Norhayati Berahim
ISBN: 9789675229176
Penerbit: NB Kara Sdn
Bhd
Tarikh Terbit: Oktober 2010
Halaman: 892
Harga: RM29.50
~ Rasaku… ~
3.5*
Not so bad, tapi aku rasa tak puas bila dah khatam buku ni *wink*
Full review: 30/09/2013
Kenapa aku suka penulis ini kerana beliau tak
pernah kering idea dalam mengangkat martabat wanita. Membuat kita merasa betapa
hebatnya menjadi kaum hawa. Bersyukur, bukan mudah nak jadi wanita. Hatinya
berderai seribu tapi masih bisa memaafkan. Sakitnya bagai nak terpisah nyawa
dari badan tapi jiwa masih cukup kental, tak mudah goyah. Hebatnya kuasa
wanita. Dalam lembut mengayun buaian, dia bisa menggoncang dunia.
Dan dalam kisah kali ini, NB mengupas rasa
hati bila dimadukan. Bagaimana seorang Cikgu Ara menguruskan rasa hatinya.
Redha dan pasrah. Bukan mudah tapi aku cukup tersentuh dengan Cikgu Ara. Dalam
kepayahan menempuh hari-harinya selepas dimadukan, dia sebenarnya bahagia. Ada
anak-anak yang cukup mengerti. Jatuh bangunnya, si suami tetap ada cuma masa
untuknya bukan lagi hak milik totalnya.
Aku kagum dengan ketabahan Cikgu Ara. Kasih
sayang seorang ibu tidak ternilai, tiada tolok bandingnya. Dan secara peribadi,
aku lebih menyukai kisah Cikgu Ara daripada cerita Muna hihihi ;P
Namun cerita ini sebenarnya lebih kepada
Muna. Anak sulung Cikgu Ara yang berkongsi cerita hal ayahnya yang bermadu.
Rasa amarah pada ayah mudah dipadam kerana kasih ayah pada keluarga tak pernah
kurang. Malah ayahnya sering saja menutur kata maaf pada Muna kerana melukakan
hati anak gadisnya itu. Inilah yang Muna pelik, entah apa yang dicari oleh
ayahnya.
Seiring perjalanan hidup Muna, dia mengerti
ibunya perlukan dia di sisi. Apa lagi tika ayah pergi meninggalkan mereka. Muna
membesar dengan tanggungjawab yang cukup berat di bahu. Menjadikan dia sang
anak yang kental jiwa raganya. Tiap ujian dan cabaran hidup, dia bisa
merentasinya.
Novel ini tebal tapi cukup berisi. Ada banyak
pengajaran tentang kehidupan yang bisa dikutip. Buat kita mengerti hidup tak
selalunya indah, tapi di sebalik hujan yang menitis... Tuhan beri kita pelangi.
Indah kan aturan Tuhan?
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan