Sara Aisha
ISBN: 9789670246147
Penerbit: Penerbitan
Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2012
Halaman: 766
Harga: RM26
~ Rasaku… ~
3.5*
Lamanya aku ambil masa untuk baca kisah semudah ini? hahaha
Lamanya aku ambil masa untuk baca kisah semudah ini? hahaha
Full review: 30/10/2013
Berborak secara maya dengan Kak Shahzy dan
Mai, katanya kisah ini sudah ‘ditayang’kan di kaca TV. Amboi, Rina! Tu pun tak
tahu hahaha. But seriously, nasib baik ada informer seperti mereka :))
JIMK punya opening yang cukup tragik.
Kudos! Antara sebab kenapa aku mahu baca dan baca kisahnya walaupun
kesinambungan selepasnya itu sudah boleh ditebak awal-awal. Tetapi terima kasih
cik penulis kerana tidak menjadikan kisah selepas kahwin Dahlia dan Aariz
sebagai kisah i-hate-you-hate-me. Tidak.
Sedikit berlainan bila kisah kahwin-terpaksa-tanpa-cinta
ini, masing-masing cuba menyesuaikan diri dengan takdir yang tiba-tiba
menyatukan masa depan mereka. Tanpa diduga baik Aariz dan Dahlia boleh saling
bertoleransi dalam membina hubungan mereka. Give and take. Bukan menyalahkan
diri atas ketentuan-Nya. Itu lebih menyenangkan minda. Hati pun jadi tenteram
bila tiada kisah sang suami mendera atau memaki-hamun si isteri sesedap rasa.
Adegan-adegan yang mencuit hati antara
Aariz dan Dahlia memang sweet. Saling ambil masa untuk menyedari yang cinta
sebenarnya sudah terbit di hati. Cuma ya, aku letih dengan adegan tarik tali si
Aariz tu. Gayanya dah tak ubah seperti perempuan yang putus harapan. Cett.. mana
perginya brutal si Aariz? hohoho
Dan sebenarnya lah kan, bila saja Aariz
dikatakan ada sejarah hitam yang menyakitkan. Minda sudah terasa yang Aariz ni
ex-taiko hahaha. Sengal! Tapi yalah, Aariz tak sudah-sudah mengatakan yang dia
tak layak untuk gadis sebaik Dahlia. Ditambah pula dengan gaya Syafiq yang ada
masanya begitu menggeruni abangnya. Manalah aku tak fikir lain. Tapi sejarah
Aariz memang menyedihkan. Penulis bijak memanipulasikan kisah Aariz ketika
kecil itu. Momennya dilakar dengan baik, haih… terharu jugalah dibuatnya.
Keseluruhannya aku cukup terhibur dengan
JIMK. Laras bahasa yang mudah dan santai, plot yang kemas dan tersusun memang
menyenangkan para pembaca untuk membacanya dengan sekali hadap.Walaupun mungkin
sedikit meleret, tetapi ia ditamatkan dengan baik sekali.
Dan aku harus mengakui kata Dyh, aku jatuh
kasihan pada Syafiq. Lelaki itu ada luka yang amat dalam. Menyedarkan aku ada
masanya seseorang itu bertindak kerana mahu melindungi hatinya daripada terluka
lagi… mungkin dia tak rasional, tapi hatinya. Siapa yang lebih arif tentang
hati kalau bukan diri sendiri, kan?
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan