Hannah Dhaniyah
ISBN: 9789670246208
Penerbit: Penerbitan
Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 583
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
Buku di tangan adalah cetakan ke-13. Hebat
kan?
Full review: 12/11/2013
Antara suka dan tak suka. Aku nyaris
membiarkan ianya kosong tanpa rating. Tapi pelik pula bila aku biar kosong
hee...
Sebenarnya aku sudah cuba untuk jadi neutral
semasa membacanya. Tapi.. aduh! Minda memang tak mahu berkerjasama denganku
kali ini. Aku tak mahu membahaskan tentang isu kahwin muda itu. Aku masih boleh
menerimanya walaupun terasa tak berapa betul pun untuk berkahwin sebelum
menduduki SPM. Bimbang ada adinda-adinda comel sekalian menggunakannya sebagai
satu escapism untuk berkahwin ketika masih bergelar pelajar sekolah.
Isunya, aku tak dapat melihat di mana
rasionalnya ibu bapa mahu mengahwinkan anaknya yang dikatakan liar. Entah.
Definisi liar aku lebih worst daripada itu. Malah, aku rasa Arumi lebih dua
kali ganda liarnya daripada watak Lisa. Dan ya... perkahwinan bukannya solusi
terbaik untuk anak gadis yang liar. Kalau begitu, mudah saja nak kurangkan
masalah sosial - iaitu kahwinkan saja ke semua anak gadis yang bermasalah itu.
Benarkah?
Baik, secara
ringkasnya ini kisah Lisa yang terpaksa berkahwin dengan abang sepupunya kerana
ibu bapanya mahu ke Mekah. Kebetulan abang sepupu merupakan ustaz di
sekolahnya. Hailoh! Ibu ayahnya bagai tiada orang lain yang boleh diharap untuk
menjaganya. Ustaz Hafiz juga yang dicari. Lisa menolak tapi kedua-dua orang tua
sudah beri kata muktamad.
Perkahwinan Lisa-Hafiz berjalan seperti
biasa. Kredit pada penulis kerana berjaya menggayakan adegan rumah tangga
pasangan ini dengan penuh bersahaja. Penulis mengajak kita bersama-sama Lisa
menanam rasa suka dan cinta buat sang suami sedikit demi sedikit. Adegan sweet
pun tidak terlalu bergula, sesuai untuk bacaan umum.
Tapi ya... seiring pembacaan, bila tiba di
saat Lisa merahsiakan status perkahwinan semata-mata mahu mengejar cita-citanya
untuk ke universiti, aku terus down. Sang suami pun bagai endah tak endah saja.
Sekali lagi, aku masih tidak boleh menganggap ianya perkara remeh. Maaf.
Namun cerita ini banyak diselamatkan dengan
mesej-mesej positif dan unsur Islamik. Semuanya disusun dengan baik sekali.
Malah tak keterlaluan kalau aku katakan kematangan penulis terserlah bila saja
berbicara tentang nilai-nilai dan Sejarah Islam. Mungkin kerana itu aku masih setia
menghadamnya hingga ke titik penamat. Yay!
Apa pun... marilah kita nantikan filemnya.
Bila ya? Jangan tanya sebab selalunya aku la yang paling last tahu hahaha :P
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan