. Tarikan kimia [baca: chemistry] antara
hero dan heroin memang mengujakan hohoho :P Memang pasangan serasi mereka berdua ni.
Tak tipu. Korang boleh rasa sendiri.. love is in the air bak kata omputeh.
Ringkasnya. Ini kisah ‘Aisy sekembalinya
dari luar negara. Bertemu kembali dengan lelaki yang tak ingin lagi ditemui.
Tapi takdir tetap jua menemukan dia dengan lelaki itu. Harris. Dia adalah
sejarah hitam yang perlu dipadam terus dari kotak ingatan.
Namun, siapa tahu yang sebenarnya ikatan
mereka berdua masih kukuh. ‘Aisy masih isteri sah Harris walaupun sudah empat
tahun berlalu. Sungguh ‘Aisy mahu lari, tapi bayangan Harris tetap setia
mengekori langkahnya. Harris nampaknya tidak mahu mengalah, ‘Aisy mesti
ditakluki kembali. ‘Aisy adalah cinta matinya.
‘Aisy keliru dengan perubahan Harris.
Lelaki yang pernah mengecewakannya bertahun sudah kembali dengan rasa cinta
mekar buat sang isteri. Tapi penerimaan ibu Harris masih seperti dulu. Dengan
onar Sofia dan Daniel yang tidak sudah-sudah menghimpit. Ditambah dengan kemunculan
semula Rayyan; bekas tunangan ‘Aisy. Mampukah ‘Aisy menerima Harris dengan
tangan yang terbuka? Jangan risau, happy ending sudah pastinya. Yay!
Sedikit kekeliruan di mana Harris
mengatakan ‘she’ kepada anak dalam kandungan ‘Aisy, tetapi perbualan mereka
selepas itu merujuk kepada ‘his’. Maaf, tak ingat di halaman berapa adegan ini.
Mungkin boleh diperbetulkan di cetakan yang akan datang.
Oh, ya! Ini juga termasuk dalam buku yang
dibaca tanpa expectation apa-apa. Mungkin kerana ianya datang daripada penulis
baru, jadi lebih mudah agaknya untuk aku menghayatinya.
“‘Aisy sayang, dalam hidup ini memang kita tak pernah putus diuji. Itu tanda Allah sentiasa ingatkan dan sayangkan kita. Sebab setiap ujian daripada-Nya mengajar kita untuk banyak bersabar dan memberi peluang untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Berdoa dan jangan berputus asa untuk berusaha...” – [pg 424]
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
boleh kirim kat indonesia tak novel ni?
mama abee /
Maaf ya, saya tidak menjual buku ini. Boleh beli secara online di laman:- http://www.ideakreatif.net/
Catat Ulasan