Katarak
Fitri Hussin
ISBN: 9789831248393
Penerbit: Alaf 21 -
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 544
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
"Kawan, kata ahli matematik perasaan
itu hanya boleh diukur dengan satu nilai iaitu infiniti. Kata ahli fizik,
perasaan itu adalah pantulan mata yang dibiaskan ke dalam hati. Kata tukang
kebun, perasaan itu bagaikan pokok bunga. Kata tukang cat, perasaan itu bagaikan
cat merah. Ia jelas kelihatan walaupun dari jauh. Kawan, apakah perasaan itu?
Perasaan itu adalah cinta!" - [pg 239]
Kata aku? Perasaan cinta itu gila hahaha Oh, ya! Ini memang bukan review :P
Kata aku? Perasaan cinta itu gila hahaha Oh, ya! Ini memang bukan review :P
Full review: 18/11/2013
Pertamanya, ini bukan novel cinta. Walaupun
banyak je status-status berunsur cinta yang aku naikkan di GR. Keduanya, aku
suka cover. Nampak mengancam. Dan aku hampir terpedaya kerana ingatkan ia kisah
si penjenayah ala-ala CSI.
Tetapi rupanya tidak.
Ya, ini bukan kisah jenayah yang memerlukan
para CSI datang menyiasat. Tertipu? hahaha... sungguh aku rela ditipu kalau ada
cerita yang fresh sebegini.
Ringkasnya, ini kisah 5 sekawan di
universiti yang melalui hari-hari biasa mereka sebagai pelajar. Sepatutnya
kisah mereka biasa-biasa saja. Tapi ada pelbagai insiden luar jangka yang
berlaku. Umpama efek domino, satu per satu kejadian yang menimpa seorang demi
seorang. Apakah puncanya?
Aku suka plotnya. Pantas bergerak. Buat aku
laju menyelak halaman satu per satu, cuma kengkangan masa yang membantutkan
proses pembacaan. Aku juga suka gaya penceritaan penulis. Macam cerita atas
cerita... yang mana penulis tetiba wujudkan watak/adegan yang buat kita
tertanya-tanya. Kemudiannya baru diterangkan dalam plot berikutnya. Ala... macam
mana nak cerita hahaha... Maaf, aku tak tahu nak explain *wink*
Aku senang dengan tiap mood yang disuntik.
Ada nada serius, lawak dan cinta yang tak berlebihan. Dan jujurnya, aku tak
suka kisah politik. Tapi dalam novel ni, ia diceritakan dengan baik sekali.
Walaupun hati meragui akan kewujudan kisah sebegini di alam universiti, tetapi
penulis berjaya buat aku percaya. Nak tanya, apa benarkah ia betul-betul ada?
Menggunakan POV orang pertama sebagai
naratif memang beri kelebihan tetapi sayangnya sebagai pembaca, kita hanya
dibawa untuk meneroka satu watak, atau dalam erti kata lain kita sebenarnya
hanya boleh melihat dari sudut pandang sang pencerita saja. Rugi kan? Sebab aku
teringin tahu bagaimana rasa Azrul yang patah hati, apa perasaan Wadi yang
dianiaya atau apa hebatnya Si Penguasa. Ya, aku tahu. Aku memang suka demand
lebih hahaha
Seperti biasa, kecacatan dikesan melalui
aspek pengeditan. Entahlah. Banyak benar kesalahan ejaan yang menganggu
kelancaran pembacaan hingga aku kena ulang baca ayat sebelumnya untuk pastikan
apa sebenarnya perkataan itu. Dan itu buat aku letih! Begitu jua kekeliruan
antara SBS dan BBS... itulah nama singkatan yang hampir serupa.
Seperti resensi saudara Helmi, ada beberapa
insiden tidak dibongkar ke akar umbinya. Apakah ia sengaja dibiarkan sebegitu
kerana akan ada kesinambungannya? Eh! Eh! hahaha... hanya penulis ada
jawapannya.
Apa pun, wujudnya laman RT itu buat aku
gigih mencari di pakcik google. Hasilnya aku jumpa blog hitam yang kosong.
Perghh...
Dan seperti aku bilang awal-awal tadi, ini
memang bukan naskhah cinta. Ia kisah khianat. Konspirasi. Kena kerja keras
menghadamnya, apa lagi ia dibayangi kisah politik. Tapi, kalau rasa-rasa nak
telan sesuatu yang baru, apa kata cuba. Tak perlu beli, pinjam la kat
mana-mana. Jadi kalau tak berkenan, korang tak rugi apa-apa pun. Kan?
“Politik... di mana-mana pun terpalit
kotor.” – [pg 88]
Sengih. Smirk.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan